Saturday, January 31, 2009

Jodoh atau Cinta 7

Iman termenung keluar balkoni kondominium miliknya. Sengaja dia meminta Hakim terus menghantarnya pulang selepas makan tengah hari tadi. Sesungguhnya dia tiada mood untuk meneruskan rutin pejabatnya untuk hari ini. Kehadiran Danish benar-benar menganggu ketenteramannya. Lebih baik dia balik dari membuang masa di pejabat. Bukan dia boleh membuat apa kerja pun. Zila dan Zahlia sudah di beritahu tentang cutinya. Memikirkan kepulangan Danish. Dia ada enam bulan lagi untuk terus hidup dalam keluarga Dato Arif dan Datin Hajar. Dia perlu memikir caranya bagaimana untuk keluar dari keluarga itu tanpa menyakiti sesiapa.

HATI... Sanggupkah hatinya ini meninggalkan segala yang di milikinya sejak tiga tahun ini. Iman tahu bukan mudah kedua mertuanya menerimanya. Jika tidak kerana kemalangan dulu dan jika tidak kerana rasa terhutang budi pada dirinya mungkin mertuanya itu masih belum boleh menerimanya. Iman sedar Dato Arif dan Datin Hajar mula berbaik dengannya setelah kemalangan itu terjadi. Itupun atas budinya membantu memberi semangat di kala keluarga itu memerlukan seseorang untuk terus menyokong agar mereka boleh berdiri. Kalau tak disebabkan itu mungkin kedinginan masih membalut hubungan mereka. Dia tidak kisah itu. Dia tahu kedua orang tua itu menyayanginya. Sekarang sanggupkah dia meninggalkan kebaikan mereka?

DANISH... Lelaki itu sudah banyak berubah dan lelaki itu mula bercakap dengannya. Tetapi itu semua tidak menyentuh hatinya. Hati Iman sudah terlalu beku. Dulu sejujurnya dia pernah mengharapkan Danish menjadi raja hidupnya. Mengharapkan Danish memberi pelangi bahagia di hari-harinya Lantas Iman berikan kesetiaan. Lalu Iman harapkan masa akan menyatukan mereka seperti kisah dalam novel yang dibacanya.

NOVEL... Itu membuat Iman memasang angan bahagia di samping Danish. Novel yang mengganggu kewarasan Iman sehingga menerima pernikahan ini. Novel yang membuat dia terus berfantasi... Yang mulanya kahwin paksa kemudiannya si suami jatuh cinta kerana kelembutan dan kesabaran si isteri dan akhirnya hidup bahagia. Bertapa bodoh rasa dirinya percaya itu semua. Dia sendiri cuba berbaik. Cuba sabar dengan Danish sebaik selepas mereka bernikah. Dia cuba meyakinkan dirinya dirinya isteri Danish dan Danish akan jatuh cinta padanya. Tetapi kemesraan Danish bersama Maya membuat Iman sedar dirinya silap. Kini Iman sedar yang ini dunia nyata. Bukan novel. Bukan drama. Tak mudah untuk menyemai cinta antara dua hati. Tak mudah untuk seseorang itu JATUH CINTA.

CINTA... memang tak pernah wujud di antara mereka. Siapa yang akan mencinta jika penyatuan atas dasar paksaan. Siapa akan jatuh cinta jika masa sentiasa memisahkan mereka. Siapa yang akan jatuh cinta jika jarak sentiasa menjauhkan mereka. Tak mudah untuk membenihkan cinta di dalam dua hati. Beratus kesabaran, beribu kebaikan malah berjuta kesetiaan sekalipun belum tentu boleh mencambahkan cinta di hati seseorang. Satu yang pasti ialah rasa terhutang budi. Iman tak mahu sayang itu hadir kerana budi. Jadi Iman pasti hanya satu yang ada pada mereka hanyalah jodoh.

JODOH... Ya jodoh yang masih kuat membuat dirinya masih bergelar isteri Danish sehingga saat ini. Jodoh yang membuatnya bernikah dengan Danish atas dasar budi yang di tabur dan tak ketinggalan angan percintaan ala novel yang pernah diidamkan dulu. Jodoh yang meyebabkan Danish menerimanya kerana harta. Ahhh... Baru hari ini Iman sedar yang dia dan Danish bersatu atas dua sebab yang berbeza yang membuatkan dia dan Danish jauh pada hari ini dan akan jauh untuk selamanya.

