Wednesday, June 9, 2010

Bebaskan Aku Cinta-5


BAB 5
Aku tak peduli… Misi membalas dendam

            Nadilla bergolek ke kanan kemudian dia kembali bergolek ke kiri. Puas dia cuba lelapkan matanya. Puas dia cuba menidurkan dirinya sendiri namun dia tidak mampu. Sudah hampir empat jam dia bergolek-golek cuba untuk tidur. Habis sebuah novel dia baca namun matanya terlalu kejam untuk merehatkan mindanya. Pekara itu masih menganggu ketenteramannya.
            Nadilla mengerling mata pada jam di meja sebelah katilnya. Sudah tepat pukul 4 pagi, lama lagi untuk subuh. Teringat kembali pesanan abahnya yang menyuruhnya menelefon Taufiq. Semalam sudah terlalu lewat untuk dia telefon. Dia masuk bilik pun dah hampir pukul 12 tengah malam. Huh lelaki itu memang menyusahkannya dan menyebabkan dia tidak boleh tidur sekarang. Agaknya sekarang ini lelaki itu sedap-sedap di buai mimpi.
            ‘Dia sedap-sedap tidur. Aku juga yang merana tak boleh tidur.’ Rungut Nadilla sendirian. Tertekan dia kalau macam ini.
            TING…tiba-tiba lampu di atas kepalanya menyala. Hilang muka tertekannya berganti muka jahat dengan senyuman nakal. Kalau dia tidak boleh tidur, Taufiq juga tidak boleh tidur. Pantas Nadilla mencapai telefon bimbitnya dari meja lampu di sebelahnya. Dia menekan nombor di keypadnya. Misi membalas dendam bermula.
            “Hello, dah tak tahu siang malam ke? Pagi-pagi telefon orang. Siapa ni?” Akhirnya selepas enam kali membuat panggilan, Nadilla berjaya membangunkan Taufiq. Terbit senyuman di bibirnya apabila mendengar kemarahan Taufiq. Misinya seakan berjayalah pula.
            “Assalamualaikum bos. Bos tengah buat apa tu?” Sengaja Nadilla menceriakan suaranya. Menambah lagi minyak di api kemarahan Taufiq. Pasti Tuafiq tengah bengang kerana tidurnya di ganggu dan suara ceria Nadilla adalah pembakar terhebat kebengangan Taufiq.
            “Dilla, kau ni dah tak  tahu siang malam ke nak call. Sekarang ni tengah pagi buta tau tak. Tak tahu ke orang nak tidur?” Suara bengang Taufiq bertambah degreenya. Aduh sememangnya dia terlampau benganglah tu.
            “Amboi bos. Marah-marah sampai lupa nak jawab salam... Berdosa tau bos.” Nadilla sedaya mungkin menahan gelaknya. Di depan matanya sudah terbayang wajah Taufiq yang merah dan menakutkan. Dalam hati Nadilla merasakan cukup puas. Padan muka Tuafiq, dia buat orang tak boleh tidur. Dia pula sedap-sedap nak buat tahi mata.
“ Nadilla!! Kau ni pekak ke bodoh? Dah pukul berapa ni? Tak reti-reti ke nak tidur. Kau pergi kacau orang tu kenapa? Dah teringin nak jadi hantu ke.” Suara Taufiq menengking. Terkejut
Nadilla mendengar tengkingan itu. Kecut terus perutnya. Mendengar setiap baris kata yang di luahkan itu cukup bisa seperti patukkan ular senduk. Air matanya mengalir dengan sendiri. Sebak menyelubungi dirinya.
“Kenapa diam? Sukakan buat kerja bodoh macam ni. Ganggu orang tidur. Kalau dah bodoh tu bodohlah juga.” Aduh kata-kata itu umpama belati yang menusuk ke kalbu.
Sendirinya tangisan tadi menjadi esakkan yang panjang. Esakkan yang tidak boleh di sembunyi lagi. Cukup lantang kedengaran di telinga di hujung sana. Esakkan yang membuatkan masing-masing senyap dengan talian yang masing bersambung.
“Memang saya bodoh bos. Sebab saya bodohlah saya selalu jadi mangsa bos. Bos sedap-sedap je tidur. Saya kat sini langsung tak boleh tidur fikirkan lamaran bos. Memang saya sedar saya bodoh di mata bos.” Dengan geram Nadilla melepaskan perasaannya pada Taufiq. Punat merah itu lantas di tekan memutuskan talian yang bersambung.

***********

            Taufiq merenung telefon bimbitnya sambil membawa tubuhnya bersandar di kepala katil. Dengan kedua belah tapak tangannya dia mengusap perlahan wajahnya. Hilang terus mengantuknya apabila terdengar tangisan Nadilla tadi. Terbit rasa bersalahnya.
            Sememangnya tadi Taufiq tersangat marah apabila lenanya di ganggu. Penat memerah otak merencanakan rancangan buat jabatannya siang tadi membuatkan dia sangat perlukan rehat yang cukup malam ini. Lalu apabila lenanya di ganggu di pagi buta, amarahnya datang tanpa dapat lagi di bendung.
            Entah apa-apa kata yang dia lafazkan pada si pemanggil. Terbang semua sumpah seranahnya apabila suara ceria itu mencabar kewibawaanya. Tanpa berfikir dia menuturkan kata. Tanpa tahu menghargai perasaan pendengar dia menghamburkan kata yang berbisa.
Apabila suara ceria itu bertukar tangisan, hatinya mula rasa bersalah dan apabila suara itu mengeluarkan baris kata yang memilukan, rasa bersalah itu di campur dengan rasa kesal pula. Masa itu hilang terus mengantuknya. Hilang terus penatnya. Wajah sayu dan tangisan Nadilla pula menghantuinya. Sungguh dia menyesal dia mengeluarkan perkataan-perkataan itu.
‘Huh’ keluhan keluar dari bibir Taufiq di pagi-pagi buta ini. Kalau perempuan lain mungkin dia akan sambung tidur semula. Tak akan dia pedulikan sebegini rupa malah mungkin dia akan rasa puas kerana mampu melepaskan geramnya. Namun ini Nadilla, satu-satu gadisnya yang rapat dengannya. Satu-satunya gadis yang dia ambil berat perasaannya.
Oleh itu tidak mungkin Taufiq membiarkan Nadilla bersedih kerana dirnya. Taufiq merenung kembali telefon di tangannya. Dengan penuh semangat dia mendail nombor milik Nadilla. Talian berbunyi cuma tidak bersambung. Pasti Nadilla marah sampai tidak mahu mengambil panggilannya. Sebelas kali deringan masih belum berjawab. Taufiq mula tidak sedap hati. Pantas sms di hantar pada gadis itu. Kali ini pasti panggilannya akan di jawab.

