Tuesday, May 25, 2010

Bebaskan Aku Cinta-1



BAB 1
kisah kita yang dulu.

      Nadilla menatap langit malam yang kelam dengan cukup penat. Bukan penat fizikal. Penat fizikal boleh di ubati dengan tidur yang lena namun penat minda. Penat minda, semuanya pun akan jadi penat. Semuanya akan jadi tidak tentu arah.
          Hati Nadilla sudah tak mampu bertenang. Hatinya kembali merasakan perasaan yang satu ketika dulu pernah menjengah dan menghuni hatinya. Perasaan yang satu ketika dulu pernah hadir membawa titisan airmata di wajahnya. Aduh sakit sungguh rasa ini tak tertanggung pula rasanya untuk di hadapi untuk kali kedua.
          Kisah yang sudah lama ingin Nadilla lupakan dan dia hampir berjaya lupakan kini kembali di dalam bayangan kotak ingatannya. Satu-persatu bermain bagaikan sebilah belati yang menghiris kembali sisa-sisa luka lama yang baru saja ingin menghilangkan diri.

*******************

          Tiga tahun sudah sejarahnya bermula apabila Nadilla mengenali Taufiq. Ketika itu dia hanya seorang fresh graduated yang baru mula mencipata kerjaya di Sinar Holding. Prolog kisahnya mula mencatat lebaran baru di dalam hidup Nadilla apabila dia mengenai Taufiq ketika bertugas di syarikat lamanya dulu. Taufiq merupakan head of admin, jabatan yang menempatkan Nadilla ketika itu yang merupakan salah seorang eksekutif muda di syarikat itu.
 Entah macam mana dan apa yang berlaku di dalam otak si Taufiq. Lelaki itu boleh saja mencerna idea cara-cara membuli Nadilla Binti Adha . Buli itu perkataan terbaik yang Nadilla boleh keluarkan kerana sesungguhnya Nadilla merasakan dirinya sememangnya di buli oleh Taufiq Bin Adam.
 Cara Taufiq membuli memang lain dari lain bagi Nadilla. Lelaki itu tidak mengunakan kekerasan untuk membuatkan Nadilla penat namun lelaki itu menggunakan otak membuatkan Nadilla penat dengan bergerak ke sana ke mari dengan fiil Taufiq yang entah apa-apa itu.
Taufiq berkata pada Nadilla: ’YOU ARE MY BEST FRIEND.’ Kawan baik lah sangat. Bukan Nadilla tidak tahu yang Taufiq membuli dirinya dengan melantik dia menjadi kawan baik. Bagi Nadilla pula Taufiqlah kawan yang tak baiknya. Bukan tak ikhlas ke? Nak mengutuk ke? Tapi masalahnya Nadilla dah puas melarikan diri dari Taufiq dalam sesi buli membuli ni. Namun Taufiq tetap juga hebat mencari helah membuatkan Nadilla terduduk pegang bendera putih di dalam usahanya itu. Mana nak cari kaki buli yang pro macam Taufiq ni?
Ketika tu ke hulu ke hilir Taufiq mengheret Nadilla. Shopping, Nadilla juga dia cari. Pergi makan, Nadilla juga dia tarik. Balik kampung jumpa nenek dia, Taufiq paksa Nadilla jadi pemandu. Buli tak buli kalau dah gitu. Sikit lagi nak sakit jiwa Nadilla di buatnya. Boleh kata semua rahsia Taufiq tu dalam poket Nadilla lah. Cakap je nak trick yang mana? Semua ada dalam direktori Nadilla… tinggal nak key in dan tekan cari je tau.
Yang paling tak bestnya si Taufiq ni pada Nadilla adalah lelaki itu ada aweks. Aweks dia pula  huh sangatlah cantik. Budak kolej lagi. Memang jenis lelaki makan anak ikan lah si Taufiq ni. Itu yang permulaan pada lembaran untuk part yang tak best tu.
Opss jangan salah anggap apabila Nadilla kata yang tak best itu sebab dia cemburukan aweks Taufiq. Buang kes je dia nak cemburukan budak kolej tu. Nadilla bukan cemburu sebab dia ada aweks ke? Sebab aweks dia cantik ke? (walaupun memang ada cemburu sikit sebab kulit aweks dia cantik.  Itu je, lebih-lebih memang tak da hah.)
Tapi part tak best bagi Nadilla tu bermula apabila di suatu hari yang hening selepas makan sarapan waktu branch ketika itu ada sekeping cd sampai di atas meja Taufiq. Nadilla ingat lagi masa tu kelam kabut Taufiq mencari dia dengan membaca cd tersebut. Nadilla ingat Taufiq nak ajak dia pergi mana entah, tapi rupanya Taufiq hanya hendak bertanya dengan Nadilla yang ada tak bos besar cari dia. Itulah harinya. Hari mencatatkan sejarah buat diri seorang insan bernama Nadilla. Scene tu memang tak boleh lupa… Insan bernama Nadilla ini masih ingat lagi setiap patah perkataan yang di ucapkan pada hari itu dan kini bermain di kotak kepalanya?

