Saturday, April 25, 2009

Kisah Kita.


Aku tak tahu nak memulakannya bagaimana. Aku rasa baik aku ceritakan dari permulaan kisah kami… Satu kisah yang mengubah dua kehidupan... Kisah yang menukarkan aku dan kau adalah KITA.

Namaku Nawwar Alisya. Di kampus aku di panggil Alie dan di rumah aku di panggil Nawwar. Sejak kecil aku di besarkan di bawah kasih sayang Mak ngah dan Pak ngah yang sudah seperti ibu bapa kandungku. Mama? Papa?, Aku hanya jumpa mereka beberapa kali je dalam setahun. Aku ini anak mangsa penceraian. Sebaik sahaja kes penceraian mereka di sah kan aku dihantar ke Parit Raja ini untuk tinggal bersama Pak Ngah, abang kepada mama.

Pak Ngah adalah pensyarah di Jabatan Sains dan Matematik di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) manakala Mak Ngah adalah Ustazah di Sekolah Rendah Pintas Puding. Pak Ngah dan Mak Ngah ada seorang anak perempuan... Merekalah ku panggil ibu dan abah.. Fatin Aqlisya Sebaya denganku...

Sejak kecil aku dan Fatin sentiasa bersaing dalam apa sahaja bidang. Akademik mahupun sukan. Aku tak tahu firasat aku ini betul atau salah tapi aku merasakan Fatin sentiasa ingin berebut denganku. Kalau aku masuk ke bidang itu dia juga akan terjun ke sana. Seringkali juga Fatin mengatasiku. Namun hubungan kami tetap baik dan rapat. Kami masih seperti adik beradik. Hubungan kami lebih rapat apabila kami sama-sama di terima masuk ke UKM. Aku di bawah bidang kejuruteraan bangunan dan Fatin di bidang undang-undang. Dari tahun pertama kami sebilik sehingga sekarang di tahun kedua kami serumah.

Kami masih rapat sehinggakan satu peristiwa ini berlaku setahun lalu. Peristiwa bakal tunangku menjadi tunangnya. Dulu aku hampir bertunang, namun suratan takdirnya sekali lagi Fatin mengatasiku setelah bakal tunang ku itu kini menjadi tunangnya. Hancur lebur hatiku apabila hari yang sepatutnya menjadi hari bahagiaku menjadi hari bahagia CIK FATIN AQLISYA. Saat itu baru aku tahu. Dalam masa aku berkasih dengan si DIA. Fatin juga kekasihnya. Sangkaku rombongan itu buatku tapi bukan. Rupanya untuk menyunting Fatin. Sejak itu kami tak rapat lagi.

Sekarang kami bak kutub utara dan kutub selatan. Kami sudah jarang berbual. Aku merasakan Fatin dah terlalu berubah sejak dia berkawan dengan Liza, model sambilan yang turut belajar satu fakuti dengannya. Fatin dah jarang balik rumah. Apabila di tanya katanya dia bermalam di rumah Liza. Baru-baru ini pula terbit gosip menyatakan yang Fatin bercinta dengan Zafril Akmal seniorku. Aku tak pernah melihat siapa dia namun aku tahu lelaki itu cukup popular. Cukup banyak peminat. Itu yang ku risaukan sekarang, lagi dengan gelaran Fatin sebagai tunang orang sekarang ini.

Yang tulus Ikhlas
Ingin sekali sekalanya di balas

Lagu Selamat tinggal sayang mengejutkan aku. Ada panggilan dari Mak Ngah atau wanita yang ku panggil Ibu kini.

“Assalamualaikum Ibu.” Aku memberi salam.

“Waalaikumsalam Nawwar. Nawwar apa khabar sayang?” Kelembutan suara ibu menyapaku. Rindu.

“Nawwar baik ibu. Ibu dan abah apa khabar?”

“Kami sihat. Macam mana study okay?”

“Alhamdullilah setakat ni okay ibu. Ibu call ni kenapa?”

“Saja tanya khabar anak-anak ibu. Fatin mana?”

“Fatin. Dia keluar ke rumah kawan Ibu. Ada perbincangan kot. Kenapa Ibu?”

“Hmm... Selalu je ibu call dia tak dapat. Kenapa dengan adik Nawwar tu. Dah berubah sangat. Sekarang ni dah jarang sangat balik.” Rungutan ibu bak sembilu menusuk hatiku. Aku tak mahu ibu terluka kerana Fatin.

“Dia sibuk ibu. Tak apa nanti kalau dia dah tak sibuk Akak bawa dia balik.” Aku berbohong dan menabur janji palsu buat ibu. Harapanku agar nanti ianya jadi kenyataan. Hampir sejam aku berbual dengan ibu. Sedaya upaya mungkin aku mengelak dari berbicara soal Fatin. Aku takut berbohong lagi.

