Monday, May 14, 2012

Kita Kahwin 10


“ Kalau kita tak menghargai diri sendiri tak ada siapa yang akan menghargai kita Sue. Berubah bukan bermakna kita menjadi orang lain tapi bererti kita berusaha menjadi lebih baik. Bukankah untuk menjadi lebih baik itu tuntutan agama. Jangan cakap kat Kak Anis yang Sue tak ada perasaan untuk jadi macam orang lain. Tapi kenapa nak tahan diri sendiri? Tanya pada diri Sue sendiri sekarang. Apa yang Sue mahukan? Cuma satu kak Anis nak ingatkan, tiada orang lain yang lebih sayangkan kita lebih dari diri kita sendiri.”

Sebuah pesanan yang mengubah hidup Suraya 360 darjah. Hari ini dia sedar dia banyak sangat berkorban untuk menjadi orang lain. Seseorang yang mambuatkan dirinya sendiri terbeban bersama. Salah siapa? Salah dirinya sendiri yang terlalu ingin menjadi sorang yang baik hati kan?
Syukurnya dia akhirnya bertemu dengan titik perubahan dalam hidupnya. Hari ini dia mampu berubah kerana dia sedar, tak selamanya dia boleh berfikiran begitu. Sedar setiap yang terjadi di dunia ini ada ketentuannya sendiri. Yang pasti Suraya amat berterima kasih pada Fiqril kerana mempertemukan dia dengan Anis. Gadis yang berkelulusan dalam bidang psikologi itu memang banyak membuka jalan padanya walaupun hanya dua hari mereka menghabiskan masa bersama.
Dua hari yang cukup bermakna. Dua hari yang melahirkan Suraya yang baru. Suraya yang baru luar dan dalamnya. Hari ini Suraya tidak lagi memilih deretan baju kurung di dalam almarinya. Kemeja biru berjalur dan di padankan blazer hitam paras pinggang serta seluar slack hitam hadiah abangnya menjadi pilihan dia hari ini. Biarlah dia jadi orang yang baru, berketerampilan baru dan berkeyakinan.


Fiqril memerhati Suraya keluar dari CRVnya. Hari ini hari pertama dia mengambil Suraya dan mereka pergi ke perjabat bersama. Dia tak tahu apa yang terjadi pada gadis itu sepanjang perjumpaan gadis itu dengan kakak sepupunya Anis. Tapi yang pasti gadis itu berubah dua ratus peratus. Malah semalam gadis itu tenang menelefonnya mengajaknya sarapan bersama kerana ingin berterima kasih dengannya. Nyata tidak rugi dia menyambut ajakkan itu jika ini kejutan yang dia dapat pagi ini.
Saat menyambut kedatangan Suraya pagi tadi, jujur Fiqril katakan yang dia terkejut melihat Suraya apabila gadis itu muncul di hadapan matanya. Bukan apa... Gadis yang selama ini nampak biasa dan selesa berbaju kurung mucul dalam satu imej lain. Imej yang dia tak pernah bayangkan untuk Suraya.
Gadis itu nampak menawan dengan kemeja biru berjalur dan di padankan blazer hitam paras pinggang serta seluar slack hitam menampakan keanggunan Suraya yang lebih berkarisma. Tudung berwarna biru lembut itu menambahkan lagi keayuan pada wajah mulus itu. Pertama kali juga wajah mulus itu tampak manis pula dengan solekan tipis cukup memikat itu. Seketika Fiqril terpesona dibuatnya hingga dia terlupa lama rupanya mereka tersadai di depan bangunan kediaman Suraya. Malu dia apabila Suraya menegur kelekaannya itu.
“Thanks Fiqril.” Suraya mengucapkan terima kasih pada Fiqril. Dia mengatur letak cermin matanya tanpa binkai itu di wajahnya. Cermin mata pun berubah nampaknya.
“Untuk apa?” Fiqril bertanya tak faham.
“Sebab temukan saya dengan Kak Anis. Sebab buka mata saya.” Ujar Suraya. Ingin mengajak Fiqril bersarapan tapi sayangnya lelaki itu ingin cepat katanya.
“I tak buat apa-apa pun. You yang nak berubah bukan kerana I. I tak sempat nak sarapan dengan you. I kena cepat ni, nak ke Putrajaya sekejap lagi. I hantar you ke perjabat jelah.” Fiqril memberi alasan. Sejujurnya dia tak ada kerja pun di Putrajaya tadpi semuanya kerana dia tak bersedia untuk berdua-duaan dengan Suraya ketika ini. Hatinya berdebar semacam.
“Hmm tak apa.Tadi saya ingat nak belanja bos sarapan tanda terima kasih. Tapi saya dah susahkan bos je jemput saya. Kalau bos beritahu saya tadi tadi, bos tak perlu jemput saya. Saya boleh naik teksi je. Ni bos pula yang susah jemput saya, hantar saya macam ni.” Ujar Suraya terkilan. Segan pula dia.
“Tak apa. Nanti you boleh belanja I lunch. I tak masuk pagi ni. Jadi I tunggu you kat bawah je nanti. Ingat janji you belanja I lunch.” Suara Fiqril sedikit bergetar. Bergetar dengan rentaknya sendiri.
“Okay bos, nanti saya turun. Bos call lah kalau dah nak sampai tu. Takut saya lambat pula. Lama bos kena tunggu nanti.” Selepas lama berfikir barulah Suraya memberi persetujuan.
Sepanjang perjalanan yang tinggal beberapa meter dari perjabat itu Suraya sibuk megatur rancangan. Di dalam kepala Suraya sudah mengatur ingin mengajak Fiqril lunch di mana-mana hotel asalkan berjauhan daripada perjabat mereka. Hish malulah dia nak lunch dengan Fiqril berdekatan office nanti tak pasal-pasal timbul isu baru. Penerimaan teman-temannya terhadap imejnya inipun dia tak tahu bagaimana sudahnya inikan nak tempah lagi satu masalah. Yakin Suraya... Yakin... Suraya meyakinkan dirinya.
“Hmm. Nanti I call you. By 12.45, I tunggu you kat bawah. Bye. I pergi dulu. Assalamualaikum.” Fiqril menurunkan handbrek nya.
“Waalaikumsalam. Drive carefully bos.” Suraya meminggir lalu menonton Fiqril berlalu pergi.


