My Mr. Right.
“Mak, Ria tak tahu lagi boleh balik atau tak. Lagipun majlis tunang jer kan
anak Pak Ngah tu. Nanti si Siti tu kahwin, Ria baliklah.” Keluhku lemah sambil
mataku masih fokus pada fail-fail yang berlambak di atas meja.
Aku ni
bukan anak derhaka bukan nak melawan cakap mak ke atau apa. Tak terniat pun nak
membantah. Mak ayah aku cukup ajar aku ni soal agama jadi aku tahu berdosa
benar kalau membantah cakap mak tapi masalahnya sekarang aku memang malas nak
balik kampung untuk majlis pertunangan sepupu ‘kesayangan’ aku itu.
Bukan
apa. Aku malas nak menambah dosa aku yang banyak ni kalau aku terkurang ajar
dengan orang tua. Lagi-lagi saudara mara sebelah mak aku. Mulut dia orang tu
memang cukup sifatlah nak buat aku kurang ajar. Sabar? itulah masalahnya aku
yang paling besar sebabnya aku ini bukan penyabar orangnya. Aku tak boleh nak
sabar dah setiap kali dia menghadap wajah-wajah mak saudaraku yang comel lote
dan soalan berbunyi ‘Ria bila lagi? Tak kan masih belum ada calon?’ Macamlah soal
nikah kahwin ni je yang ada dalam dunia ni.
Sebab soalan cepu lombong berlian tu lah aku malas.
Jadi di
sebabkan aku ni dah malas nak bersabar dan malas nak melayan soalan yang tak
tentu hala itu, baik aku mengelak dan jangan menghadap mereka. Lagipun karang
kalau aku terlepas cakap macam majlis
cukur jambul cucu mak long yang lepas. Mak juga yang makan hati dengannya. Aku
juga yang parah nak memujuk kang.
“Mak..
Mak.. Mak.. Ria banyak kerja ni. Kejap lagi dah nak masuk meeting. Macam nilah
Ria memang tak janji boleh balik atau tak. Kalau Ria ada masa Ria balik, kalau
tak mak sampaikan salam Ria kat pak ngah jer lah ye... Assalamualaikum mak.
Love you.” Aku pantas mematikan talian.
Tak bagi
langsung mak sambung membebel. Cukuplah setengah jam aku dengar ceramah sivik
tentang adat hidup berkeluarga. Sememangnya aku akui yang baik keluarga mak
atau ayah memang cukup rapat. Kalau bab-bab majlis ni semua akan turun padang.
Jauh macam mana pun balik gak. Bukan saja kenduri kendara, kalau sakit masuk
hospital pun sama. Memang susah senang bersamalah. Cuma tak bestnya bab banyak
mulutlah. Kalau dah berkumpul tu, macam konvensyen wartawan media sedunia.
Semua saluran pun ada. Satu je doa ku sekarang semoga aku terlepas daripada
tuntutan mak untuk balik hujung minggu ini.
Aku teliti
sehelai demi sehelai laporan tiga buah syarikat di atas mejanya buat kali
terakhir. Ingin memastikan analisis kerja aku ni betul. Kalau tak betul
syarikat ini akan menanggung akibatnya. Mana tidaknya boleh tersilap buat
perlaburan kalau aku tersalah mengambil tindakkan. Dan itu pastinya
mendatangkan kerugian buat syarikat. Yang paling penting boleh menggugat
kedudukan ku sebagai anak emas syarikat. Tak boleh... tak boleh...
nanti tak banyak bonus.
“Khai.
Meeting.” Panggilan daripada Hana, penolong peribadiku membuat aku mengangkat
muka. Wajah comel aku ditayangkan pada Hana. Nanti dia fahamlah tu. Tengok kan
mata kak Hanna dah membesar dah tu.
“Ten
minute Kak Hana.” Ujarku comel setelah Hana tayangkan wajah geram. Pasti geram
kalau dapat bos yang susah nak tepati waktu meeting. Nanti dia juga yang
payah kena soal siasat oleh bos besar.
“Khai...
Sepuluh minit jer tau.” Akhirnya Hana yang terpaksa mengalah denganku. Walaupun
aku bos tapi bab masa ni memang Kak Hana lah bos aku.
