Sunday, January 11, 2009

Jodoh atau Cinta 4

JEHAN DANIAL Bin Mohd Johan, bayi yang di lahirkan di hari pernikahannya. Sekali lagi Iman memerhati wajah merah Jehan di screen laptopnya. Sayang dia hanya sempat beberapa jam bersama ahli baru itu sebelum bergegas ke airport mengambil penerbangan ke London, kemudian dia akan ke Liverpool untuk menyambung pelajarannya. Sekilas dia menoleh ke arah Danish di sebelah. Dia tak menyangka akan bersama dengan Danish di dalam penerbangan ini.
Baru tadi dia tahu Danish masih menuntut di tahun akhir di London University dan Danish kembali ke Malaysia hanya kerana penikahan mereka. Dia juga bersimpati pada Danish. Danish menjadi mangsa percaturan keluarga sepertinya juga. Rasa bersalah atas kata-kata yang di luahnya sebelum ini. Jadi dia tidak menyalahkan Danish, atas segala ketalunjuran Danish tadi. Iman tahu segalanya hanya satu salah faham.
Kesejukan di dalam kapal terbang ini membuat Iman terasa ingin ke tandas. Perlahan-lahan dia bangkit meninggalkan Danish yang sedari tadi mendengar mp4 di telinganya. Tanpa pamitan dia berlalu pergi. Dia tak ingin menganggu Danish yang khusyuk mendengar lagu itu tanpa memperdulikan dirinya. Entah kenapa sejak di hospital tadi Danish langsung tak ingin berbicara dengannya. Setiap patah yang keluar dari mulutnya di biarkan sepi.
Danish melihat dari ekor matanya Iman bangun dari tempat duduknya. Dia mengeluarkan semula buku dairi yang berkulit tebal itu. Buku yang secara senyap di ambil dari dalam beg baju Iman tadi sebelum mereka bergerak ke lapangan terbang. Ketika itu niatnya nak berbual dengan Iman namun dia ternampak buku yang tampak menarik ini di dalam bagasi baju yang terbuka. Danish menyambung kembali bacaannya. Sesekali terbakar hatinya. setiap coretan didalam terselit nama-nama yang menggetarkan hatinya. Setiap kisah gadis itu tercatit dalam tinta yang indah di dalam buku ini. Dan dasarnya barulah dia tersedar yang dia mengahwini kekasih orang. Kejamnya datuk memaksa gadis itu mengahwininya hanya kerana datuk tak ingin melihat gadis itu terpisah jauh dari keluarga ini walau datuk tahu Iman sudah menjalin ikatan dengan pemuda lain. Pemuda yang cukup di pujanya. Pemuda yang sudah menghantar orang tua untuk melamarnya. Sekali lagi tinta itu di baca.

Maafkan iman, abang. Iman tak berdaya. Hidup ini milik mereka.
Bukan Iman mahukan semua ini. Harta berjuta tak mungkin boleh
membeli Iman tetapi budi yang di hulur itu tak mungkin Iman
lupakan. Iman doakan abang bahagia dan sentiasa berjaya.

SIAPA LELAKI INI? Hati Danish tertanya-tanya. Hati Danish juga terselit cemburu. Mengakui, lelaki itu bertuah mendapat gadis setulus Iman. Iman di lihat lembut dan tulus di matanya. Fikirannya terbayang wajah doktor muda yang nampak kekok berbual dengan Iman di hospital nanti. Namun melihat pandangan sayu sang doktor menjeling pada jari jemari iman yang indah berinai cantik, hati Danish terdetik sesuatu. Ketika itu dia hanya tertanya-tanya namun kini dia pasti bahawa dia telah berkahwin dengan kekasih orang.
“Adik tak apa-apa?” Suara Iman membuat Danish menoleh. Kelihatan Iman melutut memujuk seorang kanak-kanak perempuan. Danish tersenyum. Sejuk hatinya melihat sikap keibuan Iman. Dia sedar Iman memang gemarkan kanak-kanak. Iman kelihatan tidak kekok mendukung Jehan yang baru lahir beberapa jam. Malah Iman kelihatan berseri mendukung bayi yang kecil itu.
Menyedari Iman akan kembali ke tempat duduk di sebelahnya sebentar lagi, Danish cepat menyumbat buku di tangannya ke dalam beg. Sengaja berlagak senyap tak berperasaan.
Iman kembali ke tempatnya. Dia melemparkan senyuman ikhlas pada Danish namun senyuman ikhlasnya di pandang sepi tak berbalas. Iman sedikit pun tak terasa. Baginya dia tak larat melayan karenah prejudis orang kaya.