Suraya melangkah masuk ke dalam bangunan pejabatnya. Setiap orang yang di laluinya melihat dia seperti makhluk asing. Seperti biasa dia terserempak dengan Pak Ali, pengawal keselamatan yang akan meronda setiap pagi itu dan dia tak segan silu menegur lelaki yang sudah separuh abad itu.
“Assalamualaikum Pak Ali? Apa khabar hari ini?” Suraya memang ramah dengan semua orang.
Dia tak memilih siapa kawannya. Sama ada tua muda atau apa pangkatnya sekalipun. Dia tak segan kalau duduk melepak di pondok keselamatan dan dia tidak malu makan di tangga-tangga dengan makcik cleaner malah dia lebih selesa berkawan dengan mereka yang banyak pengalamannya.
“Waalaikumsalam. Sue, cantiknya Sue hari ini.”Pak Ali tergamam juga melihat tranfromasi imej gadis itu.
“Terima kasih Pak Ali. Sue naik dulu Pak Ali.” Malu pula Suraya mendengar dirinya di puji sebegitu. Pak Ali orang kedua memujinya hari ini selepas Fiqril. Segera Suraya hilang di telan kotak lift itu.

Suraya lebih bersemangat untuk melangkah berbekalkan dua pujian di terimanya. Namun cuaknya tetap ada. Pagi tadi dia teragak-agak juga untuk memulakan hidup ‘baru’nya ini. Sebaik melangkah masuk ke pejabatnya di tingkat 10 itu, semua mata memandangnya.
Yang paling lucu adalah, Sharmila yang tergamam memandangnya. Kemudian hampir tersembur apabila dia menegur gadis itu. Hendak terhambur gelak Suraya tapi di tahannya.
“Morning Kak Jie.” Suraya menegur Kak Jie.
“Kak Jie?” Suraya memanggil lembut nama Grace melihat gadis itu tergamam memandangnya.
“Eh... Ahh.. Sue. Cantiknya Sue hari ni.” Pujian itu Suraya terima dengan hati yang ikhlas. Senyumannya melebar.
“Terima kasih Kak Jie. Tadi bos pesan, suruh cakap kat Kak Jie yang dia tak masuk pagi ni. Dia ada hal kat Putrajaya.” Lembut Suraya menyampaikan pesanan daripada ketuannya. Di dalam hatinya dia berdoa yang setiausaha berkaliber itu dia akan salah faham.
“Hmm Okay.” Sahut Kak Jie walaupun kepalanya ligat berfikir.
“Kak Sue, cantiknya kak Sue. Ini tudung yang kita beli masa keluar dengan kak Anis hari tu kan?” Entah dari manaQizah muncul dengan perangai budak-budak ribenanya itu. Tahu-tahu sudah menerpa belakangnya membuatkan dia sedikit tersentak.
“Hmm. Qizah pun cantik. Baju ni... Thanks.” Suraya  memuji Qizah. Bangga bila gadis itu memakai baju yang dia hadiahkan pada hari mereka keluar membeli belah bersama. Tak sangka anak gadis dari keluarga bernama seperti Qizah menghargai pemberiannya tak seberapa itu.
“Mestilah cantik. Kan kak Sue yang hadiahkan. Pagi tadi angah yang jemput Kak Sue eh? Pasti angah terkejut tengok Kak Sue berubah kan? Dia suka tak?” Sewaktu Qizah bertanya begitu, Suraya rasa nak menyorok je wajahnya dimana-mana.
Dengan suara Qizah yang ceria itu pasti Kak Jie sangat-sangat mendengar kenyataan berani mati dari Qizah. Sekarang Suraya dah tak mampu menyorok lagi. Kak Jie dah tahu yang ketua mereka menjemput dia pagi tadi. Sekarang pasti Kak Jie dah fikir yang bukan-bukan.
“Kak Sue buat kerja dululah Qizah.” Tak mampu menjawab soalan Qizah tadi membuatkan Suraya mencari alasan. Hanya tuhan je tahu perasaan malunya sekarang.

