Wednesday, April 22, 2009

CInta? Penting Ke? 6

“Assalamualaikum. Kata sibuk?” Zarul sengaja menegur pasangan itu ketika terserempak di luar restoren. Matanya memandang Dannia.

“Waalaikumsalam. Sibuk, sibuk pun kena makan kan. Kenalkan kawan I, Adam. Adam ini Zarul kawan sekerja Nia, dan ini Intan teman wanita Zarul.” Dannia memperkenalkan keduanya. Sengaja membahasakan dirinya sebagai ‘Nia’ biar kedengaran manja sedikit pada Adam.

“I Adam.” Adam menghulurkan salam. Ini pasti bekas kekasih Dannia. Kacak bergaya.

“ Zarul.” Zarul menyambut salamnya.

“You nampak lain hari ini Dannia.” Intan sememangnya terkejut dari tadi memandang Dannia yang kelihat terlalu jauh berubah itu. Sengaja Intan memeluk lengan Zarul ingin melihat reaksi Dannia. Wajah Dannia memang berubah namun cepat sahaja gadis itu menyembunyikan perubahannya.

“Manusia berubah Intan. Okaylah kita orang minta diri dulu.” Dannia cepat-cepat meminta diri. Tak sanggup melihat kemesraan mereka.

Adam menurut sahaja lagkah Dannia. Dia tahu Dannia tak selesa. Gadis itu masih menyayangi Zarul. Kalau tak kenapa Dannia cepat sahaja berubah bila Intan menunjuk kemesraan terhadap Zarul.

“Sakit hati?” Adam bertanya perlahan.

“Segala pun ambil masa kan?” Soalan di jawab soalan.
Adam hanya tersenyum. Tangannya gatal memimpin tangan Dannia ketika ingin melintas jalan. Dannia beberapa kali menarik tangannya namun dia tak mampu melawan pegangan erat Adam.


ENAM BULAN BERLALU...

Dannia sibuk bersiap. Dia hanya memilih T-shirt lengan panjang berwarna puntih dan Jeans hitam. Tudungnya abstrak nampak sesuai dengan penampilannya yang kasual. Malam ini Ashraf megajak dia dan Adam keluar makan malam bersama. Kata

Ashraf ingin mengumumkan sesuatu. Entah apalah yang abangnya ingin umumkan itu. Tunggu dan lihat jelah. Baik juga berjumpa abang dia malam ini. Boleh dia menyampaikan pesan dari neneknya tadi yang menyuruh mereka pulang untuk kenduri kahwin sepupu mereka.

Mengenang kembali hidupnya kini. Berbulan-bulan berlalu Dannia sudah sinomin dengan kehadiran Adam dalam hidupnya. Di mana Adam di situ dia. Adam sudah mengenali abangnya Ashraf. Kini rumah Dannia menjadi station keduanya itu menonton bola dan melepak di hujung minggu. Dah jadi macam markas pertemuan dah. Kalau di tanya kenapa rumahnya? Mahluk berdua tu selamba menjawab sebab rumahnya banyak bekalan makanan.

Terimbau lagi kenangan waktu pertama kali abangnya bertemu Adam. Degan muka yang pucat tergagap-gagap dia menjawab siapa Adam pada abangnya. Dannia ingatkan abangnya marah tapi tidak rupanya.

Waktu itu Adam menghantarnya pulang seperti biasa. Di dalam perjalanan hari tiba-tiba hujan. Adam menawarkan diri menghantar Dannia sampai ke pintu kondonya. Bukan hanya kerana hujan tapi waktu itu sudah terlalu lewat.

Hari itu Dannia dan Adam masing-masing kena buat kerja lebih masa. Mulanya Dannia menolak namun apabila Adam tegas menemaninya pulang. Dannia terpaksa menurut juga. Sampai je depan lift mereka terserempak dengan Ashraf yang ingin keluar dari lift tersebut. Saat itu Dannia rasa bagai nak lari satu kilometer dari situ. Menyembunyikan diri namun dah terlambat.

Ingatkan abangnya dan Adam akan bertumbuk. Tahu sangat sikap protective abangnya tapi nasib baik tidak. Hanya saling bersalaman dan bertukar kad. Entah sejak bila abangnya dan Adam berkawan baik sampaikan bersetuju menjadikan rumahnya kini sebagai markas.

Bunyi telefon menyedarkan Dannia. Pasti Adam. Kelihatan miss call dari Adam. Ada SMS. Adam dah menunggunya di bawah. Cepat-cepat Dannia mencapai sandalnya lalu turun. Dengan tergesa-gesa dia menyarung sandalnya di dalam lift. Ketika itu baru dia sedar dia tersalah ambil sandal. Sandal yang dia pakai sekarang akan membuat kakinya melecet. Aduh... nak naik balik, Dannia memang malas. Biar je lah.



“Assalamualaikum.” Dannia memberi salam sebaik masuk ke dalam kereta. Dia membuka sandal tersebut. Untuk keselamatan supaya kakinya tak melecet.

“Waalaikumsalam. Kenapa pakai sandal tu? Bukan sandal tu buat kaki you sakit kan hari tu?” Adam perasaan tentang sandal tu sejak mula dia melihat Dannia berjalan ke arah keretanya tadi.

“Haah. I tersalah capai sandal pula tadi. Nak cepat sangat kan?”

“Hmm... Cuba you tengok kat berlakang. I rasa ada sandal you kat situ. Sandal yang you pakai masa kita pergi main squash hari tu. Kan balik tu you pakai kasut sukan.”

“Oh ye ke? Kenapa tak cakap sandal I tinggal? Kalau orang lain tengok, ada pula apa pula kata kawan-kawan you kalau nampak kasut I kat sini nanti?” Rungut Dannia.

Jangan tak percaya sekrang Dannia dah pandai merungut sekarang ni. Bukan apa. Dia tahu tugas Adam sebagai projek manager tu selalu ke sana ke mari, dan setiap kali itu ada je kawan-kawannya menumpang. Jadi Dannia takut kalau kawan-kawan Adam salah faham.

“Hmm salahkan I pula. Dia yang tertinggal.” Adam hanya membalas begitu. Kang di balas lebih kang merajuk pula.

“Okay I yang salah. Along kata nak jumpa kat mana?” Dannia bertanya pada Adam. Hmm mesti abangnya sudah memberitahu Adam. Sekarang rasanya abang dia lebih rapat dengan Adam berbanding dirinya. Apa-apa pun Adam dulu tahu darinya.

“Ashraf tunggu kat KLCC katanya. Kenapa?” Tanya Adam hairan.

“Tak ada apa-apa.” Jawab Dannia ringkas.

“Tengah hari tadi lunch dengan siapa?” Pertanyaan itu membuat Dannia berpaling pada Adam.

“Zarul.”

“Oh. Jauh keluar lunch.”

“Actually kita orang ada discussion dengan client kat Hilton tadi. Alang-alang dah kat luar tu pergi lunch sekali.” Dannia menerangkan segalanya. Dannia tahu Adam tidak gemar dia rapat dengan Zarul. Adam pernah mogok dengannya kerana dia keluar dengan Zarul beberapa minggu lepas. Ini pun baru berbaik.

“Jangan terlalu rapat dengan dia, Dannia. I tak nak you terluka lagi. Luka dulu pun susah sangat you nak lupakan. Tak akan you nak rasa sakit lagi kot.” Adam nampak tak senang. Dannia rasa tak senang. Dia tak suka Adam seolah-olah terlalu mengawalnya. Rasanya tak salah dia keluar dengan Zarul lagipun itukan atas dasar kerja.

“I tahu Adam. I tahu jaga diri I. Stop baby me okay. I keluar dengan dia pun atas dasar kawan. Patutlah sejak I masuk tadi you masam je. Rupanya ini sebabnya.” Dannia dah ada bunga-bunga merajuk. Dia terasa hati.

Adam tahu Dannia dalam keadaan nak marah tu. Lantas Adam biarkan sahaja.Belum ada usaha hendak memujuk. Dia mencapai radio lalu membukanya. Biarlah hanya celoteh DJ radio menemani kesunyian mereka ini.

“Kita dah sampai ni.” Adam menghentikan enjin keretanya. Dia membuka tali pinggang yang di pakai. Dannia hanya menurut. Hatinya masih terasa. Tiba-tiba Adam menahannya.

“I’m Sorry. I risaukan you Dannia. Masa you sakit dulu kerana Zarul. I yang berada kat sisi you. I tahu bertapa sakitnya you. Please Dannia. Dah berbulan you kawan dengan I. Tak kan you tak kenal I lagi. You tahukan I risaukan you. I just nak lindungi you.” Pujuk Adam. Dia tak mahu Dannia terus senyap begini. Dia tak tahan. Akhirnya biar dia je mengalah.

“Hmm... I pun minta maaf sebab bentak kat you.” Dengan senyuman manis Dannia juga meminta maaf. Dia tahu niat suci Adam.

“Kalau macam tu kita 0-0. Jom keluar.”

Adam dan Dannia berlegar-legar di sekitar kawasan ruang KLCC itu sementara menunggu Ashraf. Ashraf kata dia dalam pejalanan. Selalu je mereka yang terpaksa menunggu Tuan Doktor tu.

