Sunday, August 9, 2009

CINTA? PENTING KE?9

Adam hanya senyap sepanjang perjalanan ke tempat pakir. Dannia mengikut langkah Adam dari berlakang. Sampai ke dalam kereta pun Adam tetap senyap. Pecutan Adam pula laju daripada biasa.

“Kerja? Itu ke kerja? You janji nak call Ashraf tapi you tak call. Kalau I tak pergi pejabat you tadi, mesti sampai sekarang you tak balik lagi kan?” Suara Adam tiba-tiba melengking kuat. Dannia di sebelahnya hanya terkejut. Memang pantang Dannia sekarang kalau orang itu menengkingnya begini. Nampaknya bunga-bunga pergaduhan semakin nampak.

“You ni kenapa? Nak tengking-tengking I pula. I bukannya buat apa-apa dengan Zarul. Apa masalahnya pun kalau I bercakap dengan dia?” Bagai menyimbah minyak ke api. Dannia membalas. Dia penat. Satu hari di pejabat kemudian balik di tengking.

“Masalah? You tanya I apa masalahnya? You sanggup tipu I. Kata banyak kerja lah. Apalah. Tapi sebenarnya you saja je nak menggatal dengan dia kan?” Dannia betul-betul tersentap. Dia di gelar penipu. Tak boleh terima itu.

“I menipu? Suka hati I la. I nak berkerja ke berbual ke?. Kalau I bercinta pun dengan Zarul tu tak ade masalah la. Tak ada kena mengena dengan you.” Kata-kata Dannia membuat Adam menyinga.

Dengan bahaya dia membelok ke tepi lalu berhenti. Adam keluar dari kereta itu lalu membuka pintu Dannia. Dia menarik Dannia keluar. Mereka berdiri berhadapan. Tangan Adam mencengkam kuat lengan Dannia. Sungguh dia di amuk marah. Benarlah kini Dannia tak perlukan dia lagi. Mungkin benar juga Dannia dah kembali bersama Zarul.

“So betul la you dah balik semula dengan budak tu?”Nada Adam tegas lebih kepada cemburu.

“Kalau I kembali pada dia kenapa? Adam lepaskan. Sakitlah.” Dannia menambah lagi kemarahan Adam. Dia meronta-ronta untuk di lepaskan oleh Adam.

“You...Arghhhh...”Tanpa Dannia sangka Adam menjerit. Sesaat itu Adam melepaskan lengannya lalu menumbuk atas kereta itu. Bagai meluahkan kemarahan yang teramat sangat. Dia sangat marah tapi untuk menyakiti Dannia, itu tak mungkin terjadi. Biarlah dia lebam sana sini melepaskan amarah tapi untuk menjentik Dannia dia tak sanggup. Takkan di biarkan tubuh itu menanggung apa-apa kesakitan sekalipun.

“You ni kenapa?” Dannia bertanya lembut. Dia mula takut. Reaksi Adam begini tak pernah lagi di lihatnya.

“You tanya I kenapa? You tanya diri you sendiri. Mana maruah you? Senang senang je you nak terima balik lelaki yang dah lukakan you macam tu. I tak akan hairanlah kalau satu hari nanti dia tinggalkan you tepi jalan. Lelaki macam tu langsung tak ada tanggungjawab. Tiba-tiba I rasa menyesal. Menyesal mengajar you. Orang macam you ni terlalu naif hanya boleh di buat mainan untuk orang seperti Zarul.” Tanpa Adam sedar dia sebenarnya telah melukai hati Dannia. Dannia tak sangka begitu hina dia sekarang di mata Adam. Di mana maruah dia? Dia hanya mainan? Adam memang dah melampau.

“Ya perempuan macam I ni hanya layak jadi mainan lelaki kan. Betul tu Adam. Betul sangat. So apa you peduli? Apa hak you nak halang I? Apa hak you?” Dannia di amuk rasa. Dia menunjuk berani pada dada Adam.

“You tanya apa hak I?” Adam memang pantang kalau benda yang dia rasa haknya di persoalkan.

