Fiqril memandu tanpa arah. Dia
mencari kelibat Suraya kalau ada dimana-mana. Hatinya bimbang. Jiwanya gelisah.
Otaknya kacau. Rasanya risaukan Suraya yang entah dimana. Tadi di pejabat
setelah dia mendengar Suraya menangis daripada adiknya Qizah, dirinya menjadi
tak tentu arah. Bila dia mencari Suraya di pejabat, Suraya sudah pun keluar.
Menurut Kak Jie, gadis itu juga sedang menangis.
Puas Fiqril mencari di pinggir
bangunan dan di perhentian bas tapi bayangan gadis itupun tak nampak lagi. Lalu
Fiqril mengambil keputusan untuk mencuba nasib memandu tanpa arah kalau-kalau
dia berjumpa dengan Suraya dimana-mana. Buat pertama kali dia terasa risau.
Terlalu risaukan seseorang. Lebih daripada di risaukan sesiapa di dalam
hidupnya. Tapi kenapa?
Sepatutnya Fiqril cukup sedar
yang Suraya sudah cukup dewasa untuk menjaga dirinya sendiri. Sememangkan gadis
itu tidak bisa melawan ataupun sebenarnya tidak berani melawan tapi Fiqril
cukup tahu yang gadis itu selama ini memang cukup tabah dan berdikari. Jadi
perlu apa dia risaukan Suraya?
Tersedar dari keresahannya,
Fiqril memandu ke Putrajaya. Dia belum lagi menunaikan solat zuhur. Tuntutan
yang satu itu perlu dia selesaikan agar dia boleh berfikir dalam hati yang
tenang. Tambahan hatinya kian berbelah bagi apabila otaknya bertanya untuk apa
dia bimbangkan Suraya? Kenapa dia perlu bimbangkan Suraya? Dia dan Suraya hanya
majikan dan pekerja. Batas mereka terhad di situ.
Keluar daripada masjid
Putrajaya, Fiqril seperti kenal kelibat gadis yang melintasinya. Suraya? Penat
dia ke hulu ke hilir mencari gadis itu, saat dia sudah menerima hakikat dia
tidak perlu risauka Suraya, selamba gadis itu melintasinya dengan wajah muram.
Mengusik kembali perasaannya yang tenang tadi. Amboi memanglah membuatkan
hatinya kembali huru hara. Huhhh...
“Aya.” Mahu tidak mahu bibir
Fiqril memanggil gadis itu.
Apabila Suraya menoleh ke
arahnya. Seketika pandangan mereka bertentangan. Wajah selepas menangis itu
menghentikan nafasnya. Seketika dia merasakan dirinya sudah tidak mampu
bernafas. Besar benar kesan yang gadis ini bawa dalam dirinya. Dalam hidupnya.
Dalam siapa dia.
Ya Allah, kenapa sebegini
besar impak gadis ini pada dirinya? Kenapa segaris senyuman gadis ini terlalu
berharga seperti nyawanya sendiri? Kenapa setitis airmata gadis ini terlalu
meresahkan bagai menghantar badai ke hatinya? Kenapa dia tak mampu menjauhi
rasa itu? Menidakkan hati itu.
Telah lama Fiqril sedar yang
Suraya ini mampu mengubah dirinya menjadi seorang lelaki yang lain. Seseorang
yang bukan dia. Tapi macam mana pun keadaannya, bagaimanapun dia tidak mahu
mengakui perubahan itu tapi dia sedar dia tak mampu untuk menolak kehadiran
Suraya.
“Kalau dia kata you bukan
gadis yang sesuai untuk dia, maka dia bukan lelaki yang terbaik untuk you Aya.
Kalau dia lelaki yang terbaik untuk you, dia pasti tahu hargai siapa you.
Terima you seadanya. Lelaki atau perempuan semuanya sama je. Kalau hati tu
sudah tidak ikhlas dan berpaling, yang dulu indah sekarang menyesakkan.
