Friday, June 11, 2010

Promosi Jodoh Atau Cinta



Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.
Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman terfikir akan perpisahan. Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu,marah,geram,sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain,Danish melenting. Iman pula apabila Danish bermesraan dengan Maya,si gedik yang menyesakkan ,dia akan berjauh hati. Masing-masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.
Terlalu banyak peristiwa yang membuatkan cinta dalam diam mereka kembali menjadi satu. Dato’ Arif,Datin Hajar, Tengku Farid, Arissa menjadi tulang belakang cinta mereka. Saat cinta bukan milik mereka,jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta,jodoh seolah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka?


Alhamdullillah, akhirnya JAC sudah boleh di dapati di pasaran.... Anak pertama Iman mungkin juga anak tunggal Iman sebagai seorang pengarang (huhuhuhu kesian anak2 Iman nanti ada ber'abg' sebuah buku.) .... Terima kasih kerana menunggu... dan terima kasih kerana membeli... Janganlah letak harapan yang terlalu tinggi buat novel ini kerana novel ini di olah ketika iman baru belajar langkah pertama untuk bertatih (sekarang pun masih bertatih cuma langkahnya agak laju kot). 

JAC merupakan pengenalan Iman pada dunia Penulisan Novel... Sememangnya bukan mudah.. Jasa Kaki Novel dan Editor tak mungkin Iman lupakan... Pejalanan JAC merupakan pengalaman baru buat Iman...

Terus Terang Iman katakan Iman belum sempat membaca versi cetak... Puas mengintai setiap kedai buku namun belum ada rezeki Iman bertemu... Pada yang membeli, sekalung terima kasih Iman ucapkan... Pada yang membaca, Iman tidak tahu sama ada novel itu memuaskan hati anda atau tidak.. 

Kalau berpuas hati, terima kasih pada editor dan KN yang membantu... Kalau tak best .. Itu kesalahan Iman yang masih mentah menyusun plot-plot cinta... Terima Kasih... 



KEPADA MEMBACA, IMAN MOHON BERILAH

 FEEDBACK UNTUK IMAN MEMPERBAIKI DIRI...

9 comments:

Dyazz said...

mlm td pas exam tros list novel2 yg nk dibeli dis year..n opkos, jodohatau cinta r in d list!!x sbr!!tahniah!!

siti aminah mohd nor said...

gud luck for u dear..ada duit i bl..hahaha

Miss A said...

congratulation iman!!
xsabar nak tunggu "baby" iman nie..
hehe.. hmpir setuhun juga kan cita nie dripada penulisan2u aLyn baca..
da tu aLyn baca @ blog.. n now, aLyn nak baca dlm buku pula.. hehe..
thanks Iman.. teruskan lagi berkarya.. ~.*

hasnah said...

siap jugak cite ima nie kan...hapi sebab leh baca..dan penantian akhirnya berbalas..thanks iman..so, nak tunggu bila buku ini boleh dibeli & your novel pun antara senarai novel yg wajib saya beli tahun ini selepas 'pergilah air mata', ye..ye... ok, cannot wait to read it and good luck selalu iman...

alreinsy said...

akhirnya... JAC akan kuar... sukanya akak... x sbr ni... sure akak akan beli... suka sgt dgn citer ni... apa2 pun, akak nk ucapkan congrats sbb siap gak akhirnya "baby" iman ni... x sabar seyh...

fezmia said...

congrats Iman!

Hayisa Neerza said...

congrats...x sbr nk beli !!! taun nih bnyk duit abes sbb novel je ! hahaaha

IVORYGINGER said...

Wau... Congrat Iman. Ank sulung dah kuar. hahaha... xsbr nk dptkan dpsrn.

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

Boleh beli direct dari u ke?
Akak kat Tg Malim ni mmg hazab sket nak dapatkan novel2 baru