Powered by Blogger.
RSS
Container Icon

Jodoh atau cinta episode 2

Tepat agakkannya tiga hari kemudian dia di pinang oleh Datin Hajar dengan wajah yang agak kelat. Siapa gembira dapat menantu bukan pilihan. Iman ingin menolak sebenarnya namun dia tak sampai hati melihat wajah gembira atuknya. Di dalam waktu yang singkat itu Iman berharap Danish datang memutuskan pertunangan. Berharap sangat. Harapan tingal harapan. Buktinya hari ini muncul juga.
“Huuh….” Keluhan terdengar lagi di bibir manis Iman. Wajahnya nampak lain hari ini dengan solekkan nipis. Cantik solekkannya namun tak mampu menyembunyikan wajah agak sedih itu.
“Kenapa mengeluh ni Iman? Orang nak kahwin gembira tapi dia mengeluh pulak. Iman… Iman dengar tak kak Risya panggil ni?” Arrisya memanggil Iman sekali lagi. Iman memandang bakal kakak iparnya itu. Iman tahu selain atuk, hanya Kak Rissya dan Abang Johan yang gembira dengan perkahwinan ini. Arrisya sendiri berhempas pulas menolongnya membuat persiapan walaupun wanita itu sedang menanti hari untuk melahirkan.
“Tak ada apa-apa lah kak. Cuma tak sangka Iman akan kahwin di usia baru dua puluh tahun. Muda kan kak.” Iman cuba tersenyum menyembunyikan rasa di hatinya.
“Muda memang muda tapi dah jodoh Iman. Lagipun Iman, akak gembira sangat Iman jadi adik ipar akak. Iman tahu tak sejak kali pertama akak tengok Iman. Akak dah berdoa Iman jadi adik ipar akak. Tenyata doa akak termakbul juga kan.” Arrisya sengaja menceriakan suasana. Dia tahu Iman seakan-akan ragu akan keputusannya. Biasalah gementar untuk menjadi isteri orang katakan.
Belum sempat Iman membuka mulut. Kedengaran bunyi ketukan di pintu. Kemudian muncul seorang pemuda yang tampan memakai baju sedondon dengan Iman. Danish… Hai takkan dah habis majlis akad. Dia belum di panggil ke hadapan lagi untuk tanda tangan.
“Can we talk in private?” Danish mengutarakan soalan tanpa di ketahui untuk siapa soalan itu.
“Okay. Jom.” Arrisya segera menjawab seolah-olah soalan itu pasti untuknya. Malah dia sudah ingin bangkit.
“ Not you Sis. I mean her.” Danish segera memotong. Dia menunjuk ke arah Iman. Arrisya membutang mata. Mana boleh pengantin lelaki menemui pengantin perempuan sedangkan berberapa minit lagi mereka akan di nikahkan.
“Mana boleh. Tunggulah selepas nikah dulu.” Bangkang Arrisya pada adiknya itu. Danish ini ada-ada aje.
“Tak ape, kak Risya. I will be okay. Jom kita ke balkoni.” Iman segera bangkit menuju ke balkoni biliknya. Di ikuti oleh Danish. Arrisya sudah tak mampu menghalang.
Danish menutup pintu susur yang memisahkan balkoni itu dengan ruangan bilik Iman. Sekarang balkoni itu hanya milik mereka. Danish menyerahkan sebuah sampul surat di tangan Iman dan Iman terus membuka dan membacanya. Sepertinya surat perjanjian. Sudah berstem. Nampak sangat Danish nekad. Iman membaca satu persatu syarat dalam surat itu. Ada empat kesemuanya.
Pertama perkahwinan ini adalah atas kehendak keluarga dan Iman tidak berhak ke atas harta Danish walau sesen pun. Kedua, masing-masing tidak berhak mencampuri urusan peribadi diri pasangannya. Ketiga, Danish membenarkan Iman bebas melakukan apa sahaja yang dia inginkan tanpa perlu memberitahu kepada Danish dahulu dan bergitu juga Danish bebas melakukan apa saja tanpa sebarang rasa terikat. Keempat, mereka hanya akan berpisah apabila Danish melafaskan talak, atas erti kata lain Iman tidak berhak meminta cerai.