***********

Dilla, dah sebelas kali aku call, kalau kali ini kau tak angkat juga.
Kali ke 13 panggilan aku adalah pada telefon rumah kau.
 Biar satu rumah kau tahu aku call kau.

Nadilla membaca sms dari Taufiq itu. Baru sempat dia habis membaca ayat terakhir panggilan dari Taufiq masuk ke telefonnya. Kali ini mahu atau tidak, dia perlu menjawab panggilan ini. Kalau tidak pasti telefon rumahnya akan berbunyi. Nadilla Azril cukup kenal siapa Taufiq Adam.
“Assalamualaikum. Dilla?” Taufiq bersuara setelah lama talian bersambung namun tiada sebarang kata dari Nadilla.
“Tak jawab. Dosa.” Taufiq mengumpan lagi mulut comek itu berkata-kata.
“Saya jawab dalam hati. Bos tahu apa?” Jawab Nadilla geram. Taufiq mula tersenyum. Kenapa hilang kerisauannya apabila suara itu menjawab.
“ Dilla okay?” Taufiq bertanya lembut. Nadilla mengangguk kemudian baru dia tersedar Taufiq tak mungkin dapat melihatnya.
“Okay.” Jawab Nadilla kurang ikhlas.
“Aku minta maaf ya tadi. Kau tak boleh tidur ya?” Entah kenapa Taufiq teringin berbual dengan Nadilla. Baru dia teringat satu hari ini dia belum mendengar suara itu.
            “Tak ada apalah bos. Saya ni memang bodoh kacau bos malam-malam macam ni.” Nadilla dengan nada merajuknya.
            “Dilla, sayang. I minta maaf okay. You tak boleh tidur kenapa? Mimpi ngeri ke?” Taufiq tidak mahu membalas kemarahan itu dengan kemarahan. Biarlah dia mengalah.
            “ Tak boleh tidur fikirkan lamaran bos. Bos, saya tak nak teruskan. Saya penatlah macam ni. Tak boleh langsung tidur. Bos pergilah pinang orang lain.” Suara keanak-anakkan dan manja keluar dari bibir itu.
            “Dilla, kalau I nak pinang orang lain. I tak payah suruh keluarga I pergi lamar you. Parent you cakap apa pula? Dia orang terima  tak?” Taufiq bertanya lagi. Terbit risau di hatinya kalau Nadilla menolak pinangannya. Walaupun nyatanya sekarang hatinya cukup sedih bila gadis manja itu menyuruh dia meminang perempuan lain. Ya dia sedih cuma dia tidak tahu kenapa dia sedih.
            “Abah dan Ibu terima. Dia suruh keluarga bos datang hujung minggu depan. Kenapa bos buat macam ni? Saya ini yang sengsara tak boleh tidur tau.” Makin manja pula kedengaran suara Nadilla di telinga Taufiq. Tersenyum Taufiq mendengar rengekkan manja itu. Tidur aja yang gadis itu fikirkan.
            “Sebab I nak kahwin dengan youlah, I pinang you. Dahlah esok I datang rumah you okay. Kenal keluarga you.” Taufiq dengan gembira mengkhabarkan hal itu.
            Nadilla puas pula menolak. Nak buat apa Taufiq datang ke rumahnya. Tak mampu memberi alasan menolak, dia menukar topik lain untuk berbual dengan Taufiq. Hampir sejam juga mereka bergayut sebelum Nadilla tertidur. Taufiq pula di hujung talian tersenyum apabila terdengar desah nafas lembut Nadilla yang tertidur. Penat dia bercakap sorang-sorang.
            Yang tak boleh tidur tadi sudah lena, yang mengantuk pula tak boleh tidur. Taufiq pantas membersihkan dirinya. Kunci kereta di atas meja di capai. Dia ada pejalanan yang jauh untuk di tempuhi sebelum sampai ke rumah Nadilla. Niat di hatinya untuk sampai ke rumah gadis itu sebelum habis mereka bersarapan.

4 comments:

Gurl said...

semangat btul taufik na p umah nadilla... baru je jumpa n baca novel nie... tak sabar nak tgu n3 seterusnya. kasi lebih sikit ler n3 mcm x puas plak hehhe ^_^V

Anonymous said...

Selalu2lah letak n3 baru....suka citer2 yg iman tulis...

nursya said...

Amboi2... si taufiq nk pujuk dilla la tu yek...
sambil nyelam minum air...
hahaha...

MaY_LiN said...

alahai..
tajam nye kate2 taufiq ni..
sis..name taufiq banyak eja salah..
tuafiq jadi nya