Malam ini aku nekad menunggu Fatin balik. Jam dah berdetik pukul satu pagi. Aku masih menanti. Penat menunggu di dalam rumah. Aku capai tudung yang tersedia di tepi tangga lalu ku sarung ke kepala. Aku menunggu sambil duduk di buaian di hadapan rumah itu. Buaian itu milik tuan rumah ini. Waktu kami masuk ke sini dulupun semua sudah tersedia memandangkan tuan rumah kami itu suami isteri yang sambung belajar.

Hampir setengah jam aku menunggu akhirnya aku nampak kereta My Vi warna hitam menghantar Fatin balik. Agak lama aku memerhati. Menanti waktu Fatin keluar dari kereta itu. Panas hatiku apabila Fatin tak keluar-keluar juga.

Rasanya sabarku mungkin dah sampai kemuncak aku lantas mengetuk cermin tempat Fatin duduk. Saat dia membuka lock pintu itu aku tarik Fatin keluar. Lelaki itu turut keluar sama. Dalam kelam malam aku masih mampu melihat wajahnya.

“Eh kenapa ni?” Lelaki itu nampak terkejut dengan tingkahku ganas menarik Fatin. Macam ibu tarik anak je.

“Kenapa? Saya yang patut tanya awak. Awak bawa anak dara orang keluar. Pagi buta baru balik. Adab apa yang awak pakai ni? Tak tahu malu ke bawa anak dara orang ke hulu ke hilir. Pagi-pagi baru balik. Kalau awak tak ada rasa malu. Kami masih ada rasa malu pada jiran kami.” Suaraku masih terkawal. Takut kecoh.

“Fatin. Masuk.”Arahku pada Fatin. Melihat Fatin tak mahu mendengar, aku mengugut.

“Fatin, masuk. Kalau tak nanti akak call ibu.” Mendengar ugutanku Fatin melangkah masuk. Aku masih igin memberi kata dua pada lelaki itu.

“Saya tahu awak mungkin biasa dengan ini semua. Tapi tidak pada saya, tidak pada ibu saya dan tidak pada abah saya. Fatin itu adik saya. Saya tak menghalang dia berkawan dengan siapapun tapi kenalah tahu pada batasnya. Setinggi manapun pelajaran kita, adat jangan kita lupakan. Dia perempuan. Dia ada maruah untuk di jaga. Saya tak mahu orang mengata dia bukan-bukan. Saya harap awak faham.” Aku nampak riaknya berubah. Macam kelat-kelat masam pun ada. Aku tak peduli sebaliknya melangkah pergi.

PANGGG... Sebaik aku melangkah masuk ke rumah. Satu tamparan hinggap ke pipiku. Aku tergamam sebentar. Fatin menamparku. Aku lihat wajahnya memerah. Kalah buah tomato... Masam macam strawberi yang terlebih masak pun ada.

“Fatin ni kenapa?” Nada suaraku terlambung tinggi.

“Tanya Fatin kenapa? Akak tu kenapa masuk campur hal Fatin? Fatin tak suka. Malu Fatin tau.” Terkejut aku dengan luahannya.

“Fatin malu apa akak buat? Habis Fatin tak malu keluar masuk dengan lelaki. Balik pagi buta. Apa akak nak jawab dengan ibu?” Tengkingku. Pertama kali aku menengkingnya.

“Suka hati Fatin lah. Akak kena ingat akak tak ada hak nak masuk campur hal Fatin. Akak tu anak angkat je. Jangan nak lebih-lebih tau. Mula hari ini jangan masuk campur lagi hal Fatin.” Aku pula di jeritnya balik. Fatin berlalu masuk ke biliknya.

Mula dari malam itu aku memang tak masuk campur sangat hal Fatin. Kami dah macam housemate je. Apa yang dia nak buat? Lantak p lah kat dia. Aku biarkan sahaja. Walau tersisip rasa bersalahku tak memegang amanah ibu dan abah tapi aku buat tak tahu je. Ala-ala lagu Adam AF2 –TAK TAHU.

Pagi tadi saat aku keluar nak pergi library. Dah ada kereta yang menunggu si Fatin tu. Tak tahu pula dia nak merambu kat mana hari ini. None of my business anymore. Aku perasan pemandu kereta itu memberi senyuman buatku. Aku balas... Hisy tak baik tak balas senyuman orang... Jadi mestilah aku balas kan.. Aku balas dengan jelingan maut.. Balas jugakan.

“Alie, kau tengok pelan yang ni. Okay tak?” Hajar mengejutkan aku dari lamunan. Hisy nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tak mahunya aku gol 1-0 kat sini juga.