Sepuluh
minit kemudian, aku mengetuk pintu bilik mesyuarat itu dan membuka pintu itu
perlahan-lahan. Lima pasang mata berpaling melihatku dan sambil bibir
masing-masing tersenyum manis. Mungkin tahu sangat sikapku yang tak tepati
waktu mesyuarat itu. Namun dia juga maklum kehadiranku tetap diperlukan. Lima
ahli biasa itu sangat ku kenali iaitu Tengku Kamel, bos besarku. Dato’ Arif dan
Encik Daniel orang kanan pada bos besarku Encik Johan dan Encik Sofian, peguam
syarikat..
Cuma
ahli keenam dalam kumpulan itu saja Aku tak kenali. Agaknya pembantu pribadi
baru Tengku Kamel kot. Pembantu Peribadi yang memandangku seperti hendak makan.
Berlagak boslah tu hendak menjeling kerana kelewatanku. Amboi Tengku pun tak
bersuara, dia pula berani tayang muka tak puas hati pada aku. Tapi ada aku
kisah. Sorry ini Aku lah.
“Sorry
as usual.” Ujarku sambil duduk di salah satu kerusi kosong.
“Here
come our princess. No worry dear. Your arrival just in time.” Ujar Tengku Kamel
tidak kisah.
Aku
memang tahu bos besar aku ni tak kisah kerana dia juga yang selalu memanggil
aku ni magic touch girl dia. Ala Tengku ni ala-ala bapa aku kat office jer.
Aku tahu selagi kerja aku betul memang bos besar aku ni tak akan pernah marah
padaku. Sebab aku terlalu berharga untuk dimarahi. Hahahahaha, perasan sungguh
aku ni.
“So Khairia,
we waiting for your reseach. How? It is Optima going to be our grand focus?”
Tanya Encik Daniel. Encik Daniel orang yang paling senior antara mereka yang
lain. Orang paling lama berkhidmat dengan Tengku. Jadi selain
Tengku, aku dah anggap Mr. Daniel ni bos kedua aku.
“Optima
not worth it. Mr Daniel. That company already having cancer. Not worth for our
time, not say our money. You all may read my report and my court open for
debate.” Aku menyerahkan fail pada setiap orang. Masing-masing
memaparkan reaksi berbeza melihat laporan aku. Pekara biasa setiap awal tahun,
setiap kali syarikat ini nak memulakan projek atau meluaskan jajahan kuasanya.
Aku
makan tengah hari bersama ahli mesyuarat tadi. Kata Tengku Kamel untuk meraikan
kemenangan atas perdebatan yang sengit didalam bilik mesyuarat tadi. Amboi bos
aku ni ikhlas ke menyindir ni. Mulanya aku memang terasa hendak menolak tapi
bila mengenangkan lelaki yang ahli baru dalam kumpulan itu membuatkan aku
bersetuju. Lelaki yang aku agak berumur awal tiga puluhan itu menarik
perhatianku. Sebab lelaki itu bijak. Bijak memperdebatkan hujah denganku tadi.
Membuatkan perbentangan kali ini mencabar. Aku memang suka dengan orang bijak
ini.
Sejam
setengah bertarung tentang hasil kajian dan kemenangan sekali lagi di pihak aku.
Ahh penat sungguh meeting kali ini selalunya pembentanganku hanya perlu paling lama
empat puluh minit untuk aku meyakinkan ahli-ahli forumnya tapi kali ini kerana
orang baru dalam forum itu menyebabkan aku terpaksa berkerja keras. Entah siapa
namanya, aku pun tak pasti cuma dia terdengar yang ahli-ahli yang lain
memanggil lelaki itu Airil. Itulah kot namanya. Tak kisah siapa namanya yang
penting pemikirannya panjang dari sesiapa yang aku temui. Mungkin sama tahap
denganku ataupun agak kurang sikit kot. Mana boleh lebih. Walaupun
aku tahu sesi panas tadi cuma untuk dia tu mengujiku. Dia boleh menguji tapi
belum pasti aku menjawab seratus peratus kan?
“Okay
guys. I got to go. I kena cari lombong emas baru untuk Tengku because I expect
fat pocket by end of this year.” Aku meminta diri dari sesi lunch itu.
Bukan
sesi lunch sangat pun. Lebih kepada perbincangan strategi perniagaan saja.
Boring makan dengan orang-orang besar ni. Tak ada bincang lain selain saham dan
company ataupun golf. Cubalah cerita tentang Syamsul Yusof ke? Nazim Othman ke?