            Tengah hari itu sewaktu Suraya ingin turun menunggu Fiqril di bawah, dia terserempak dengan Zarif di dalam lif. Dari pandangan mata lelaki itu, Suraya pasti lelaki itu terkejut memandangnya. Mungkin lelaki itu tidak sangka dengan perubahannya ini. Namun kehadiran Zarif nyata membuatkan Suraya tidak selesa apatah lagi sejak masuk ke dalam lif lelaki itu seperti sengaja ingin medekatinya.
“Suraya... Suraya...” Terdengar suara Zarif memanggilnya yang sudah di hadapan. Mahu tidak mahu Suraya berhenti dan menunggu Zarif menghampirinya.
“Ada apa Zarif? I nak cepat ni.” Hari ini secara rasminya Suraya bercakap secara peribadi dengan Zarif didalam waktu kerja. Selalunya jarang lelaki itu hendak menegurnya walaupun sewaktu mereka masih bergelar kekasih dulu.
“Hmm.. Zarif nak ajak Sue lunch hari ni.” Zarif masih menggunakan ganti diri dengan nama seperti waktu bercinta dulu walaupun Suraya sudah menukarkan panggilan nama itu dengan ‘I’ dan ‘You’.
“Sorrylah Zarif. I sibuk. You keluarlah dengan Intan. Kecik pula hati dia nanti. Orang macam I tak layak untuk keluar dengan you. I pergi dulu.” Suraya sendiri tidak percaya dia boleh berkata begitu dengan Zarif tadi. Seronoklah pula.
Di dalam hati Suraya bersorak gembira kerana hari ini dia berjaya menolak Zarif untuk pertama kalinya. Kalau dulu Zarif yang sering menolak dan mengelak kini giliran dia pula. Seronok juga jadi orang jahat ni ya.
Zarif hanya melihat Suraya melangkah penuh yakin. tak sangka gadis itu cepat berubah. Dulu Suraya pasti tak mengelak kalau di ajak keluar tapi sekarang gadis itu dah berubah? Dendamkah gadis itu padanya?
Terbuka besar matanya apabila gadis itu selamba masuk ke kereta pengurus besar mereka yang terpakir di situ. Amboi... baru je pun dia putus dengan Suraya, sekarang Suraya dah ada pengganti? Malah pengganti yang jauh lebih baik daripadanya. Tiba-tiba perutnya sebu. Dadanya sesak lalu dia melangkah semula ke lif. Tidak jadi keluar. Terlupa pada Intan yang menanti dia di tapak projek untuk di jemput.

8 comments:

(^__^) miza muhd said...

wah.... sgt2 bgs. padan muka zarif. i like... ^___^

nzlyna'im said...

padam muka ko..huhuu
sweet la fiqli kan dgn suraya

mizz acu said...

Yeahhhh I lev it!! Well done suraya!
Padan muka hang zariff! Dan2 tu nak ajak lunch..huh!

idA said...

way to go suraya..padan ngan muka zarif tu..baru dia tahu..sape suraya tu...hopefully fiqril akan melamar suraya masa dia org dating lunch ..takut kalo fiqril lambat make a move..abislah suraya tu..akan telepas kat tangan org lain pulak..tak gitu..dan mengharap agar suraya accept aja lamaran fiqril..kan mamat tu dah tunggu bertahun lamanya...spill it out la..kan...

Anonymous said...

besh nyer..
kak iman, nak tanye sikit..
kenape jarang update.. kempunan nak bace...

Eijan said...

Emm citer ni makin best tp nape skrg jarang update....please update selalu....

Anonymous said...

wah..best2 colection cerita u... x sabo nak tggu dah jodoh di publishkan.. skrg nih xsabo nak tggu sambungan kita kawen ni plak... idea2 @ jalan cerita u mmg menarik... gud job.. cepat2 sambung ek..x sabo nak bace..

tni said...

Iman bila nak sambung cerita ni