“DANISH!!” Sebaik keluar dari balai ketibaan. Terdengar nama Danish di laungkan seseorang. Saat itu kelihatan seorang gadis berjalan menuju ke arah mereka. Tanpa malu dan segan gadis itu terus memerluk Danish dan menyaukkan tangannya ke lengan Danish.
“ Ohh.. You must be Iman. I Maya, kekasih Danish. Walau you dah kahwin dengan Danish tapi jangan harap Danish akan jadi milik perempuan perampas macam you. Kan sayang?” Danish haya senyap melihat kegedikkan kekasihnya itu.
“Jom Maya kita balik.” Tanpa pamitan Danish menarik Maya, meninggalkan Iman sendirian di tempat asing itu. Iman dari saat ini terpaksa berdiri sendiri. Mencaturkan hidupnya sendiri di bumi asing itu.
Sakitnya hati… Iman tak mampu meluahkan rasa di hati. Sudahlah berjam di dalam penerbangan langsung tak nak bercakap dengan kita. Lepas tu sekarang senang senang nak pergi dengan perempuan lain. Dia ingat kita ni siapa entah? Alah tak hairan pun lah. Pergilah dengan si dia tu. Kata-kata itu hanya untuk diri sendiri je lah. Iman pantas mengeluarkan buku kecil dari beg galasnya. Dia menghampiri telefon awam yang tersedia berhampiran. Lantas menelefon seseorang.

Farhan meninjau sambil melilau matanya mencari keadaan sekeliling. Apa yang pasti dia mencari seseorang. seseorang yang amat di rinduinya. Seseorang amat di kasihinya. Seseorang yang buatnya rasa gembira hanya dengan satu panggilan telefon tadi.
”Abang Farhan.” Mendengar namanya di sebut, farhan berpaling. Kelihatan gadis yang di tunggunya. Iman Umairah.
”Iman.” Farhan pantas menghampiri Iman lalu memerluk gadis itu. Dia terlalu rindukan Iman, satu-satunya saudara kandungnya. Selepas kematian ibu mereka Farhan mengikut Aunt Sue, kawan baik ibu ke negara asing ini. Di sini dia bersekolah dan di sini juga sekarang dia menuntut. Bukan tak teringin balik menjenguk adiknya cuma keadaan tak mengizinkannya.
”Apalah abang nie. Malu lah adik.” Iman menumbuk lembut bahu abangya. Pantas tangan Iman di tangkap. Jari yang berinai dan tersarung cincin itu di tenung lembut. Adiknya sudah jadi milik orang.
“Adik betul-betul kahwin ye? Abang ingatkan adik main-main je.” Syahdu suara Farhan. Iman tahu abangnya sedih tak dapat menghadiri majlis pernikahannya. Bukan salah abangnya sudah itu suratan takdirnya. Kalau abangnya datang nanti tak ke kecoh tambahan lagi ada papanya. Mahu WWE jadi di majlis pernikahannya. Bukan dia tak tahu kedua-duanya tak boleh berjumpa.
“Itu lah abang. Adik cakap betul, abang tak percaya. Kalau adik tipu, fuhh bukan main percaya lagi. Sekarang ada percaya kah?” Tanya Iman dalam nada lucu. Seboleh mungkin dia tak mahu abangnya tahu kisah di sebail perkahwinannya.
“Hehehe. Jom adik. Mama Sue dah tunggu.” Farhan mengajak adiknya. Segera mengambil semua harta adiknya. Di hati Iman bersorak gembira. Bestnya… mula hari ini dia bebas…Bebas sebebasnya… Hahaha… terima kasih Danish atas syarat awak yang ketiga. Padan muka awak… hehehe silap orang la awak nak buli Danish. Saya lagi suka sebenarnya syarat-syarat awak tu…

Iman baru selesai kuliah. Kepenatan membawanya berehat seketika di sofa empuk. Pejam celik, sudah hamper setahun dia berada di bumi asing ini. Dia bahagia sekarang. Saban waktunya terisi dengan kasih sayang dari mama Sue dan abangnya. Kehidupannya lengkap. DANISH….hahahaha lelaki itu dia sudah lupakan sama sekali. Well buat apa nak ingat? Buat sakit otak je. Tapi benarkah bergitu? Kenapa dia masih setia pada suaminya? Kenapa dia masih ingat sepotong nama DANISH AIMAN? Hanya hatinya boleh menjawab sejujurnya…
Namun diakui lebih baik mereka begini. Danish dengan dunianya di London dan dia dengan hidupnya di Liverpool. Asalkan atuk tak tahu sudah. Entah berapa lama dia mengenangkan hidupnya akhirnya Iman ketiduran di sofa. Kalau tidak kerana telefon berbunyi minta di angkat mungkin Iman tak akan tersedar. Dengan mamai, Iman mengangkat telefon.
“Hello.” Suara Iman sedikit serak.
“ Assalamualaikum Iman. Pak Mat ni. Iman sabar ya. Pak Mat nak bagi tahu yang Tuan Haji Aman kemalangan. Atuk Iman dah tak ada.” Suara Pak Mat tersekat-sekat menyampaikan berita. Iman terasa ingin pengsan. Dadanya bagai hendak pecah.
“Pak Mat janganlah bergurau dengan Iman.” Kolam air mata Iman sudah pecah. Nafas Iman mula tersekat-sekat
“ Iman sabar ya nak.” Kata-kata itu bagai meragut separuh dari hidup Iman. Baru dua tahun dia di bumi asing ini. Rasanya baru semalam dia meninggalkan Tuan Haji Aman. Sekarang dia di tinggalkan.
“ Pak Mat. Iman akan balik sekarang.” Tanpa menunggu dengan kelam-kabut Iman mengemas diri dan bergerak ke lapangan terbang. Air matanya menitis sepanjang jalan. Penerbangan berjam itu belum mampu menenangkan hati Iman.
“Iman.” Terdengar suara Pak Mat memanggil Iman. Iman segera ke arah Pak Mat. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah tempat pemandu.
“Apa terjadi sebenarnya Pak Mat?” Iman Tak sabar-sabar bertanya.
“Hari selasa lepas. Tuan Haji, Dato dan Encik Johan keluar. Kami pun tak tahu mereka keluar ke mana cuma mereka nampak kalut sikit. Entah apa yang jadi, Pak Mat pun tak tahu. Kami tahu bila dok polis telefon bagitahu yang mereka kemalangan.” Pak Mat seakan berat nak memberitahu apa yang berlaku. Macam masih ada yang di rahsiakan.
“Dato dan abang Johan macam mana?” Iman tak sabar ingin tahu. Kalau sudah menyebabkan kematian tak mustahil keadaan kemalangan itu teruk.
“Dato masih dalam ICU dan Encik Johan baru sahaja pergi pagi tadi. Doktor dah tak boleh tolong encik Johan katanya kecederaan teruk kat kepala. Kat rumah sekarang memang ribut Iman. Encik Danish pula tak balik lagi.” Pak Mat sepertinya mengharap kepulangan Iman akan meredakan sedikit keadaan. Iman pula tahu di harus kuat dari sekarang kerana dia yang akan jadi tunggak keluarga untuk seketika ini.
‘Ya Allah kuatkan semangat ku.’ Hanya itu doa Iman sekarang. Dia tahu dalam masa sekarang dia perlu kuat dan menjadi tunggak kepada hidup keluarga ini. Perlu memberi semangat kepada Arrisya.