“Ya apa hak you? You bukan sesiapa? You bukan ayah I, bukan abang I, bukan tunang I jauh sekali suami I. Hidup ini milik I dan you tak da hak nak mempersoalkan hidup I. I akan ingat perghinaan ypu ni sampai bila-bila. Kalaupun you tahu sejahat-jahat Zarul pun dia tak pernah hina I seperti yang you buat hari ni.” Dannia melihat Adam hanya terpaku di situ. Dia mengambil beg tangannya. Dia akan balik sendiri.

Adam terpaku mendengar kata-kata Dannia. Ya baru dia sedar yang dia memperlekehkan Dannia sekaligus menghina gadis itu. Kali ini dia benar-benar tersilap langkah. Memang dia tak ada hak untuk menghalang Dannia. Adam hanya melihat Dannia berlalu dari keretanya. Saat gadis itu menahan teksi, Adam ingin menghalang namun tak terbuka mulutnya. Akhirnya Adam hanya membiarkan sahaja.




Dannia mengambil langkah balik ke rumah papa nya di Damansara. Terkejut Dr Arif melihat anak gadisnya tiba-tiba muncul di depan pintu dengan wajahnya muram dan penuh kesedihan.

“Adik kenapa ni?” Tanya Dr. Arif sebaik anak daranya itu bersalaman dengannya. Dari wajah Dannia itu, Dr Arif sudah dapat membaca ada sesuatu yang melukakan hati puterinya.

“Tak ada apa-apalah papa. Adik penat sikit je. Adik naik dulu ye.” Dannia meminta diri. Sekejap je dia hilang menaiki tangga ke biliknya. Langsung tak di hiraukan papa dan abangnya yang menonton. Menegur abangnya pun tidak. Itu tandanya masalah besar.

Dannia masuk ke biliknya. Dia menutup pintu biliknya dan tersandar di balik pinu itu. Leka melayan hati yang hebat terluka Dannia terduduk di situ. Air matanya ingin mengalir tapi dia takut akan membenci Adam.

Perlahan-lahan Dannia bangkit menuju ke arah bilik air. Dia ingin mandi membersihkan diri sekaligus untuk menyejukkan hatinya. Menghilangkan rasa penat pada badan dan jiwanya. Di biarkan sahaja deruan air membasahi tubuhnya. Kesejukan itu menyenangkannya. Hilang sedikit masalahnya. Namun bersama deruan air itu terbit beberapa titisan air mata di tubir matanya lalu jatuh ke pipi. Teringat kambali kata-kata Adam tentang maruahnya? Pendiriannya? Adam menyesal... itu yang paling melukakan.





Adam mematikan talian. Dia baru habis berbual dengan Ashraf. Ashraf memaklumkan tentang Dannia di rumah keluarga mereka dan balik dalam keadaan yang sedih. Tanpa Ashraf memberitahunya pun, Adam tahu Dannia kembali ke rumah papanya kerana dia mengikuti teksi yang di naiki oleh Dannia tadi. Dia ingin memastikan keselamatan Dannia.

Kemudian apabila Ashraf bertanya padanya tentang kesedihan Dannia, Adam lebih mudah berbohong menyatakan dia tak tahu. Bukan niatnya untuk menipu, cuma dia tak mahu menambahkan lagi masalah antara dia dan Dannia. Kalau Dannia tidak membuka cerita itu pada orang lain. Kenapa perlu dia bercerita?

“hhhhuuuhhhh...” Ini keluhan ke berapa entah yang keluar dari mulut Adam. Sungguh dia tak tahu apa yang dia rasakan sekarang. Marah... Cemburu dan rasa bersalah. Semuanya satu.

Hatinya kini nyata sudah milik Dannia. Bertapa tadi dirinya di amuk cemburu. Hanya rasa rasional yang tinggal bersisa menyebabkan dia boleh bersabar ketika melihat Dannia bergelak tawa dengan. Kalau ikutkan hatinya sudah pasti Zarul makan sebiji penumbuknya. Tapi yang menjadi mangsanya pula Dannia. Tanpa dia sedar dia telah menyakiti Dannia dengan ayat setajam sembilu. Kalau dia di tempat Dannia pasti esok-esok tak kan ada peluang lagi buat dia sebagai lelaki yang pernah menghina.

