Iqbal menunggu kedatangan Zafrul dengan penuh sabar pagi itu. Beberapa kali juga dia menjenguk pintu pejabat Zafrul. Rasanya hanpir setiap 15 minit dia menekan intercom bertanyakan Zafrul. Inilah akibatnya. Teringin sangat nak bagi Zafrul kejutan alih-alih dia yang tak sabar.
“ Encik Iqbal. Encik Zafrul dah sampai.” Kedengaran suara Nura, setiausaha Zafrul memaklumkan padanyan tentang kehadiran Zafrul.
“Terima kasih.” Iqbal mengucapkan terima kasih pada Nura. Dia pantas berdiri dengan membawa khabar metro di tangannya. Bukti kejutan yang dia bawa buat Zafrul.
“Assalamualaikum.” Iqbal memberi salam sebaik masuk ke pejabat Zafrul yang berona biru muda itu. Zafrul ketika itu baru saja membuka laptopnya hanya memjawab salam.
“Zaf. Rugi kau tak ikut aku semalam. Tempat tu memang bestlah. Pada kau mesti lagi best. Aku pastilah lepas ni kau mesti selalu bertandang kat situ.” Iqbal memancing reaksi dari Zafrul.
“Iye ke? Best sangat ke makanan dia?” Zafrul bagai minat tak minat saja untuk mengetahui cerita di sebalik makan malam Iqbal.
“Best. Makanan dia, suasana dia memang first class la. Pemilik dia pun cantik. Aku pastilah kalau kau nampak pemilik dia mesti kau akan jatuh cinta pada dia.” Iqbal masih lagi memancing harap-harap pancingnya kali ini akan terkena.
“Iye ke? Mungkin tidak. Hati aku dah terikat Iq.” Zafrul belum lagi menunjukkan minatnya pada perbualan Iqbal.
“Aku pasti Zaf. Kau tak percaya. Kau tengok metro hari ini. Pemilik dia keluar paper.” Iqbal menunjukkan Metro di tangannya.
“Kau ni Iq macam tak kenal aku pulak. Aku tak mungkin… Dahlah aku nak sambung kerja ni.” Zafrul menolak. Langsung tak menjeling pun pada Metro yang di bentangkan oleh Iqbal. Panas hati Iqbal di buatnya. Kenapalah dia dapat kawan batu macam ni.
“ Betul kau tak nak kenal pemilik dia. Pemilik Atlantic Dreamer, Alia Qaisara Binti Ahmad.” Iqbal mengambil jalan terakhir mencairkan hati batu Zafrul. Kali ini caranya berkesan. Zafrul memberi reaksi. Tangannya mencapai Metro di hadapannya. Wajahnya berubah. Sukar untuk di tafsirkan apa perasaan Zafrul ketika itu. Yang paling nampak di wajahnya adalah sinar tidak sabar.
“Aku dan Rita nampak dia semalam. Mulanya aku tak pasti. Bila dia senyum pada kami, baru aku perasan. Betulkan orangnya Zaf?” Iqbal tersenyum manis pada Zafrul yang nampak tak sabar dan tak percaya.
“Sememangnya dia, Iq. Aku nak pergi jumpa dia. Aku…” Zafrul sudah kelam kabut. Dia berdiri mencapai kunci keretanya.
“Pergilah. Pujuk dia. Jangan memaksa pula.” Iqbal sempat memberi pesanan buat temannya itu. Zafrul hanya mengangguk.
“Terima kasih Iq. Terima kasih.” Zafrul sungguh berterima kasih pada temannya itu. Hari ini dirasakan hatinya hidup kembali.
“Terima kasih Haikal.” Alia mengucapkan terima kasih pada Haikal. Haikal adalah peguam yang di lantik olehnya untuk menguruskan pengambil alih sebuah restoren di Johor Bahru sebagai cawangan ketiga Atlantic Dreamer.
“Sama-sama Alia. Tak ada bendalah Alia. Ini bukan kali pertama pun kita berkerjasama. Lagipun you kan dah belanja I makan ni. I dah lambat ni I kena pergi. I ada meeting lagi.” Haikal membalas sopan sambil meminta diri. Dia suka berkerjasama dengan Alia. Alia adalah pelanggan yang tak cerewet dan baik.
“Well, I memang perlu terima kasih pada you. Pasal you pekara ni cepat je selesai. Marilah I hantar you ke depan.” Alia menawarkan diri untuk menghantar Haikal ke muka pintu.
“ Jomlah. Bangga I di hantar oleh pemilik restoren ternama yang cantik macam you.” Usik Haikal.
“Ada-ada je you ni.” Alia menampar lembut bahu Haikal. Segan pula dia di puji begitu oleh lelaki, walaupun dia sudah biasa dengan Haikal.
Beberapa langkah Alia melangkah, kakinya terpelecok disebabkan oleh tumit kasut tingginya yang agak tidak stabil. Hampir saja Alia hilang kawalan pada kestabilan dirinya kalau Haikal tidak cepat memaut tubuhnya. Buat sebentar Alia bergantung pada Haikal untuk menstabilkan diri.