Danish melihat dari jauh kegigihan Iman menjadi tunggak keluarganya. Sudah hapir sebulan dia pulang ke Malaysia sebenarnya. Sejak dia tahu berita kemalangan itu lagi. Dari jauh dia memerhatikan semuanya. Setiap hari dia ke kubur atuk dan abang iparnya. Kepulangannya memang tanpa pengetahuan sesiapa. Danish belum ada kekuatan bersama dengan keluarganya saat ini. Sungguh dia memang tak mampu melihat air mata ibu dan kakaknya gugur saban hari.
Sedih… Melihat dari jauh sahaja hatinya sudah terluka dalam apatah lagi berada disisi mereka. Baru dia sedar yang dia memang lelaki pengecut. Mendengar masalah pada keluarganya sahaja sudah membuat Danish tak cukup kuat berhadapan dengan mama dan kakaknya. Dia sendiri mengambil masa yang agak lama untuk baik dari kejutan itu. Saat ini dia bersyukur mempunyai gadis segigih dan setabah Iman di dalam keluarganya. Setiap gerak geri gadis itu di perhatikan tanpa jemu. Tak sedar hatinya berbisik kasih pada si gadis. Semalam dia berikrar di hadapan nisan atuknya yang dia tak akan lepaskan Iman dan akan cuba mengenali Iman. Danish juga berdoa pada satu saat hatinya dan hati Iman akan terbuka.