Tanpa ragu dan bertanya, Iman terus menurunkan tandatangan. Bertapa dia rasa terhina dengan surat itu. Hina sangat kah dia sehingga di perlakukan sebergini rupa. Hatinya telah hancur. Dia menandatangan surat perceraian sebelum bernikah. Hebatkan dirinya. Siapa sangka?
“Kau betul-betul ingin kahwin dengan aku. Sampai sanggup bersusah sebegini rupa. Tentu engkau tak ingin lepaskan aku. Takut kau tak kahwin-kahwin nanti. Tengok lah perempuan macam kau ni siapa yang nak. Perempuan kampung.” Danish rasa tercabar melihat ketenangan Iman menurunkan tandatangan. Ingatnya. Iman akan menangis merayu padanya. Rupanya tidak.
Iman tak bersuara mendengar kata-kata itu. Dia memasukkan semula surat tadi berserta pen ke dalam sampul surat lalu di hulurkan kepada Danish. Dia mendongak. Matanya tegas menikam mata Danish sehingga Danish terpaku. Terpukau dengan anak mata Iman.
Semalam sewaktu dia datang ke sini mengambil baju nikahnya atas paksaan mama, dia terserempak dengan Iman yang duduk membaca novel namun dia buat tak tahu aje. Iman itu di lihatnya suci dari sebarang alat solek, hanya memakai T-shirt putih dan seluar track sambil wajahnya di hias dengan cermin mata berbingkai tebal. Betul-betul macam ‘nerd’. Tetapi Iman di hadapannya. Iman yang cantik tanpa cermin mata. Manis dengan solekan nipis namun tercemar dek kerana bibirnya tersenyum hambar. Mata itu. Mata Iman yang menikam anak matanya seolah menceritakan satu kisah paling sedih dan perit dalam hidup Iman.
“Sejak hari Datin Hajar membawa cincin ke sini, saya berharap sangat awak datang memutuskan perhubungan ini. Malah saya berdoa agar ikatan suci ini terputus sebelum saya sempat membinanya. Bila awak datang semalam harapan saya berbunga tapi hampa. Saya tetap perlu bernikah dengan awak hari ini. Jika sekarang awak nak saya putuskan hubungan ini saya tak mampu. Malu semuanya nanti. Saya minta maaf. Percayalah tak terlintas di hati saya mengahwini awak. Kerana itu saya sanggup menandatangan surat cerai saya sebelum saya menjadi isteri awak. Bukan kerana saya ingin jadi isteri awak. ” Iman ingin semuanya berlalu. Baik dia lafazkan sebelum dia terikat dengan Danish nanti. Merah wajah Danish menahan malu dengan kata-kata Iman yang bagai satu hinaan. Iman hanya sempat melangkah setapak sebelum tangannya di rentap kasar oleh Danish.
“Kalau kau tak nak perkahwinan ini. Kenapa tak kau sendiri batalkan?” Danish menggenggam kasar lengan Iman.
“Saya hanya menumpang. Budi atuk awak pada saya tak terbalas. Hidup saya ini di milik keluarga awak. Apa hak saya membantah? Saya bukan awak yang bebas mencatur hidup sendiri. Kaki saya terikat sebelum saya bisa berjalan. Tangan saya di potong sebelum saya boleh menggapai. Saya tak bertuah seperti awak. Hidup saya bukan milik saya. Sejak saya melangkah ke rumah ini, hidup saya milik keluarga awak dan selepas majlis ini, hidup saya akan jadi milik keluarga awak untuk selamanya. Saya ni badut yang menangis. Tengoklah sekarang awak dah pun belajar menyakiti saya sebelum saya belajar mempertahankan diri saya. If you don’t mind please and please let my hand free.” Iman melirik matanya ke arah lengannya. Danish melepaskan lengan itu pergi.
“Thanks and Allah blesses you. I will always pray for it.” Iman kali ini bebas melangkah tanpa halangan lagi. Danish terkaku. Dia mendapat jawapan kesedihan mata itu. Seketika dia memahami kenapa pedihnya mata itu bercerita tadi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: