Bad newsnya.. Benci Itu Cinta akan di berhentikan buat sementara sehingga Iman selesai menyiapkannya dan di timbang tara oleh editor tidak bertauliah yang telah Iman lantik... Ohhh sementara saja ye..
Kecewa? Mari Iman ubatkan hati itu dengan good news ni.. Aplikasinya sama macam penadol la...
Good news is... Malam ini atau esok Iman akan tamatkan Dengan Setiap Nafasku dan di gantikan dengan e-novel baru iaitu Bebaskan Aku Cinta....Iman di pelawa oleh AKSARA KERAIAN untuk menjadi salah seorang penulis baru di dalam blog mereka... So Iman pun join untuk memajukan diri, nusa dan bangsa.. Karya Iman di Aksara ialah BEBASKAN AKU CINTA inilah... so Iman akan upload Bebaskan Aku Cinta setiap hari selasa dan sabtu....
Hari ini mempersembahkan Bebaskan Aku Cinta.
‘HANTU, JEMBALANG TANAH, JEMBALANG AIR, JEMBALANG LANGIT, JEMBALANG RAJA SEGALA JEMBALANG’ Nadilla menyumpah-nyumpah di dalam hatinya apabila dari jauh matanya sudah ternampak kelibat seseorang yang amat di kenalinya sendang berjalan mendekatinya. Baru saja Nadilla nak buka langkah menjadi Usain Bolt versi wanita membuat pecutan 100 meter olimpik tapi dia telah berjaya di kesan oleh pemangsa tersebut.
Tiba-tiba Nadilla merasakan kepalanya berasap. Telinga, hidungnya dan mulutnya dah macam corong kepala kereta api mengeluarkan haba panas. Kalau di letak termometer mahu meletup temometer itu. Lalu Nadilla scan hatinya, dengan yakin akhirnya hanya satu kesimpulan mampu dia buat. Sah hatinya sedang sakit. Sakit menanggung rasa panas dan geram. Siapa yang tak sakit hati apabila melihat kekasih gelapnya merangkap tunang di bencinya seorang lelaki bernama si Taufiq itu berada di sini di hadapan matanya.
‘Dari mana pula mamat ni dapat mengesanku di sini?’ Keluh Nadilla di dalam hatinya.
Pening otak Nadilla berfikir siapa yang sangat tak sayang mulut memberitahu dirinya berada di sini pada Taufiq. Kalau dia tahu dari mana atau lebih tepat lagi dari siapa mamat itu tahu yang dia berkerja di sini memang siaplah wartawan tak bertauliah tu.. biarkan Nadilla tauliahkan cukup-cukup. Nampaknya sekarang Nadilla dah tak boleh nak lari lagi. Hari ini dia dah kantoi… terasa macam nak je dia nyanyi lagu kantoi yang sedang popular tu…
“Hah nak ape?” Nadilla bertanya kasar sebaik Taufiq berdiri di hadapannya. Mamat macam ni jangan di buat baik. Kalau buat baik nanti aku juga.. dapat penyakit bahasa melayu sekolah rendah dengan singkatannya BMSR (Buang Masa, Sakit hati, Rosak otak).
“Ohh kat sini you kerja sekarang ye Dilla? I ingat you dah sampai ceruk manalah pula. Untung I turun sini hari ini. Boleh I tangkap balik tahanan yang terlepas.” Taufiq tak menjawab mengiku skema jawapan yang di perlukan. Sebaliknya sindiran yang sepedas cili boh di lemparkan pada Nadilla.
‘Amboi mulut tak ada Insurans betullah si Taufiq ni. Malang sungguh nasib aku jadi tunang dia. Siapa nak budak ni? Aku lelong 50 sen je….’ Gerutu Nadilla di dalam hatinya.
“ Amboi… berapa juta insurans mulut you tu? Beli yang mahal-mahal tau. Lepas tu letak atas nama I. boleh I jadi jutawan segera, tak payah I masuk pertandingan power root.” Sindir Nadilla pedas. Pedas biar lawannya pedas. Baru sama-sama puas hati.
“La you masuk peraduan power root tu ke? Mesti you power kan?” Taufiq tahu Nadilla menyindirnya. Gadis itu, dia sudah faham sangat. Namun kerana itu dia tertarik pada Nadilla.
Di mata Nadilla terpampang wajah gedik Taufiq. Lelaki ni memang suka menggedik dan setiap kali taufiq berbuat begitu di kepala Nadila hanya ada satu formula. Formula yang telah lama di ciptanya:
‘Taufiq bersamaan dengan ‘Gedik + Gatal +Miang = LD (lelaki desperate)’.
“Fiq… You dah sampai?” Nadilla baru nak membalas ucapan penuh kegatalan dari Taufiq. Namun sudah ada yang memintasnya dari berbuat begitu. Baru dia nak melancarkan serangan balas, ada pula seorang minah ni tegur si LD ni.
“Mia, I baru sampai. Ingat nak tanya kat cleaner you ni mana perjabat you.” Dalam siaran langsung Taufiq mengenakan Nadilla. Merah muka Nadilla dibuatnya. Suhu kemarahannya bertambah-tambah. Macam terputus pula telinganya apabila mendengar Taufiq panggil dirinya sebagai cleaner a.k.a pegawai pembersih. Ada rupa cleaner ke aku ni? Tolonglah buta ape mamat ni.
