“Siapa dia Alia? Pengganti atau mangsa baru?” Soalan itu bergema lagi di bibir Zafrul. Sungguh membuatkan Alia cukup sakit hati. Apa masalahnya yang Zafrul hendak perbesarkan sangat tentang hal itu.
“Saya ajak awak masuk ni. Bukan nak berbincang soal itu. Ada yang lebih penting yang boleh kita bincangkan.” Alia cuba menyuntik ketenangan dan kesabaran. Lagipun bukan semata-mata dia mengajak Zafrul masuk berbincang. Niatnya mengajak Zafrul masuk ini kerana dia ingin Zafrul tahu tentang kehadiran Ilham.
“Bincang… Tentang apa? Satu juta yang aku berikan pada kau dulu tak cukup? Kali ini kau nak berapa banyak pula? Sama tak bayaran yang kau kenakan pada Haikal?” Satu sindiran yang menusuk ke kalbu. Sungguh menusuk hinggakan terbatal niat Alia untuk memberitahu tentang Ilham. Kesabarannya pecah. Ketenangannya melayang.
“Jaga sikit mulut awak.” Pedas Alia mengingatkannya.
“Kenapa pula? Kau terasa. Bukan itu kebenarannya. Kau tarik perhatian lelaki-lelaki kaya untuk hidup senang. Untuk popular. Restoren ini, lelaki kaya mana pula yang kau jerat?” Makin menjadi-jadi keceluparan Zafrul. Jika Zafrul ingin dia tercabar, anggaplah Zafrul sudah berjaya dengan jayanya.
“You tak ada hak nak tuduh I macam tu. Lagipun apa yang I lakukan dah tak ada kena mengena dengan you. Siapa you nak hukum I?” Bentak Alia. Cukuplah selama ini dia pendamkan saja.
“ I suami you, Alia.” Zafrul sendiri tidak tahu dari mana pengakuan itu keluar dan kenapa pengakuan berani mati itu keluar dari bibir Zafrul.
“Suami? You dah lupa ke yang you dah bertaklik pada I dulu? Nak I ingatkan you?” Sinis bibir Alia menuturkannya. Rasanya tidak perlu dia sopan dengan lelaki seperti Zafrul. Buat menyakitkan hati saja.
“Tapi you tak tunaikan? Mahkamah tak hubungi I pun tentang hal ini. I yakin you masih isteri I lagi.” Penuh yakin Zafrul menuturkannya walau sebahagian hati kecilnya terselit rasa cuak yang dalam.
“Mana you tahu I tak tunaikan. Macam mana kalau I tunaikan tapi I tak hubungi mahkamah? Let me tell you something Encik Zarul. Sejak hari you ucapkan taklik itu, I rasa you dah tak ada hak nak campuri hidup I lagi. Apa yang I nak lakukan dan yang berlaku dalam hidup I. Itu hak I. So back off and stay away from my business. I tak ada masa untuk melayan tuduhan you pada I. I banyak kerja nak buat, I glad if you just leave me alone.” Secara sinis dan lancing Alia membalas segala hujah Zafrul. Zafrul tergamam dan terdiam di buatnya.
“Go home Zafrul. Mind your on business.” Kali ini secara terangan Alia menghalau. Memang termati terus niatnya untuk berbicara soal Ilham pada Zafrul. Apa pentingnya dia memberi Zafrul tentang Ilham, sedangkan lelaki itu belum tentu lagi akan mengaku Ilham itu sebagai darah dagingnya.
Zafrul faham kehendak Alia yang menghalaunya. Kalau orang tak gembira dia berada di situ, untuk apa dia nak menanti lagi. Zafrul bangun lalu melangkah keluar tanpa sebarang pesanan dan mungkin dalam keadaan yang marah.
Alia hanya memerhati Zafrul keluar. Dia kesal dengan apa yang terjadi. Adakalanya dia terfikir kenapa perlu dia dan Zafrul bertemu jika tiada bahagia yang bertandang. Namun dia tahu apa yang terjadi segalanya ada hikmah yang tersembunyi.
“Ya Allah. Buat penat selama ini kau cari dia, kalau kau nak buat macam tu lah Zaf. Kesian dia. Nasib baik Alia halau kau je. Dia tak pulak sampai nak lempang kau, kalau aku memang dah lama penampar sulung, penumbuk sulung, penendang sulung segala jenis sulunglah naik ke muka kau tau. Mulut kau tu hish memang tak ada insurans. Lepas ni aku jamin Alia tak kan nak jumpa kau lagi.” Iqbal meleteri Zafrul. Khabar yang Zafrul bawa ketika pulang dari bertemu Alia memang memeningkan kepala otaknya. Ikutkan sangat perasaan.
“Kau nak salahkan aku pula? Dah dia memang… Arghhh” Zafriul menghempaskan kegeramannya. Tadi Iqbal beria-ia menyeelahinya ketika dia bercerita tentang reaksi Alia yang menghalau dirinya. Namun apabila dia jujur memberitahu apa kata-kata yang dia lemparkan pada Alia, sokongan Iqbal terus berubah.
“Dah memang salah kau. Zaf, kau fikir sendiri siapa tak marah kalau kau lambung maruah dia? Kau sedar apa yang kau katakan pada Alia seperti Alia tu seorang pelacur. Dah betul Alia tu marah. Kau pun satu, ini kali pertama kau jumpa dia kau dah tak boleh tahan perasaan kau. Kau dah tuduh dia macam-macam. Kalau macam ini baik kau tak payah jumpa dia langsung. Kalau jumpa pun kau sakitkan hati dia je buat apa.” Sela Iqbal lagi.
Zafrul terduduk di buatnya. ‘PELACUR’. Dalam banyak-banyak perkataan yang keluar dari mulut Iqbal, satu perkataan itu yang menyentap hatinya. Benarkah sebegitu kejam tuduhan ku pada Alia? Kini hati minda Zafrul mengkhianati hatinya yang sedang marah.
“Aku tak ada niat nak tudh dia macam tu. Aku suami dia Iq, mestilah aku marah kalau nampak dia dengan lelaki lain. Mesra pula tu. Aku sakit hati. Dia isteri aku Iq. Aku tahu dia masih isteri aku walaupun dia tak mengaku.”Keluh Zafrul perlahan. Kesian pula Iqbal mendengarnya.
“Kaun pasti dia masih isteri kau? Mana tahu betul kalau dia dah tunaikan cek tu.” Ragu Iqbal. Soal kahwin cerai ni bukan boleh buat main.
“Aku pasti Iq. Kalau betul dia pernah tunaikan, pasti akaun aku dah berkurangan. Lagipun tentu pihak bank telefon aku untuk sahkan. Satu juta bukan nilai yang sikit Iq. Duit itu masih ada dalam akaun aku. Sebab itu aku pasti dan kerana itu aku kecewa, sakit hati bila Alia tak nak mengaku yang dia masih lagi isteri aku.” Adu Zafrul lagi.
“Aku tahu kau sakit hati dan aku pasti sekarang Alia pun sedang sakit hati. Kau dah ulang kesilapan kau empat tahun dulu sekali lagi Zafrul. Aku rasa kau bagilah Alia tu sedikit waktu untuk bertenang dulu. Esok kau nak ke Sarawak kan? So take time, sebelum kau hampiri dia lagi. Itu yang terbaik.” Nasihat Iqbal. Ingin dia menghentam lagi takut lenyek pula Zafrul nanti.
“Mungkin itu yang terbaik buat kami.” Akui Zafrul. Dia sendiri perlukan waktu untuk berfikir. Perlukan masa untuk dirinya sendiri.
Alia terduduk di lantai restorannya. Sudah tidak kisah mata pelanggan yang memandang. Surat berserta gambar yang dia terima menyesakkan kepalanya. Mengacau bilaukan hatinya. Rasa yang dia rasai sekarang lebih teruk dari rasa sakit yang pernah dia rasai ketika bersama dengan Zafrul dulu. ILHAM…
“Alia, kenapa ni?” Sarah, teman baik Alia yang kebetulan ada di situ terus mendekati Alia. Terkejut juga dia dengan reaksi Alia.
“Ilham, Sara… Ilham anak aku.” Alia sudah tak mampu berkata-kata. Mindanya pegun begitu juga kaku bibirnya untuk meneruskan kata.