“Thanks.” Ucap Alia sedikit segan dengan keadaan itu. Haikal hanya mengangguk. Dia tahu Alia segan.
Zafrul sampai di hadapan restoren dan di sambut mesra oleh seorang pelayan. Zafrul bertanyakan pejabat Alia pada pelayan itu. Namun belum sempat pelayan itu menjawab, matanya sudah boleh menangkap susuk tubuh Alia yang berbual dengan seorang lelaki.
Mulanya Zafrul tidak kisah. Di mindanya memikirkan itu hanya pelanggan Alia. Dia bukan stok lelaki cemburu. Namun perasaan itu berubah. Senyumnya mati. Panas hatinya apabila Alia bertepuk tampar dengan lelaki itu. Mendidih darahnya hingga ke kepala apabila melihat lelaki itu memaut tubuh Alia. Nampak mesra sekali. Adakah itu pengganti dia?
Zafrul memerhatikan pasangan itu berjalan ke arahnya. Semakin dekat semakin jelas pandangannya di wajah lelaki itu. Dia kenal pemuda bersama Alia itu. Itu Haikal, peguam yang pernah meminta khidmatnya untuk mereka sebuah rumah buat hadiah untuk yang tersayang. Mungkin sekali rumah rekaannya itu buat hadiah Haikal pada Alia.
“Encik Zafrul?” Zafrul tak sangka Haikal akan menegurnya. Zafrul tiada pilihan lain selain menyambut salam itu.
“Encik Haikal. Baru habis makan ke?” Zafrul saja berbasa basi. Tadi dia nampak ada perubahan di wajah Alia. Namun gelora itu hanya sebentar apabila wajah itu kembali tenang.
“Ye. Encik Zafrul nak buat tempahan ke? Tempat ni memang best.” Haikal sememangnya ramah. Zafrul tak menjawab. Hanya tersenyum, rasanya dia tak perlu memberi tahu untuk apa dia ke mari.
“Well, mari I kenalkan pada Encik Zafrul, ini Alia pemilik restoren ini. Alia, inilah arkitek yang buat rumah I tu. Lepas ini kalau you nak renovate. You bolehlah cari dia.” Haikal memperkenalkan kedua-duanya.
“Alia.” Alia menghulurkan salam. Padanya lebih baik dia berpura-pura tak kenal. Dia tak mahu kisah lampaunya dulu terbuka.
“Zafrul. Kami dah lama kenal Encik Haikal. Dah terlalu lama kenal sampai I dah cukup faham Cik Alia kita ni.” Suara itu kedengaran sungguh sinis dan pastinya ikhlas menyindir.
“Oh ye ke. Kalau macam tu. I bolehlah tinggalkan you berdua kat sini. I ada meeting lagi ni. Okay Encik Zafrul, nanti kita jumpa lagi. Alia, I balik dulu.” Haikal meminta diri pada mereka yang masih lagi berperang pandangan. Zafrul bersalaman lagi dengan Haikal. Alia menghantar Haikal dengan senyuman. Sebelum kedua-duanya kembali fokus dengan kehadiran masing-masing.
“Encik Zafrul nak buat tempahan ke? Saya boleh tolong uruskan.” Alia cuba bersopan dan sehabis tenaga mengawal tingkahnya agar lebih professional.
“ Pengganti atau mangsa baru?” Soalan daripada bibir Zafrul itu cukup Alia fahami. Rupanya empat tahun berlalu, lelaki ini masih belum puas menghinanya.
“Tak perlu kita membincangkan hal itu.” Dingin sekali Alia membalas. Dia tak mahu pergaduhan tercetus di sini. Di hadapan pelanggan dan pekerjanya.
“Betul ke kita tak perlu berbincang tentang hal ini? Tapi aku rasa kita perlu.” Zafrul menggesa. Mengenali Zafrul yang dulu sentiasa mengingatkan Alia bahawa lelaki di hadapannya kini seorang yang pendesak. Yang tak akan putus asa. Itu yang membuat Alia cuak. Zafrul perlu di bawa pergi dari sini.
“Kita berbincang di pejabat saya.” Alia pantas melangkah pergi. Zafrul mengikut jejak langkah Alia. Masing-masing ada agendanya tersendiri. Masing-masing ada benda yang perlu mereka bincangkan.
8 comments:
wah..dh jmp dh..
cpt2 smbg ek..x saba nih..hahahha..
hohohho...
ingtkan bila mrka jmpa blhlah lpaskn rnd....
ni sbliknya lak...
zafrul ni ego tul la....
dia x thu lg dia ada ank brsama alia...
pe pun nak alia ngn zafrul...
nak lagiii..
hehe
x sabar nak baca epsod strusnya...
ego la zafrul
entahla zafrul ni...
ego betul...
lagi yer cik penulis../
heheh
ala zafrul ni dh 4thun xjumpe..dh jumpe apekehal ckp camtu pulak..huhu..penangan kejelesan la tu..kih3..
nk lagi!!
ish ingtkan si zafrul nie da insaf...
ruper2nyerr blm lg yek...
nti alia bwk diri jauh2 br tau...
huhuhu...
nk lg...nk lg...
Post a Comment