Ya Allah bagaimanalah hubungannya dengan Dannia selepas ini? Janganlah jadi apa-apa. Adam boleh membayangkan hidupnya tanpa Tasya kerana dia sudah terbiasa sendiri tanpa Tasya tapi Dannia? Adam tak boleh bayangkan bertapa sunyinya kerana sejak mereka berkenalan hampir setiap hari mereka berjumpa. Adam sudah terlalu biasa dengan kehadiran Dannia.

Adam yakin hatinya kini buat Dannia dan terlalu indah tempat itu buat Dannia sampai Adam tahu hatinya tak akan berpaling pada insan lain kerana saat ini Adam sudah sedia menjadi nahkoda hidup Dannia, Bertahun lamanya dia bersama dengan Tasya tapi belum sekalipun dia rasa ingin melanjutkan hubungan itu ke peringkat penikahan, hidup seperti suami isteri. Namun belum setahun dia bersama dengan Dannia, hatinya sudah yakin untuk menikahi Dannia dan mengikat hati gadis itu pada hatinya. Adam tahu dia perlu berbuat sesuatu. Adam yakin dia perlu selesaikan pekara ini secepat mungkin.





“Adik gaduh dengan Adam ye?” Pertanyaan Ashraf itu mengejutkan Dannia dari lamunannya. Hari ini dia menumpang Ashraf ke pejabat. Hari ini dia turun awal sikit ke pejabat kerana pukul sepuluh nanti dia kena menghantar kontrak semalam pada kliennya.

“Mana ada. Semalam adik penat sangat je. Kak Balqis apa khabar?” Tanya Dannia menukar topik. Dengan sendirinya wajah Ashraf berubah ceria. Orang sedang di lamun cinta lah katakan.

“Dia sihat. Along ingat hujung bulan ni nak suruh papa masuk merisik.” Dannia terkejut dengan penyataan itu. Nyata abangnya kini serius untuk bersama dengan Balqis. Sehinggakan dalam waktu sesingkat ini abangnya sudah boleh membuat keputusan yang drastik untuk berkahwin.

“Cepatnya? Along serius ke?” Dannia teruja.

“Hmm... Along serius. Cepat atau tidak. Along rasa along dah bersedia. Bila kita dah jumpa orang yang sesuai walaupun hanya selepas sejam berjumpa hati kita akan yakin yang dia orangnya yang kita inginkan untuk hidup bersama. Selagi kita tak berjumpa dengan orang yang betul walau bertahun lamanya kita bercinta tak kan ada rasa ingin menikahinya.” Kenyataan Ashraf buat Dannia berfikir. Saat ini fikirannya melayang pada Adam. Adakah Adam orang yang sesuai buatnya kerana dia terfikirkan lelaki itu saat soal nikah kahwin di persoalkan? Ah... Dannia perlu sedar Adam itu milik orang.






Adam ke pejabat kakaknya, Anisya. Sekejap lagi dia akan berangkat ke Singapura, ada urusan sedikit di sana. Inipun sengaja dia membuat kejutan untuk berjumpa kakaknya di situ. Sudah terlalu lama rasanya dia tak berjumpa dengan kakaknya.
Saat dia melangkah masuk ke pejabat korprat tempat pejabat Anisya. Tanpa Adam sangka dia berjumpa dengan Dannia di situ. Ketika itu Dannia baru sahaja keluar dari bilik mesyuarat bersama kakaknya. Dannia tengah berbual dengan kakaknya. Mungkin ada urusan kerja.

Untuk seketika Adam terpaku. Dannia yang juga sedar akan kehadiran Adam merenung pada Adam kembali. Mereka hanya saling berpandangan langsung tak bersuara. Buat pertama kalinya mereka merasakan kedinginan mebalut mereka. Buat pertama kalinya mereka hanya berdiri tanpa bersuara. Buat pertama kalinya rasa kekok itu hadir dalam diri mereka.