“Hisy ko ni Hajar. Terkejuz aku. Jap aku nak cari jantung aku jap kat bawah.” Aku pura-pura mencari sesuatu kat bawah. Hajar dah tak boleh tahan gelak lalu ketawa. Dah lah dia ni ketawa dengan sepenuh perasaan. Aku lantas tepuk tangannya sambil melilau ke sekeliling. Masa itu mataku bertembung dengan seseorang. Dia yang aku bagi jelingan maut pagi tadi..

Hai hidup lagi mamat ni walau telahku bagi jelingan maut pagi tadi... Hisy nyawa kucing betullah dia nih... Lama mata kami bertembung sebelum aku buat tak tahu. Hehehe... tak sanggup nak pandang lama-lama... Nanti kena samak pula mata aku ni.

“Hisy kau ni. Hajar dahlah ketawa macam keldai tak cukup air. Malu lah.” Gurauku. Hajar ni bukan nak berhenti ketawa malah makin galak pula. Rasa nak sumbat je mulut dia dengan pelan kat depan ni.

Di meja berlainan. Zafril hanya memandang gadis di hadapannya. Gadis yang sama ‘sekolah’kan dia malam beberapa minggu lepas. Sejak malam itu sering dia memerhatikan gadis itu kalau terserempak kat mana-mana. Dia memerhatikannya namun tak sekalipun gadis itu sedar yang dia di perhatikan. Zafril nampak gadis itu ada dunianya tersendiri. Jenis yang tak kisah apa yang terjadi di sekelilingnya.

Gadis itu sentiasa dengan kawan baiknya dan dunia gadis itu pada kawan-kawannya. Tak pernah lagi dia nampak gadis itu keluar dengan mana-mana lelaki. Masih solo lah kot. Zafril tak tahu entah kenapa dia tertarik memerhati gadis itu. Gadis yang simple. Pakaiannya sederhana. Tak bermakeup. Jenis lepas laku, ingat waktu dia terlihat gadis itu makan burger di KFC minggu lepas. Gadis itu makan sampai comot dengan sos di hujung bibirnya. Gadis itu langsung tak control ayu. Hisy... berapa banyak gadis itu lah? Dah boleh buat lagu Gadis itu ni... versi perempuan ganti lagu Lelaki Ini.. kwang-kwang-kwang

“Kau tengok apa Zaf?” Tanya Azam kawan baik Zaf.

“Tak ada apa-apa.” Zafril baru sedar ketika dia ralit memerhati gadis itu. Dia pula di perhatikan.

“Alah tak payah temberang lah Zaf. Kau tengok Alie kan? Kau jangan buat hal Zaf. Alie tu kakak sepupu Fatin. Tak ada maknanya kau boleh masuk line dah. Alie tu boleh tahan lah. Bijak.” Zafril memandang Azam. Azam kenal ke ‘gadis itu’ nya?

“Kau kenal dia ke?” Tanya Zafril cuba melindungi perasaannya.

“Kenallah. Nama dia Nawwar Alisya. Junior kita, budak tahun dua. Dean list. Banyak silence admire tu. tapi tak ada yang berani dekat sebab dia ni low profile sangat.” Azam memberitahu apa yang dia tahu.

“OHHH...”Jawapan cover dari Zafril. Sedangkan hatinya sudah menyebut lembut ‘Nawwar Alisya’. Azam sudah tak kisah setelah melihat reaksi Zafril yang selamba beruk itu. Dia membuat anggapan Zafril tak berminat pada Alie memandangkan tidak balas Zafril.



“Hah!!!” terlepas mug coklat panas dari tanganku. Aku segera mencapai tudung di tangga lalu berlari semula ke dapur.

“Apa yang awak buat dalam rumah ni? Siapa suruh awak masuk?” Nadaku tinggi. Jantung aku masih berdegup pantas. Terkejut aku sampai semua organ dalamanku pun beralih tempat,

Apa tak terkejut. Aku baru siap makan di dapur tadi. Makan lauk jari... Hehehe lauk tunjuklah... Dalam kenyang tak kenyang ni. Aku bawalah mug berisi coklat panas ke ruang tamu. Ingat nak studylah. Sampai aku di ruang tamu aku ternampak satu makhluk tuhan ni... Tak pakai tudung... Tinggi...Putih... Hmm badan okay lah sedap-sedap kusyen je... Rambut pendek...Kacak... Spesis lelaki idaman ni... Macam lelaki?...HAH!!! memang lelaki pun. Lelaki dalam rumahku... Terkejutku. Nasi yang baru masuk dalam perutku pun terkejut sama.

Aku apa lagi memulakan jurus Watson Nyambek ku berlari mengabil tudung dan memakai tudung. Watson Nyambek tau bukan kedai Watson... Eh agaknya Kedai Watson tu Watson Nyambek yang punya kot... Apa yang aku mengarut ni.. Iklan sekejap... Back to the story okay. Siap bertudung yang tak kira senget darjah ke berapa aku keluar menghadap lelaki itu... tak layak jadi lelaki ini.