Robert Patinson aku yang hensem tu ke? Tapi elok juga aku ikut diaorang ni
makan boleh aku hintkan kat Tengku tentang bonus. Saja nak mengingatkan walaupun
aku tahu tentang bonus, aku tak perlu risau sebab Tengku tak pernah mengecewakanku.
Kalau tidak masakan umurnya baru menjangkau 28 tahun tapi sudah berpendapatanku
lebih 200K setahun.
“Of
course my gold princess. With success of your few project, I think you will be
happy to see the reward. Airil will drop you at the office.” Bosku ni memang
baiklah. Ini yang aku suka
dengar ni..
“Thanks
but no Thanks, Tengku. I just survive war, I don’t think waiting for cab
will kill me. Khai rasa Khai balik sendirilah Tengku. Bye uncles.” Tolak Aku
dengan lembut..
Di luar
aku memang memanggil mereka begitu memandangkan umur masing-masing sudah layak
bergelar uncle padaku. Jadi maaflah Airil yer... terpaksa termasuk dalam
panggilan ‘uncle’ tu walaupun masih muda belia. Hahahaha.
“ I
hantar you.” Nada yang bernada arahan itu membuatkan langkah aku yang baru dua
tiga langkah ke hadapan terhenti sendiri. Suara Airil. Amboi berani mamat ni
nak mengarah-arahku. Agaknya dia tak kenal ko aku siapa. Aku berpaling dengan
wajah tak berperasaannya memandang pada Airil yang ku lihat sudah berdiri.
“Thanks
but no thanks Encik Airil.” Tolak aku dengan nada tegas dan sambung melangkah.
Aku tak suka di arah apatah lagi oleh orang yang aku tak kenali.
Pantang tok nenek moyang aku.
“Khairia.”
Sekali lagi aku dengar namaku di oleh lelaki itu. Kali ini lenganku pula rasa
ditarik. Terdorong setapak dua kebelakang juga aku dibuatnya. Ya Allah
sabarkanlah aku. Kalaulah aku tak mengenangkan air muka Tengku dah lama mamat
ni aku silat lipat empat. Aku berpaling memandanng lelaki yang dah berani mati
menyentuhku itu.
“What
the...” Aku hanya lima saat beza dari menyumpah lelaki itu apabila aku
terdengar namaku dipanggil seseorang membuatkan aku kembali memandang kehadapan.
Abang
Amil? Kecil sungguh dunia ini. Boleh pula aku terserempak dengan sepupuku
disini. Dalam banyak-banyak tempat dan masa, masa ni jugalah dan tempatni
jugalah nak terserempaknya. Dengan senyuman manis aku menyambut kedatangan abang
Amil Sepupu yang mak aku pernah handak jodohkan dengan aku tu tapi aku menolak kerana
waktu itu aku masih belajar dan sekarang abang Amil sendiri sudah bahagia
dengan pilihan sendiri. Lagipun siapa nak kahwin dengan sepupu
yang dah macam abang sendiri?
“Abang
Amil. Sihat?” Tegurku perlahan.
“Sihat.
Ria Sihat? Dah lunch? Kalau belum jomlah sekali.” Pelawa abang Amil mesra.
Makhluk dihadapanku ini memang mesra alam malah paling baik yang pernah aku
kenal antara sepupu sepapatku.
“Alhamdulillah,
sihat. Ria baru je lepas lunch bang. Abang sorang je ke?” Tanyaku lagi. Saja berbahasakan.
“Tak
abang dengan Kak Lin. Dia mengidam nak makan salad. Ini dia pergi ladies kejap,
biasalah pregnant.” Beritahu Abang Amil.
Amboi
Kak Lin, mengidam makan salad pun kena makan kat Hotel Hilton ke? High
maintenance betul anak abang Amil ini. Sedetik rasa cemburu terbit di hatiku.
Cemburu bukan sebab aku minat atau sayangkan abang Amil tapi lebih kepada
cemburu kerana Kak Lin dapat lelaki sebaik abang Amil. Terfikirku, bagaimana
pula bahagian ku nanti? Sebaik Amil ke pendampingku?
“Ria
balik untuk majlis tunang Siti?” Abang Amil bertanya. Dah sudah topik yang
paling aku hendak mengelak kini ditanya terus padaku.
“Tak kot
bang. Ria ada hal lah.” Elak Aku. Namun aku tahu pasti abang Amil mampu meneka
alasan sebenarnya.
