Afia. Gadis malang yang terperangkap dalam sebuah
pengkhianatan. Kepercayaan di nodai darah daging sendiri sehinggakan dia
terpaksa menerima hakikat, ada nyawa yang membesar didalam rahimnya. Dia buntu
memikirkan apa yang perlu dia lakukan. Meneruskan kandungan ini akan
mencontengkan arang ke muka keluarganya. Tapi sanggupkah dia menjadi seorang
pembunuh.
“Kalau saya gugurkan kandungan saya. Apa yang awak nak
buat kat saya? Awak tak ada hak nak halang saya. Lagipun awak pasti ke saya ni
masih mengandung lagi?” – Afia.
Emir. Seorang lelaki yang punya segala yang
diinginkan. Kemewahan menjadikan dia seorang manusia yang menghalalkan cara
untuk memenuhi keinginannya. Dia tak inginkan seorang isteri tapi dia perlukan
zuriat daripada benihnya. Satu rancangan hebat dia rangkakan untuk mencapai
hasratnya.
“Kau masih mengandung lagikan? Cakaplah!!! Baik kau cakap
yang anak aku masih ada dalam perut kau. Kalau tidak, tahulah aku kerjakan kau
nanti.”- Emir
Mereka
manusia yang hanya merancang. Yang Maha Kuasa lebih menentukan. Kerana anak
mereka berkahwin. Akad yang dilafazkan mengikat dua hati. Cinta mengetuk rasa.
Rindu membelai hari. Tapi bibir masih berat meluahkan apa yang tersingkap di
sudut hati. Membiarkan jiwa saling berteka-teki. Terlalu berahsia antara satu
sama lain.
“Nur Afia, dengan bismillah saya lamar
awak menjadi suri dalam hidup saya. Kini dengan bismillah jugalah saya meminta
awak izinkan saya untuk menjadi pemimpin didalam hidup awak. Izinkan saya? ” –
Emir.
Badai yang melanda menyebabkan satu saat Emir terpaksa memilih
nyawa Afia ataupun anaknya. Antara hati yang sudah terpaut dan janji yang di
tuntut. Yang manakah harus Emir turutkan? Siapa yang akan menjadi pilihannya?
Isteri yang mengetuk hatinya atau anak yang dia inginkan selama ini.
“Tolong janji dengan saya, jika suatu
hari nanti awak perlu memilih antara dia dan saya, tolong pilih anak kita”
- Afia
Bertahankah janji yang pernah terpateri itu dalam hati
yang meragui? Bisakah mereka tempuhi hari-hari mendatang jika masa silam masih
mengejar mengotori kepercayaan antara mereka. Apa akan terjadi jika seseorang
daripada masa silam muncul kembali dalam hidup mereka?
“I kenal sangat Emir. Dia tu
kadang-kadang ada perangai ‘one time interest’. Saat dia minat tu
benar-benarlah dia jaga. Bila dah kurang rasa nanti, dia dah tak peduli dah.”-
Eryana
Kerana rasa cemburu. Aib yang tersimpan akhirnya
tersingkap jua. Dosa semalam mengejar mereka. Bagaimana mereka hadapi saat
rahsia penikahan mereka sampai ke telinga keluarga? Sabarkah mereka menempuhi
tomahan yang dilemparkan? Akankah mereka kehilangan orang yang mereka sayangi?
“Kenapa? Akak tanya kenapa? Sebab akak rampas
segalanya daripada Khyla. Sepatutnya Khyla yang gembira dengan Emir sekarang.
Sepatutnya Khyla yang bahagia bersama Emir. Tempat itu milik Khyla. Bukannya
akak.” – Khyla.
Hubungan tanpa kata-kata cinta umpama mahkota tanpa
permata. Masih kukuh tapi belum cukup lengkap sifatnya. Lumrah sesuatu yang tak
cukup sifatnya adalah sesuatu yang cacat. Bagaimana untuk mereka mencari
kesempurnaan dalam kecacatan? Bisakah mereka hubungan mereka bertahan tanpa
kata cinta? Klinik Hati merungkaikan segalanya.
2 comments:
Bila nak keluar cerita ni kak?
Bila nak keluar cerita ni kak?
Post a Comment