“Apa yang awak buat dalam rumah ni? Siapa suruh awak masuk?”Nadaku menag tinggi.

“Saya.. Saya...” Melihatnya tergagap aku lagilah berani. Hehehe... Ini yang best di buli ini. Aku pun lama dah tak asah skil membuli ni.

“Apa saya...saya? Tak tahu ke ini rumah perempuan. Sesuka hati badak awak je nak masuk.” Tengkingku lagi. Dia nampak terkulat-kulat melihatku.

“Saya Zaf.” Dia menghulurkan salam. Ini lagi nak kena dengan aku ni. Jap aku nak keluar peluru berpandu jap.

“Saya ni gadis islam tak sambut salam lelaki ajnabi macam awak. Awak ni tak tahu adab ke? Dah lah masuk rumah orang sebarangan. Siapa aja awak hah?” Marahku lagi.

“Fatin yang suruh dia masuk. Kenapa?”Eh jatuh dari langit mana minah ini tiba-tiba je ada. Nak backup buah hati dialah tu. Aku backhand juga budak ni kang,

“Kenapa? Kan Fatin tahu peraturan dalam rumah ni. No Men are allowed except Abah. Okay kali ini akak lepaskan. Kalau lain kali, akak akan pastikan cik abang awak ini balik pakai tudung keluar dari rumah ni. And you. Tolong hormat sikit. Sesuka hati nak masuk rumah anak dara orang. Nanti-nanti kalau dah kahwin rumah pun dok merata-rata agaknya. Dah pergi keluar. Main jauh-jauh.” Sinis ayatku. Aku segera menghala kembali ke dapur. mengambil kain untuk mengelap airku yang tertumpah. Rugi aku. Kesian mug kesayangan aku pecah. Nak je aku jerit.

GANTI BALIK MUG SAILORMOON AKU.


“Ala, Alie cakap lah kat aku. Betul ke Fatin bercinta dengan Zafril?” Hajar ni memang tak fahamlah aku. Selama ini dia lah radio saluran gosip buatku. Hari ini dia pula tanya aku.

“Aku tak tahulah Hajar.” Aku buat muka maha bosan.

“Hish kau ni, apalah kau tahu.” Rungut Hajar.

“Banyak apa aku tahu. Aku tahu makan, tidur. mandi. Ini berjalan ni pun aku tahu.” Hah kan dah kena loyar burukku.

“Hisy kau ni loyar buruk lah Alie. Kau tahu tak Fatin tu untung dapat si Zafril tu. Dia tu dahlah kacak, baik. Pandai pula tu.” Hajar mempromotekan si Zafril. Siapa Zafril pun aku tak kenal.

“So? Ada aku kisah? chak...chak...chak..”Aku buat gaya Nurbhan dalam siri drama Ada aku Kisah. Hajar buat muka geram je... Kalah lah tu... 1-0.



Zafril memandang Nawwar Alisya yang sedang bergumbira di selang beberapa meja dari tempatnya. Gadis itu seperti biasa. Simple dengan jeans dan T-sihrt. Bertudung peach hari ini seperti bajunya. Siapa yang tahu di sebalik tudung itu tersimpan mahkota wanita yang paling cantik pernah di lihatnya. Teringat kejadian dua malam lepas. Ketika itu dia menghantar Fatin pulang untuk mengambil barang. Apabila Fatin mengajaknya masuk sebentar sambil menunggu. Zafril bersetuju.

Zafril hanya memandang tubuh ramping Fatin masuk ke dalam biliknya. Masa itu di terdengar suara yang kurang sodap... hehehe.. ala-ala men‘yumbang’kan lagu Selamat Tinggal Sayang datang dari dapur. Zafril tersenyum sendiri di buatnya. Baru dia ingin melabuhkan punggung. Dia ternampak seorang gadis keluar dari dapur. Gadis yang memakai T-shirt putih dan berkain batik saje. Lama gadis itu terkaku melihatnya. Seolah-olah menilainya.

Zafril mengambil peluang memandang gadis yang bernama Nawwar Alisya itu. Cantik. Rambutnya panjang itu nampak sesuai dengan wajah Nawwar Alisya. Nawwar Alisya lebih cantik dari mana-mana wanita yang pernah dia jumpa. Cantik kerana selama ini kecantikkannya di sembunyikan. Tersenyum Zafril memandang Nawwar Alisya berlari masuk ke dapur dengan tudung. Zafril jatuh hati buat kali pertama dalam hidupnya.

“Apa yang awak buat dalam rumah ni? Siapa suruh awak masuk?” Nada Nawwar Alisya tinggi membuat dia tersedar dari angan indahnya. Nampak je lembut bak sutera tapi ganas bak kain cotton. Tergagap-gagap dia menjawab Nawwar Alisya. Nasib baik Fatin datang menyelamatkannya. Fuhhh... Lega..


