Thursday, June 3, 2010

Dengan Setiap Nafasku The end


Kalau nak lebih feel.. sambil baca dgr lagu ni


Zafrul memakirkan keretanya di hadapan rumah Alia. Mereka baru saja pulang dari balai polis. Pihak polis mengesahkan bahawa penculik yang menculik Ilham itu adalah di antara orang-orang yang mengenali Alia juga. Namun pihak polis belum tahu siapa kerana pada saat mereka menemui Ilham, Ilham di biarkan tidur di dalam sebuah bilik di dalam sebuah rumah di Taman Raja. Oleh itu pihak polis meminta Zafrul dan Alia berhati-hati dalam masa terdekat ini, takut peristiwa yang sama berulang.
“Biar abang bawa Ilham.” Zafrul mengambil Ilham yang lentok di bahu Alia. Alia hanya membiarkan saja. Dia sudah terlalu penat untuk bergaduh.
Alia pantas membuka gril dan pintu depan rumahnya. Dia memberi ruang untuk Zafrul masuk sambil membuka suis-suis lampu menerangi setiap sudut rumahnya. Tanpa dipinta, Alia terus membawa Zafrul ke bilik kecil milik Ilham yang terhias indah buat putera hatinya itu. Zafrul mengikut langkah Alia. Zafrul menuju ke katil kecil sebaik saja dia melangkah masuk di bilik kecil yang berlatar belakangkan kertas dinding yang bercorak lautan itu. Dengan penuh berhati-hati Zafrul membaringkan Ilham di katil kecil itu. Anak  kecil itu di atur letak duduk tidurnya agar lebih selesa.
Alia memerhatikan saja lagak Zafrul yang ralit dengan Ilham sebelum dia keluar menuju ke ruang dapur. Alia menyediakan mee goreng dan milo panas buat dirinya dan Zafrul. Dia mahu mereka dalam keadaan yang cukup selesa untuk berbincang selepas ini. Ini mungkin kali terakhir dia akan masak dengan gelaran seorang isteri. Entah esok atau lusa ikatan suci antara dia dan Zafrul akan terlerai, siapa tahu. Selain itu sengaja Alia berbuat begini, membiarkan waktu bermain dengan mereka. Agar mereka lebih tenang dan rasional untuk berbincang selepas ini.
“Alia.” Zafrul menegur Alia yang ralit mengacau air milo di dalam teko lutsinar itu. Ini kali kedua dia menegur Alia. Entah sudah ke planet mana, buah hatinya itu mengelamun.
“Ya.” Alia pantas menyahut. Dia sedikit tersentak mendengar Zafrul memanggilnya. Tahu-tahu lelaki itu sudah ada di sebelahnya.
“Kenapa ni?” Zafrul bertanya lembut pada Alia. Ingin diselami jiwa yang termenung itu. Ingin di terokai otak yang ralit dengan dunianya itu.
“Tak ada apa-apa. You duduklah dulu kat luar, I hidangkan makanan.” Alia pantas mengelak. Dia menyendukkan mee goreng yang masih didalam kuali itu ke dalam dua buah pinggan. Dia tidak gemar dengan nada suara Zafrul. Tidak gemar dengan kehangatan tubuh Zafrul yang hampir dengannya.
“I bawa mee ni keluar ye.” Zafrul pantas mengambil pinggan mee itu dari tangan Alia. Dia bergerak menuju ke meja makan.
Sambil duduk di meja makan, Zafrul memerhatikan ruang rumah setingkat milik Alia ini. Tidak semewah penthousenya dan tidak sebesar mana pun. Namun dia pasti ini sudah cukup dari selesa buat Alia dan Ilham dan mungkin buat dirinya juga nanti. Besar harapannya untuk menjadi sebahagian dari penghuni rumah ini. Kalau boleh dia tidak mahu menunggu esok untuk jadi penghuni rumah ini namun dia tahu Alia perlukan waktu buat mereka berbincang.
“Makanlah. Ini saja yang ada. Nak masak lain, I penat sangat.” Alia mengajak Zafrul makan sambil dia melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Zafrul.
“Ini pun dah cukup. Thanks.” Zafrul ikhlas menyatakannya. Sememangnya layan sebegini memang sudah cukup membutkan hatinya puas. Terasa hidupnya lengkap dengan layanan seorang isteri dan kehadiran seorang anak... Ini hari paling bahagia buatnya.