“Kenapa Ilham?” Tanya Sarah sambil mengambil helaian kertas dan gambar di tangan Alia. Di dalam gambar itu kelihatan Ilham yang sedang nyenyak tidur. Sarah yang kian berdebar terus membaca helaian kertas yang tertulis dengan dakwat merah itu. Mengucap panjang Sarah. Ilham di culik.
ANAK KESAYANGAN KAU ADA DENGAN AKU KALAU KAU MAHU DIA SELAMAT. SEDIAKAN 3JUTA TEPAT 8MLM INI AKU AKAN HUBUNGI KAU.
JANGAN HUBUNGI POLIS KALAU KAU TAK NAK TENGOK MAYAT ANAK KAU.
“Macam mana ni Sarah? Anak aku Sarah. Anak aku.” Deraian air mata Alia mula mengalir. Sarah cepat menarik Alia ke pelukkannya untuk meredakan hati Alia
“Insya Allah, Ilham akan selamat. Aku hubungi Haikal. Haikan tentu boleh tolong.” Sarah cuba menyedapkan hati Alia dan hatinya sendiri.
“I tak ada duit sebanyak tu Haikal. Kalau I pajakkan perniagaan I pun I cuma boleh kumpulkan paling banyak 2 juta saja.” Alia pening memikirkan untuk membuat tebusan.
“Kita laporkan pada polis Alia.” Sekali lagi Haikal cuba memujuk Alia melaporkan pekara ini pada pihak polis.
“Tak nak. Nanti nyawa Ilham? I tak nak.” Alia tak sanggup mengambil risiko itu. Ilham satu-satunya buah hatinya. Tak mungkin…
“Alia, aku rasa Haikal betul kita perlu lapor pada polis. Sekarang ini pun kau tak ada duit sebanyak tu. Insya Allah pihak polis boleh tolong.” Sarah berusaha memujuk lagi.
“Aku takut Sarah.”
“Aku tahu kau takut Alia. Aku pun takut juga. Tapi penting kita laporkan pekara ini pada pihak polis. Ini untuk keselamatan Ilham juga.” Pujuk Sarah lagi. Kali ini Sarah berjaya. Alia menganggukkan kepalanya.
“Tapi aku tak ada duit sebanyak itu Sarah. Lainlah kalau aku pajakkan kedai aku ni dan tunaikan cek…” Itu saja jalan yang Alia nampak buat masa ini. Pajakkan kedainya dan tunaikan cek yang telah membeli maruahnya empat tahun lalu. Hanya itu cara yang dia ada sekarang.
“Tunaikan cek itu? Daripada kau tunaikan cek itu kenapa tak kau beritahu pada Zafrul hal Ilham? Alia aku tahu kau sayang kan cek itu. Kalau tidak dah lama kau tunaikan. Tak perlu kau bersusah payah berdiri dari bawah macam dulu. Aku tak benarkan kau tunaikan cek itu. Itu harta yang paling kau sayang.” Tegah Sarah. Dia tak mahu Alia menyesal nanti.
“Aku lebih sayangkan Ilham, Sarah. Aku lebih sayangkan Ilham.”
8 comments:
zafrul ni memang la...
mulut takde insurns...
geram betul la...
sambung lg yer..
o-o..
tragis nye..
zafrul ni memang nak kena ni..
hohohoho....
jgn la lia tunaikan cek 2...
mst jtuh talak kat lia....
lia prgilah mtk tlng kat zafrul...
mst ngn snang ati dia nak tlng...
lgpun ilham 2 ank zafrul jg...
jgnlah dorg brcerai...
please.....
cheque tu mmg takde date ke..
takkan post dated kot..
ya lah kan..xde tulis tarikh la kot..tp cek kan ada tempoh lakunya..
OMG !!..alia, jgnla ko tunaikan cek tu..
bg tau jela kat zafrul..
sure dia leh tlg punye...
tp ye ker..takut si zafrul tu x nk ngakula plk tu anak die..
hei..ssh2..
iman, next entry pls...
huhuhu...
sedey la plak..
harap2 zafrul nk tlg...
klw x 2-2 nganga...
iman nk lg...
tunai je cek tu. seorang wanita kena cekal. jangan biarkan diri anda dipermainkan oleh lelaki. apa erti sebuah ikatan,jika ia jadi bahan gurauan
Post a Comment