Akhirnya cuti semester menjelma. Wah leganya. Aku mengambil bas ke Batu Pahat dari Pudu pukul 9.00 pagi. Ambil masa tiga jam lebih juga. Konon-kononnya nak buat kejutan lah aku mengambil teksi. Lagipun malas nak susahkan abah. Untuk menjimatkan duit aku terpaksa berjalan jauh sedikit dari bas station. Jauh sikitlah. So rate dia lain. Bayar RM5.00 je. Hantar sampai depan rumah abah kat Taman Melewar II.

Aku baru je sampai depan pintu pagar. Aku ni terjerit-jeritlah ala iklan strepsils memanggil ibu. Well seperti biasa aku buatlah drama swasta dengan ibu. Tengah-tengah hari kami dok berpeluk depan rumah. Hish aku dah tak balik dua bulan beb. Rindu sakan kat ibu ini. IBU peluk lama sikitlah.

“Akak balik sorang je ke? Adik mana?” Pertanyaan ibu buat aku tersentak. Nak jawab apa ni? Pagi tadi apabila aku tanya pada Fatin. Katanya balik dengan kawan.

“Sekejap lagi sampailah kot bu....” Baru aku nak berbohong, sebuah kereta My Vi Hitam berhenti di hadapan rumah. Alamak. Memang cari penyakit betullah Fatin ni.

“Ibu.” Fatin meluru keluar dari kereta lalu memeluk ibu. Aku hanya memandang tajam lelaki yang turut keluar dari tempat pemandu. Lelaki penceroboh. Yang menceroboh masuk ke rumah sewa kami dulu.

“Siapa ini Fatin?” Ibu bertanya pada Fatin. Aku nampak wajah Fatin serba salah. Pastilah tak tahu nak jawab apa. Dengan statusnya sebagai tunang orang lepas tu balik kampung dengan lelaki lain. Ape ke hal kan? Jawablah sendiri.

“Dia kawan akak bu. Ada masalah sikit. Tak sangka cari sampai sini.” Hish kenapalah aku ni di lahirkan dengan hati yang suci lagi murni ini. Macma iklan minyak masak tu. Lagi suci Lagi Murni. Akhirnya aku menyelamatkan Fatin dengan menghantar leherku di tali gantung abah sat lagi.

“ Betul ke kawan Nawwar ni ?” Tanya ibu tak percaya. Aku hanya mengangguk. Sebentar kemudian bala yang lagi satu sampai. Kereta Izwan, tunang kesayangan si Fatin ini pula menjengah.

“Assalamualikum.” Izwan memberi salam. Dia bersalaman dengan lelaki yang tegak dari tadi di tepi My Vinya. Cantik sangatlah My Vi nya tu.

“Waalaikumsalam. Iz. Ada apa ni? Takada angin tak ada ribut, tiba-tiba muncul.” Tanya ibu. Hah betullah tu ibu beroal jawab kat sini pula. Sekejap lagi jadilah mesyuarat pagar pula kat sini.

“Tak ada apa Makcik. Tadi nampak Fatin dalam kereta. Ingatkan salah orang rupanya betul.” Aku dapat mengagak sesuatu di nada suara Izwan. Cemburulah tu. Matanya tajam memandang wajah Fatin. Fatin pun kelihatan macam nak terjun lombong dah. Sekali lagi aku di perlukan. Dengan kuasa bulan aku menolong mu (ala-ala sailormoon lah pulak kan)

“Hai Iz, dia kawan Alie. Kami ada hal sikit. Ibu, Nawwar minta diri dulu eh. Nak pergi mem‘bersih’kan diri jap. Jom Awak.” Aku dengan sengaja masuk ke My Vi Hitam milik musuhku. Lelaki itu bagai faham-faham terus minta diri dari semua dan turut masuk ke dalam keretanya.

“Nak pergi mana ni?” Tanya lelaki itu padaku. Aku masih tak tahu lagi namanya. Hish. nak panggil apa ni?

“Saya Alie. Nama awak?” Aku tanya namanya. Dia hanya tergelak kecil.

“Kenapa?” Tanya aku hairan.

“Selalunya orang kenal saya. Saya yang tak tahu nama saya. Ini first orang tanya nama saya.” Berlagak seh mamat ni.

“Ada saya kisah.” Jawabku selamba.

“Saya Zafril Akmal. Boleh panggil Zaf je. Kita nak pergi mana ni Nawwar?” Dia menyoal lagi. Ops... Jap... Dia panggil aku apa? Nawwar?

“Awak panggil saya Nawwar?” Aku terkejut.

