My Mr Right 2
Khairia menahan rasa malu jer dengan Airil atau Khairil
yang duduk memandu disebelahnya. Tadi dia juga jual mahal tak nak ditumpangkan
oleh lelaki itu. Tapi memandangkan barisan penunggu teksi yang panjang di hotel
itu, terpaksa juga Khairia menebalkan muka minta ditumpangkan. Malas dia
menanti tanpa urusan di hotel itu, tak produktif.
“Sepupu awak tu ramah.” Khairia terkejut apabila Khairil
tiba-tiba bersuara. Agaknya dah tak ada topik lain agaknya budak ni. Itu yang
terbabit sepupunya.
“Abang Mil memang baik dan ramah. But you should not done
that.” Ujar Khairia sambil menyebut kembali sikap Khairil yang seperti ingin
memerangkap dia.
“ But you yang mula dulukan?” Balas lelaki itu selamba.
Ini macam cari gaduh jer ni.
“You ni. Kat manalah Tengku boleh kutip you jadi pembantu
dia.” Tempelak Khairia tanpa rasa takut. Belum habis dia menempelak, ada lagi
yang dia hendak luahkan tapi telefonnya dulu menyelamatkan keadaan.
Telefon Iphone 4S itu di keluarkan dari begnya. Tertera
nama mak kesayangannya di skrin telefon canggih itu. Pasti gosip tentangnya
sudah sampai ke kampung. Canggih betul zaman ini, tak sampai setengah jam,
gosip dah mampu tersebar luas.
“You never guess what technology have done to our gossip
mossip world.” Omel Khairia sambil jarinya sudah mula slide di kaca kecil itu.
“Assalamuallaikum mak,” Khairia memberi salam pada
pemanggil di hujung sana.
“Waalaikumsalam.” Terdengar bonda tersayang membalas
dihujung talian. Khairia menunggu masa je maknya membuka bicara.
“Hmm tadi kak lin kamu call mak. Katanya ada terjumpa
kamu.” Mukadimah dah dimulakan dah. Kan dah cakap, mesti gosip cepat jer sampai
ke telinga maknya. Sekarangkan gosip di hujung jari.
“Haah jumpa abang Amil sebenarnya tadi. Kata abang Amil,
Kak Lin mengidam nak makan salad. Hebat tau mak, mengidam pun nak hotel lima
bintang tuu... High maintenance anak abang Amil karang. Cancellah mak jadi
calon anak orang.” Seloroh Khairia ceria. Saja mengusik maknya. Kan maknya juga
yang dulu teringin nak menjodohkan dia dengan abang Amil. Tak dan dia, maknya
dah merancang nak menjodohkan cucunya pula.
“Pandai jer kamu. Nak menyindir mak lah tu. Nak bercucu
menantu macam mana kalau kamu tu pun masih main sorok-sorok dengan mak. Tadi
katanya Abang Amil kamu dah jumpa calon kamu tu. Kenapa nak sorok-sorok?” Amboi
maknya, salah sarang ke dia jolok sambil maknya terus menembak.
“Ria takut mak tak setuju. Kang tak pasal-pasal mak jadi
ibu mertuaku kang, Ria juga yang susah hati.” Selamba Khairia menambah
kemarahan maknya.
“Tak ada maknanya Ria. Kamu dah jangan nak sorok menyorok
lagi. Hujung minggu ni bawa calon kamu tu balik kenal dengan kita-kita.” Arahan
maknya membuat Khairia mengerutkan mukanya. Ala, salah time pula nak bermain
ni. Apa dia nak jawab ni.
“Tapi mak...” Bantah Khairia. Niat di hati nak
membetulkan pekara yang sudah tersesat itu.
“Dah tak ada tapi-tapi. Kalau kamu tak bawa dia balik
majlis Siti hujung minggu ni. Mak tak nak lagi bercakap dengan kamu. Kamu
memang tak sayangkan maklah.” Mengugut pula Maknya. Terkelu lidah Khairia
dibuatnya.
“Dahlah, mak malas melayan kamu. Mak nak sambung masak
ni. Assalamuallaikum.” Cepat saja maknya memutuskan talian. Langsung tak beri
pilihan pada dirinya.
“Ala. Masalah... Masalah..” Khairia merunggut sambil
menjawab salam itu perlahan. Sekarang dia tak ada pilihan lain dah.
“You kena temankan I balik kampung hujung minggu ni. Mak
I nak jumpa. Padan muka you, itulah siapa suruh mulut you tu ringan sangat.”
Tanpa bersalah, Khairia memberi arahan pula pada Khairil disebelah tanpa
menoleh pun ke arah lelaki itu. Melepaskan geramnya pada Khairil.
Khairia membuka pintu kereta mewah BMW X5 milik Khairil
itu sebaik kereta itu betul-betul berhenti di hadapan rumahnya. Dia nampak
orang kampung yang berkumpul di rumah Pak Ngah yang bersebelahan dengan
rumahnya itu mula memberi perhatian kepada mereka. Itulah siapa suruh Khairil
degil sangat nak bawa kereta dia juga. Dia ingat ini bandar orang tak kisah.
Ini kawasan kampung, kereta mewah masuk semua akan memandang macam kapal alien
yang berlabuh. Kalau orang kampungnya ini tak kisah dah lama dah Khairia
sendiri ingin membawa Nissan fair lady miliknya ke kampung tak
perlu dia nak mengangkut Swift setiap kali pulang ke mari.
