Friday, May 14, 2010

Dengan Setiap Nafasku 5

Haikal yang tak tahu hujung pangkal cerita hanya mendengar. Berkerut-kerut juga dahinya apabila dia mendengar nama Zafrul. Adakah Zafrul arkitek ternama itu yang di perkatakan? Kalau benarlah. Apa hubungannya dengan Alia?
          Pening kepala Haikal memikirkannya, dia memerhati setiap gerak langkah Sarah memujuk Alia. Sarah, gadis penghuni hatinya itu. Berkerjasama dengan Alia yang menemukan dirinya dengan gadis periang itu. Sejak kali pertama dia menemui Sarah, sejak itu hatinya terpaut. Puas dia memancing namun umpannya belum terkena. Walaupun begitu Haikal tak akan putus asa kerana dia pasti satu hari nanti umpannya itu akan mengena juga. Bila? Haikal tak akan kisah. Dia akan sentiasa menanti. Lagipun  segalanya telah dia siapkan khas buat Sarah jika wanita itu sudi menerima lamarannya nanti.
          “Huh.. berangan. Ikut I sekejap.” Sarah yang tiba-tiba menyergah terus menarik Haikal keluar dari bilik tersebut.
          “Kenapa ni Sarah? Kenapa tinggalkan Alia sorang-sorang kat dalam.” Haikal bertanya lembut pada gadis pujaannya itu.
          “I perlukan pertolongan you.” Sarah menuturkan dalam nada perlahan. Lebih pada berbisik.
          “Tolong apa?” Haikal bertanya lagi. Dia macam boleh merasakan sesuatu akan berlaku. Sarah tak pernah meminta bantuan darinya. Tiba-tiba hari ini. Apa sajalah yang Sarah ini minta?
          “Tolong saya hubungi Zafrul, suami Alia. Kita kena bagitahu dia hal ini.” Sarah bernada memujuk. Memohon agar Haikal bersamanya di sampingnya. Menjadi rakan subahatnya.
          “Zafrul mana pula ni? Sarah jangan macam-macam. Alia setuju tak? Kita tak boleh masuk campur urusan Alia macam ni sekali.” Nasihat Haikal. Haikal tahu niat Sarah baik namun Sarah perlu sedar ada batasnya.
          “Ala Zafrul yang design rumah awak tu. Kita kena buat ini sendiri. Kalau Alia tahu, alia tak akan setuju. Itu masalahnya. I nak kita bagitahu Zafrul. Lelaki tu perlu di ajar sikit berkenaan tanggungjawab.” Sarah mempertahankan dirinya.
          “Tahu niat Sarah tu baik. Tapi hal macam ni kita kena bincang dulu dengan Alia. Ilham tu anak Alia, Zafrul pula suami dia. Kita tak boleh simply masuk campur Sarah. Haikal tak nak kerana benda ni nanti Alia marahkan Sarah.” Nasihat Haikal lagi.
          “I dah cakap dengan dia tapi Alia tu degil. Dia tak nak dengar cakap I. Sampai bila dia nak sembunyikan hal Ilham dari Zafrul.” Keluh Sarah lagi.
          “Macam ini. Apa kata kali ini biar Haikal bincang dengan Alia. Tapi sebelum tu Haikal nak kepastian dulu. Adakah apa yang Haikal fikirkan ini betul atau tidak. Boleh?” Haikal mampu membuat Sarah mendengar kata-katanya.
          “Boleh.”
          “Haikal nak pastikan benda ini. Alia isteri Zafrul dan Ilham itu anak Zafrul. Mereka berpisah dan Zafrul tak tahu yang dia ada anak bersama Alia. Betul tak?”
          “Betul. Tapi Zafrul dengan Alia tu tak bercerai lagi. Hanya berpisah je.”
          “Kalau macam tu biar Haikal yang cakap dengan Alia je. Tapi Sarah kena janji selepas hal ini selesai Sarah kena terangkan semuanya pada Haikal. Okay?“ Haikal menunjukkan karismanya  sekarisma mungkin mana tahu kali ini Sarah akan terpikat padanya pula.
          “Okay. Jom lah.” Gesa Sarah pada Haikal. Cepat saja Sarah melangkah masuk semula ke pejabat Alia di ikuti oleh Haikal.



