Powered by Blogger.
RSS
Container Icon

Jodoh atau cinta episode 3

“Aku terima nikahnya Iman Umairah Binti Tengku Mohammad Farid dengan mas kahwin dua puluh dua ringgit. Tunai.” Dengan kali kedua lafaz, Iman tahu kini dia menjadi milik lelaki bernama Danish Aiman Dato Arif. Hatinya menjerit tidak rela. Dia benar-benar tidak rela. Iman menunduk. Setitis air mata jatuh di pipinya. Bukan airmata gembira namun airmata itu melambangkan bertapa deritanya dia. Iman benar-benar berharap keputusannya ini tepat walaupun sepenuh hati dia meraguinya. Iman melihat papanya yang menjadi wali. Setelah enam belas tahun kini baru dia berjumpa kembali dengan papanya. Tengku Mohammad Farid adalah papanya tapi tiada siapa yang tahu hal ini kerana sejak dulu lagi papanya telah membuang dirinya dan abangnya hidup papanya. Pasti papa gembira. Selepas ini terputus langsunglah diri Tengku Mohammad Farid dengan dirinya.
‘Abang tolong Iman abang’ hati Iman menjerit lagi. Mungkin kah abangnya yang berada nun jauh beribu batu boleh mendengar luahan hatinya?
Danish melihat airmata itu jatuh di pipi Iman. Hatinya tersentuh melihat air mata itu. Walau seribu orang menyatakan airmata itu airmata gembira namun Danish tahu Iman ber’kabung’ kerana pernikahan ini. Danish mengetahuinya cuma dia ego mengakui. Tak sangka dia yang menjadi rebutan ramai gadis di luar namun langsung tak mampu menarik perhatian gadis yang sudah bergelar isterinya. entah kenapa hati Danish berdebar-debar tak boleh di tahan.
Danish mendekati Iman. Dia mengangkat jari-jemari Iman lalu menyarung cincin di jari manis Iman. Tangan Iman terasa sejuk dan menggeletar ketika menyalam tangannya. Terbit rasa kasihan di hati Danish. Perlahan-lahan Danish mengangkat wajah Iman. Menyapu lembut airmata itu dan mencium dahi Iman. Hanya itu yang mampu dia lakukan untuk Iman. Menjaga maruah Iman di mata tetamu.
“Taniah Iman. Kak Risya gembira sangat. Aduh…” Arrisya mencium kedua belah pipi Iman tadi lantas memegang perutnya. Sudah sampai waktu agaknya.
“Kak Risya kenapa ni? Dah sampai waktu ke?” Iman menjadi panik melihat wajah Arrisya yang memegang perutnya.
“Sakitnya Iman. Abang…” Arrisya memanggil suaminya. Johan yang terkejut mendengar jeritan Arrisya menghampiri isterinya. Tergesa-gesa Johan menghampiri Arrisya.
“Kenapa sayang? Dah masa ke?” Tanya Johan bodoh.
“Sakit abang.” Rengek Arrisya manja. Johan pantas memaut tubuh isterinya. Dia sendiri agak panik. Tak tahu nak buat apa?
“ Abang Johan. Kita bawa Kak Risya ke hospital. Dah nak bersalin agaknya ni.” Tak perduli akan majlisnya itu. Iman menolong Johan memapah Arrisya ke kereta. Kunci kereta sudah di tangannya.
“Awak nak pergi mana ni? Kan majlis kita ni?” Danish cuba menghalang Iman. Sebelah tangannya menahan dari Iman membuka pintu kereta.
“Nak hantar kak Risya. Perdulikan majlis ni. Nyawa orang lagi penting. Nyawa akak dan anak saudara saya lagi penting.” Suara Iman tegas. Matanya menyala memandang mata Danish cuba melawan.
“Bagi kat saya kunci tu. Duduk kat sebelah.” Danish merampas kunci di tangan Iman. Dia masuk dan menghidupkan enjin. Iman pantas mengambil tempat duduk di sisi Danish.
“Kak Risya sabar ye.” Iman nampak sangat cemas. Lebih cemas dari Danish adik Arrisya sendiri.
Danish memerhati Iman yang duduk di sebelahnya. Sesekali kelihatan gadis itu memandang ke berlakang dengan wajah yang cukup risau. Nampak benar Iman lebih risau dari dirinya yang berkongsi rahim ibu dengan Arrisya. Malah mama dan papanya tadi nampak tak kisah pun tentang kakaknya itu. Baiknya budak ni. Detik hati Danish.