I rasa you patut bersyukur yang dia pergi dari
hidup you. Sekurang-kurangnya sakit yang you rasakan sekarang tidak sesakit
kalau you dan dia teruskan walaupun you tahu semakin hari hatinya semakin tak
ikhlas untuk you.” Panjang lebar nasihat Fiqril pada Suraya setelah mendengar
kisah cinta yang tak kesampaian daripada gadis itu. Kisah hati yang tertewas
dalam menahan rasa.
Kedua-dua mereka menghadap
keindahan Putrajaya. Melupakan seketika yang apa pernah terjadi dan apa
perhubungan mereka. Umpama teman yang sudah terlalu rapat hingga dapat
meluahkan rasa itu. Tanpa segan tanpa silu saling menghulurkan bahu memikul
bersama.
“Saya tahu bos, sejujurnya
saya dah lama bersedia sejak dia mula berubah tapi kenapa sakit itu tetap juga
saya rasakan.” Luah Suraya. Benar dia lama bersedia tapi hatinya tetap terluka.
Namun dia akui apa yang Fiqril katakan adalah benar berlaka.
“You sepatutnya daripada dulu
lagi berhadapan dengan benda ini Aya. Sepatutnya you tak menunggu sehingga
pekara ini selama ini untuk you bertindak. Kenapa perlu you tunggu dia yang
datang dan memutuskan untuk you berdua sedangkan you tahu dia dah berubah. Dia
dah tak ikhlas.
Seharusnya you yang datang
berhadapan dengan dia. Kalau you tak menunggu lama mungkin sakit yang you
rasakan itu tak sesakit sekarang sebab you tahu dan you tegas dengan perasaan
you sendiri. I tahu you gadis yang baik, you tak nak menyusahkan orang tapi
sesekali you kena letakkan diri you di hadapan orang lain Aya. Bukan begini
caranya. Orang lain tersenyum. You menangis.” Kali ini nasihat itu bagaikan
paku yang di tukulkan ke kepala Suraya. Menyusup masuk ke dalam kepalanya.
Mengubah terus hatinya. Memang selama ini dia tahu dia perlu berubah tapi
selama ini baru kini dia rasa ada kekuatan untuk berubah.
“Saya nak berubah. Saya yakin
saya boleh berubah. Tapi saya tak tahu macam mana. Bos tolong saya boleh?”
Keazaman terpancar di wajah Suraya. Kesungguhannya dan wajah penuh berharap itu
sedikit sebanyak mengusik hati Fiqril. Tak sanggup dia menghampakan.
“I tak tahu macam mana nak
tolong you tapi I rasa I tahu siapa yang boleh bantu you. Kalau you benarkan.”
Walaupun itu jalan yang menunjukkan Fiqril setuju membantu Suraya. Hanya tuhan
yang tahu kala ini satu angin ketakutan bertiup ke hati Fiqril. Walaupun dia
bersetuju Suraya berubah tapi dia takut kalau nanti Suraya berubah menjadi seseorang
yang dia sudah tidak kenali. Takut kalau gadis polos yang ada di hadapannya ini
hilang dibawa arus perubahan nanti kerana sekerat hatinya telah terikat dengan
gadis polos yang hanya tahu menggangguk dan menurut itu.
“Saya nak bos. Saya nak
berubah. Terima kasih bos.” Keceriaan yang di tunjukkan gadis itu membuatkan
Fiqril melebarkan senyuman paksa. Dia yang hulurkan cadangan sekarang ini dia
sendiri yang takut menerima kesan dari cadangannya.
“Nanti I akan temukan you
dengan dia.” Putus Fiqril sambil berdoa di dalam hati agar ketakutannya itu tidak
akan menjadi kenyataan. Cuba meyakinkan dirinya itu semua untuk kebaikkan gadis
itu. Dan kebaikkan gadis itu adalah untuk kebaikkan dia juga.
6 comments:
Ekekeeekkee.. Sudah jatuh chenta kah fiqril?? Hehehehe..
Chaiyok2 sue!
best..best, sambung lagi yer
bgus suraya da nak berubah...jd kuat sket...jgn penakut sgt..hehe
pendrk j n3 x nie..
sweet ler fiqril..
:)
sudah pasti ..didalam hati Fiqril telah tertulis dan terukir indah nama Suraya...!!!
Post a Comment