Iman cuba memejam matanya. Setitik air mata jatuh ke pipinya. Sedih hatinya. Sakit menanggung beban seorang diri. Danish.... entah di mana? Iman berasa bertanggungjawab kepada keluarga mertuanya sebenarnya. Dia merasakan dirinya lah menyebabkan Danish menjauhkan diri. Tidak pulang walaupun di saat yang paling malang terjadi di dalam keluarga ini. Ahh... rasa bersalah itu mengcengkam jiwanya lagi.
Iman menoleh ke sebelahnya. Kelihatan Arrisya sedang nyenyak. Harap malam ini tidur kakaknya itu tak terganggu lagi. Biarlah kakaknya bangun saat kapal terbang ini sudah mendarat ke negara beratu nanti. Setelah sebulan di Malaysia dan kelihatan ayah mertuanya sudah pulih akhirnya Iman berkeputusan untuk pulang ke sini bagi menyambung pelajarannya yang tertinggal. Arrisya di bawa bersamanya dengan harapan gadis itu bisa memulakan hidup baru di sana nanti. Kalau tidak memulakan hidup baru pun harap berjauhan dari bumi Malaysia kini dapat mengubat hati Arrisya yang remuk itu.
Cuma sebelum itu target utama Iman sekarang adalah untuk ke Kondo Danish dulu. Bersemuka dengan Danish. Bertanya kenapa lelaki itu tidak pulang? Itu yang penting sekarang. Melepaskan rasa bersalahnya...
Iman tiba di hadapan rumah sewa Danish yang berhampiran London University itu. Mengikut alamat yang di beri olah Arrisya tadi. Dia memang di rumah yang betul. Harap-harap Danish ada di rumah. Tangan Iman mengetuk pintu rumah yang berwarna putih itu. Sejenak kemudian terbuka dari dalam.
“Hello… I came here to meet Danish? Is he at home right now?” Iman bertanya pada pemuda yang membuka pintu itu. Kelihatan seperti orang Malaysia.
“Ini Imankan?” Wajah Iman bekerut memandang si pemuda. Bagaimana pula jejaka itu tahu namanya pula.
”I Amran. Housemate Danish. Danish ada kat dalam. Bilik paling hujung yang ada tanda Do Not Disturb kat pintu tu. I nak keluar sebenarnya ni. You masuklah.” Amran memberi ruang sedikit untuk Iman melangkah masuk.
“ Thanks Amran.” Iman memberi senyum manis pada Amran. Nampaknya lelaki itu seperti lelaki yang baik.
“No thanks. By the way, Takziah pasal keluarga you. I harap you both kuat menerima dugaan ini. I pergi dulu. Bye. Assalamualaikum.” Iman tak sempat bertanya apa Amran sudah keluar menghilangkan diri. Iman menjawab salam yang di beri di dalam hati.
Iman melangkah masuk. Dia nampak pintu bilik yang serupa di katakan oleh Amran tadi. Baru sahaja Iman mengangkat tangan ingin mengetuk. Pintu itu terbuka dari dalam. Kelihatan seorang perempuan yang lagaknya baru bangun tidur tersembul di hadapan pintu itu. Iman ingat wajah itu. Maya ... Ya perempuan di hadapannya ini Maya.
” Ini bilik Danish ke?” Iman memberanikan dirinya bertanya. Maya yang hanya berbaju tidur itu tersenyum sinis padanya.
”Ya. Ini bilik Danish. Boyfriend aku. Kau nak apa? Tinggalkan pesan pada aku. Dia tengah tidur.” Maya memang berlagak.
Maya hanya menumpang tidur sebenarnya semalam. apabila dia ketinggalan kunci dan kawan serumahnya tidak pulang semalam. Terpaksalah dia ke rumah sepupunya ini menumpang tidur. Tak sangka pagi ini ada kejutan buatnya. Iman kini berada di hadapannya. Gembira juga dia. Wajah Iman memang dia kenal. Masakan dia lupa gadis yang sudah memiliki Danish itu.
Iman menarik nafasnya sedalam mungkin. Otaknya di paksa memikirkan pekara yang positif. Cuba menidakkan bahawa suaminya sudah jauh terlanjur dengan gadis di hadapannya ini. Walaupun naif kedengarannya tapi Iman memaksa dirinya percaya yang dua insan itu hanya tidur bersama dan tiada apa keintiman berlaku antara Danish dan Maya.
“Tolong cakap dengan dia. Yang keluarganya perlukan dia di Malaysia dan Arrisya ada bersama saya sekarang di Liverpool. Okaylah saya balik dulu. Kirim slam pada dia.” Iman melangkah pergi. Setiap kakinya yang memijak lantai itu bagai memijak hatinya. Lumat. Sakit. Bukan sebab dia sayang tapi sebab dia bodoh kerana mengharapkan Danish setia seperti dirinya setia tak berlaku curang.

Datin Hajar memandang ke luar biliknya. Kelihatan Dato Arif nyenyak di peraduan. Datin Hajar memikirkan apa yang terjadi beberapa bulan keberlakangan ini. Kemalangan itu telah banyak menyedarkan mereka sekeluarga. Betapa dia dan keluarganya sedar apa yang mereka ada selama ini hanyalah pinjaman semata. Bila-bila masa boleh di tarik balik.
Kemalangan ini memang menyedarkan dia yang kesombongannya selama ini membawa padah. Jiran sebelah menyebelah seakan tak perduli pun apa yang terjadi pada keluarganya. Teman-teman kala senangya tak sedikitpun menghulur batuan. Kakak sulungnya, Kak Fatimah pula sibuk tentang harta peninggalan. Langsung tak memahami keadaan duka hatinya. Sebaliknya menantu yang selama ini tak diakui sebagai menantu pula yang banyak berkorban menolongnya. Iman yang bersengkang mata, menemaninya dan Arrisya. Menguruskan syarikat. Mengurus rumah. Mengurus segala macam keperluannya. Iman memang baik.
“Ya Allah. Ampunkan dosaku pada gadis itu Ya Allah. Aku bersyukur kau jadikan dia sebahagian dari keluargaku. Bukakan lah hati anakku menerimanya.” Datin Hajar amat berharap Danish akan buka mata dan sedar betapa baik jodohnya itu. Betapa mulianya hati Iman. Malah Datin Hajar tekad. Sesungguhpun Danish tidak menerima Iman nanti dan melepaskan gadis itu. Dia tak akan benarkan Iman pergi jauh dari keluarganya.


TIGA TAHUN KEMUDIAN
Danish berlari ke wad kelas satu Hospital Pantai. Kakinya terhenti di katil seketika di muka pintu yang sedikit terbuka. Matanya sayu melihat sekujur tubuh yang kaku. Kelihatan tangan kiri dan kepala persakit berbalut. Sedih hati Danish. Perlahan- lahan Danish melangkah masuk. Langkahnya terhenti tepat di tepi katil. Wajah sakit Iman di pandangnya. Sakit hatinya melihat Iman bergitu.
Kali terakhir dia bersama Iman ialah empat hari lalu, sehari seblum Iman hilang dari kondonya di Kota London dengan hanya meninggalkan memo yang gadis itu pulang ke Malaysia. Sangkanya ada urusan penting yang membuatkan gadis itu tergesa-gesa pergi. Namun akhirnya dia di kejutkan dengan berita kemalangan Iman.
Semalam Danish sedang dalam mesyuarat apabila temannya yang kebetulan berkerja sebagai doktor disini memaklumkan kepadanya tentang Iman kemalangan. Danish tanpa menghiraukan apa pun risiko terus meninggalkan mesyuarat itu lalu pulang ke Malaysia. sekarang pun belum sempat dia berehat, dia sudah datang ke mari menjeguk Iman. Danish duduk di bangku yang tersedia, wajah Iman di pandang sayu. Lalu kenangan di Kota London hampir seminggu lalu menjenguk mindanya.