“Hmm. Kan mak awak panggil awak Nawwar.” Ada juga yang aku backhand kang. Hish sengal...

“ Itu mak saya. Bukan awak. Awak kena panggil saya Alie.” Tegasku. Dia hanya tergelak.

“Kenapa pula? Saya suka nama Nawwar.” Ini memang cari penyakit lah denganku.

“Awak ni tak faham bahasa erk?” Aura dragonball aku dah keluar ni.

“Tak. Jom turun.” Eh dah sampai. Entah bila aku tak tahu. Tahu-tahu dia dah memakirkan keretanya di hadapan KFC di Parit Raja. Melihatnya turun aku pun turun sama.


Aku memesan double cheese burger dan wedges. Manakala dia mengambil snack plate. Kami bergerak ke tingkat atas KFC yang lebih banyak menempatkan tempat duduk. Ramainya. Aku dapat mengesan sebahagian budak-budak di sini adalah budak UTHM. Mungkin meraikan paper terakhir kot.

“Siapa Izwan?” Zafril bertanya padaku. Aku tak tahu sama ada berterus terang atau berbohong lebih baik. Terbantut usahaku untuk menyumbat burger dalam mulut.

“Sepatutnya awak tanya pada Fatin sendiri. Saya tak nak masuk campur.” Aku mengambil jalan tengah.

“Saya tanya sebab saya dah terlibat dengan keluarga awak. Tak pasal-pasal saya ni ‘kawan’ awak. Baik awak bagitau dengan saya atau saya berterus terang dengan ibu awak.” Ugutnya. Bengang betul lah aku dengan mamat ni. Main ugut-ugut pula. Tak Macho betul.

“Dia tunang Fatin. Sekarang awak tahukan. Awak nak buat apa? Tolonglah kalau awak bijak. Tinggalkan Fatin. Jangan malukan keluarga kami. Ataupun awak berterus terang dengan Izwan sendiri hubungan awak dan Fatin. Janji tak libatkan saya.” Terangku penuh diplomasi. Hish bukan senang nak dengar suara ayu aku ini.

“Oh. Kalau macam tu tak apa lah. Lagipun saya dengan Fatin bukannya ada apa. Bukan saya ‘kawan’ awak ke?” Provoknya. Provokya yang bisa membuat aku menjeling tajam padanya. Malas menjawab. Dengan senang hati aku menjawab dengan makan burgerku. Comot itu pasti. Tapi aku buat selamba. Lepas makan baru aku lap mulutku. Tengoklah.. Biar terkeluar biji mata dia tengok aku makan.


Sampai kami di rumah. Kami di sambut meriah oleh ibu dan abah. Izwan pun masih ada bertandang. Abah mengajak Zafril masuk ke rumah. Aku dah mula berpeluh. Bukan panas tapi takut. Nampaknya abah dah mula merisik tu.

“Tak apa abah. Dia dah nak balik tu.” Aku menolak bagi pihak Zafril.

“Cepatnya. Datang jauh-jauh dah nak balik. Dah akak. Bawa kawan akak ni masuk.” Arah abah. Aku lihat wajah Zafril. Minta pertolongan untuk dia mengelak. Sebaliknya dia hanya tersenyum. Aduh.. Budak ni. Aku dah tak boleh kata apa dah. Kalah.
Zafril masuk ke rumah. Yang aku pelik lepas makan KFC dengan aku tadi ada lagi ruang kat perut dia tu nak makan tengah hari dengan keluarga aku. Hish mamat ni buruk lantak betullah. Entah berapa besarlah perut dia tu.

Sepanjang masa itu kami terpaksa berlakon. Tugas aku mudah ialah utuk mengiakan sahaja. Semua soalan itu di jawab baik oleh Zafril. Si Izwan pun menyibuk sama bertanya itu ini. Di sini aku tahu yang Zafril ini anak lelaki tunggal dari tiga orang adik beradik daripada pasangan pensyarah. Kakaknya seornag doktor dan adiknya pula sedang belajar perubatan di Dublin. Hanya dia mengambil aliran kejuruteraan. Tapi memang aku solute spring la kat Zafril sebab tenang je menjawab. Macam dah biasa je menipu je...

“Datanglah ke sini nanti Zaf. Awal bulan depan ni. Majlis si Fatin dan Izwan ni. Datanglah. Jemput mak ayah sekali.” Ajak abah. Baru aku tahu tadi yang majlis Fatin dan Izwan di awalkan ke bulan depan kerana Izwan akan meyambung PhDnya pada bulan berikutnya. Baru tadi aku memasang harapan inilah kali terakhir aku berjumpa dengan si Zafril ni. Sekarang dah musnah dah.

