Monday, August 9, 2010

Bebaskan Aku Cinta -8&9-

BAB 8
HATI INI YANG KAU SAKITI


Hati yang terusik makin tertawan apabila Taufiq menampilkan wajah sebagai lelaki budiman di mata Nadilla. Kasih kian mekar dengan sikap lelaki itu yang nampak berubah. Dia benar-benar membuka hatinya mengenali Taufiq. Cuba fahami kasih yang Taufiq hulurkan padanya.
Minggu yang berlalu berganti bulan. Bulan kian pantas menagih waktu. Mungkin kerana hati yang sudah memang terbuka dan matanya hanya memandang wajah itu selama tiga bulan, akhirnya jelas hati milik Nadilla merasai cinta itu. Buat sekian kalinya Nadilla sudah pandai merindu. Sudah pandai menagih kasih dan sudah cukup mengerti untuk merasakan bahagia pada perhatian Taufiq.
Tiga bulan yang indah buat Nadilla. Dalam hidupnya kini ceria. Indah perasaannya berteman ini. Makan berteman, keluar ke mana-mana pun ada yang menemani. Segala-galanya bersama Taufiq sehinggakan Taufiq mula menjadi sebahagian hariannya. Malah kalau tanya Taufiq bersama, Nadilla terasa pelik untuk ke mana-mana.
Kalau di fikirkan mula-mula dulu agak lucu juga macam mana dia berusaha menolak pelawaan Taufiq untuk keluar bersama. Sampai satu saat dia sudah tak berdaya apabila Taufiq dengan muka tak tahu malu membangunkan satu taman perumahan Nadilla dengan bunyi hon di pagi hari. Gara-gara Nadilla tidak mahu menemankan dirinya balik ke kampung Nadilla sendiri. Aduh masa tu sebulan wajah Nadilla tebal dengan jiran sebelah menyebelah rumah.
Keluarga? Keluarga Nadilla cukup menerima baik kehadiran Taufiq. Masing-masing sudah menganggap Taufiq bagai keluarga sendiri. Ini semua juga kerana usaha Taufiq memikat hati keluarganya. Taufiq tidak segan untuk pulang ke kampungnya. Taufiq tidak perlu di pinta untuk menghubungi keluarganya bertanyakan khabar. Semuanya Taufiq lakukan atas inisiatif sendiri. Keikhlasan itu yang menawan hati keluarganya. Tak perlu Nadilla melobi keluarganya untuk Taufiq kerana lelaki itu telah di terima tanpa syarat di dalam keluarganya.
Hati yang terbuka, keluarga yang menerima. Di sangkakan panas hingga ke petang namun ribut di tengah hari. Janji hanya tinggal janji. Kepercayaan yang dia beri di khianati dan keyakinan yang dia pernah amanahkan di cabuli. Taufiq berdusta memungkiri janjinya.
Ingatkan sudah berubahlah si teruna pengusik hati namun sebaliknya wajah hipokrit yang terlukis pada kepingan hati itu. Taufiq tidak jujur untuk bersamanya. Di belakang Taufiq masih beratur para gadis yang mengikutinya. Rasa cinta itu hilang ketika tahu dirinya diduakan. Sakit yang melanda hati Nadilla.
Siapa tak sakit? Siapa yang tak pedih? Siapa yang tak sedih? Hati yang dia bukakan untuk kasih rupanya di buka untuk di sakiti. Pedih terlalu pedih. Pedih apabila mata kepalanya sendiri melihat, setia yang dia berikan dan kasih yang dia hulurkan hanya mainan Taufiq. Apatah lagi kesakitan itu juga di sumbangkan oleh Mikka, gadis yang dimana diawal pertunangannya dan Taufiq dulu, Taufiq bersumpah tiada lagi akan terjalin perhubungan. Talian yang di yakini telah putus itu rupanya terjalin di belakang dirinya.
Tak mungkin Nadilla akan lupakan rasa tersayat itu. Di matanya masih dan akan terbayang wajah Taufiq bercumbuan dengan Mikka di tempat letak kereta pejabatnya. Kebesaran tuhan, hari itu dia datang ke pejabat walaupun sebenarnya di dalam cuti sakit. Di situlah mata dan kepalanya berfungsi semula. Tidak lagi buta, tidak lagi kabur dengan kepura-puraan Taufiq.
Nadilla berdiri berhadapan dengan Taufiq. Dia mencari kebenaran di sebalik penjelasan. Dia mencari kejujuran di sebalik pertahanan diri yang Taufiq ingin perluaskan. Bertalu-talu pertanyaan diluahkan akhirnya dia ketemui kejujuran itu. Cukup sahih dan solid kejujuran yang Taufiq akui dalam pertahanannya.
“Hanya mencuba. Hanya buang bosan. Itu kali pertama.” Tiga ayat di dalam pertahanan yang rapuh. Yang menyakitkan hati Nadilla.
Adakah manusia yang hanya mencuba untuk bercumbu dengan kaum berlainan jenis? Itu bukan mencuba tapi itu nafsu.
Adakah manusia yang membuang bosan dengan bercumbu dengan seorang gadis yang bukan miliknya? Itu bukan buang bosan tapi tu serakah.
Kali pertama? Adakah itu kemucak pertahanan. Pertama, kedua atau ketiga? Salah tetap salah. Khianat tetap khianat.
Manusia yang mengikut nafsu akan sesat di jalan yang terang. Manusia yang mengikut serakah akan terbabas dari tembok kehidupan. Kesalahan ini boleh di lentur. Kesalahan ini masih boleh di ubati dengan taubat namun apabila kepercayaan yang di khianati, payah untuk di pulihkan.. Itu kemuncak masalahnya.
Itu kemuncak keputusan yang di ambil oleh Nadilla, dia tak ingin berdampingan dengan lelaki yang tidak jujur. Dia tak mahu bersama dengan lelaki yang tidak jujur. Dia tidak mahu bersama lelaki yang tidak boleh dia percayai. Dia tidak mahu bersama lelaki yang tidak mungkin dia yakini lagi.
Dalam perhubungan perlu ada rasa percaya, yakin dan hormat. Pada Nadilla itu rencah kebahagiaan. Kalau semua itu sudah tiada maka tiadalah harapan lagi buat mereka. Kini apa yang Nadilla rasa adalah, kepercayaan yang luntur. Keyakinan yang gugur dan rasa hormat yang menghilang. Hati ini yang dia sakiti sukar untuk di ubati. Tiada perlunya seiring lagi jika setiap langkah sudah sumbang rentaknya. Tiada perlunya dia meneruskan perjalanan dengan Taufiq. Di persimpangan ini mereka telah ambil jalan yang berbeza.