Arrisya di bawa masuk ke bilik bersalin sebaik sampai di hospital ini sejak lebih dua jam yang lalu. Iman dan Danish sabar menenti di luar. Johan menemani isterinya di dalam bilik bersalin yang masih tertutup rapat itu. Jam sudah menjangkau hampir pukul satu petang. Walau sudah berjam mereka di sini namun tak seorang pun ahli keluarga yang lain ada datang menjenguk. Pasti mereka sibuk melayan tetamu yang datang sedangkan pengantinnya tiada. Ahhhh… peduli apa. Mereka lagi suka macam ni. Jauh dari semua orang. Jauh dari kepura-puraan.
“Saya lapar lah. Nak beli makanan sekejap. Awak nak apa?” Danish memecah kesunyian. Bingung sepi terus bersama Iman. Mendengar pertanyaan itu Iman pantas berpaling ke arah Danish.
“ Tak apa. Saya tak lapar lagi. Awak pergilah makan.” Iman menjawab lembut dengan sebaris senyuman di bibirnya. Manis senyuman yang ikhlas itu di mata Danish.
“Suka hati awak lah.” Danish bergerak pergi. Bibirnya melepas keluahan kecil. Entah kenapa hatinya berdebar sejak melihat air mata Iman di majlis mereka tadi.
Terus terang hampir sahaja dia ingin membatalkan majlis akadnya. Masih ter niang di telinganya. Kata-kata Iman…’Hidup saya bukan milik saya. Sejak saya melangkah ke rumah ini, hidup saya milik keluarga awak dan selepas majlis ini, hidup saya akan jadi milik keluarga awak untuk selamanya. Saya ni badut yang menangis’
Badut yang menangis… Benar kerana itu tangisan Iman mengusik hati Danish. Dia tahu Iman benar. Kuasa di tangannya bukan di tangan Iman. Berderu rasa bersalah di hatinya. Sudahlah gadis itu di paksa datuknya, dan dia menambah derita di hati gadis itu dengan kata-kata dan surat yang tak masuk akal. Kalau di fikir dua kali, malu besar Danish. Nampak sangat dia perasan bagus dengan memberi surat itu tadi.
Danish masuk ke cafeteria tersebut. Banyak mata memandangnya. Ah… pasti mereka hairan melihatnya berpakaian persis pengantin. Memang dia pengantin pun... Jangan mereka fikir aku ni kahwin kat hospital sudah. bisik hati Danish.
Danish menjamu mata melihat makanan yang terhidang di cafĂ© hospital itu. Namun tak satu pun menarik perhatiannya. Lantas dia mengambil sebiji sandwish untuknya. Entah kenapa, tangannya mengambil lagi sebiji sandwish untuk Iman. Mulai sekarang dia kena membeli dua bagi setiap barang. Dia sudah ada tanggungjawab. ‘Tanggungjawab? Perlu ke dia melaksanakan tanggungjawab yang bukan dia pinta ni? Bukannya dia suka pun. Alah tanggungjawab tetap tanggungjawab. Dia perlu melaksanakannya.’ Nyata sekali Danish ingin meyakinkan dirinya. Nyata sekali Danish ingin mencari alasan untuk terus dekat dengan Iman. Nyata sekali Danish ingin menebus kesalahannya.Langkah Danish terhenti melihat pasangan di hadapannya. Niatnya nak mengalas perut dengan sandwish bersama Iman terbantut. Kelihatan wajah Iman yang tunduk seolah kesedihan dan seorang pemuda yang memakai kot doktor merenung ke arah Iman. Entah apa yang di bualkan. Danish sendiri tak dapat mendengarnya. Cuma yang jelas doktor muda itu memandang sayu jari Iman yang tersalut inai dan tersarung cincin. Dari padangan mata itu. Hati Danish tertanya siapakah si pemuda itu? Apa hubungan mereka? Kenapa pandangan sayu itu seolah menceritakan satu kisah percintaan yang tak kesampaian? Ah... Danish tiada jawapannya. Untuk di tanya pada Iman? Tak mungkin. Danish melangkah pergi. Bungkusan sandwish untuk dirinya dan Iman tadi sudah menjadi habuan tong sampah. Tiba-tiba dia terasa kenyang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

MLady said...

nape kat cni xde epi 4? kat penulisan2u dah smpai epi 4.. saye suke karya awk.. best. tp pendek sgt..

Nomie Aziz said...

kita orang kat sini, tertunggu update novel u..chaiyok dear!

nana_yoong said...

bestnyer..tp kan...xke die terlalu muda utk bercinta ngan seorg doctor..hehehhe..ape2 pun..smbg cepat ye.

Anonymous said...

knape kt episod 1 nm adam danish
episod 3 danish aiman lak?