“Insyaallah pakcik. Kalau tak ada apa-apa nanti saya datanglah. Saya minta diri dulu ye.” Dush... rasa di tumbuk mukaku apabila dia menjawab macam tu. Cubalah menolak. Kang aku juga payah berjawab kalau abah tanya. Memang Kambing betullah si Zafril ni.




Ibu menangis. Abah dah tak tahu nak kata apa. Izwan tertunduk resah. Fatin menghilangkan diri di saat tinggal sehari pernikahannya. Hanya di tinggalkan sepucuk surat. Macam kisah orang dulu-dulu pula. Surat itu menyatakan yang dia tak mahu kahwin dengan Izwan kerana tak mencintai Izwan dan dia meminta aku menggantikan tempatnya. Banyak cantik muka dia. Tak kan aku nak kahwin dengan Izwan lelaki kasanova yang pernah memarut luka di hatiku.

“Macam mana ni akak? Abah kalau boleh tak nak paksa akak tapi malu keluarga nanti. Anggaplah abah minta tolong dari akak.” Sedih aku mendengar suara abah. Inginku kata tidak tapi aku tak tahu macam mana. Aku lihat wajah ibu. Aku pandang wajah ayah. Saat mata ini bertembung dengan mata Izwan aku menjadi keliru.

“Biarlah akak fikir dulu abah. Bagi akak masa.” Aku tinggalkan abah dan ibu di ruang tamu. Aku melangkah ke bilikku. Nasib baik aku masih mampu melangkah kalau tak berdukung lah aku.

“Nawwar... Nawwar.” Suara ibu mengejutkan aku. Hisy tertidur rupanya aku. Tadi konon-kononnya nak memikirkan masalah. Tapi boleh je aku tertidur. Dengan muka sememeh aku membuka pintu. Biasalah aku masalah nombor dua. Apa yang penting? Tidur... hehehe harap-harap wonderpet tiru aku lepas ni. Boleh dapat royalti ini.

“Ada apa ibu?” Tanyaku masih mamai.

“Akak tidur? Dah nak masuk isyak tau.” Bebel Ibu.

“Akak cutilah ibu.” Jawabku tersengih. Tu yang tidur tak ingat dunia. Bukan ponteng sembahyang tau. Aku cuti.

“Hmm cepat siap. Zafril kat bawah tu.” Arah Ibu. Bukannya aku dengar pun. Aku mengangguk je. Aku siap-siap. Cuci muka. Pakai tudung. Cukup. Terus aku turun.

“Ada apa ibu?” Tanyaku. Lantas empat pasang mata berpaling padaku. Abah, Ibu, Izwan. Hish Izwan ni tak ada rumah sendiri ke. Dari siang tadi dok melangut kat rumah aku ni. Sorang lagi macam kenal. Tapi siapa?

“Siapa ni bu?” Tanyaku sambil menunjuk lelaki itu.

“Apa akak ni dah bangun ke tidak? Inikan kawan akak Zafril.” Marah ibu. Otakku cuba merembeskan segala jenis hormon untuk mengingat.

“Oh kawan akak eh ibu? Lupa pula. Hai zafril.” Sapaku dengan selamba badak. Akhirnya aku berjaya mengingatinya. Bukan ke dia kekasih gelapku... hehehe gelaran baru.

“Hish betullah budak ni. Dah bangun ke tak ni?” Tanya abah lagi.

“Dahlah abah.”

“Ini abah nak tanya. Macam mana dengan soalan pagi tadi? Akak sanggup ke ganti tempat adik kahwin dengan Izwan atau akak nak nikah dengan Zafril?” Soalan itu membuat otak aku segar. Ya aku lupa masalah tadi. Sekarang aku kena buat keputusan...





“Saya terima nikahnya Nawwar Alisya Binti Nazril dengan mas kahwin Lapan Puluh Ringgit Tunai.” Zafril lega dengan sekali lafaz Nawwar Alisya sudah menjadi miliknya. Majlis disediakan ringkas. Semua tetamu agak pelik. Nama dalam kad jemputan lain. Pengantinnya pula lain. Namun Zafril tetap melayan dengan baik tetamu yang datang sehinggalah tetamu yang terakhir tadi.

Petang itu dia baru baik dari demam ketika Fatin menelefonnya meminta dia mengambil gadis itu di pudu raya. Dia pun dengan rasa lemah menolak permintaan Fatin. Namun Fatin merayu-rayu padanya. Sehinggakan Fatin menyatakan yang dia lari dari majlis nikahnya kerana Zafril. Zafril terkedu. Pada masa itu dia memujuk Fatin kembali ke pangkuan keluargannya namun balasan Fatin menyegarkan dirinya.