*****


Nadilla suarakan kehendaknya. Nadilla utarakan keputusannya pada keluarga tersayang. Nampaknya jalan yang dia lalui tak seindah yang dia sangkakan. Keluarganya membantah. Apa pun alasan langsung tak di terima. Lalu satu jalan yang klise yang mampu di ambil oleh Nadilla.
Jalan klise yang masih berkesan dalam menyelesaikan masalah sakit hati dan ketidak percayaan. Jalan klise yang membawa kepada percaturan Nadilla untuk larikan dirinya. Nadilla pergi dari kehidupan orang membesarkannya, orang yang di besarkan bersamanya. Hanya kerana seorang manusia bernama Taufiq, Nadilla tinggalkan segalanya.
Demi untuk meninggalkan kehidupan lalunya, Nadilla hilangkan jejaknya. Nadilla berhenti kerja. Nadilla pindah rumah. Nadilla tukar no telefon dan dia lakukan saja apa yang perlu. Perlu untuk hilangkan diri. Nadilla tidak mahu begini namun dia terpaksa apabila tiada yang mempercayainya. Untuk apa mengharap orang yang tidak akan percaya padanya. Pada keluarga yang lebih memilih orang luar darinya.
Setahun dia pergi. Dia bina jalan kerjayanya sendiri. Siang malam yang dia tahu hanya kerja sahaja. Dia tidak perlukan sesiapa. Dia tidak mahukan sesiapa di dalam hidupnya. Hati yang pedih dan sedih dia ubati dengan kesibukkan diri. Setahun itu walau tidak setenang ketika dia menjadi anak keluarganya. Walaupun dia tidak sebahagia ketika bersama adik-beradiknya tapi setahun itu banyak membawa Nadilla mengenali dunia dan mengenali dirinya.
Tempoh masa setahun itu cukup membuatkan Nadilla belajar sesuatu. Nadilla belajar berdikari. Nadilla berlajar untuk hidup sendiri. Membuat keputusan sendiri. Segalanya dia lakukan sendiri. Sungguhnya setahun itu telah mengubah Nadilla menjadi gadis yang baru. Gadis yang lebih keras dan lebih kental.
















BAB 9.
lembaran baru dalam kisah ini. Akan ku tebus kekesalan ini.


Tersenyum sendirian, Taufiq di buatnya. Setelah setahun akhirnya dia temui apa yang dia cari selama ini. Di rasakan segala penat lelahnya selama ini berbaloi apabila dia temui apa yang dia cari. Setahun yang seksa telah berlalu pada hari ini. Taufiq sudah menjejaki Nadilla.
Selama setahun dia penat merantau di Bandaraya besar ini mencari kewujudan gadis itu di setiap ceruk Kota Kuala Lumpur kerana hatinya. Jenuh dan jauh dia menjelajah mencari, namun jejak langkah Nadilla hilang tanpa dapat di kesan. Di setiap tanah, tempat kakinya melangkah tak pernah sekalipun Taufiq lupa untuk mencari Nadilla.
Di sebalik setiap pencarian itu, Taufiq yakin Nadilla tidak jauh darinya. Masih lagi di Kuala Lumpur dan kini ternyata dia benar berlaka. Penat dia menjejaki rupanya Nadilla tidak jauh manapun melangkah. Masih di bawah bumbung syarikatnya juga. Khilafnya juga, sibuk sangat mencari di tempat lain sehingga lupa untuk mencari dalam lingkauannya.
Melepaskan Nadilla pergi setahun dulu adalah pekara yang paling Taufiq kesali. Waktu itu dia belum mengerti sejauh mana Nadilla bererti buatnya. Ketika itu dia masih mencari apa yang dia inginkan sehingga dia tidak sedar dia sudah miliki semua itu. Tika itu hatinya terlalu angkuh untuk berjuang hingga dia hilang antara pekara terbaik yang pernah dia rasai.
Namun saat kali pertama dia tahu Nadilla menghilangkan diri, serta merta sebahagian dari hatinya menjadi kosong. Kosong dan sepi. Taufiq bagaikan kehilangan sesuatu kemudian kehilangan itu menjadi duri yang saban hari mencucuk hatinya. Yang saban hari membuatkan hati semakin parah. Nadilla hilang membawa dua kesan di hatinya. Nadilla membuatkan dirinya terasa kehilangan dan menyakiti hatinya.
Jauh Taufiq dari Mikka, paling sedih pun Taufiq hanya akan merasa sepi namun bila Taufiq jauh dari Nadilla, kesepian itu sudah jatuh di tangga ke berapa setelah rasa pedih, hilang, rindu dan sayang bertamu di hatinya. Lantas Taufiq sedar Nadilla gadis yang dia cari. Gadis yang telah melengkapi hatinya dalam diam. Gadis yang membuatkan dia menyesal kerana melepaskan gadis itu pergi.
Dulu di mata Taufiq, Nadilla adalah gadis biasa saja. Mungkin Nadilla tak di jadikan sebagai seorang wanita yang cantik dan sempurna. Gadis itu tidak tinggi mana dan tidak selangsing mana. Orangnya tembam, bercermin mata dan alang-alang tinggi saja. Raut Nadilla bukanlah pada golongan cantik, hanya comel mata memandang.
Cuma istimewanya Nadilla di matanya kerana ada satu pekara saja yang ada pada gadis itu yang belum pernah dia jumpa dalam gadis-gadis lain yang di kenalinya. Nadilla ada kelebihan membuatkan dia percaya, yakin dan hormatkan gadis itu. Mengenali dan kehilangan gadis itu membuatkan Taufiq yakin gadis itu yang terbaik buatnya. Walaupun tidak sesempurna gadis-gadis lain namun Nadilla cukup sempurna di matanya. Itu sudah cukup buatnya.
Taufiq sedar, Nadilla yang di hadapannya sekarang bukanlah Nadilla yang dulu. Sinar mata gadis itu sudah berbeza. Kekerasan dan ketegasan nampak di wajah itu. Nadilla tidak seampuh dulu, itu yang paling Taufiq sedar. Gadis itu sudah bisa menjawab dan membalas segala perlian dan sindirannya tanpa mengaku kalah. Mungkin ini yang akibat perbuatannya. Akibat kesilapannya dulu lalu membina Nadilla yang kini.
Terus terang Taufiq katakan, dia tidak tahu macam mana caranya untuk dirinya menambat kembali hati yang terluka itu. Namun tidak tahu itu tidak bermakna dia tiada jalan untuk memenangi hati Nadilla. Kali ini kekesalan dulu akan dia tebus dan akan dia akhiri dengan kebahagiaan. Walau apa pun terjadi? Nadilla akan menjadi miliknya. Taufiq tak akan benarkan Nadilla menjauh lagi. Tidak mahu merasakan pahitnya seperti dulu, sewaktu gadis itu jauh dari hidupnya. Tika hari pertama dia tahu Nadilla hilang, itu adalah kesakitan yang ingin dia jauhi buat seumur hidupnya..