“Mengelaklah
tu. Sampai bila nak mengelak Ria? Ria carilah calon.” Nasihat abang Amil yang
lebih kepada nasihat seorang abang pada adiknya.
“Calon?
Ini calonnya.” Selamba aku menunjukkan ke arah Airil. Bukan betulpun tapi
sengaja aku hendak berseloroh dengan abang Amil dan paling penting aku nak
mengenakan si Airil ni. Sesuka hati nak sentuh orang kan. Biar Airil
menggelabah dengan pengakuan aku.
“Khairil.” Tenang lelaki
disebelahku memperkenalkan diri.
Aku melopong
apabila lelaki sebelahku ini memperkenalkan diri pada sepupuku. Sejak bila nama
lelaki disebelahnya ini bernama Khairil? Meleset rancanganku apabila tenang
lelaki itu memperkenalkan diri pada abang Amil. Tak ikut skrip langsunglah
mamat ni. Aduh masalah lain pula yang datang bila wajah terkejut abang Amil
dengan pengakuanku tadi bertukar menjadi wajah ceria yang manis.
“Khairil
and Kharia. Nama pun dekat-dekat. Saya Amil, sepupu Aku. Calon?” Abang Amil
turut memperkenalkan diri pada mamat itu.
“Begitulah
agaknya. Dah orang sebelah ni kata macam tu.” Selamba pula lelaki itu menjawab
soalang abang Amil.
Kini aku
pula tersepit dalam permainan sendiri. Tak ada ruang nak menafikan. Masa itu aku
rasa macam nak hentak je kepala ke dinding. Sekarang ni bukan aku mengenakan
orang tapi aku pula yang terkena. Nampaknya lelaki itu lagi jahat dari aku ni.
Kan dah tempah masalah sendiri. Ini orang kata tak ada masalah cari masalah.
“Abang
pergi dulu Ria. Nanti tercari-cari pula Kak Lin kamu. Bawalah balik kampung
majlis Siti nanti. Buat apa nak sorok-sorok.” Abang Amil minta diri sambil tersenyum
nipis.
“That
not funny okay. Mulut tempayang betul.” Omelku pada Airil. Wajah menyampah dan
rolling eyes ditayangkan pada Airil.
“ Sorry
Tengku, and thanks for lend me your big mouth assistant.” Ujar aku pada korum
yang hanya selang beberapa langkah dari tempatku berdiri sebab aku tahu drama
sebabak tadi dah jadi tontonan umum. Malu sunggugh pada kumpulan cerdik pandai
itu yang pastinya mendengar tadi.
“Don’t
be dear. I be glad if he the choosen one for you. It will be the biggest
present for me ever.” Balas Tengku Kamel dengan senyuman.
Entah
apa yang dimaksudkan oleh Tengku Kamel itu pun aku tak faham, tapi tetap
bibirnya mesra membalas senyuman. Sebelum meminta diri. Kehadiran lelaki
bernama Khairil itu malas dia ambil kisah. Menyampah.
My Mr Right 2
Aku menahan rasa malu jer dengan Airil atau Khairil yang
duduk memandu disebelahnya. Tadi dia juga jual mahal tak nak ditumpangkan oleh
lelaki itu. Tapi memandangkan barisan penunggu teksi yang panjang di hotel itu,
terpaksa juga Aku menebalkan muka minta ditumpangkan. Malas dia menanti tanpa
urusan di hotel itu, tak produktif.
“Sepupu awak tu ramah.” Aku terkejut apabila Khairil
tiba-tiba bersuara. Agaknya dah tak ada topik lain agaknya budak ni. Itu yang
terbabit sepupunya.
“Abang Mil memang baik dan ramah. But you should not done
that.” Ujar Aku sambil menyebut kembali sikap Khairil yang seperti ingin
memerangkap dia.
“ But you yang mula dulukan?” Balas lelaki itu selamba.
Ini macam cari gaduh jer ni.
“You ni. Kat manalah Tengku boleh kutip you jadi pembantu
dia.” Tempelakku tanpa rasa takut.
Aku dah nak sambung tempelak tadi tapi telefon Iphone 4S aku
dulu bersuara. Aku ambil telefon segi empat itu. Tertera nama mak kesayanganku
di skrin telefon canggih itu. Pasti gosip tadisudah sampai ke kampung. Canggih
betul zaman ini, tak sampai setengah jam, gosip dah mampu tersebar luas.
