Wednesday, April 14, 2010

Dengan Setiap Nafasku 1

Iman try nak sambung BIC... tp truly, tak ada mood nak mengolah tu... mood nak bergaduh tu tak dtg lagi lah... Sekarang tgh study week so tak jumpa musuh sejati... jd mood tu tak dtg.. tunggulah kalau iman rajin nak ke library n doalah iman terserempak dengan dia so biar mood gaduh tu dtg n Iman boleh sambung BIC... namun sebelum itu ini hadiah buat semua: Mini novel hasil dr berangan waktu mandi.. DENGAN SETIAP NAFASKU

BAB 1



DENGAN SETIAP NAFASKU.

           
            Alia duduk di kerusi pejabatnya sambil memerhati Ilham yang bermain-main dihadapannya. Ilham, cahaya hidupnya kini. Anak kecil kesayangannya yang berusia tiga tahun itu adalah bukti dari kenangan masa lalunya. Anak hasil itu adalah kebanggaannya walaupun ada ‘insan’ lain menyatakan itu hanya kesilapan yang tak harus berlaku.
Pada Alia, itu bukan kesilapan. Tiada silapnya apabila seorang isteri yang menjalankan tanggungjawabnya. Satu malam itu dirinya lengkap sebagai seorang isteri dan kerana satu malam itu juga hidupnya lengkap sebagai seorang ibu kini. Dia tak akan pernah kesali apa yang berlaku malam yang merubah hidupnya walaupun sudah lebih kurang empat tahun lalu, dia masih mengingati malam itu.


Lima tahun yang lalu, pada hari jumaat, 13 Mac 2005, dia sah bergelar seorang isteri kepada seorang suami yang tak mencintainya. Erti cinta dan percaya tiada dalam kamus mereka suami isteri. Kehidupan dirinya dan suami terlalu banyak kesangsian dan rasa curiga. Benar kata orang jika kita ingin mencari pasangan, carilah yang sepadan. Malah dalam islam sendiri menyarankan agar kita mencari pasangan yang sekufu. Itulah silapnya apabila dia menerima lamaran keluarga mertuanya dulu. Dia tak fikirkan semua itu. Darjat yang terlalu jauh bedanya.
Alia ingat dengan pendidikan yang tinggi boleh membuatkan dia terbang bersama dengan suaminya, namun dia silap, rupanya suaminya inginkan lebih dari itu. Suaminya inginkan seorang isteri yang setaraf dan boleh di banggakan. Bukan hanya seorang anak pasangan cikgu yang hidup serba sederhana. Setahun dia hidup bagai orang asing bersama suaminya. Dekat tapi jauh. Saban hari dia mendengar tuduhan demi tuduhan yang menyakitkan rasanya. Hadirnya di anggap tak lebih dari seorang perempuan pisau cukur di mata suaminya.
Sehinggalah satu malam, malam di hari jadinya yang ke 26 tahun. Malam yang mana pertama kalinya dia diraikan bak puteri oleh keluarga mertuanya yang sememangnya berbudi padanya. Malam yang menyaksikan buat pertama kali suaminya menjadi seorang suami buatnya. Layanan yang baik dan tutur kata yang membuai rasa di akhiri dengan satu kenangan yang mengangkat dirinya sebagai isteri. Pada malam hari lahirnya ke 26 tahun itulah malam pertama. Satu-satunya malam yang bahagia yang pernah dia lalui selama 366 hari dia bergelar sebagai seorang isteri. Besar harapan Alia, yang malam itu akan menjadi titik perubahan dalam hidupnya. Namun ketentuan Allah lebih besar daripada itu. Ujian kesabarannya datang pada keesokkan harinya.
“Aku tak tahu macam mana benda ni boleh terjadi semalam. Tapi ini semua salah. Ini hanya kesilapan. Aku… minta maaf tapi ini hanya kesilapan yang tak seharusnya berlaku. Kita perlu berbincang. Kau datang office aku tengah hari nanti.” Hampir terduduk Alia di muka pintu bilik air ketika mendengar ucapan Zafrul yang merangkap suaminya itu.
 Pagi yang sepatutnya di hiasi dengan bisikan cinta hilang berganti dengan luahan kesal suaminya. Peristiwa yang paling bermakna buatnya hanya satu kesilapan. Berkali-kali dia berusaha baru dia mampu meyakinkan dirinya yang dia tidak silap dengar. Sememangnya kekesalan itu datang dari suaminya. Dia tidak mamai, dia baru usai mandi ketika suaminya berkata-kata. Dia dalam keadaan paling segar ketika itu. Jadi kesimpulannya dia memang tidak silap dengar.


            Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap ujian Allah itu datang pada umat yang dia sayangi. Namun Alia manusia biasa yang punya kelemahan. Dengan sisa maruah diri yang tinggal, Alia hadirkan dirinya di pejabat Zafrul buat pertama kali dengan satu tekad. Hari ini dia tidak akan lagi tunduk. Kesabarannya sudah sampai ke puncak.
            “Semalam hanya kesilapan. Aku tak sangka pekara itu boleh berlaku.” Mukadimah Zafrul masih dia ingati. Malah setiap kata yang keluar dari mulut Zafrul masih segar dalam ingatan dia sampai sekarang.
            “ Kenapa? Awak takut saya jadikan itu alasan untuk bolot harta awak?” Hilang rasa hormat Alia pada Zafrul. Dia tak perlu kepastian dari Zafrul kerana wajah Zafrul jelas menyatakan tekaannya betul. Iyalah selama ini pun dia hanya pisau cukur di mata Zafrul.
            “Aku bukan nak menuduh tapi aku perlu berjaga-jaga. Kau sebut berapa saja kau nak untuk tutup hal semalam. Aku…” Kata-kata Zafrul itu membuatkan Alia rasa maruahnya serendah anjing kurap di tepi jalan.
            “Saya nak satu juta bukan saja untuk hal semalam saja tapi untuk saya tinggalkan awak juga. Sekurang-kurangnya berbaloi usaha saya selama ini.” Alia merasakan itu saja jalan yang tinggal buatnya. Kalau benar itu anggapan suaminya, perlu apa dia terus bersama Zafrul. Biarlah begini akhirnya kisah mereka.
            “Satu juta. Saya akan masukkan duit tu dalam akaun awak nanti.” Zafrul berkata-kata sinis sambil di selitkan dengan rasa tidak percaya. 
            “Tak perlu masukkan dalam akaun. Saya nak cek sekarang juga. Sebaik saya tunaikan cek itu, awak tak perlu takut kerana masa itu saya tidak akan lagi menganggu awak.” Alia berkata tegas. Entah kenapa hatinya tergerak berkata demikian. Mungkin hasrat hatinya untuk menyakiti Zafrul. Sekali lagi Alia nampak senyuman sinis di bibir Zafrul.
            “Baiklah. Satu juta ringgit sahaja. Saya bertaklik sebaik awak, Alia Qaisara binti Ahmad menunaikan cek ini maka jatuhlah talak satu ke atas awak.” Setenang Zafrul menuturkan lafas itu setenang itu Alia menerimanya. Mungkin inilah ketentuan buat mereka.
            Tengah hari itu, kali terakhir Alia bersua muka dengan Zafrul. Alia pergi dari hidup Zafrul. Alia hanya keluar dari rumah mereka dengan dokumen penting saja. Tidak lebih daripada itu. Kelulusannya di gunakan sebaiknya. Dia bekerja sebagai pereka dalaman dan landskap di sebuah syarikat kecil.
Tiga bulan membina hidup sendirian, dia di sahkan hamil. Sepanjang kehamilan tak sedikitpun dia merasakan payah. Mabuknya pun sekadar mabuk pagi sahaja. Malah rezeki anak yang dikandungnya, Alia mendapat tawaran dari seorang temannya untuk membeli restoren temannya. Temannya Suria, ingin mengikut suami ke Mesir itu ingin menjualkan restoren padanya. Sedikit pinjaman dan dari wang simpanannya, Alia membeli restoren itu dan Alhamdulillah kini dia mampu berdiri senang dan megah.


“Ibu.” Suara si kecil menarik Alia dari kenangan bertahun lalu ke alam nyata. Entah bila Ilham sudah berada di hadapannya. Ilham Zikri, permata hatinya yang banyak memberi Ilham padanya.
“Ibu.” Suara kecil itu memanggil lagi. Kali ini sedikit kuat. Mungkin marah, apabila kehadirannya tak di hiraukan.
“Ye sayang. Ibu dengar. Ilham nak apa? Sayang lapar ke?” Alia menarik Ilham duduk di atas ribanya. Pipi si comel itu di cium bertalu-talu.
“Tak. Ilham nak ais-krim. Ibu jom kita makan ais krim.” Alia tersenyum dengan permintaan Ilham. Permintaan yang selalu mengingatkannya pada Zafrul. Ya Zafrul juga suka makan ais krim. Mata Zafrul, hidung Zafrul, dan bibir Zafrul ada pada Ilham. Hanya telinga dan rambut Ilham mengikut dirinya. Manalah dia tak teringatkan Zafrul. Kalau hari-hari dia menatap wajah itu di raut Ilham.
“Ibu, nak ais krim.”Rengek si kecil lagi. Alia hanya tersenyum melihat wajah manja itu. Wajah yang menceriakan setiap harinya.
“Okay. But give me a kiss first.” Alia menyuakan pipinya pada Ilham. Ilham, dengan senang berdiri di pangkuan Alia, mencium wajah mamanya bertalu-talu. Meletus ketawa Alia di buatnya. Bahagia. Di sebalih setiap air mata yang dia titiskan dulu, inilah barisan senyuman yang tersembunyi.  


            

8 comments:

Sha said...

besttt...smbg la lagi..
bpe epi nih??

hana_aniz said...

bez2! tp, tak mo la tertggu2 lg..
huhuuh..

masyimalo said...

best iman..
jgnla wat pnjang sgt eh..x larat nk tunggu huhu..
smbung lg ye..

mizd said...

gd job iman..
besh sgt..smbg cpat2 ek

ha-ra said...

best la iman...
xsbar nk tgu nxt n3...

saadiah~~ said...

best2...
smbg cpt2 tau..

fhj said...

i like...
sambung2

xana said...

alolo..rasa cam sweet la cita nie..suka..huhu