          Haikal duduk di hadapan Alia. Sarah pula melabuhkan punggungnya di sebelah Alia. Mereka masing-masing bersedia dengan senjata memujuk. Alia mengangkat muka memandang sayu ke wajah-wajah di hadapannya.
          “Alia, I dah laporkan hal ini pada pihak polis. Sekejap lagi pihak polis akan sampai ke sini.” Haikal memulakan mukadimah bicaranya.
          “Thanks.”Itu saja yang Alia mampu ucapkan dengan nada yang sayu.
          “Alia. Sarah ada bagitahu I tentang Zafrul. Betul ke you tak nak bagitahu Zafrul tentang Ilham? Ilham kan anak dia juga.” Lembut sekali suara Haikal berbicara. Alia terus memandang Haikal kemudian beralih pula pada Sarah.
          “Aku minta maaf. Ini yang terbaik buat kau Lia.” Ujar Sarah yang tahu Alia marahkan dirinya yang membocorkan rahsia.
          “ I tak nak bagitahu dia Haikal. Selama ini dia tak pernah ada dalam hidup I dan Ilham dan I biarkan keadaan itu buat selamanya kalau boleh. Kami tak perlukan dia pun.” Tegas Alia. Dia tak mahu kalau Zafrul tahu tentang Ilham. Tak perlu pada dirinya untuk memberitahu, ‘kesilapan’ lelaki itu dulu membuahkan hasil.
          “Alia, sekarang I bercakap dengan you sebagai kawan dan peguam you. Sebagai kawan I rasa you perlu bagitahu pada Zafrul tentang Ilham kerana mungkin dia boleh bantu you selamatkan Ilham. Sekarang ini kita masih tak cukup duit lagi untuk selamatkan Ilham.” Belum habis Haikal memujuk, Alia sudah bangun menuju ke arah meja kerjanya. Diari hitam itu di buka sehelai cek di keluarkan dari dairi itu.
          “Ini satu juta. Ini boleh bantu kita.” Alia meletakkan cek itu di atas meja. Wajahnya penuh ketegasan di wajahnya.
          “Itu baru satu juta Alia. Bagaimana lagi dua juta. You yakin ke you mampu kumpulkan dua juta dalam masa yang singkat? Itu satu. Sekarang I nak bercakap dengan you sebagai seorang peguam. Hal ini dah jadi kes polis. Pihak polis akan tanya hal ayah Ilham dan kita tak boleh nak sembunyikan hal ini. Kalau tak dari mulut you Zafrul akan tahu juga dari pihak polis. Ketika itu mungkin ruang rundingan antara kita semua akan tertutup. Kiranya Zafrul tahu dan Zafrul minta hak penjagaan Ilham, dia boleh menggunakan alasan you menyembunyikan Ilham selama ini sebagai bukti yang kukuh. Daripada dia tahu dari mulut orang lain. Baik dia tahu dari mulut you Alia.” Hujah Haikal. Alia terduduk mendengar. Ya, itu rasional kenapa dia perlu memberitahu Zafrul tentang Ilham. Esakkan kembali berlagu buat Alia.
          “Haikal, tolong I callkan Zafrul.” Pinta Alia perlahan. Haikal menjalankan tugasnya dia seperti yang di pinta. Haikal menunggu talian di sambungkan. Sebalik talian di sambungkan dia meminta Zafrul menunggu sebentar.


          Zafrul terkejut melihat satu no asing di telefon bimbitnya. Entah siapalah yang menghubunginya. Zafrul terus menjawab talian itu. Sebalik talian bersambung dan salam berbalas, Zafrul terkaget sebentar apabila tuan punya suara memperkenalkan dirinya sebagai Haikal. Mendengar nama itu dia terus teringat Haikal yang mesra bersama Alia. Entah kenapa Zafrul dapat mengaggak itulah lelaki yang berada di talian hujung sana. Zafrul hanya menurut bila Haikal memintanya menunggu sebentar. Sebelum dia mendengar suara Alia. Suara Alia yang lepas menangis atau sedang menangis.
          “Assalamuallaikum.” Serak esak suara Alia kedengaran. Menyuntik sejuta kerisauan dan rasa cemas di hati Zafrul.
          “Waalaikumsalam, Alia. Kenapa ni? Kenapa menangis?” Tak menunggu lama Zafrul terus bertanya.
          “Ilham kena culik. Anak I kena culik.” Kenyataan itu menyentak minda dan hati Zafrul. Anak? Anak Alia? Dengan siapa?
          “Alia. Apa hal ni? Siapa Ilham?” Tanya Zafrul. Dia cuba menahan rasa hatinya yang berkocak hebat.
          “Ilham anak I. Harta paling berharga buat I.” Kali ini esak tangis Alia kembali pecah di corong telinga Zafrul.
          “Anak you? Dengan siapa?” Lantang suara Zafrul bertanya. Nyata-nyata dia menjerit di hujung sana.
          “Dengan orang yang menyatakan I adalah satu kesilapan empat tahun lalu. Ilham anak I hasil kesilapan you. Sekarang anak I kena culik. Anak I hilang.” Kedengaran raungan Alia di hujung talian sebelum talian di matikan.


p/s Sorry lbt upload... sesibuk bebenor skrg... well InsyaAllah Iman akan upload lagi... cerita ni tinggal 2-3 episode lagi dah nak tamat... huhu... jgn lupa komen ye...

8 comments:

Anonymous said...

salam...
pendeknya...
xpuas bc....
tp best la...

bidadari cinta said...

ha'ah la..
pendek sgt.
betul2 x puas baca..
iman,pls sambung cepat!
hehe...

MaY_LiN said...

akhirnya..
tau gak zafrul..
asik nak ngamuk je zafrul ni

nursya said...

ala x kn lg 2-3 episod je lagi...
pendeknyer...
huhuhu...

hai ape la reaksi si zafrul nie...
jgn asik nk sakitkn ati alia da ler...
nti lari lg si alia nie ngn ilham..

IVORYGINGER said...

Iman napa pendek sgt.
Bt la panjang2ckit.
ceta mcm best ja.
klu pendek bnyk yg tgantung.
xbest la camtu. huhuhu...
anyway keep up writing ya. :)

hasnah said...

dear iman...cepat2 upload ya iman..di sini x sabar nak tahu kesudahan cite ini!!

Yong said...

la nape wat pendek bebeno, kan boleh je kasi panjang cter ni. sambung la kasi byk episod. please.......

Anonymous said...

huwaaaaa....
pendek sesgt...
lenkali ih pepnjg ag..
fhm EXAM kan..

pepun...gud lak n keep writting...

ni 1st time 4low citer k.iman yg x siap ag....
>>niCk<<