Sedangkan pertama kali dia membawa Swift nya pulang pun
banyak orang kampung menjeling. Apatah lagi melihat BMW Khairil. Lepas ni mesti
teruk kena soal siasat. Lantak kaulah Tengku Khairil. Asalkan dialepas dari
kemarahan mak hari ini. Nanti pandai-pandailah lelaki itu kelentong maknya.
Khairil kan kali kelentong. Macam lelaki itu sembunyikan identiti sebagai anak
Tengku Kamel daripada dia.
Teringat reaksi pertamanya apabila tahu lelaki itu anak
Tengku Kamel daripada Kak Hana yang sibuk memuji kekacakkan anak Tengku Kamel.
Lalu Khairia dengan naifnya bertanya siapa anak Tengku Kamel? Dan bila Kak Hana
menjawab ‘Ala lelaki muda yang meeting sekali dengan Khai tadilah. Tak kan tak
tahu. Tengku Kamel tak kenalkan pada Khai ke anaknya Tengku Khairil yang kacak
itu.’ Jawapan canggih Kak Hana itu menghentak kepalanya.
Laju kakinya melangkah ke arah pintu pejabat ‘Tengku
Khairil.’ Dan apabila dia menyerang Tengku Khairil sebagai tidak
bertanggungjawab kerana tidak memperkenalkan diri pada dirinya. Lelaki itu pula
menuduh dirinya yang terburu-buru membuat sangkaan. Dap tepat ke wajahnya. Memang
salahnya sendiri. Hendak marah lebih-lebih pun tak guna. Itupun nasib baik
Tengku Khairil masih ingin menemaninya hari ini. Pelakon upahan.
“Mak, Ayah kenalkan ini kawan Ria, Tengku Khairil.”
Khairia memperkenalkan Khairil pada orang tuanya yang sudah menunggu di muka
halaman rumah usai menyalami kedua orang tuanya itu.
“Ini mak I, Puan Kalsum yang cantik dan ayah I, Encik
Aman yang sungguh aman.” Khairia memperkenalkan Khairil kepada kedua ibu
bapanya sambil dia sudah berdiri diantara ibu dan abahnya sambil memerluk maja
tubuh kecil ibunya.
“Apa khabar, pak cik? Mak cik?” Pandai juga lelaki itu
beramah mesra dengan kedua orang tuanya.
“Sihat. Marilah masuk dulu. Malam nanti kamu duduk rumah
pakcik kat sebelah tu. Rumah tu memang pakcik buat homestay. Ria, begnya mana?”
Tanya Ayahnya.
“Ria bawa badan jer yah... hihihi.” Balasnya tersengih
panjang. Ayahnya pun macam tak tahu. Bagi dia balik kampung sama macam pergi
pasar jer. Mana ada bawa beg baju. Badan dan beg tangan cukup.
“Kamu memang. Moh kita ke rumah Pak Ngah kamu. Banyak
lagi yang hendak di tolong. Ajak kawan kamu ni sekali.” Ujar Maknya. Dari gaya
maknya macam tak suka jer kat Tengku kita ni.
“Aye.. Aye mak. Rindu mak.” Manja Khairia menurut kata
maknya. Sekilas kucupan kasih diberikan pada pipi maknya. Tanda dia kasih pada
maknya.
“Jom you. Beg tu tinggal jer dalam kereta tu. Mana tau
you nak kena halau nanti. Hahahaha.” Ujar Khairia dengan gelak jahatnya.
Meninggalkan Tengku Khairil menggeleng kepala dengan
gelagat nakal gadis itu. Hanya gelak kecil tercetus di bibir Tengku Khairil
apabila ayah Khairia meminta maaf dengan ketelanjuran kata anaknya. Mana tak
tergelak kalau ayah Khairia melabelkan anak nya perangai setengah tiang. Memang
setengah tiang pun.
10 comments:
Pandai Tengku Kamel cari calon menantu...hahahahhahahahhha...Mmmg masak si Khairia ni nanti...Oh ye Iman..Dah Jodoh mmg best...Lawak sungguh...
haha khairia dapat lebel setengah tiang,memang lawak n brutal jer keletah khiria ne hehe.u kena lak banyak bekal didada khairil,baru leh slow kan cikit awek cam khiria...
hahahahaahah... kelakar la khairia nie
NAK LAGI BOLEH...KLINIK HATI X UPDATE PUN RINDU LE TQ.
Salam kak. Minggu marek kmk ada bankin utk Dah Jodoh.. Kmk pun ada email dgn kitak...
citer yg mencuit hati.. tak sangka Airil tu anak T.Kamel .. Tak sangka pulak mamat tu boleh dibiarkan saja kena beli kaw kaw oleh minah setengah tiang tu kan..!!!
Apa pula pandangan Airil pada Minah ni..yg disangka garang giler bak singa betina dan penuh karisma ni..dan bila dia berdepan dengan famili Khairia lain pula sisi watak yg dilihatnya..Mengenali gadis ini hidupnya seperti bermain dengan buih sabun..mengasyikkan..
best gila... smbng lgi.
Adela.. tolong akak email balik detail... pergi email kmk : imanhazana@gmail.com .. akak cda terima email ktklah...
hehehe....parah kalau mereng setengah tiang...camna Tengku Khairil leh jadi pak turut aje...memang dia dah suka le ni...tak sabar for the next n3...terima kasih iman
hahahaha.... lawak lah si ria ni.... sepadan je dgn khairil yg cool...
Post a Comment