*****
Taufiq menanti di hadapan pejabat Nadilla. Hari ini dia ingin bertemu empat mata dengan gadis itu. Sekarang sudah hampir waktu makan tengah hari. Pasti sebentar lagi Nadilla akan keluar untuk menjamu selera dan niat Taufiq, biarkan hari ini menjadi hari pertama Nadilla kembali rasmi menjadi tunangannya.
Sebenarnya boleh saja Taufiq menelefon Nadilla, mengajak gadis itu makan tengah hari bersamanya. Semalam lagi melalui Damia, Taufiq sudah mendapatkan nombor telefon bimbit Nadilla, namun Taufiq tidak mahu berbuat begitu kerana dia pasti Nadilla akan menolak perlawaannya.
Taufiq agak pelik juga sebenarnya kerana semalam buat pertama kali, Damia sepupunya itu sanggup menolongnya. Selalunya kalau soal perempuan Damia langsung tiada hati dan perasaan hendak menolongnya. Pintalah macam mana pun tak mungkin gadis itu membantu, paling-paling dia hanya tayangkan wajah selamba. Namun bila dalam persoalan ini, tanpa banyak soal, tanpa sebarang syarat, Damia menghulurkan nombor milik Nadilla hanya dengan pesanan, hargai Nadilla sebaik mungkin. Tidak perlu Damia pesankan pun kerana itu pasti Taufiq lakukan. Pelik sungguh pelik tapi benar.
Taufiq masih setia menanti dan kesetiaannya terbalas apabila Nadilla muncul dengan berlenggang kangkung. Nadilla tengah beriringan dengan Damia itu di dekati. Namun belumpun dia sampai ke radius terdekat antara dirinya dan Nadilla. Kelihatan Nadilla berhenti dan menoleh ke belakang. Dari kejauhan itu Taufiq nampak seorang jejaka merapati tunangan dan sepupunya itu. Kelihatan mereka di sana berbicara sambil bibir Nadilla dihiasi senyuman manis. Langsung sakit hati Taufiq melihat adegan itu. Kelansungan sakit hati itu, makin pantas kakinya di bawa melangkah ke tempat Nadilla.
“ Assalamualaikum.” Taufiq menegur kumpulan itu lalu secara tidak langsung melengkapi forum yang tadinya hanya bertiga.
Damia menjawab mesra salam yang dihulurkan oleh Taufiq. Wajah Nadilla pula pantas saja berubah. Nampak sangat kehadiran Taufiq langsung tak dia senangi. Pemuda tadi pantas menghulurkan tangan untuk saling berkenalan. Mahu tidak mahu Taufiq terpaksa menyambut salam itu. Tidak mahu menambah merit kejahatan di mata Nadilla.
“Taufiq.” Taufiq memperkenalkan diri sambil menghulur salam perkenalan yang nyata tidak seberapa ikhlas.
“ Nuqman.” Lelaki tadi membalas salam yang terhulur itu.
“You buat apa kat sini Fiq? ” Tanya Damia ramah. Mematikan pandangan berbisa Taufiq terhadap Nuqman yang berdiri di sebelah Nadilla.
“ I datang ingat nak ajak you dan Dilla keluar lunch dengan I” Taufiq mengeluarkan hasratnya sambil matanya tepat di wajah Nadilla.