Zahlia masuk sambil menatang secawan teh untuk Danish. Itu memang rutinnya sejak Danish masuk berkerja di sini seminggu lalu. Dia perasan Danish tidak keluar sejak dia balik dari lunch tadi. Ada khabar angin menyatakan Danish bergaduh dengan Iman sehingga lelaki itu menghempas pintu siang tadi. Itu cerita beberapa kakitangan yang tinggal tidak keluar makan engahhari tadi. Kata mereka bos baru mereka itu cemburu Iman keluar makan dengan Hakim. Hah... mulut orang bukan boleh percaya sangat.
“ Encik ini airnya. Encik nak apa-apa lagi ke” Tanya Zahlia berbasa-basi.
“Tak. Awak boleh keluar” Nada Danish yang bergitu tegas menakutkan Zahlia. Alamak angin monsun bosnya bertiup agaknya. Tanpa pamitan Zahlia ingi keluar. Dia kan baru kena halau.
“Hmm... Zahlia, tunggu sekejap. Saya nak tanya awak sesuatu.” Danish mengangkat muka memandang Zahlia.
“ Ya Encik.”
“ Hakim... I mean Doctor Hakim. Awak kenal dia.?” Tanya Danish.
“Oh... Dr Hakim . Kenal. Rasanya semua pekerja kat divison ini kenal Dr Hakim. Dia kawan Cik Iman.”
“ Jadi Hakim selalu datang sinilah?”
“Hmm... Tak selalu tapi selalulah juga.”
“Awak ni macam mana Zahlia. Jarang tapi selalu?”
“Eh... Macam ni En Aiman. Dulu jarang lah juga. Tapi selepas Cik Iman kemalangan Dr Hakim selalu juga hantar dan ambil Cik Iman. Kadang-kadang keluar makan. Cik Iman agaknya masih trauma sejak kemalangan tu sebab tu Cik Iman tak memandu. Kalau tak ada Dr Hakim pun Cik Iman naik teksi je. Kalau tak pun Puan Arrisya yang hantar dan ambil dia.”
“Oh... Awak ada nombor handset dan alamat Iman sekarang?” Pertanyaan itu membuat Zahlia tersenyum.
“ Ada tapi Cik Iman ada dua. Satu nombor handset khas untuk urusan pejabat dan satu cuma untuk family dia. Nanti saya bagi Encik nombor yang dia guna untuk business tapi kalau dia cuti dia jarang on nombor tu. Kalau nombor satu lagi tu saya tak beranilah nak bagi Encik Aiman. Takut Cik Iman marah pula nanti.” Wajah Zahlia serba salah.
“Awak bagilah dua-dua. Susah saya nak cari nanti kalau ada apa-apa. Sekejap lagi saya pergi cakap dengan dia sendiri. Dia adakan? Kenapalah ada peraturan nombor untuk business dengan keluarga mcam tu. Menyusahkan aje.” Omel Danish.
“Biasalah Encik Aiman. Cik Iman tu banyak peminat. Kadang-kadang dapat juga kami merasa bunga dan coklat free dari Cik Iman. Dari peminat dia tapi Cik Iman selalunya bagi sama rata kalau tak pun buat hiasan bilik mesyuarat. Cik Iman kan baik. Encik Aiman, Cik Iman cuti setengah hari hari ini. Kalau Encik nak cari dia sekejap lagi saya bagi nombor telefon dia.” Tanpa sedar cerita Zahlia membuat Danish menahan nafas. Cemburu dan rasa tergugat.
“Dia cuti?” Tinggi suara Danish mengejutkan Zahlia.
“Ya. Cik Iman telefon kata dia cuti tadi.”
“Okay. Tak apa. Awak ambil nombor dia sekarang.” Tergesa-gesa Zahlia melaksanakan arahan Danish. Sekejap sahaja mood Danish sudah berubah balik. sekejap baik sekejap monsun. Hmm nasib dia jadi kuli.