“You never guess what technology have done to our gossip
mossip world.” Omelku sambil jarinya sudah mula slide di kaca kecil itu.
“Assalamuallaikum mak,” Aku memberi salam pada pemanggil
di hujung sana.
“Waalaikumsalam.” Terdengar bonda tersayang membalas
dihujung talian. Aku menunggu masa je mak membuka bicara.
“Hmm tadi kak lin kamu call mak. Katanya ada terjumpa
kamu.” Mukadimah dah dimulakan dah. Kan dah cakap, mesti gosip cepat jer sampai
ke telinga mak. Sekarangkan gosip di hujung jari.
“Haah jumpa abang Amil sebenarnya tadi. Kata abang Amil,
Kak Lin mengidam nak makan salad. Hebat tau mak, mengidam pun nak hotel lima
bintang tuu... High maintenance anak abang Amil karang. Cancellah mak jadi
calon untuk anak orang.” Selorohku ceria. Saja mengusik mak. Kan mak juga yang
dulu teringin nak menjodohkan aku dengan abang Amil. Tak dan aku ni mak dah
berangan merancang nak menjodohkan cucunya iaitu anak aku dengan anak abang
Amil pula.
“Pandai jer kamu. Nak menyindir mak lah tu. Nak bercucu
menantu macam mana kalau kamu tu pun masih main sorok-sorok dengan mak. Tadi
katanya Abang Amil kamu dah jumpa calon kamu tu. Kenapa nak sorok-sorok?” Tanya
Mak direct. Dah tak ada selekoh-selekoh dah. Amboi mak. Nampaknya dah salah
sarang aku jolok ni.
“Ria takut mak tak setuju. Kang tak pasal-pasal mak jadi
ibu mertuaku kang, Ria juga yang susah hati.” Selamba aku menambah kemarahan
mak. Aku bukan menipu ye. Saja jer nak bergurau senda.
“Tak ada maknanya Ria. Kamu dah jangan nak sorok menyorok
lagi. Hujung minggu ni bawa calon kamu tu balik kenal dengan kita-kita.” Arahan
mak membuatkan aku terkejut sangat. Ala, salah time pula nak bermain ni. Apa
dia nak jawab ni.
“Tapi mak...” Aku cuba membantah. Niat di hati nak
membetulkan pekara yang sudah tersesat itu.
“Dah tak ada tapi-tapi. Kalau kamu tak bawa dia balik
majlis Siti hujung minggu ni. Mak tak nak lagi bercakap dengan kamu. Kamu
memang tak sayangkan maklah.” Mengugut pula Maknya. Terkelu lidah ku dibuatnya.
“Dahlah, mak malas melayan kamu. Mak nak sambung masak
ni. Assalamuallaikum.” Cepat saja mak memutuskan talian. Langsung tak beri
pilihan pada diriku yang tidak bersalah ini.
“Ala. Masalah... Masalah..” Aku merunggut sambil menjawab
salam itu perlahan. Sekarang aku dah tak ada pilihan lain dah.
“You kena temankan I balik kampung hujung minggu ni. Mak
I nak jumpa. Padan muka you, itulah siapa suruh mulut you tu ringan sangat.”
Tanpa bersalah, aku memberi arahan pula pada Khairil disebelah tanpa menoleh pun
ke arah lelaki itu. Melepaskan geramnya padanya.
Aku membuka pintu kereta mewah BMW X5 milik Khairil itu
sebaik kereta itu betul-betul berhenti di hadapan rumah ayah. Aku nampak orang
kampung yang berkumpul di rumah Pak Ngah yang bersebelahan dengan rumah ayah
itu mula memberi perhatian kepada kami.
Itulah siapa suruh
Khairil degil sangat nak bawa kereta dia ni juga. Dia ingat ini bandar, orang
tak kisah. Ini kawasan kampung, kereta mewah masuk semua akan memandang macam
kapal alien yang berlabuh. Kalau orang kampung ini tak kisah dah lama dah aku sendiri
ingin membawa Nissan fair lady milikku ke kampung tak
perlu aku nak mengangkut Swift setiap kali pulang ke mari.
Sedangkan pertama kali aku membawa Swift pulang pun
banyak orang kampung menjeling. Apatah lagi melihat BMW Khairil. Lepas ni mesti
teruk kena soal siasat. Lantak kaulah Tengku Khairil. Asalkan aku terlepas dari
kemarahan mak hari ini. Nanti pandai-pandailah lelaki itu kelentong mak.