“Fatin tak nak balik. Lagipun Fatin dah suruh Kak Nawwar ganti tempat Fatin. Mesti kak nikah dengan Izwan tu.” Ayat itu menyegarkan Zafril. Entah apa merasuk Zafril dia lantas mengemas barang dan drive ke Batu Pahat. Dia sempat berpesan pada Taufiq kawan serumahnya untuk mengambil Fatin. Hish bakal adik ipar tu. Kena jagalah.
Sampai depan pintu je. Tanpa memberi salam, Zafril memberitahu pada Abah Nawwar Alisya yang dia ingin menikahi Nawwar Alisya. Terkejut beruk orang tua tu. Pada masa itu yang di fikirkannya supaya Nawwar Alisya itu menjadi miliknya sahaja bukan orang lain.

Syukur Nawwar Alisya memilihnya. Harap gadis itu tak melupakannya seperti mana petang semalam selanba je gadis itu kata dia lupa dirinya yang cukup kacak tu. Mereka kahwin free plus koboi apabila Izwan dengan separuh rela menyumbang hantaran kahwin buat mereka. Tak sangka dia dah menjadi suami orang.

“Tak sangka you akan kahwin dulu dari I kan?” Suara Izwan menyentak lamunan Zafril.

“Jodoh Iz.” Suara Nawwar Alisya menarik perhatian Zafril untuk terus mengintip mendengar.

“I menyesal Alie. Kalau dulu kita yang bertunang mesti hari ini hari bahagia kita kan.” Izwan bagai memancing harapan. Sungguh dia menyesal melepaskan gadis sebaik dan secantik Nawwar Alisya. Hari ini pertama kali melihat gadis itu memakai makeup. Hatinya terus terpaut. Ayu... cantik.

“Benda dah berlalu Izwan. Dulu awak yang memilih Fatin. Jangan lupa awak yang membuang saya di hari sepatutnya pertunangan saya. Benda dah berlalu so jangan ungkit lagi. Sekarang saya isteri Zafril Akmal dan saya hanya akan menjadi isteri dia.” Zafril tersenyum mendengar ucapan isterinya.

Aku terperanjat melihat Zafril di hadapanku ketika aku berpaling. Dia dengar ke? Memandang senyuman dirinya, aku tahu dia mendengar dan berpuas hati. Aku lihat suamiku hulurkan tangannya untukku. Tangan yang sama menghulur salam padaku dulu dan huluran salam yang pernah ku tolak sinis dulu. Aku sambut huluran tangan itu dan kami sama-sama melangkah masuk ke dalam rumah.



p/s ini cerpen cubaan kedua Iman... Tengoklah.,.. dah berjaya atau tergantung lagi.. Sahabat cinta akan Iman jadikan cerpen bersiri.. tengah cari masa nak sambung...Bye.. jangan lupa komen tau...

16 comments:

aNa-FanA- said...

best ^_^
chayok2!

Anonymous said...

besh22....huhu
~~ngee~~

im stanum said...

apa kata sambung sikit lagi cte ni
ttg kisah aft dorang nikah
msti lebih menarik
=)

miza said...

best gak cerpen ni,
heheehe padan muka izwan...
apa jadi fatin ek?

misz nana said...

best la jugak.. hehe..

rocKdawaLL said...

iman...this cerpen much better than before.well, walaupun ending nya simple jer..but as a reader we can make our own conclusion based on what you end up ur story...so chayok2!!!...

Anonymous said...

iman.. best cerpen nie..hrp2
ada sambungan bersiri sebab nak gak thu ape jd pada fatin bila dpt tahu org yg dia minat kawin dgn akak die..mgkin bengang tahap gaban kot..heheheh...ape2 pun congrat...

keSENGALan teserlah.. said...

waaaaa..
besh2..
kalo ley,,smbung la sket,,lpas dorang kawen..mesty sweet..coz tatw ape cite dorang pas kawen,,jd cm pasangn bese ke hape cz dorang mmg xknl satu sme len kan..kasi gado2 sket ke..ekekee.
n ape jd kat fatin n izwan??

inkdakwat said...

sweet la iman..nak lagi..hehehe..

kks said...

sbg studnt uthm,sy berbangga sbb ade nm uth, tmn melewar,KFC..huhu...nice story...

pingu cute said...

bestnya cete nie...
smbg lah agi xsempat nk feeling dah abs..huhuhu
tanniah iman cerpen nie mmg best..hehehe

Miss Kira said...

hehehe..
bestnya..
xp napa x tulis time nawwar pilih zaf tu..
musti best kan part tu..
apapun cerpen ni best..
ada smbgan x?
uat la lps depa kawin plak

Nuril said...

best!!
nak request sambungan dia ^_^
hehehe

Anonymous said...

iman..
sambong la cite nie!!!
besssstttttt llllaaaaaa~!!!!

polaris stars said...

salam kak iman!
saya mcm org2 kat atas tu jugak.. nak request sambungan cerpen nih...
plissss!

Anonymous said...

ape kate smbg lg?
bez..
hehe..