**********

“ Dilla, bos besar ada cari aku tak?” Taufiq dengan muka tauhu basinya bertanya pada Nadilla yang sibuk meneliti borang cuti. Masa tu rasa nak saja Nadilla cari jantungnya yang mungkin dah terjatuh di sebabkan terkejut oleh sergahan tak beradab dari Taufiq.
“Waalaikumsalam bos. Tak ada pula bos besar cari bos. Kenapa?” Dalam pada menjawab itu Nadilla sempat memberi sindiran pedas buat Taufiq. Muka Taufiq ketika mendengar jawapan itu pula berubah dari tauhu basi terus jadi tauhu segar. Berseri-seri. Hish mamat ni aganya dan hilang skru kot, itulah segar walaupun di sindir.
Tanpa terima kasih, Taufiq terus ingin melangkah. Belum sempat dia nak begerak  jauh dari partition tu, telefon Taufiq pun berbunyi. Dia berbual sebentar, terus je muka dia kembali pucat macam mayat. Risau juga Nadilla kalau dia ni mati berdiri ke, ape ke? Kang tak pasal-pasal berhantu pula partition dia ni. Nadilla pula dengan baik hati pergi tanya pada Taufiq dengan soalan: Kenapa Boss? Huh… memang malanglah soalan dua patah perkataan tu. Tup tup Nadilla terasa dia di tarik untuk berdiri dan sedar-sedar saja dia sudah berada di dalam pejabat boss besar.
“ Saya tak ingat kalau saya minta awak bawa sekali Dilla dalam bilik saya ini Encik Taufiq.” Kata Tuan Haji yang merangkap bos besar syarikat ini. Satu penyataan itu bagai batu yang besar menghempap kepala Iman. Sungguh dia jadi segan apabila merasakan itu satu sindiran buatnya walaupun di tujukan pada Taufiq.
“Saya bawa dia kerana dia perlu ada di sini Tuan Haji. Dia teman wanita saya Tuan Haji.” Taufiq menjawab tanpa rasa bersalah. Nadilla di sebelahnya sudah terbeliak memandangnya. Di dalam hati Nadilla bertanya bila pula cap mohor dia teman wanita Taufiq di keluarkan. Tak sedapnya rasa hati.
“ Hmm... Kenapalah awak yang cerdik pandai ni Dilla boleh terlibat dengan budak yang tak berapa betul macam Taufiq. So Taufiq, awak rasa awak betul ke nak saya bincang hal ini dihadapan Dilla? Awak tahukan saya nak bincang soal cd menarik yang baru saya terima ni.” Tuan Haji menunjukkan satu sarung cd yang kosong. Nadilla tertanya-tanya apa isi kandungan cd itu?
“ Saya dan Dilla tiada rahsia Tuan Haji.” Taufiq berkata yakin. Niatnya hanya satu dengan ada Nadilla ada sini, Tuan Haji tidak akan mempertontonkan cd itu secara terang-terangan. Malu Taufiq.
“Jangan awak ingat dengan ada Dilla di sini saya tak akan tunjuk isi kandungan cd ini Taufiq. Saya nak kita berbincang dan habiskan soal ini di sini, hari ini juga. Ini soal maruah dan keperibadian. Saya tak akan bertolak ansur. Saya dah beri peluang pada awak tapi awak sendiri kata awak tiada rahsia dengan Dilla kan. Jadi tak salah kalau saya tunjukkan apa yang ada di dalam cd ini.” Tuan Haji mengingatkan lagi sebelum dia memusingkan monitornya ke arah Taufiq dan Nadilla untuk tontonan mereka.
