Monday, November 17, 2008

Jodoh atau cinta 1

Iman Umairah menatap sepi inai di jarinya. Dia akan di nikahkan sebentar lagi. Ini adalah syarat atuk menghantarnya menyambung pelajaran di luar negeri. Dia boleh menyambung belajar dengan syarat sebelum berangkat dia perlu menikah dengan Adam Danish, cucu lelaki tunggal Tuan Haji Aman, atuk angkatnya. Hari ini sepatutnya hari yang paling bahagia untuk dirinya sebagai seorang gadis. Namun tiada sedetik pun rasa itu hadir dalam dirinya. Apatah lagi dia tahu hadirnya tak akan di terima oleh keluarga mentua dan bakal suaminya sendiri. Dia bukan pekak. Dia sendiri terdengar ‘perbincangan’ antara anak beranak itu seminggu lepas. Nasib baik dia balik bermain tennis agak awal dari biasa dan dia terdengar perkhawinannya di bincangkan di dalam bilik bacaan ketika itu.

“ Abah tak kira Arif, abah hendak Danish kahwin dengan Iman sebelum Iman ke Liverpool seminggu lagi. Abah hendak kamu uruskan segalanya.” Terdengar suara atuk bergema tinggi.
“Abah, kenapa Iman? Dia tak layak menjadi menantu keluarga kita. Danish tak akan terima dan saya pun tak mungkin terima. Keluarga kita ada kedudukkan nanti apa pula kata orang. Kalaupun abah nak balas budi mak bapak budak Iman tu, dah terbalas abah. Selama beberapa tahun ini abah yang jaga dia. Bagi makan, bari sekolah. Apa lagi tak cukup kat budak tu. Dasar perempuan pengikis. Abah tak sedar lagi ke?” Iman kenal suara itu. Itu suara anak tunggal atuk yang bergelar Dato Arif kini. ‘Perempuan pengikis’ itu dia.
Betul kata Dato Arif, sejak lima tahun akhir ini Iman yang sebenarnya banyak makan budi Tuan Haji Aman. Tuan Haji Aman yang mengambil dia menjadi cucu angkat setelah ibunya meninggal dunia. Ibunya ketika itu pembantu peribadi Tuan Haji Aman. Ibunya meninggal dalam kemalangan jalan raya ketika balik dari menggantikan tempat Tuan Haji Aman di sebuah majlis amal. Katika itu dia di rumah berlajar dengan Tuan Haji Aman. Seingat Iman, sejak dari mula ibunya berkerja dengan Tuan Haji Aman. Tuan Haji Aman sentiasa melayan mereka seperti keluarga sendiri. Dia sendiri di anggap seperti cucu kandung Tuan Haji Aman. Selama ini Tuan Haji Aman yang membayai segala pembelanjaannya sehingga dia mendapat tawaran ke universiti beberapa minggu lepas.
“Kamu diam Arif. Kalau kamu tak tahu jangan bercakap. Kamu tak tahu berapa banyak budi datuk Iman itu pada kita. Ketika abah dan arwah umi kamu dulu susah, nak makan pun tak ada. Itu datuk si Iman itu beri kami tempat berteduh, tempat bergantung. Syarikat abah yang buat kau dapat title datuk tu, dari duit siapa kalau tak duit datuk dan nenek Iman yang bagi modal. Bertapa mereka percayakan abah dan umi kamu. Sampai sekarang duit modal tu tak berbayar lagi. Abah dan umi memang terhutang budi sangat dengan keluarga Iman tu.
Cuma sayang masa hidup datuk, nenek bahkan ibu Iman tu singkat sampai abah tak sempat balas budi mereka. Malah abah hancurkan hidup satu-satunya anak mereka Khadijah ibu si Iman tu. Kalau abah tak berkeras nak kahwinkan dia dengan Farid dulu. Tak mungkin hidup Iman tu jadi anak yatim piatu sebelum masanya. Farid tu memang tak berguna. Sebab itu abah nak Iman kahwin dengan Danish supaya nanti tak dapat si Farid tu nak tuntut apa-apa dari Iman. Lagipun Farid sendiri dah setuju.” Agak keras suara Tuan Haji Aman ketika itu. Iman dapat merasakan kemarahan yang membara dari atuknya.
“ Abah itu kisah lama. Lagipun bukan saya tak tahu abah ugut si Farid supaya setuju dengan perkahwinan ini. Walau apa pun terjadi saya tak akan setuju abah. Danish sendiri sudah ada pilihan hati, Maya anak kak long Hajar ni. Budaknya baik dan up to date. Sesuai dengan imej keluarga kita” Dato Arif juga semakin tegas.
“Maya anak si Timah tu. Budak yang tak cukup kain, tak cukup adab tu baik kata kamu. Kalau kamu tak hendak tak apa Arif. Abah cuma nak bagi kata dua. Kamu bermenantukan si Iman, abah akan warisi segala hak syarikat itu pada Danish sebagai hadiah perkahwinan. Kalau kamu nak si Maya tu, kamu dan keluarga kamu jangan harap satu sen pun dari abah. Macam mana? Abah bagi kamu tiga hari untuk berfikir. Ingat Arif bila abah kata gadis itu terbaik untuk menantu keluarga ini dan isteri Danish bererti gadis itu terbaik. Tengok kamu Arrisya, dulu kamu menentang habis-habisan Johan tu jadi menantu kamu. Sampai tak nak jadi wali. Ini orang tua ini jadi wali. Abah kamu ini jadi wali. Sekarang bertapa bahagia mereka berdua. Kamu sakit dulu, siapa yang menjaga kamu kalau tak Johan, menantu bukan dalam senarai kamu tu. Kamu fakirlah tawaran abah tu. Iman atau Maya?” Bertapa tergurisnya hati Iman ketika mendengar lamaran ke atasnya suatu lamaran ugutan. Dirinya ‘di jual’ denga nilai jutaan ringgit harta Tuah Haji Aman. Dapat harta dapat dirinya. Bergitu menyusahkan dirinya ini. Sehingga atuk terpaksa membayar jutaan ringgit supaya dia di ‘angkat’ menjadi isteri orang.

No comments: