Danish memang geram pada Iman. Iman semakin berubah pada matanya. Iman memang sengaja mencabar kesabarannya. Sakit hatinya, Iman melayan lelaki lain di hadapannya. Apa yang Iman mahukan?
Walaupun sakit hatinya Danish tetap tak suka Iman bercakap mesra dengan lelaki lain apatah lagi bersentuhan. Atas dasar itu sengaja Danish memerluk Iman dan menarik Iman rapat ke tubuhnya. Dia tak mahu Iman bersentuhan dengan lelaki lain. Dia cemburu. Tambahan perbuatan itu atas keinginannya untuk melindungi diri Iman dari lelaki asing.
Tidakkah Iman sedar itu? Sedar yang dirinya cemburu? Sedar yang dirinya mula mengasihi Iman? Apa yang boleh dia lakukan untuk sentiasa bersama Iman. Untuk dia sentiasa dapat mengawasi tingkah laku Iman. Cukuplah setakat ini dia melihat Iman bersama Hakim dan John. Apa perlu dia lakukan?
“...Lagipun I ini penganalisis operasi syarikat bukan your personal assistant yang I kena lapor setiap gerak geri pada you” Ayat itu umpama memberi idea kepada Danish. Segera tangannya menulis memo. Selepas ini jangan harap Iman boleh lari lagi. Jauh sekali menyombong dengannya.
Zahlia hanya tergamam melihat Iman masuk ke dalam pejabat Danish dalam keadaan tergesa-gesa. Tanpa ketukan gadis itu terus merempuh masuk kemudian kedengaran pintu di hempas kuat. Zahlia sendiri tak sempat nak menahan. Untuk mengikut masuk dia tak berani. Pasti kerana memo tadi yang Danish memintanya meletak atas meja Iman ketika gadis itu mesyuarat tadi.
“Apa maksud ini?” Iman melontarkan sekeping kertas di atas meja Danish. Danish memang sudah mengagak reaksi itu sedikit tidak senang melihat Iman merempuh masuk pejabatnya.
“Itu MEMO. Takkan belajar tinggi-tinggi memo pun tak tahu. Satu lagi. kalau nak masuk bilik ni sila ketuk pintu dulu. Simple thing macam itupun saya nak bagitahu ke.” Tanpa memperdulikan Iman, Danish meneruskan kerjanya.
“I tahu ini memo. I not that stupid. Tapi I tak puas hati. I kena pindah bilik and become your personal assistant? Hello I one of your manager okay? Ini tak masuk akal Danish.” Suara Iman masih tegang namun sudah tak segarang tadi.
“So you still remember my name. Jadi tentu awak ingat saya ini masih suami awak dan lain kali bersopan sikit bila nak tanya atau menjawab jika bersama saya. Nak bergurau dengan lelaki lain pun tengoklah kiri kanan dulu. Jangan nak buat selamba beruk awak je.” Entah apa pula Danish ni.. Lain yang Iman marahkan. Lain pula yang dia sindirkan. Tubuhnya di sandar ke kerusi empuk.
“Awak ni kenapa? Saya tanya pasal pertukaran ini bukan soal kita. Kenapa awak buat macam ni? Tiba-tiba saya jadi P.A awak. Ini tak masuk akallah.” Suara Iman mengendur. Dia tahu silap bermula darinya. Danish masih suaminya walau tak secara total.
“Well awak tentu berlajar organisation behaviour kan? Setiap kali pucuk pimpinan berubah. Struktur orgaisasi turut berubah. Betul kata you pagi tadi. I perlukan P.A dan tak ada orang yang lebih sesuai berbanding dengan you.”
“You tak boleh nak campur adukkan hal peribadi dengan kerja. Kalau you ingat dengan cara ini you dapat mengongkong I. You silap besar Danish.” Iman tersenyum sinis.
“Hal peribadi? Hei... I tak perlulah cara ini untuk kongkong you. You tu memang dah milik I. Atau you dah jatuh hati pada I ke Iman?” Saja Danish mengusik. Bibirnya tersenyum nakal. Tangannya bermain dengan pen.
“Jatuh cinta? Sebelum you tanya I. Baik you tanya diri you sendiri. You tahu ke erti cinta sedangkan dalam diri you langsung tak ada rasa tanggungjawab. I tak akan tunduk pada you Danish” Iman ingin menyedarkan Danish.
“I akan pastikan you tak akan terlepas Iman. You nak tanggungjawab. Mari I tunjukkan pada you tanggungjawab I.” Danish segera bangun lantas berjalan ke arah Iman yang sedari tadi berdiri di hadapannya dengan dipisahkan meja.
Iman yang tadi berlagak berani mula takut melihat Danish menghampirinya. Walaupun takut Iman langsung tak bergerak. Hampir dan semakin hampir. Iman tak sanggup. Dia pantas ingin melarikan diri namun tak sempat apabila tangannya di tarik dan tubuhya terdorong ke berlakang. Sekejap sahaja tangan kanan Danish sudah merangkul pinggangnya. Ketat. Merapatkan tubuhnya ke dada Danish.
“Tanggungjawab? Ini tanggungjawab I.” Sepantas itu jari jemari kiri Danish memaut lembut dagu Iman membuatkan bereka bertatapan. Lalu bibir Danish tanpa ada amaran memaut bibir Iman. Iman tergamam. Terasa bibir Danish menekan lembut di bibirnya. Dia cuba meronta namun tidak mampu. Akhirnya Danish sendiri melepaskan dia.
“Itupun tanggungjawab I. Kalau you berani, you cabarlah I lagi soal tanggungjawab. You tahu lah apa akan jadi nanti. Itu baru mukadimah.” Bisik Danish rapat ke telinga Iman yang dilindungi tudung sebelum melepaskan rangkulannya di pinggang Iman.
Iman menyentuh perlahan bibirnya. Matanya tidak lari dari wajah Danish. Dia masih terkejut lagi. Sungguh Iman tak tahu apa perasaannya sekarang. Semuanya terjadi begitu pantas. Jantungnya bagai ingin pecah. Mukanya pucat. Otaknya beku.
“You...You memang...” Iman tak mampu menghabiskan ayatnya terus melangkah keluar dari bilik itu lalu ke pejabatnya sendiri.
Lama dia termenung di meja sebelum otaknya dapat menerima yang dia sudah... Ahh Danish sudah menciumnya. Kurang asam punya Danish.
Danish tersenyum kemenangan. Itulah balasannya pada Iman yang tadi berlagak sangat. Tak akan tunduk konon... kan dah kena. Yang untung pun Danish. Kelancangan Iman membuat dia ada alasan untuk menyentuh gadis itu. Danish meneruskan kerjanya dengan hati yang senang sedangkan dia tahu pasti sekarang ini Iman masih lagi terkapai-kapai mencari ketenangan. Biarlah... agar gadis itu tahu dia lebih berkuasa.
Ketenangan itu mula menjadi milik Iman. Dia tak boleh terus membiarkan Danish memperlakukannya sesuka hati. Pantas tangannya menaip sesuatu di komputer. Setelah puas hati dengan isi kandungan e-mail yang di taipnya, Iman pantas menekan butang send. Selepas ini tahulah nasib Danish. Ingat dia boleh nak mengawal aku? Jangan Haraplah Encik Danish Aiman Bin Dato Arif.
p/s please comment... kalau boleh cadangkan apa yang akan terjadi. saya sangat memerlukan komen anda