BAB 4
Afia terduduk
dibangku taman yang dia sendiri tak tahu dimana dia beraada sekarang. Puas dia
berjalan tanpa arah sehingga dia sampai ke sini. Sekali lagi dia memandang sepi
keputusan pemeriksaan kesihatannya tadi. Wajahnya kosong. Dia rasa marah. Rasa
terluka dengan apa yang terjadi. SAH. Adiknya yang menipu dia. Khyla
mengkhianati kepercayaanya. Penerangan daripada klinik di Singapura, jelas
menunjukkan rawatan yang dia ambil beberapa minggu lepas bukanlah ujian
kesuburan tetapi intrauterine
insemination. Jadi persoalan bagaimana dia boleh mengandung kini terjawab.
Sakitnya dikhianati darah
daging sendiri, hanya Allah yang tahu perasaan ini. Afia ingin marah. Benar dia
hendak marah. Terlalu ingin marah. Dia hendak menangis. Dia hendak menjerit
kepada dunia. Terlalu ingin bertanya kenapa segala ini terjadi kepadanya?
Kenapa dia yang perlu menangung segala ini? Terlalu banyak perasaan marah,
sedih dan sakit hati yang terpedam di lubuk hatinya ini.
Afia sedar dia tak boleh
putarkan masa kembali ke masa silam. Jadi dia perlu memikirkan apa yang terjadi
selepas ini? Dia perlu memandang ke hadapan. Mulai sekarang dia perlu merancang
kembali apa yang perlu dia lakukan untuk kehidupan masa depannya. Kerana atas
segala yang terjadi ini mengubah apa yang sudah dia aturkan buat kehidupannya.
Itu persoalan yang dia belum
ketemui jawapannya. Bagaimana dia hendak merombak kembali perancangan hidupnya
jika dia tak tahu hendak bermula daripada mana. Dia tak hahu harus menduga
corak kehidupannya selepas ini. Tentang keluarganya. Tentang kejayanya. Tentang
masyarakat. Dan paling penting dia tak tahu apa yang akan dia lalui dengan
kehadiran anak yang dalam rahimnya ini.
Mendongak ke langit selama mana
pun, Afia tak ada jawapannya. Jujurnya dia tak bersedia untuk di duga sebegini
berat. Hendak memutarkan masa kembali dia tak berdaua. Hendak memikirkan masa
hadapan dia buntu. Afia benar-benar tersepit di tengah-tengah keadaan, Semakin
dia memikirkannya rasa tak tertanggung bahunya hendak memikul. Jika boleh dia
ingin sangat lari daripada kenyataan. Namun dia sedar selama mana dia boleh
lari jika saban hari perutnya akan membesar. Apa yang mampu dia lakukan
hanyalah berdoa, Hanya doa senjatanya dan penemannya untuk terus kuat.
‘Ya Allah. Jika ini dugaan yang
perlu aku tempuh. Dikau permudahkanlah bagiku untuk melaluinya. Ya Allah, Dikau
tunjukkanlah jalan untukku menghadapinya’ Untuk sekian kalinya hati Afia
mendoakan. Hanya doa-doa ini yang bermain dihatinya. Tak kira tempat dan
ketika, hatinya sentiasa berdoa. Meminta dia diberkan kekuatan. Kerana dia
yakin Allah S.W.T tak akan memberi ujian diluar kemampuan hambanya.
‘Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang
terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga
menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…’ ( Al-Baqarah:
286)
EMIR
ZAFRAN sedar dia sudah
terlambat. Dia terlambat untuk
memperbetulkan keadaan. Dia merenung seketika sekeping surat daripada Hendria OG
Practice yang sebuah pusat kesihatan yang beroperasi di Singapura itu. Surat
yang berlogo warna merah itu telah menyampaikan berita besar didalam hidupnya.
Berita yang memaklumkan padanya lebih kurang lapan bulan lagi dia akan bergelar
seorang ayah atau papa atau abi. Mana-mana gelaran pun sama yang penting
maksudnya sama yang dia akan menjadi seorang bapa kepada sebuah nyawa yang kini
hadir didalam rahim seorang wanita yang terlalu sedikit dia kenali. Yang hanya
dia kenali namanya di dada surat yang baru dia baca itu.
Emir menarik nafas panjang sebelum melangkah ke dinding
kaca biliknya yang menunjukkan panorama kesibukan kota. Seketika dia bertafakur
sebentar. Memikirkan apa yang dia perlu lakukan sekarang ini. Walaupun sudah
terlalu lambat untuk dia menoleh kembali, Emir tak mampu menahan diri
mempersoalkan kembali kebijaksanaan keputusan yang dia ambil setengah tahun
lalu. Dia kesal kerana membuat keputusan mengikut perasaan ini. Sangat kesal
apatah lagi dia hanya sedar di saat akhir bahawa tindakannya itu melanggar
hukum hakam agama.