Iman hanya duduk senyap di samping Danish yang sedang memandu. Hampir dua tahun dia tak berjumpa dengan lelaki itu walau lelaki itu masih sah suaminya. Dalam dua tahun ini Danish nampaknya sudah banyak berubah. Wajahnya nampak semakin matang dan tenang.
“ Bila mesyuarat tu?” Akhirnya Danish meluahkan kata-kata. Matanya masih menuju kehadapan. Tak sanggup memandang Iman kerana dia tahu setiap kali memandang Iman hatinya berdegup kencang malah lebih kencang dari mula-mula dia menyalam tok kadi dulu.
“ Iman bukan datang mesyuarat tapi nak jumpa awak.” Ayat itu bagai mudah meluncur di bibir Iman namun siapa yang tahu jatung Iman bagai nak pecah meluahkan kata-kata tersebut.
Danish terus menoleh ke arah Iman. Pertama kali ayat sebegitu berani Iman luahkan padanya. Selama ini gadis itu cukup menjaga tutur kata di hadapannya. Cukup malu dan takut berkata-kata dengannya. Tetapi dia suka Iman begini. Sekurang-kurangnya dia tahu isi hati Iman dan dia tidak perlu lagi meneka. Pastinya dia tidak lagi bosan nanti.
“Tengok lah kat depan. Nanti tak pasal-pasal, dua-dua masuk hospital kang.” Iman selagi lagi berbuat selamba. Danish menguntum senyum kecil. Tak sangka baru setahun lebih tak berjumpa, Iman sudah banyak peningkatan. Nyata masa mendewasakan Iman.
Danish seakan sedar, Iman di hadapannya bukan Iman yang dulu yang hanya diam apabila di tindas. Iman yang bersamanya kini adalah Iman yang berani berdiri bersuara. Iman yang cergas dan sedikit agresif. Namun Danish berharap gadis itu tidaklah jauh berubah, walau tak di nafikan dia sukakan perubahan Iman tetapi biarlah sikap lama gadis itu masih kuat kerana dia jatuh hati pada Iman yang dulu. Iman yang tabah. Iman yang menurut katanya. Iman yang dia tahu dan yakin akan setia sebagai isterinya dalam menempuh rintangan.

