Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.
Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman terfikir akan perpisahan. Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu,marah,geram,sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain,Danish melenting. Iman pula apabila Danish bermesraan dengan Maya,si gedik yang menyesakkan ,dia akan berjauh hati. Masing-masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.
Terlalu banyak peristiwa yang membuatkan cinta dalam diam mereka kembali menjadi satu. Dato’ Arif,Datin Hajar, Tengku Farid, Arissa menjadi tulang belakang cinta mereka. Saat cinta bukan milik mereka,jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta,jodoh seolah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka?

Alhamdullillah, akhirnya JAC sudah boleh di dapati di pasaran.... Anak pertama Iman mungkin juga anak tunggal Iman sebagai seorang pengarang (huhuhuhu kesian anak2 Iman nanti ada ber'abg' sebuah buku.) .... Terima kasih kerana menunggu... dan terima kasih kerana membeli... Janganlah letak harapan yang terlalu tinggi buat novel ini kerana novel ini di olah ketika iman baru belajar langkah pertama untuk bertatih (sekarang pun masih bertatih cuma langkahnya agak laju kot).
JAC merupakan pengenalan Iman pada dunia Penulisan Novel... Sememangnya bukan mudah.. Jasa Kaki Novel dan Editor tak mungkin Iman lupakan... Pejalanan JAC merupakan pengalaman baru buat Iman...
Terus Terang Iman katakan Iman belum sempat membaca versi cetak... Puas mengintai setiap kedai buku namun belum ada rezeki Iman bertemu... Pada yang membeli, sekalung terima kasih Iman ucapkan... Pada yang membaca, Iman tidak tahu sama ada novel itu memuaskan hati anda atau tidak..
Kalau berpuas hati, terima kasih pada editor dan KN yang membantu... Kalau tak best .. Itu kesalahan Iman yang masih mentah menyusun plot-plot cinta... Terima Kasih...
KEPADA MEMBACA, IMAN MOHON BERILAH
FEEDBACK UNTUK IMAN MEMPERBAIKI DIRI...
10 comments:
salam...
iman, i baru je beli your book...best...ada gelak n ada sedih...but mcm tertanya what happen to maya n tengku fauzan after that..terutama maya...dlm wataknya menunjukkan dia seorang yang tak makan saman n asenya takkan dia terus mendiamkan diri....btw...i love your novel much...good job...
wah!!
x sbr nk g bli
hehehe..
tahniah ya sis..
sbb berjaya melahirkan ini anak..
^^
ha...da kua ker...??!!
ri tuh g mph x nmpk pon..huhu
neway congrat's kak..
baru hbis bce mlm td.. bez!!... berharap sgt2 kalo iman dpt smbung ckit pasal tgku fauzan n maya tu kt blog.. nk taw pe jd kt diowang..=)
cngratz iman..
sy da order jac..tggu KN antr je..
xsbr tul...nway iman ad fb x?
cmne nk add?
Congratz iman....saya dah beli buku ni..best sangat... ^ _ ^
dah beli and dah habis baca... tak pernah baca dekat blog... terus baca versi cetak... and TAHNIAH sebab novel ni pada saya kategori best... masa baca hari tu jalan ceritanya memang tak sabar nak tunggu sampai habis...
bru dapat beli smalam....best gak la...walaupn xspt yg diharapkn....gud luck 2 u...teruskn imaginasi anda untuk hasil yang lebih bermutu....xsalah berangan...itu kekuatan anda....thanks untuk percubaan pertama...sya sentiasa menyokong anda...peace...!!!
Hari semalam, tgh blog walking tetiba terjumpa blog iman, n terus tertarik untuk baca JAC e-novel yang ada tu. Pastu bila dah abes terus pegi MPH untuk cari novel yg dicetak...
Tp sedih arrrrrr, JAC dah abes kat MPH, katanyer kena tunggu mggu depan baru samapi.. Tak sabarnya nk baca.. Huhuhuhu...
salam...kak iman..bez cite JAC.. baru je khatam malam td...sanggup ta tido semata2 baca buku JAC.. (n_n)...
Post a Comment