Friday, February 18, 2011

Mencari kesilapanku 1

 Afaf Shafiya...

"Ku mencari, Ku mencari
Apakah salahku
Kau buat ku termenung seorangan
Dalam diri sangsi, Akhirnya begini
Perpisahan tak kuduga

Ku mengerti, Ku fahami
Keputusan diri
Biar saja aku sebegini
Permintaan terakhirku, Jangan kau lafazkan
Simpan saja kata-kata

( korus )
Jangan diucap elamat tinggal
Jangan kau ucap selamat tinggal
Jangan diucap selamt tinggal
Kepadaku...

Walaupun seketika... Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata, Ke akhir hayat yang ada"

Kesedihan dalam diriku bagaikan laut tiada pantai. Sakit pedih langsung menusuk di hati. Aku ingin lari dari perasaan ini. Aku ingin cipta dunia-dunia yang penuh gelak tawa. Namun makin aku cuba lari makin dekat aku pada rasa itu. Makin kita lari dari rasa sedih itu makin dalam kepahitan yang kita rasakan. Sepahit hatiku ini.

Apa salah aku di matanya? Apa silap aku pada dirinya? Telah aku lepaskan segala-gala buatnya. Telah aku turutkan semua kehendaknya. Perpisahan yang dia inginkan, aku turutkan. Kakak aku yang dia mahukan, aku restui. Tak pernah aku persoalkan kehendaknya. Tak pernah aku menuduh dirinya walau sekejam mana perbuatannya padaku.

Bertahun aku kenali dirinya. Sejak dari kami masing bermain pondok-pondok lagi.Aku tahu sejak itu tidak pernah hadir namaku di hatimu. Aku tahu sejak dari dulu aku hanya pilihan kedua dalam hari-harimu. Siapalah aku di bandingkan dengan dia yang cantik dan berbudi perkerti tinggi. Siapalah aku dibandingkan dengannya yang lemah lembut dan menawan.

Aku tahu, dirimu tidak salah. Dirimu hanya lelaki biasa yang cuma melihat keanggunan Cleopetra dan Memuji keindahan Puteri gunung ledang. Diri ini yang hanya gadis biasa cumalah persinggahan dalam hidupmu. Tapi tak apa. Aku sudi menjadi persinggahan itu.Aku rela menjadi pilihan kedua.

Bila kau marahkan dia, kau hentak diriku, tapi aku tetap bersabar.
Bila kau rindukan dia, semalaman kita bicara tentangnya dan aku hanya mendengar. Namun aku tetap bahagia melihat kau gembira.
Bila dia menolak cintamu, kau bak kapal yang di lambung ombak. Walaupun aku tak berdaya namun aku tetap berusaha untuk menenangkanmu.
Aku cuba terus berada disampingmu walaupun aku tahu waktu kau hulur salam pertunangan, itu hanya kerana kau ingin membalas dendam.
Sehinggakan kalau kau rampas perawanku tanpa relaku hanya kerana kau cemburu melihat dia bersama kasihnya. Sekejam itu kau padaku dan aku masih mampu memaafkanmu.

Bertapa bodohnya aku tak mampu menolak walaupun aku sedar semuanya kesilapan sejak mula.Bertapa simpatinya aku pada diriku kerana tidak mampu bertegas dengan hakku. Bertapa aku benci diriku kerana terlalu lemah di sampingmu.

Sedangkan Kerana dia, kau sanggup memfitnahku curang pada ikatan pertunangan kita. Kerana dia, kau tak akui ini anakmu dan semudah itu kau tuduh aku mengandungkan benih lelaki lain sedangkan kau tahu hanya kau yang pernah menyentuhku walau hanya sekali. kerana dia kau sanggup mencaciku. Kerana cintamu padanya telah terbalas, kau tak sabar untuk menghapuskan aku dari hidupmu.

Dan kerana kau, aku sanggup berdiam diri kala keluargaku membuangku kerana benih yang kau tanam ditubuhku atas kesilapan sekali itu. kerana kau, aku biarkan cacian itu. Kerana kebahagiaan kau dengan dia aku sanggup pergi dari hidupmu.

10 tahun aku bazirkan menantimu. 10 tahun aku percayakanmu dan 10 tahun juga aku sedar kau hanya mencintai dia.Jadi bukan salahmu dan bukan salahnya. tapi salah aku yang bodoh kerana terlalu mengharap.

Saat aku melangkah pergi hanya satu harapanku agar kau bahagia dengannya. Kerana aku tahu kau terlalu mencintainya dan kebahagiaan kau dan dia adalah kebahagiaanku. Kau sahabatku dan dia kakak ku, asalkan kamu bahagia. Tidak ada apa lagi yang mampu ku pinta walau hatiku terluka.

Cuma kenapa? Apa silapku? Apa salahku padamu? Saat aku sudah bina kehidupanku sendiri dengan tulang empat kerat. Di saat aku bersedia menjadi ibu pada anakmu, kau pinta aku gugurkan kandungan ini. Mudahnya kau pinta semua itu. Terkelu aku saat kau pinta aku bunuh anak aku sendiri.

Tidakkah kau lihat bertapa sayangnya aku pada kandungan aku ini. Aku harungi caci maki orang, Aku hadapi sakit mabuk mengandung sendirian. Aku ikat perut untuk memastikan aku mampu membeli pakaian dan persiapan bersalin nanti. Semuanya kerana anak ini. Anak aku. Kalau kau tak inginkan anak ini, aku tidak kisah kerna aku mampu menjaganya. Kalau kau tidak mengakui anak ini sebagai anak, aku tidak peduli kerana aku tetap menyayanginya. Kalau memang kau tak mahukan anak ini, jangan kau pinta aku bunuh anak ini.

Tidakkah kau fikir perasaan ku. Tidakkah pernah berharga sedikitpun aku dimatamu? Tidakkah cukup pengorbananku untuk kau dan dia. Sehinggakan kau sanggup membunuh anak ini? Maaf aku bukan pembunuh. Selagi aku hidup, aku jaga anak ini. Itu tekadku.

Hari-hari kau rayu diriku. Berhari-hari kau pinta padaku untuk membunuh anakku. Sehinggakan kita bergaduh. Sehinggakan kau tolak aku. Sehinggakan aku kehilangan anak aku. Saat doktor meminta kau menandatangan surat penguguran, aku tahu kau gembira walau wajahmu duka. Aku tahu kau bersyukur atas kehilanganku.

Semua kerana Aku tahu kau terlalu sayangkan dia hingga kau takut saat anak ini lahir, dia tahu anak ini anak kau. Kau takut kalau dia tinggalkan kau. Kau lebih memilih dia dari anak ini. kau lebih rela bunuh anak ini dari kehilangan dia. Saat hilangnya anak ini saat itu tumbuh benciku padamu.

Apa salahku? Apa dosaku? Apa silapku padamu sehinggakan kau hukum aku sebegini kejam? Akan ku cari kesilapan ku seumur hidupku ini agar dapatku kekesali nanti.

p/s hanyalah sebuah cerpen di kala hati ini sedang bersedih... harap sampai ke hati pembaca

2 comments:

hana_aniz said...

menarik! ada lagi sambungan kn?

NukSe said...

Waa.. ada citer baru.. like!!