Dua minggu Iman menjadi penghuni setia di kondo mewah Danish di tengah-tengah Kota London itu. Danish entah mengapa dalam masa dua minggu itu terasa hidupnya lengkap. Mungkin kerana Iman pula melayannya dengan baik. Menjalankan tanggungjawab sebagai isteri di rumah. Menjaga pakaiannya. Menjaga makan minumnya. Menjaga hartanya. Sungguh dia terasa lain dengan kehadiran Iman. Hatinya gembira dan seakan inilah matlamat hidupnya selama ini.
Dalam masa dua minggu itu juga Danish sungguh menikmati hidup. Pagi-pagi dia bangun dengan baju dan sarapannya sudah tersedia. Baliknya bersambut. Danish sendiri seakan selesa makan di rumah bersama Iman. Mula-mula dulu Danish ingat lagi yang mereka hanya makan sandwich sepanjang hari kerana tiada bekalan makanan di rumahnya. Di hari kedua baru mereka makan makanan yang berat hasil air tangan Iman, apabila pagi itu dia terpaksa mengambil cuti menemani Iman ke pasar... itupun Iman yang memaksa sebenarnya. Seronok, pengalaman itu takkan pernah di lupakan. Bertambah seronok apabila masa makannya setiap kali berteman.
Setiap malam dia tidak pernah ketinggalan untuk makan bersama Iman dari hari pertama Iman di rumahnya. Percaya atau tidak dia pernah membatalkan temu janji penting hanya untuk makan malam dengan Iman. Temu janji yang sudah di atur berbulan-bulan lamanya di batalkan hanya untuk Iman. Ahh... dia seakan sudah kemaruk dengan Iman.
Danish menyedari, sejak Iman mencuri perhatiannya dengan sikap ketabahan dan kegigihan Iman di saat paling menyakitkan di dalam keluarganya dulu. Iman yang bersama-sama keluarganya di saat paling getir. Iman yang mengganti tempatnya. Memikul tenggungjawabnya. Dia seakan terpaku pada Iman. Tanpa seorang pun tahu saban tahun dia akan kembali ke Malaysia melihat dan melawat keluarganya dari jauh. Iman sentiasa diikutinya. Gerak geri gadis itu yang sering membuat dia ingin pulang ke Malaydia sebenarnya.
Tinggal serumah membuat Danish lebih mengenali Iman. Tak sangka Iman ada banyak persamaan minat dengannya. Bukan dari segi citarasa pilihan cerita atau filem namun dari segi tabiat. Ahh… memang dia dan Iman bercanggah pendapat tentang memilih cerita. Setiap kali Iman lebih kepada cerita yang lembut penuh perasaan romantis atau kekeluargaan sedangkan dia menyukai filem-filem aksi. Hasilnya mereka setiap kali menonton akan ada seorang yang menunjuk muka tak puas hati. Cuma ada satu tabiat yang dia suka... Tabiat yang mereka berkongsi setiap kali tiada mood untuk menonton atau keluar ke mana-mana.
Satu yang mungkin hanya di kongsi oleh dirinya dan Iman. Mereka berdua suka menghabiskan malam dengan membaca di balkoni. Duduk berdua-duaan di balkoni bertemankan sebuah buku atau majalah bersama dengan semug coklat panas cukup menghiburkan pada Danish. Tak perlu berbicara hanya cukup dengan perasaan di temani. Memang mereka jarang berbicara kerana fokus dengan pembacaan namun perasaan di sayangi itu tetap ada mengingatkan Iman juga duduk di sisinya. Benar kata-kata yang menyatakan adakala bibir tak perlu berbicara tapi cukup dengan gerak badan. Kerana bahasa badan lebih ikhlas menceritakan.
Kebahagiaan dua minggu itu akhirnya berakhir dengan satu malam.... Malam yag membuat dia terasa hati dengan Iman... Malam yang seolah-olah membayangkan hati Iman bukanlah miliknya. Malam di mana Iman menyatakan kesanggupannya untuk pergi dari hidup Danish dan keluarga Danish jika itu yang di minta sebagai syarat untuk Danish pulang ke pangkuan keluarga. Kata-kata yang cukup jelas bahawa Iman tak mengerti isyarat yang di berinya selama dua minggu gadis itu bersamanya. Malam yang membuat dirinya di bawa pergi...
”Awak baliklah Danish. Tempat awak bukan di sini tapi di sisi keluarga awak. Tolonglah, mama dan papa awak rindukan awak sangat. Saya tahu awak tak balik kerana saya ada di sana. Di sisi keluarga awak. Apa kata saya berjanji kalau awak balik saya akan lakukan apa sahaja apa yang awak nak saya buat. Malah saya sanggup keluar dari keluarga awak jauh dari kehidupan awak... Ya saya akan keluar dari kehidupan awak kalau itu awak nak. Cuma saya minta enam bulan saja. Saya akan keluar dari kehidupan awak dan keluarga awak pada hari genap enam bulan awak pulang ke pangkuan keluarga awak. Saya berjanji.” Janji itu yang melukakan hati Danish. Sanggup Iman berkata begitu setelah dua minggu mereka tinggal bersama. Nampak sangat Iman tak memerlukan dirinya. KENAPA? Tak kah Iman sedar yang dia mula menerima Iman di dalam hidupnya?

”Danish... Danish...” Suara itu menyedarkan Danish dari memori semalam. Segera dia mengangkat muka. Kelihatan Intan, temannya yang merawat Iman itu sudah berdiri di sebelahnya.
”You kenapa? Dari tadi I panggil tak menjawab. I tahulah you risaukan wife you ni. Hmm… sayang betul you dengan dia ye. Cepat je you sampai.” Usikan Intan itu di sambut dengan senyuman hambar Danish.
“Thanks Intan. I owe you one. How is she?” Danish bertanya lembut. Dia memang terhutang budi pada Intan. Hubungannya dan status keadaan dirinya bersama Iman bukan lagi rahsia pada Intan malah pada Amran. Pada Intan dan Amran, si kembar itulah dia meluahkan perasaannya dulu.
“She okay. Tapi I kena letak dia bawah pemerhatian takut ada kesan sampingan. Kaki dia terseliuh sikit dan tangan dia luka. Cuma yang risau sikit pasal kepala dia luka tu. Agaknya terhantuk kat stering. Takut gegaran tu nanti boleh menyebabkan pendarahan dalaman. Sebab tu I letakkan dia di bawah pemerhatian.” Intan menjelaskan keadaan Iman.
”Once again thanks Intan. Cuma I nak minta tolong you. Boleh tak you tolong I aturkan perjumpaan dengan pegawai polis yang uruskan kes Iman ini. Sebab I percaya ini mesti kes khianat. Iman sangat berhati-hati tak mungkin boleh self accident macam tu.” Wajah Danish memang penuh harapn.
“ Insyaallah tak ada masalah. Lagipun you kan husband dia. I akan cuba. Okaylah I keluar dulu. Tak nak ganggu you.” Intan meninggalkan pasangan tersebut. Kesian dia melihat wajah Danish.
“Terima kasih sayang.” Sebaik Intan keluar dari bilik Iman. Sudah ada suara berterima kasih padanya. Farhan abang Iman. Farhan yang juga bakal tunangnya.
“Intan yang patut berterima kasih pada Han sebab izinkan Intan bagitahu pada Danish. Harap-harap mereka bahagia nanti kan Han.” Sesuci hati itulah yang membuat Farhan jatuh cinta pada Intan. Farhan tersenyum sambil memandang buah hatinya. Mereka kemudiannya beriringan pergi meninggalkan pasangan yang akan memulakan lembaran baru dalam hidup mereka.
Farhan ingat lagi empat tahun lepas dia mencari Danish untuk memaksa Danish melepaskan Iman setelah mendapat tahu hal kontrak antara perkahwinan antara Iman dan Danish. Dia yang dalam keadaan sangat marah itu hampir sahaja mengamuk di rumah sewa Danish kerana tak ketemu dengan Danish. Apatah lagi apabila teringat yang pada pagi itu Iman ke rumahnya dengan air mata mengalir di pipi selepas pulang dari rumah Danish. Di situ dia bertemu Intan. Intanlah yang menyabarkannya. Intan juga yang menyangkal segala pendapatnya tentang Danish dan Intan juga yang meyakinkannya yang Danish boleh membahagiakan hati adiknya. Ingat lagi dia. Kata-kata Intan yang mengubahya dari saat itu.
‘Seorang gadis tak akan mudah menangis kalau bukan kerana sayang. Kalau hanya kawan biasa cakap sesuatu yang boleh menyakitkan hati kita, selalunya kita anggap itu gurauan tapi cuba kalau orang yang kita sayang katakan ayat yang sama perkataan yang sama pasti kita dah merajuk fikir yang bukan-bukan. Air mata itu bukan mewakili benci tapi juga sayang. Benci dan sayang itu bezanya senipis dan sehalus rambut. Kalau awak benar-benar sayang fikirkanlah’