Iman agak lewat hari ini. Nasib baik Arrisya sudi menghantarnya. Kalau tidak mesti punch card dirinya merah buat kali pertama. Agak lama juga dia menunggu lif di bawah kerana tidak sempat menaiki lif yang baru saja lepas. Nasib ternyata tak menyebelahi dirinya. Sekejap sahaja Danish sudah berdiri di sebelahnya.
“Semalam pergi mana?” Suara Danish memecah hening pagi itu.
“Waalaikumsalam.” Sinis suara Iman. Dah siapa suruh tak reti bagi salam.
“ Semalam pergi mana?” Sekali lagi persoalan tu di lontarkan. Sindiran di biarkan sepi oleh Danish.
“Bukan urusan awak.”
“Awak cuti setengah hari semalam, kenapa?”
“Awak tak ada hak nak tahu.”
“Be more responsible Iman.” Tegas suara Danish. Iman berjaya mencabar ego Danish. Sakit hati bila perntanyaan dia tak di jawab oleh Iman.
“Encik Aiman tahu saya cuti setengah hari semalam. Itu tandanya saya cukup bertanggungjawab atas kerja saya dan Encik Aiman tak ada hak nak tahu saya pergi mana? Saya buat apa? Itu hak saya sebab saya dalam cuti. Lagipun I ini penganalisis operasi syarikat bukan your personal assistant yang I kena lapor setiap gerak geri pada you.” Tegas Iman. Dia pantang orang menganggapnya tidak bertanggungjawab.
“Morning Iman. You pergi mana semalam? Tiba-tiba saja cuti?” John, jurutera syarikat menghentikan ketegangan antara kedua-duanya. Kebetulan dia baru saja sampai.
“Saja I nak rehat sekejap. I kan baru balik Cameron so little bit tired. Kenapa you cari I?” Mesra pula Iman dengan John.
“Oh. I nak ingatkan you yang kita ada meeting dengan pemaju pukul sepuluh nanti. Cari you tapi tak ada.”
“Hmm... Ingatkan apa. Bukan you tak boleh pesan pada Zila. Saja lah tu nak ganggu I.” Usik Iman.
“Well Iman, you kan tahu I nak mengorat you. Tapi I tak sanggup nak potong je. hehehe. Kalau sanggup dah lama I ajak you kahwin.” balas John.
“Gila lah you John.” Malu Iman mendengar usikan John yang di kira sudah lebih itu.
“Eh...Hello Mr Aiman. Sorry I baru perasan. Well I tak nampak orang lain dah kalau jumpa Iman ni. Just joking.” John baru perasan yang kehadiran Danish. Sedangkan lelaki itu sudah menahan penumbuk melihat isteri sendiri bersenda dengan lelaki lain. Dayus dirasakan.
“ Never mind. It’s okay.” Nada yang tak ikhlas keluar dari mulut Danish. Kebetulan lif pula sampai. Mereka menaiki lif yang sama.
Lif yang sederhana besar itu akhirnya penuh terisi apabila beberapa orang yang menunggu di hadapan lif lain dari tadi turut menyertai mereka. Iman kurang selesa apabila lapisan hadapannya di baris beberapa orang lelaki. Hampir bersentuh pun ada rasanya. Tiba-tiba Iman terasa pinggangnya ditarik merapati Danish. Tangan Danish melingkari pinggangnya. Makin menarik rapat diri Iman ke tubuh sasa lelaki itu. Tindakkannya seolah-olah menghalang dari Iman bersentuhan dengan lelaki lain.

Iman tergaman. Itu sentuhan mesra yang pertama dirasakannya. Namun rasa itu terhenti apabila pegangan itu terlepas sebaik cukup ruang untuk semua orang sementelah beberapa orang dahulu keluar apabila lif berhenti di tingkat tempat kerja mereka sedangkan pejabatnya dan Danish di tingkat 18. Tahulah Iman perbuatan Danish itu hanyalah pertolongan tapi bukan atas dasar sayang. Ahh... Kenapa dia masih bodoh mengharap Danish. Hisy... Lupakan saja Iman.

6 comments:

Anonymous said...

best..nape xpjg..
hihi..
iman..iman..
pandai wat danish jeles..

dari~ummie said...

wah..
jiwang jugak kawan saya sorang ni ek,.kihkih

DianaTakyuddin said...

best2..x sbr nk tgu next n3..huhu

bulan bintang capricorn said...

2 arr..
klo pnjg lg best nie..
hehe..
ske ble danish jeles..cm cute je..cehh..

cpt2 arr smbg ek..
x saba lo0rhh nk bc..
;)

Anonymous said...

hehehe...
dh pndai skrg pluk2...

besh3...
x sbr nk bace next n3....

~rina~

keSENGALan teserlah.. said...

eeeii..
best2..
pnjg arh lgi..
isk2...
smbung2...