“Kalau macam tu jomlah. Dilla, jom.” Damia jelas gembira dengan ajakkan itu. Sedangkan Nadilla langsung tidak berminat.
“You jelah pergi dengan dia Mia, I ada janji dengan Nuqman.” Nadilla pantas mengelak dari ajakan itu. Itupun dalam keadaan penolakkan yang di rasakan sudah cukup baik. Kalau tak di kenangkan kehadiran Damia dan Nuqman, pasti tolakkannya itu berserta sumpah seranah.
Makin tajam renungan Taufiq pada Nadilla ketika alasan itu sampai di telinganya. Amboi sanggup menolak pelawaan tunangan sendiri untuk makan dengan lelaki lain. Mendidih jiwa dan raganya. Jangan sampai satu saat nanti dia heret saja Nadilla keluar bersamanya.
“ Alah, jomlah. Kita pergi ramai-ramai. Nuqman, you tak kisahkan nak ikut kita orang sekali?” Damia beria-ia benar mengajak mereka makan bersama. Lebih dari itu Damia sebenarnya takut melihat wajah kepanasan Taufiq.
“ Tak apalah, you all pergi je. I ada hal lain. Dilla nanti jelah kita date ye. Lepas lunch nanti I cari you. Okay Taufiq, Mia. I got to go.” Nuqman bukan tak ingin membantu. Namun dia juga lelaki, dia faham pandangan mata Taufiq dan dia tidak mahu mencai musuh.
“ Kalau macam tu I ikut you.” Pemintaan cari pasal dari Nadilla membawa kesabaran Taufiq ke kemuncak.
“ Kenapa beria nak ikut dia? You lunch dengan I” Nyata suara Taufiq itu penuh ketegasan dan kemarahan.
“Suka hati I lah. I nak lunch dengan siapa.” Makin kental Nadilla mencabar Taufiq.
Tanpa isyarat tanpa pemberitahuan, wajah yang sudah merah padam dan kemarahan Taufiq pantas mencapai lengan Nadilla. Nadilla yang tadi berdiri di sebelah Taufiq pantas di tarik ke sisinya. Walaupun Nadilla meronta-ronta untuk di lepaskan tapi Taufiq lebih tega melihat gadis itu kesakitan dari melepaskan Nadilla pergi.
“ Kita lunch next time je Mia. Hari ini I nak lunch dengan Dilla je. See you.” Seringkas itu Taufiq meminta diri tanpa sebarang penjelasan lanjut. Sepantas itu juga dia mengheret Nadilla ke keretanya. Nadilla di humban masuk ke keretanya lalu di kunci pintu keretanya dengan autolock. Mahu tidak mahu dengan cara begitu Nadilla akan terpaksa mengikutnya.

8 comments:

Bluefanatics said...

awch esh3 padan muka taufiq

izah said...

Nak siapalah akuuuu..plsssss... lama dah tungguuu ni...seksanyaaaa

fatiah said...

ilang bru nk hargai.. xptot lnsung... hehe

sngt best ah

MaY_LiN said...

uuuuuuuuuu..
kekejaman telah berlaku..

nursya said...

cian dilla...
teruk btl la si taufiq nie..
kejamnyerr...
frust btl la...

Minah Gendot said...

bestnyer..olololo...cian dilla..tp sweet laa taufek tue...nk lg kak iman..

syamizi azwaza said...

best2 nak lagi. sanbung cspat kak iman.

syamizi azwaza said...

best2. nak lagi kak iman. keep it up. smbg cepat k.