Iman melangkah masuk ke perjabatnya. Semalam dia baru balik dari Cameron Highland atas urusan kerja selama dua minggu. Senyuman manis di bibirnya. Dia selalu lewat datang ke perjabat kerana sejak kemalangan sebulan lepas dia menjadi pelanggan tetap teksi. Fobia untuk memandu. Lewat datang dan lewat juga balik.
“Iman. Bila sampai dari Cameron ni?” Iman tersentak sedikit di tegur oleh Hilmi, ketua bahagian sumber manusia itu. Tanpa salam Hilmi duduk melabuhkan diri di hadapan Iman
“ Malam semalam. Kenapa ada cerita best ke sejak Iman tak da Hilmi?” Mereka sudah seperti satu keluarga. Tiada formality bila berhubung lagi.
“Hmm you miss something big on the day you off to Cameron sis.” Hilmi masih berteka-teki.
“Come on Hilmi. Tell me.” Tanya Iman tak sabar. Hilmi ketawa melihat waja Iman yang tak sabar itu. Ingin mendera lagi namun dia tak sampai hati.
“ Kita ada boss baru. Anak Dato…” Belum sempat Hilmi memberitahu terdengar ketukan di pintu Iman yang sedia terbuka.
“Opps… Encik Aiman. Masuklah.” Iman hanya terkulat kulat melihat Danish Aiman melangkah masuk.
“ Saya baru nak bagitahu Iman tentang kepulangan Encik Aiman. Kenalkan ini Iman Umairah, pengurus O.R kita.” Hilmi memperkenalkan Iman. Danish Aiman... akhirnya dia kembali.
“ Iman, ini Encik Aiman. C.E.O baru kita. Anak Dato.” Iman hanya mampu memandang Danish seketika sebelum mula menyibukkan diri dengan tugasnya. Hilmi terkejut melihat penerimaan Iman.
“Hilmi, boleh tinggalkan saya dan Iman sendirian seketika.” Pemintaan itu lebih mengejutkan Hilmi. Hatinya kuat menyatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan dua manusia di hadapannya ini.