Khairil kan kali kelentong. Macam lelaki itu sembunyikan identitinya sebagai
anak Tengku Kamel daripadaku.
Teringat reaksi pertama aku apabila tahu lelaki itu anak
Tengku Kamel daripada Kak Hana. Punyalah kak Hana ni yang sibuk memuji
kekacakkan anak Tengku Kamel. Lalu aku ni dengan naifnya bertanyalah siapa anak
Tengku Kamel? Dan bila Kak Hana menjawab ‘Ala lelaki muda yang meeting sekali
dengan Khai tadilah. Tak kan tak tahu. Tengku Kamel tak kenalkan pada Khai ke
anaknya Tengku Khairil yang kacak itu.’ Jawapan canggih Kak Hana itu menghentak
kepalaku
Laju kakiku melangkah ke arah pintu pejabat ‘Tengku
Khairil.’ Yang tak seronoknya tu bila aku menyerang Tengku Khairil, boleh pula
lelaki itu menyatakan menuduh dirinya
yang terburu-buru membuat sangkaan. Dap tepat ke wajahku. Memang salah aku
sendiri. Hendak marah lebih-lebih pun tak guna. Itupun nasib baik Tengku
Khairil masih ingin menemani ku hari ini. Pelakon upahan. Kalau tak memang aku
berhenti kerja.
“Mak, Ayah kenalkan ini kawan Ria, Tengku Khairil.” Aku
memperkenalkan Khairil pada orang tuaku yang sudah menunggu di muka halaman
rumah usai menyalami kedua orang tua yang membesar dan mendidikku itu.
“Ini mak I, Puan Kalsum yang cantik dan ayah I, Encik
Aman yang sungguh aman.” Aku memperkenalkan Khairil kepada kedua ibu bapaku
pula.
“Apa khabar, pak cik? Mak cik?” Pandai juga lelaki itu
beramah mesra dengan kedua orang tuaku. Tak pula menyombong.
“Sihat. Marilah masuk dulu. Malam nanti kamu duduk rumah
pakcik kat sebelah tu. Rumah tu memang pakcik buat homestay. Ria, begnya mana?”
“Ria
bawa badan jer yah... hihihi.” Balasku tersengih panjang. Ayah ni pun macam tak
tahu. Bila masa aku balik bawa baju? Aku balik kampung sama macam pergi pasar
jer. Mana ada bawa beg baju. Badan dan beg tangan cukup.
“Kamu
memang. Moh kita ke rumah Pak Ngah kamu. Banyak lagi yang hendak di tolong.
Ajak kawan kamu ni sekali.” Ujar Mak ku. Dari gaya maknya macam tak suka jer
kat Tengku kita ni.
“Aye..
Aye mak. Rindu mak.” Aku menurut kata mak. Sekilas kucupan kasih diberikan pada
pipi mak. Tanda kasih dan rinduku pada mak.
“Jom
you. Beg tu tinggal jer dalam kereta tu. Mana tau you nak kena halau nanti.
Hahahaha.” Ujarku dengan gelak jahatnya. Ini kawasan aku yang
punya jadi suka hati akulah nak membuli.
“Maaf ye
Tengku. Anak pakcik ni memang setengah tiang sikit.” Aku dengar Ayah aku tu
meminta maaf pada si tengku. Amboi aku pula yang setengah tiang. Dengan
perasaan tak puas hati aku menjeling pada si Dia yang sibuk menggelak aku.
Nanti Kau Tengku Mangkuk.
p/S Ini renovate My Mr. Right. Manuskrip Klinik Hati dah siap dan sambil tunggu keputusan penerbit, Iman akan holdkan dulu KLINIK HATI selepas bab yang ke 26 nanti. So pengganti dia buat sementara adalah My Mr. Right dan Jom Kita Kahwin (Sue dan Fiqril)
7 comments:
suka le cerita ni :) keep it up
nice cerita ni..sambung lagi ye iman.. =)
1 like ...next n3 plz !
SUKA...CITE NI....CPT SMBG YE....TQ
Salam iman...bila nak smbung citer ni.. X sabar dah nk tggu ni
Suka cerita nih.. nak lagi... :))
Mcm best la cite ni iman..alahai bile la i nk jumpa dgn mr. Right i ni ek?
Post a Comment