“Adam kita masuk jap kat sini. Nak tengok tudunglah.” Dannia mengajak Adam masuk ke salah sebuah butik di situ. Dannia ingin menambah koleksi tudungnya. Sekarang dia sudah pandai bergaya. Dah pandai membina imejnya tersendiri.

Mereka memilih beberapa jeis tudung. Nampak macam suami isteri pula. Adam menunjuk beberapa tudung kepada Dannia. Tudung yang berkenan di matanya. Dannia menggeleng. Dia tak suka warna yang Adam tunjukkan. Terlalu terang dan menyerlah. Dannia sukakan warna pastel yang lembut.

“Ala tak cantiklah.” Rungut Dannia.

“Cantiklah ni.”

“Yang ini baru cantik. Bukan yang itu.”

Ketika mereka sibuk bertekak yang mana satu lebih cantik. Jurujual di situ hanya memandang penuh hairan. Sebelum menyampuk pasangan yang di sangka suami isteri di hadapannya itu.

“Encik, kalau encik dan puan nak, saya bleh tunjukkan koleksi terbaru butik kami. Lebih cantik dan sesuai dengan isteri encik.” Sampuk juru jual tersebut. Ayat itu mengundang kerut di dahi Dannia dan Adam sebentar. Isteri? Tak lama kemudian ketawa Adam pun meletus. Jurujual itu memandang hairan pada Adam.

“Adam.” Dannia mencubit lengan ‘suaminya’ itu. Tahu apa yang Adam gelakkan. Adam hanya tersengih.

“Maaf dik. Dia ni memang macam ni. Kureng sikit.” Saja Dannia mengenakan Adam.

“Tak apa kak. Akak nak tengok ke koleksi terbaru kami?” Jurujual itu tetap bermanis muka.

“Boleh juga.”

Adam dan Dannia memilih beberapa helai tudung corak bunga dan abstrak. Kali ini mereka sependapat pula. Dua helai tudung menjadi pilihan. Sedang mereka menunggu wang baki. Tiba-tiba Adam di tegur oleh seseorang.

“Tengku Adam Syahzan.” Sepertinya ada suara gadis menegur mereka. Suara itu membuat Adam berpaling. Bila Adam berpaling, Dannia turut berpaling. TENGKU? Dannia hairan dengan panggilan itu.

“Hai... ?” Adam cuba mengingati gadis yang menegurnya tadi.

“I Izzati. Kenal lagi tak? Kawan Tasya. Wartawan tu.” Gadis itu memperkenalkan dirinya. Serta-merta Adam mengingati nama itu. Ya dia kenal Izzati. Bukan sahaja kawan Tasya buah hatinya yang sekarang berada di Singapura. tapi juga seorang wartawan yang cukup pandai ‘mengorek’.

“Oh Izzati. Hai.. Buat apa kat sini?” Tanya Adam ramah.

“Saja tengok-tengok barang. You dengan siapa ni?” Wajah Izzati memandang ke arah Dannia. Cerita hangat ni untuk di sampaikan pada Tasya.

“ I, Dannia. Kawan Adam.” Dannia memperkenalkan dirinya.

“Puan, Ini tudung dan duit bakinya.” Kehadiran jurujual tadi nampaknya tidak kena pada waktunya. Terkelu lidah Dannia sebentar mendengar panggilan Puan itu di hadapan Izzati. Izzati sudah tersenyum sinis....

10 comments:

orkedanza said...

iman...nape cter ni agak lmbt ye progress die..

::cHeeSeCaKe:: said...

hohho..tengku?adam da kntoi..keke..
comel la adam ngn dania..hope dorang ni bersame la.xkn la teman tp mesra jer..huhu

miza said...

ahhhh suke adam ngn dannia..
make them perfect couple.plsss..
hehehe excited nk tggu next episode..

iman said...

cerite nie memang lambat progress... iman nak tumpu pad JAC dulu... Betul ke Dannia akan dengan Adam? Tasya makwe Adam pula mcm mana?

~zuE_inSan BiAsa+peNconTeNg tEgaR~ said...

kak iman x phm sebaris ayat ni

'Dannia Izzati sudah tersenyum sinis....'

dannia ngan izzati org yg same ke?

biarlah rahsia said...

salam, iman
nice story...cite ni mmg sedap mcm cite JAC jugak...hehehe..sambung cepat2 yer...x sabar nk tunggu....
iman , dah abis exam ker?????

missy said...

ermm...menarik...:D

misz nana said...

"Terkelu lidah Dannia sebentar mendengar panggilan Puan itu di hadapan Izzati."

heheh.. bagus3..
biar Izzati gtau Tasya..

GreenGenerationGG said...

bestttttttttttttttttttttt

sepatu biru said...

cepat2 sambung..
best lah!!
comel je adam n dannia tu..
hehehe..