Reaksi pertama Nadilla adalah tidak percaya. Matanya sungguh tidak percaya apa yang dia tontoni sekarang. Kemudian Nadilla mendapati tangan Taufiq menutup matanya. Kedengaran suara Taufiq melarangnya dari melihat lagi. Namun Nadilla perlukan kepastian, dia ingin tontoni sekali lagi.
 Berusaha Nadilla membuka tekupan tangan Taufiq di matanya, tapi tidak berjaya. Ianya terlalu erat. Apabila merasakan tidak mampu, Nadilla menyiku perut Taifiq yang berdiri di sebelahnya dan akhirnya pandangannya terang semula. Panorama di monitor itu kembali menjadi santapan matanya.
Reaksi keduanya adalah jijik dan mual. Sarapan karipap dan milo ais yang bermukim di perutnya tiba-tiba memohon untuk membuat operasi evacuation.  Nasib baik bilik Tuan Haji itu siap dengan toilet sendiri jadi mudah saja Nadilla melarikan tubuhnya ke dalam toilet dan memuntahkan apa saja yang ada di dalam taman perumahan perutnya. Mual dan Jijik. Selagi bayangan itu tidak hilang selagi itu banyak harta karun perutnya akan keluar.
“Okay tak ni Dilla?” Suara Taufiq bertanya. Tiba-tiba Nadilla merasakan ada usapan lembut di belakangnya yang tengah sibuk membongkok untuk muntah. Baru Nadilla perasan yang dia hanya menutup pintu bilik air itu tapi tidak menguncinya kerana sibuk ingin mengeluarkan penduduk perutnya yang memberontak.
“You rasa I okay ke? I jijik tau tak. Mual tengok. You pergi jauh-jauh. Jangan sentuh I.” Nadilla menepis sentuhan Taufiq.
“Janganlah macam ni. kau sakit tu. Lepas ni kita bincang. aku janji aku akan terangkan semuanya.” Taufiq masih lagi berdiri di samping Nadilla. Dia ingin kembali mengusap belakang Nadilla yang kelihatan sengsara melepaskan muntah itu, tapi dalam masa yang sama dia tak mahu Nadilla marah. Lalu dia berdiri tanpa buat apa-apa.
BINCANG? Macamlah Nadilla nak berbincang dengan Taufiq. Kalau berbincang pun akan percayakah Nadilla dengan alasan Taufiq?

5 comments:

Anonymous said...

saya suka semua karya iman.
ini pun salah satu starting yang baik

keSENGALan teserlah.. said...

suke suke..

MaY_LiN said...

oho..
pe masalah taufiq ni

Anonymous said...

best,best,best
erm agak2nye per kandungan dlm cd tu ea?... susupen tul..
starting pun da best r..
xsabar nk tgu next n3... huhu
~iera syamiera~

Anonymous said...

starting good......but ending 'nothing' .... tunggulah you all sampai malaysia dilanda snow......:) kesemua cerita dia best tapi total 'hang without ending' .