Friday, July 13, 2012

KiITA KAHWIN 12



BAB 9

            Panjang muncung Suraya setelah balik daripada rehat makan tengah-hari tadi. Mahu tak panjang muncungnya kalau sepanjang sejam waktu makan tengah hari itu bagai rasa duduk diatas bara api. Fiqril tak habis-habis membebel dengannya sejak dari mula perjalanan. Entah apa yang lelaki itu tak puas hati pun Suraya tak tahulah. Yang pastinya bosnya itu sudah tersampuk jin membebel agaknya.
Sudahlah sebelum makan tengah hari tadi dia dah cukup malu dengan rakan-rakan sekerjanya. Mana tidaknya, tengah-tengah dia sibuk berbincang dengan Zarif soal kerja, bosnya boleh selamba menarik dia untuk keluar makan tengah hari. Mahu tebal macam solekan pelakon opera cina wajahnya ketika itu. Malu dengan Zarif. Malu dengan kawan-kawan sekerja lain yang nampak.
Fiqril nampaknya terlalu seronok membuli dia. Terlalu bahagia menindas dia. Sekarang ini pasti nama dia sudah menjadi buah mulut kawan-kawan sekerja. Suraya cukup pasti gosip tentang kejadian tadi sudah tersebar. Silap-silap dia dikatakan terhegeh-hegeh menggoda bos mereka itu. Cuba merampas Fiqril yang rata-rata satu syarikat ini tahu lelaki itu adalah kekasih kepada Tasya.
Fiqril memang hendak memalukan dia agaknya. Tak nipis ke telinga Fiqril mendengar gosip mereka berdua sejak keberlakangan ini? Suraya tahu Fiqril sedia maklum hal itu tapi kenapa masih lagi nak membakar sumbu gosip macam ni? Tapi kalau di fikir-fikir memanglah Fiqril tak kisah. Yang kisahnya hanya Suraya seorang kerana yang menghadap budak-budak opis ni selalu adalah Suraya je. Fiqril tu masuk bilik keluar bilik je. Itu pun hanya berapa kali dalam sehari. Susahnya macam ni. Terus saja Suraya menelengkupkan kepalanya ke meja. Mencari sedikit nafas.

