BAB 2
AFIA memerhati dari jauh Khyla mengisi setiap helaian
borang di kaunter pendaftaran di hadapannya. Sebenarnya pada mulanya Afia tak
faham kenapa Khyla benar-benar memujuknya untuk melakukan ujian kesuburan di
Singapura ini. Lagipun kenapa perlu di
Singapura. Tapi setelah sampai di sini, Afia tahu kenapa sangat sayang untuk
membazirkan pakej ini. Melihat saja ruangan klinik ini, Afia tahu harga
perkhidmatan di sini memang diluar kemampuannya. Mungkin sebab ini Khyla
sanggup merayu-rayu padanya untuk menggantikan adiknya itu menjalani ujian
kesuburan di sini.
Kata Khyla, dia mendapat hadiah
untuk membuat ujian kesuburan di sini daripada salah seorang rakannya. Oleh
kerana adiknya itu didatangi haid, Khyla tak dapat meneruskan ujian tersebut
lalu menghadiahkan pakej ini kepadanya. Dia ada menyuruh Khyla meminta untuk
menangguhkan tarikh ke minggu hadapan agar Khyla sendiri dapat meneruskan ujian
tersebut. Sayangnya tarikh itu memang telah ditetapkan didalam pakej.
Mengenangkan harga pakej yang mahal. Sayang pula dibazirkan begitu saja jadi
adiknya meminta dia menggantikan tempat adiknya.
Sangatlah adiknya itu
beriya-iya sehinggakan sanggup membayai semua kos perjalanan mereka ke
Singapura dan segala kos selama mereka ada di sini. Adiknya siap melayannya
seperti seorang puteri lagi. Segala urusan adiknya yang selesaikan. Dia hanya
menunggu Khyla menyelesaikan segalanya bagi dia. Kata Khyla tugasnya di sini
hanya berehat dan menjalani ujian kesuburan itu. Yang lain adiknya akan
uruskan.
“Dah sudah.” Afia bertanya pada
Khyla apabila adiknya itu menghampirinya.
“Dah. Mereka minta akak tukar
baju. Nurse ini akan bawa akak. Khyla tunggu kat sini ya. Nanti akak dah sudah,
akak cari Khyla kat sini.” Ujar Khyla sambil menerangkan padanya.
“Okaylah. Tunggu akak kat sini.
Jangan pergi mana-mana pula.” Afia sempat berpesan pada adiknya.
Afia mengikut saja jururawat
tadi. Dia dibawa untuk menukar baju kemudiannya dia dibawa ke dalam sebuah
bilik rawatan. Darahnya di ambil dan beberapa minit dia menunggu sebelum
seorang doktor datang untuk menjalankan ujian tersebut padanya. Sejuk perutnya apabila doktor perempuan itu
meletakkan cecair seperti gel di perutnya sebelum mengusap perut dengan satu
alat. Dia dapat melihat doktor itu membaca sesuatu dari skrin kecil di tepinya.
Kemudian dia terdengar doktor itu bercakap-cakap dengan jururawat tadi tentang
hasil ujian darahnya.
Dia kemudiannya diarahkan untuk
bertukar ke bilik lain. Kali ini bilik itu lebih sejuk dari bilik tadi.
Doktornya tadi pun sudah memakai pakaian khas. Dia hanya mengikut segala arahan
yang diberikan kepadanya. Sebagai perempuan yang masih terpelihara kesuciannya,
dia malu untuk membuka kakinya bagi membolehkan ujian itu di teruskan. Tapi dia
cuba hilangankan masa malu itu dengan memikirkan hal-hal lain. Afia dapat merasakan setiap pergerakkan yang
doktor itu lakukan. Segannya bertambah apabila terasa sesuatu dimasukkan ke
tubuhnya. Sumpah ini kali pertama dan kali terakhir dia dia akan membuat ujian
ini. Malu.
Khyla berdebar-debar menunggu
kakaknya yang masih berada didalam bilik rawatan itu. Sungguh dia rasa bersalah
kerana sudah berlaku kejam kepada kakaknya. Tapi dia benar-benar tak ada
pilihan lain. Dia terpaksa lakukan segala ini demi menyelamatkan dirinya
sendiri. Tiga hari lepas dia sedar yang dia tak mampu menanggung tanggungjawab
seorang ibu biarpun hanya ibu tumpangan.
Dia masih sayangkan dirinya.
Dia tak mahu menjadi janda muda. Lagipun dia takut kalau Amri tinggalkan dia
jika dia berkahwin dengan Emir nanti. Khyla ingin menarik diri, tapi dia tak
mampu apabila mengenangkan dia tak ada wang untuk memulangkan kembali duit
Emir. Semua duit pendahuluan itu telah dia serakan kepada Amri untuk membantu
teman lelakinya itu dalam perniagaan. Kerana ingin membantu Amri jugalah dia
sanggup setuju ikut serta dalam rancangan Emir ini. Mulanya dia ingatkan dia
mampu. Rupanya tidak. Dalam keadaan terdesak, dia sudah tidak ada jalan lain
lagi selain ini.
Dengan bantuan seorang kawannya
yang pakar, dia berjaya memalsukan segala dokumen kesihatan dan undang-undang
yang dia perlukan untuk membolehkan Afia menggantikan tempatnya hari ini.
Segala dokumen atas namanya ditukarkan ke nama Afia. Borang tadi pun diisikan
dengan nama kakaknya. Sengaja dia menguruskan segala urusan demi untuk
menyembunyikan keadaan sebenar daripada kakaknya. Kerana dia sudah berjaya
meyakinkan kakaknya segala proses hari ini hanyalah satu ujian kesuburan yang
biasa. Harapan Khyla agar proses itu nanti akan gagal. Jadi dia ada masa untuk
mencari balik wang bagi menebus kembali kebebasan nya daripada Emir.
No comments:
Post a Comment