Sejak seminggu lepas, dia cuba menjejak kembali Khyla
sebelum ini. Dia ingin menarik balik tawarannya pada gadis itu kerana dia sedar
kesilapannya membuat keputusan yang begitu besar dalam keadaan terburu-buru
hingga melanggar hukum agama. Dua minggu lepas, dia di beri kesempatan bertemu
kembali dengan rakan lamanya yang berkerja sebagai doktor. Dalam duduk berbual,
entah bagaimana perbualan mereka melencong kepada soal-soal rawatan kesuburan.
Daripada temannya itulah baru dia tahu kenapa di Malaysia, hanya pasangan yang
sah bernikah sahaja yang boleh melalui prosedur permanian berhadas. Segala ini
soal haram halal.
Hukum seorang lelaki memasukkan mani kedalam faraj
seorang perempuan dalam apa-apa keadaan pun adalah HARAM. Seolah-olah mereka
sedang berzina. Walaupun bukan dalam erti kata sebenar. Malah selepas
mengetahui segala ini, Emir menyelidik kebenaran kata-kata temannya. Dia
bertanya pada ustaz dia pejabat agama. Dan dia memdapat jawapan yang sama.
Daripada bacaannya Emir mendapat tahu. Menurut Sheikh
Mahmud Shaltut (Dirasat Fiqhiyyah Mu’asirah,Kaherah, Universiti Al-Azhar)
menyatakan bahawa persenyawaan benih wanita dengan benih lelaki ajnabi pada sisi syariah
adalah jenayah mungkar dan berdosa besar seumpama zina pada sudut prinsip dan
kesannya yang sama iaitu meletakkan mani lelaki ajnabi dengan niat mendapat
anak sedangkan antara wanita dan lelaki itu tiada ikatan perkahwinan,
Hukum manusia yang hanya mahu dia yang betul. Tidak cukup
dengan pandangan seorang cendiakawan islam, Emir cuba mencari lagi sesuatu yang
boleh menyokong tindakkan nya. Mana tahu dia terjumpa. Tapi apa yang haram
tetap haram. Berkali pun. Beratus kali pun dia mencari dia tetap bertemu dengan
jawapan yang sama. Cuma kini dia lebih faham kenapa tindakkan nya adalah haram.
Kerana menurut Syeikh Prof. Dr. Mohammad Ra’afat Othman,
perbuatannya meletakkan sperma di dalam rahim perempuan yang tiada ikatan
pernikahan bukan zina, tetapi perbuatan itu sinonim dengan zina. Walaupun benih
yang dimasukkan ke dalam rahim seseorang perempuan itu kepunyaan pasangan suami
isteri yang sah, larangan untuk memasukkan benih ke dalam rahim perempuan yang
bukan isteri tetap tidak berubah. Syariat mengharamkan setiap perkara yang
boleh membawa kepada kekecohan dan perselisihan anatara manusia.
Namun segalanya dah terjadi, tiada tempat lagi untuk dia
berpaling dan memadamkan kekhilafannya selain daripada dia berusaha membetulkan
keadaan. Apa yang di rancang semuanya sudah berlaku. Sudah ada sorang wanita
diluar sana yang sedang mengandungkan anaknya. Sadisnya dia sendiri tak tahu
siapa wanita itu. Sekarang ini dia hanya boleh menyalahkan diri sendiri. Entah
apalah yang dia fikirkan masa buat keputusan ini dulu?
Demi keinginannya memiliki anak, dia sanggup mengupah
seorang wanita bernama Khyla untuk mengandungkan anaknya. Janji telah
termeterai. Kontrak telah ditanda tangani. Malah sudah ada surat yang
mengesahkan melalui proses intrauterine
insemination yang dijalankan telah berjaya mencambahkan
benihnya didalam rahim seorang wanita bernama Nur Afia Binti Arshad. Kini dia
perlu mencari Nur Afia Binti Arshad. Ibu kepada anaknya.
Walaupun siapa pun gadis itu. Dan di mana gadis itu
berada. Dia akan jejaki jua. Dia perlu jejaki juga gadis itu kerana didalam
rahim gadis itu adalah benihnya. Benih daripada darah dagingnya. Sesuatu yang
menjadi haknya dan akan menjadi kebanggaanya satu hari nanti. Lagipun bukannya
susah untuk dia jejaki gadis itu. Semua maklumat asas gadis itu ada padanya.
Dia pasti dia hanya perlukan beberapa jam saja sebelum gadis itu berada
dihadapannya. Itulah kuasa duit di zaman sekarang. Moga dengan ini dia dapat
menebus kembali kesilapannya.
No comments:
Post a Comment