“Hei perempuan.” Ada suara yang membuatkan Suraya mengangkat wajahnya. Wajah tegang Intan terpampar dimatanya.
“Intan. Kenapa ni?” Terkejut sungguh Suraya apabila di tegur Intan dengan sebegitu kasar. Pantas kakinya membawa tubuhnya berdiri.
“Kau jangan pura-pura tak tahu. Eh Sue, kau ni nampak je baikkan tapi sebenarnya kau busuk hati. Kau tak suka tengok aku bahagia dengan Zarif jadi kau sengaja nak goda dia balik pada kau kan. Kau memang tak tahu malulah. Zarif tu dah pernah tinggalkan kau, kau boleh lagi nak terhegeh-hegeh.” Kali ini bukan dengan mulut je. Dengan jari-jari Intan sekali naik ke dahi Suraya menolak-nolak dahi itu.
“Apa ni Intan? Sue langsung tak faham.” Suraya menepis jari Intan yang selamba menolak dahinya. Amboi tak sayang jari ke cik kak.
“Kau jangan pura-puralah Sue. Aku tahu sebabkan kau, Zarif berubah kan? Kau memang nak merampas dia daripadaku sebab kau marah dia tinggalkan kau untuk aku. Kau jangan nak pura-puralah.” Jeritan Intan tersebar luas.
Terasa berinci-inci wajah Suraya dibuatnya. Malunya hanya tuhan yang tahu. Apa yang dituduh oleh Intan itu langsung tidak benar sama sekali. Tak terniat langsung pun dia hendak melakukan pekara sebegitu rupa. Kalau hal Zarif tu, Suraya tak menafikan hatinya sakit kerana Zarif memperlakukannya begitu tapi tak ada maknanya dia nak membalas dendam pada Intan. Suraya masih rasional lagi, dia tak perlukan orang yang tidak hormatkan dia sebagai nakhoda hidupnya.
“Jangan nak menuduh Intan. Tak ada maknanya Sue nak buat macam tu. Apa yang Intan nak lagi? Kan Intan dah bahagia dengan Zarif. Sue tak terniatlah nak jadi perampas hak orang.” Lembut Suraya menuturkannya menidakkan segala tuduhan Intan terhadap dirinya.
“Jadi kau nak tuduh aku rampas Zarif dari kaulah? Tak guna punya perempuan.” Mungkin kerana langsung tak dapat menahan rasa marahnya lagi, kali ini tangan Intan naik ke wajah Suraya.
“Hei Intan, kau jangan nak melampau.” Terdengar suara Kak Jie menjerit dari mejanya. Kak Jie yang dari tadinya hanya senyap kerana tak mahu masuk campur hal orang kini tak mampu membiarkan lagi apabila Intan dikasari. Kesian melihat mata itu mula berair kerana ditampar.
“Akak jangan nak masuk campurlah. Ini hal saya dengan perempuan ni. Tak nak merampas hak orang konon tapi dia dok menyendeng kat bos tu bukan merampas namanya. Sekarang Zarif pun dia nak juga.” Ujar Intan sinis. Wajahnya nampak gembira melihat Suraya  menangis.
“Saya tak hadaplah kat Zarif awak tu. Tak ada masanya saya nak jilat balik ludah saya.” Balas Suraya dengan tangannya sebelah sudah melekap dipipi yang terasa pijar. Pertama kali mulutnya berbuka untuk berkasar dengan orang.
“Kau...” Sekali lagi Intan mengangkat tangan ingin menambahkan lagi kemerahan diwajah Suraya. Namun belum sempat tangannya melayang namanya di seru.
“Intan....” Jeritan yang kedengaran dari pintu bilik Fiqril itu membuatkan tangan Intan terpaku diudara.
“Don’t you dare touch her.” Amaran daripada Fiqril itu membuatkan tangan Intan terus jatuh. Kak Jie sudah tersenyum sinis.
“Kenapa ni?” Fiqril sudah bergerak menghampiri Suraya. Dari gaya kaki seluarnya yang dilipat naik dan memakai selipar saja itu, pasti lelaki itu baru usai solat Zohor.
“Aya kenapa?” Suara Fiqril yang tegas itu membuatkan Suraya menunduk. Tapi bila Fiqril menarik dirinya berhadapan dengan lelaki itu dan mengangkat wajahnya, Suraya hanya membiarkan.
“Apa hal ni?” Keras suara Fiqril yang pastinya bertanya tentang bekas merah di pipi kiri Suraya itu.
“Siapa yang cederakan you ni?” Tanya Fiqril lagi apabila tak siapapun menjawabnya.
“Intan.” Akhirnya suara Kak Jie menjawab daripada belakang.
Mendengar jawapan itu mata Fiqril mencerlung memandang wajah Intan. Apabila Fiqril sepertinya ingin merapati gadis itu, Suraya cepat-cepat menarik Fiqril. Dia tak tau kenapa dia ingin menarik Fiqril sedangkan dia tak pasti apa yang Fiqril akan lakukan. Yang pasti dia tak mahu pekara ini semakin kecoh.
“ I akan deal dengan you nanti. Aya jom.” Kedengaran suara Fiqril berkata-kata sebelum dia menarik Suraya masuk ke bilik pejabatnya meninggalkan mereka yang ada di situ mula menyebarkan cerita dalam versi mereka sendiri.

7 comments:

ani man said...

Best3....ala apa jd kat suraya ni,suspen ni......eeeee jhtnya intan tue....ngeeerrrrr....nak lg plez;-)

Ai NuRaSh said...

kureng nye intan sukeee suki jewww

ps miss writer nk lg hehe best!!!

mizz acu said...

Eh eh meh cni nak kaki kan si intann! Dia yg perampas nak tuduh org plak! Heshhh..
Sian ayaa.. :(

sara said...

Pendeknya nak lagi boleh... Tak sabar rasanya nak tau apa jadi

Anonymous said...

Sweetnya cara fiqril memprotect si suraya.... Ai jatuh hati u.....

Anonymous said...

Tak suka suraya jadi perampas... Orang yang baik tak ambil Tasya punya

kak ida said...

alahai..kenapalah Suraya membiarkan dirinya ditampar sesuka jiwa intan minah tu ek.. besaq kemungkinan mamat zarif tu dah putuskan hubungannya ngan intan kot..sbb tu minah tu meroyan giler... apa ek terjadi kat Suraya ngan Fiqri..kat bilik tu..mesti tgh pujuk minah tu..kan..soal hati mmg payah nak diperdebatkan..walaupun fiqril ada Tasya..tapi kini hatinya dah terukir nama Suraya..