“Shall we? Kita dah lambat ni Dannia.” Zarul menjernihkan suasana. Dia mengajak Dannia balik. Dannia hanya mengangguk. Dengan penuh yakin dia melintasi Adam tanpa menoleh ke arah lelaki itu pun. Adam dapat merasakan kesedihan Dannia saat tubuh mereka berselisih tadi. Tapi Adam terlalu ego untuk meminta maaf apatah lagi cemburunya kembali memuncak melihat Dannia di situ bersama Zarul.


“Gaduh?” Soalan pertama yang keluar dari mulut Anisya. Dia dapat melihat kedinginan dari mata keduanya tadi. Adam hanya tersenyum lalu duduk di hadapan Anisya malas mengulas lebih lanjut.

“Adam datang ni sebab nak cakap kat sis yang Adam nak berangkat ke Singapura petang ni. Ada hal sikit. So sebelum tu ingat nak ajak lunch sama-sama.” Adam memberitahu tujuannya.

“Oh... Okay juga tu. Tak nak ajak Nia ke? Akak rasa tentu dia penat. Yelah baru semalam akak suruh dia tukar kontrak, hari ni dah siap. She and her team very good in their work. Tapi akak rasa bersalah pula. Mesti semalam dia sibuk tak menang tangan sebabkan akak.” Pengakuan Anisya membuat Adam di landa bersalah yang teramat. Batullah semalam Dannia sibuk kerana kerjanya bukan kerana Zarul. Ya Allah berdosanya dia menuduh Dannia sebarangan.Kerana cemburunya dia mungkin kehilangan Dannia. Kesalnya memang tak sudah. Wajahnya kini dirundung cahaya yang cukup malap.

“Tak apelah sis. Hari ni nak lunch dengan sis je.” Adam menolak menjemput Dannia sekali. Lagipun dia masih di rasa bersalah. Dia perlu menyelesaikan hal ini sebelum berlagak tiada benda yang terjadi antara mereka. Dia tak mahu ini akan menjadi titik hitam dalam hubungan mereka nanti.





“Adam tahu, bonda ada tanya Kak Anis malam semalam. Dia kata Dato Arif jumpa Adam dengan seorang gadis. I guess she must be Dannia right?” Dengan sopan Anisya bertanya sambil menyuapkan makanan ke mulutnya.

“Yup. Bonda tanya apa je?” Adam berminat. Nampaknya rancangan dia hampir berjaya. Memang tepat dia membawa Dannia ke sana kemarin. Tapi dia ingin tahu apa reaksi bondanya.

“Bonda tanya sama ada kak Anis tahu tak siapa? Melangit Dato Arif puji Dannia depan bonda. Semalam balik je makan malam amal tu terus bonda cari akak. Akak nampak bonda macam gembira je. So apa rancangan sekarang?” Pertanyaan itu buat Adam terdiam. Dia gembira bondanya dapat menerima berita tentang dia dan Dannia. Sekurang-kurangnya dia tahu bondanya bukan tegas menjodohkan dia dengan sepupunya hanya inginkan dia kahwin walau dengan sesiapa pun.

“Entah buat masa sekarang biarkanlah dulu. Yang penting Adam nak ke Singapura dulu hari ini. Yang lain, selesaikan kemudian.” Adam ingin memudahkan fikirannya yang kian serabut dengan masalah. Hanya kerana Dannia cukup membuat hidupnya serabut.

“Akak rasa Adam tak pergi Singapura atas urusan kerja tapi nak jumpa Tasya kan? Nak pujuk dia?” Anisya serkap jarang. Adam hanya tersenyum tanpa jawapan. Dia ada jawapan untuk itu tapi biarlah hanya dia yang tahu.






I pergi Singapura untuk beberapa hari



Dannia membaca sms dari Adam. Hmm... Entahlah kenapa dia tak sedap hati Adam ke Singapura. Adam langsung tak menghubunginya seperti selalu. Hanya sms sahaja. Kalau selalu Adam akan berjumpa dengannya dahulu sebelum pergi tapi kali ini? Benarlah di mata Adam dia bukan sesiapa. Mungkin Adam ke Singapura pun untuk memujuk Tasya buah hatinya. Supaya Tasya cepat kembali ke Malaysia jadi Adam tak perlulah untuk melayannya lagi.