“Encik kalau saya cleaner… telinga encik, otak encik dan badan encik tu dulu saya bersihkan… biar kurang sikit beban dosa pada encik.” Balas Nadilla panas.
Di mata Nadilla, Taufiq ni dah macam sebesar semut je. Rasanya nak je dia pijak-pijak. Geram. Kala dia nampak Taufiq ingin membalas, cepat-cepat Nadilla bermain kotor lalu memotong peluang Taufiq bercakap. Dia pantas meminta diri daripada Taufiq dan temannya itu.
“Mia, I minta diri dulu ye. Banyak benda I nak clean ni.” Sempat saja Nadilla menyindir. Dushh rasakan sebiji lagi daripadanya.
“Jap lah Dilla. I kenalkan you ini Encik Taufiq dari HQ. Taufiq, this is Nadilla our operation manager.” Damia ni memang lurus sikit. Baik hati dia memperkenalkan Nadilla pada Encik Taufiqnya itu.Nadilla tak memberi respon apa-apa. Sebaliknya hanya memberikan sebuah senyuman yang tidak ikhlas sebelum pantas bergerak pergi.
‘HUH’ Ini mungkin kali yang ke seratus kalinya Nadilla mengeluh. Sejak tertangkap dengan Taufiq tengah hari tadi, hatinya langsung tidak tenteram. Kepalanya jadi pening dengan sendirinya. Kalau silap haribulan boleh demam susah hati dibuatnya.
Bertemu semula dengan Taufiq bermakna dia terpaksa membuka lembaran baru di buku lama miliknya dulu. Persoalannya bersediakah Nadilla membuka lembaran itu esok, kerana dia pasti esok akan menjadi titik mula untuk dia mencatatkan huruf pertama di lembaran baru itu.
Mengenali Taufiq, terlalu kenal sebenarnya membuatkan Nadilla boleh meneka setiap langkah gerak yang akan di ambil oleh Taufiq. Taufiq tidak akan bermula hari ini, hari ini adalah satu-satunya masa yang Taufiq peruntukkan untuk dirinya menyusun setiap strategi dan bersedia untuk menghadapi peperangan antara mereka nanti. Tentunya esok Taufiq tidak akan melepaskan dirinya lagi. Lelaki itu akan terus membayangi dirinya bagaikan bayang-bayang yang sentiasa mengikut setiap langkahnya.
Nadilla tahu dia tiada pilihan lain, walaupun dia boleh berhenti dari syarikat ini dan lari lagi dari Taufiq, namun dia tetap perlu tunggu selama 3 bulan sebelum perletakkan jawatannya sah. Itu sudah tercatat di dalam kontrak perkhidmatannya. Jadi sama saja, dia tetap perlu menghadapi Taufiq walau apa yang terjadi sekalipun. Lebih penting dia tak akan melepaskan jawatannya sekarang hanya kerana Taufiq. Tolonglah, penat-penat dia bina kerjaya. Tak mungkin dia lepaskan.
Lalu Nadilla tahu hanya tinggal satu pilihan iaitu terus berada di sini dan hadapi Taufiq. Untuk itu, strategi harus di susun. Peperangan ini perlu dia menangi walau dengan apa cara sekalipun. Dirinya perlu di jauhi dari Taufiq dan Taufiq perlu di halau jauh dari dirinya.
Taufiq tersenyum sendirian di pejabatnya. Dia pasti sekarang ini Nadilla tidak akan senang duduk dibuatnya. Akhirnya dia mampu menjejaki Nadilla selepas setahun dia penat menjalankan operasi mencari kewujudan gadis itu di setiap ceruk Kota Kuala Lumpur. Jauh dia menjelajah mencari, namun jejak langkah Nadilla hilang tanpa dapat di kesan. Penat dia menjejaki rupanya Nadilla tidak jauh manapun melangkah. Masih di bawah bumbung syarikatnya juga. Khilafnya juga, sibuk sangat mencari di tempat lain sehingga lupa untuk mencari dalam lingkauannya.
Mengenali Nadilla membuatkan Taufiq yakin gadis itu yang terbaik buatnya. Mungkin Nadilla tak di jadikan sebagai seorang wanita yang cantik dan sempurna. Gadis itu tidak tinggi mana dan tidak selangsing mana. Orangnya tembam, bercermin mata dan alang-alang tinggi saja. Raut Nadilla bukanlah pada golongan cantik, hanya comel mata memandang. Istimewanya Nadilla di matanya kerana ada satu pekara saja yang ada pada gadis itu yang belum pernah dia jumpa dalam gadis-gadis yang di kenalinya. Nadilla ada kelebihan membuatkan dia percaya, yakin dan hormatkan gadis itu.
Taufiq nekad, esok dia akan memulakan langkahnya. Nadilla akan di kejar dan di ikat sehingga gadis itu tidak mampu lagi bergerak jauh darinya. Nadilla mungkin boleh mengelak tapi jangan harap gadis itu boleh menyembunyikan diri daripadanya.
3 comments:
ni cite br ye iman???
semangat nk bc next n3
wahhhh....xsbr nk bce....
dri teaser pon da ok...
permulaan yg menarik..xsabar nk tgu n3 strusnya
Post a Comment