“ Ada apa yang boleh saya bantu?” Iman bertanya tanpa mengangkat muka. Dia yakin pada saat itu hanya tinggal dia dan Danish sahaja. Hatinya masih sebal. Teringat kejadian sebulan lepas ketika dia melawat Danish di London.
Bertapa lelaki itu berani membawa Maya pulang ke rumah, bermalam di rumah lelaki itu sedangkan dia ada di rumah itu. Masih terasa sakit hatinya apabila terpandang Maya keluar dari bilik Danish di pagi hari. Lalu tanpa kata Iman meninggalkan rumah Danish tanpa sebarang kata kerana dia tahu ketika itu Danish tiada di rumah. Setiap pagi Danish akan keluar untuk jogging dan kembali ke rumah untuk sarapan. Buat apa dia menanti di rumah lelaki yang langsung tak menghormati dirinya. Sedangkan dia isteri yang sah pada lelaki itu. Walaupun hanya di atas kertas. Dia bukan Iman yang dulu boleh di pijak-pijak. Iman yang sekarang Iman yang berani bersuara . . . berani melawan.
“ Dengar Iman kemalangan sebulan lepas.” Danish menjawab dengan satu pernyataan. Sahaja memprovok. Bukan dia tak tahu Iman kemalangan selepas sehari balik dari London. Malah dia mengambil flight terus ke Malaysia sebaik mendengar perkhabaran itu. Selama seminggu dia menjadi penunggu malam Iman. Atas pertolongan kawannya yang juga doktor di hospital tempat Iman di rawat.
“ Hmm… dah baik pun. Saya tahu awak nak tagih janji. Saya akan keluar dari syarikat ini dan kehidupan keluarga awak dalam tempoh enam bulan. Jangan takut saya berpegang kepada janji. Kalau awak tak percaya awak boleh buat kontrak.” Iman berkata sinis. Hatinya sebal. Memang dia kemalangan. Seminggu dia di hospital. Namun tak sekalipun Danish menjenguknya sedangkan saban waktu dia tunggu Danish hadir supaya dia tak perlu tebal muka menghadapi sindiran dari Puan Fatimah mak long Danish. Di fikirkan kembali kenapa Danish hendak menjenguknya sedangkan sewaktu datuknya meninggal pun lelaki itu tak balik ke Malaysia.
Danish terpampam. Egonya tercabar. Di renungnya wajah Iman yang seakan tak berperasaan. Hanya mata itu masih jernih menjadi pencerita bahang hati si pemiliknya. Dia tahu Iman tak rela. Dia tahu Iman menyintainya. Dia tahu Iman menunggu dirinya. Dia sendiri membaca diari Iman ketika bermalam di hospital. Setiap malam dia membaca apa yang di catat oleh Iman. Setiap orang yang datang melawatnya dan sebaris ayat yang menjadi penutup kisah harian gadis itu. ’DANISH AIMAN... KU TUNGGU KEHADIRANMU.’ Diari lama Iman dulu yang di ambil lepas akad nikah mereka pun masih dalam genggamannya.
”Hmm. Kalau tak lupa, baguslah. By the way selamat bekerjasama.” Danish menghulurkan tangan. Iman teragak-agak menyambutnya. Pasti ada sesuatu. Namun tangan itu tetap di sambut apabila Danish mengangkat kening mencabar. Lama tangan Iman dalam genggaman Danish tak di lepaskan. Iman pula sedaya upaya menarik tangannya. Melihat isyarat mata Danish. Iman tahu lelaki itu mahu dia mencium tangan lelaki itu. Mahu tak mahu dia lakukan juga.
“ Selagi saya tak lafazkan. Awak tetap isteri saya.. jangan lupa itu.” Danish memang senjaga menyakitkan hatinya. Mencabar kewibawaannya.
“Becerai bukan satu-satu jalan untuk berpisah.” Bukan niat untuk menyakitkan hati sesiapa namun Iman berkata sesuatu yang jujur dari hatinya. Danish tersentak. dia tak pernah terfikir hal itu.
Ya, tak semestinya mereka becerai baru mereka berpisah tetapi juga mungkin kerana salah seorang pergi meninggalkan diri masing-masing. Danish berlalu pergi. Iman mengeluh. Ingin menyakitkan hati Danish namun hatinya sendiri terluka lebih lagi. Sanggupkah dirinya meninggalkan kebahagiaannya sekarang? persoalannya kuat kah dirinya nanti?
Danish memandang keluar biliknya. panorama bangunan pencakar langit menjadi jamuan matanya. Kata-kata Iman menusuk ke kalbunya. Iman benar bukan hanya lafas cerai yang boleh memisahkan mereka. Kalau benar Iman bertindak pergi dari lingkungan keluargannya, tetap juga Iman bebas darinya. Bebas kemana sahaja. Bebas bergaul dengan siapa sahaja dan bebas bercinta dengan sesiapa pun. Memikirkan hal itu Danish boleh tertekan di buatnya.
Entah sejak bila bermula dan di mana ianya berlaku. Tapi yang pastinya Danish memang menyayangi Iman. Hanya Danish takut mengakuinya. Sejak melihat keteguhan dan ketabahan Iman membantu keluarganya di saat kemalangan yang meragut nyawa atuk dan abang iparnya tiga tahun lalu. Danish seakan terpukau pada Iman. Berjauhan tak bermakna dia tak perduli. Berdiam diri tak bermakna dia tidak kisah. Perkembangan Iman di dalam koceknya. Setiapnya dia tahu.
Danish yakin sesuatu perlu di lakukan. Baik Iman sudah pandai membantahnya. Kalau Iman ingin dia bermain tarik tali. Dia akan ikut rentak Iman. TIDAK... Iman yang akan mengikut retak dia. Iman perlu di ajar agar patuh dengannya. Dia akan menjadi sebahagian hidup Iman. Kalau gadis di luar berebut untuk mendapat perhatiannya. Tidak mungkin Iman yag sedia menyayanginya tak boleh dia rebut hati si gadis. Iman... Tunggulahhhh...

4 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

ngeee..
best..spe ek tndkn si danish nieh..
huh..
xsaba2 nk taw..
smbung2..
ske2...

hasnah said...

cepatlah sambung. lama dah tunggu nie!!

Anonymous said...

sis...
len kali ble nk post...
wat perenggan dlu plizzzzz...
berpinar tgk...
ssh nk bce...
da jd mcm berserabut..
cite da best...
juz sbb x de paragraph 2..
tolak 1 bntang...
:)

B3ing~M3~(TyPiCaLLy)~All Th3 Tim3~ said...

salam... jalan cerita da ok... tp dah mcm summary... setiap bab jalan cerita terlalu ringkas berjalan... huraian xbyk... tahu2 jer masa dah berlalu... perlu bercerita lebih detail... bila baca mcm pun xdpt nak hayati sgt... kalu boleh improve lah untuk novel akan dtg... ^_^