“Dannia, kenapa ni?” Entah dari mana, Zarul muncul di hadapan Dannia. Dia menegur Dannia yang nampak leka termenung dari tadi.

“Tak ada apa. Kenapa cari I kat bilik ni? Ada masalah pada tender ke? Atau you nak maklumat untuk you bentang tu sekarang?” Dannia cuba untuk ceria. Dia tak mahu sesiapa yang tahu isi hatinya.

“Bukanlah. Dannia ni kenapa asyik nak cakap pasal kerja je dengan Zarul. Zarul datang ni nak ajak Dannia dinner dengan Zarul malam ni. Boleh?” Itu niat Zarul datang ke pejabat Dannia. Dia tekad mendapatkan kembali sekeping hati Dannia yang cantik. Apatah lagi sekarang Dannia bukan sahaja cantik di dalam juga cantik di luar.

“Hmm Zarul, I tak nak ada masalah. Nanti Intan?” Dannia cuba menolak. Sungguh dia tak mahu masalah dengan Intan.

“Kita keluar sebagai kawan je Dannia. Zarul tak rasa Intan akan kisah. Tambahan sekarang dia tengah sibuk mengejar cinta anak jutawan. Entahlah Zarul sendiri tak tahu macam mana hala tuju hubungan kami.” Luah Zarul. Sungguh dia tak menipu itu yang terjadi pada hubungannya dengan Intan kini. Oleh itu dia mula sedar yang mana permata dan yang mana kaca. Jadi tak salah rasanya dia cuba mendapatkan permata di hadapannya kini.

“Hmm nanti I fikirkan.” Elak Dannia.

“Alah, Dannia please.” Rayu Zarul lagi. Kali ini Dannia mengalah. Dia mengangguk setuju.

Apalah salahnya Dannia berkawan dengan Zarul jika lelaki itu ikhlas. Sekurang-kurangnya apabila Adam kembali bersama Tasya nanti, dia ada teman untuk menghiburkannya. Memikirkan Adam bersama dengan Tasya meneybabkan jantung Dannia terasa sakit. Ya Allah kuatkanlah semangat hambamu ini.

“Okay kalau macam tu, Zarul jemput Dannia pukul 8 malam ni kat kondo Dannia. Okay tak?” Sekali lagi Dannia mengangguk setuju pada saranan Zarul. Zarul berlalu dengan gembira. Terasa terbuka peluangnya dan pastinya dia hargai peluang ini sebaiknya. Inilah peluangnya mendapatkan hati Dannia kembali padanya. Tentu tidak sukar kerana hati itu pernah di tawannya.

11 comments:

azzakiah said...

adam n dannia sayang 1 sama lain..
tapi ego x nak mengaku..
adam cemburu yg teramat sangat dah tu..
adam perlu minta maaf atas kata2 die tu...

kenapa lah perlunya tasya n zarul yang merumitkan kisah cinta diorang..
aduhai...
cpt2 sambung.. best la..

Unknown said...

btol ckp sepatu biru....

msg2 xnk ngaku...

xsuke zarul....

cpt2 smbg yer...

DianaTakyuddin said...

da x leh nk ckp pape da...
just cepat r smbg!!!hihi

MaY_LiN said...

ala adam ni..
ngaku la cepat..

nursya said...

ala xmo la dannnia ngn zarul....
ish adam nie lem sgt ler...
kang melepas kang br tau...
huhuhu...

I'm N0t S!NgLe said...

ntah adam ni...
bkannya nk mengaku...
mintak lah maaf kt dania.
xyah pegi singapore

MaSin said...

dannia no!!..jgn tgoda k..
adam cpt pujuk dannia..
zarul, jgn menyebuk!!!

Anonymous said...

Alamak Dannia,JANGAN...Confirmed mengamuk lagi c abang seorang tu. Ini mesti trjumpa lagi...

asmi' said...

naperla jadi cam ni???
naper zarul perlu muncul????

adam... dannia...

Nu_Rull said...

ni sbnrnye dh abes ke ade smbungan lg? hehehhe....

Zass said...

memang bodohlah dania ni... kureng tul.. mudha dipergula-gulakan.. takde pendirian langsunggg.. hate her....