“Kenapa Alia tak pernah balik rumah?” Zafrul bertanya memecahkan keheningan antara mereka. Di hadapannya sudah berganti pinggan. Kalau tadi mee goreng, sekarang hirisan buah buat sajiannya. Alia pula sibuk menggigit epal di tangannya. Alia memang dari dulu suka makan epal dengan cara begitu. Tak perlu di kopek, tak perlu di hiris…
“I tak tahu nak balik macam mana.” Ringkas jawapan itu. Alia meletakkan epal di atas meja. Hilang seleranya.
“ Mereka rindukan Alia.” Satu kenyataan buat Alia daripada Zafrul. Kalau boleh, Zafrul mahu salami hati itu. Zafrul mahu menggenggam tangan di atas meja itu dan Zafrul mahu berkongsi epal itu.
“I pun rindukan mereka tapi I tak tahu nak berhadapan dengan mereka macam mana. I tak tahu bagaimana nak beritahu mereka tentang I, tentang Ilham.” Di dalam nada tenang itu terselit nada sayu dari bibir Alia. Bertimpa rasa bersalah Zafrul di buatnya.
“Alia tak perlu sorokkan Ilham dari kami Alia. Mereka perlu tahu tentang Ilham. Abang perlu tahu tentang Ilham.” Nada Zafrul seperti memujuk... malah lebih kepada meyakinkan.
“Bagaimana I nak beritahu mereka Zafrul? Apa perlu I beritahu mereka? Beritahu yang I dibayar untuk bercerai dengan you? Bagitahu mereka yang I di bayar untuk tidur dengan suami I dan suami I anggap itu semua satu kesilapan? Belum sempat I dapat penyelesaian untuk memberitahu mereka tentang kesilapan you tu dan tentang kita. I di sahkan mengandung. I bertambah bingung untuk berhadapan dengan mereka.
You tak akan pernah tahu Zafrul bertapa sakitnya hidup I. I terpaksa bina balik kehidupan I pada masa itu. I terpaksa bermula dari bawah. Dengan mabuk mengandung, I terpaksa bersengkang mata membina kembali kerjaya I. Itu belum masuk derita mulut yang mengata. Maki hamun dan umpatan itu macam radio buat I Sana sini orang mengata I.
Sedangkan I mengandung dengan sijil nikah kita yang sah pun banyak mulut-mulut yang bertanyakan asal usul anak I. Sedangkan I nyata dan terang isteri you pun, orang masih tuduh I mengandungkan anak luar nikah. You tak tahu bertapa peritnya hidup I di rundung maki hamun orang sampai satu saat I melahirkan Ilham, I terpaksa memandu sendiri ke hospital. Siapalah nak tolong isteri yang di katakan curang dan mengandung anak dari benih lelaki ajnabi. Maruah I masa itu lebih rendah dari pelacur… tapi apa you sendiri I tak lebih seperti pelacur. Sebab itu you bayar khidmat I untuk malam itu.” Luah Alia. Setitis airmatanya gugur namun pantas dia kesat. Wajahnya tadi memandang Zafrul di alihkan perlahan.
Luluh hati Zafrul mendengar khabar cetera itu. Sungguh dia tak pernah menganggap Alia begitu. Kalau dia tahu sebegitu derita hidup Alia, dia tak akan biarkan Alia sendiri akan dia jejaki kemana pun wanita itu pergi. Namun semuanya sudah berlalu. Tak mungkin dia boleh putar balik waktu.
“Abang minta maaf. Kalaulah abang boleh putarkan waktu. Pasti abang tidak biarkan itu berlaku. Abang faham kenapa Alia lari dari abang. Abang faham kalau Alia sembunyikan Ilham dari abang.” Kesal sungguh Zafrul. Dia dah menghancur lumat hati wanita itu.
“ I tak pernah lari atau sembunyikan Ilham. Empat tahun I tunggu you datang cari I. I tunggu you berhadapan semula dengan I. I bina kerjaya I agar I seiring dengan you. I sendiri tidak percaya dengan hati I bila I masih gembira melihat you datang ke restoren I temph hari. Masa tu I nak beritahu you tentang Ilham. Namun belum sempat I beritahu you, sekali lagi you letakkan diri I seperti pelacur.
You tanya I mangsa I seterusnya walaupun Haikal hanyalah seorang peguam buat I. Masa itu sekali lagi peritnya empat tahun dulu you hadiahkan buat I datang kembali. Baru I sedar, maruah I tidak pernah tinggi di mata you lalu buat apa I ceritakan tentang Ilham pada you. Silap-silap you tak akan mengaku Ilham itu dari benih you walaupun iyanya satu kesilapan. I sudah tak mampu nak menganggung umpat keji yang pernah I dengar semasa I mengandung dulu.
Sekarang I tak minta you putarkan waktu, cuma satu I pinta. Lepaskan I, dan biarkan hidup I dan Ilham terus begini. Insya Allah, selepas ini I akan lebih tabah dan bersedia untuk hadapinya dan keluarga I.” Tenang Alia meminta. Matanya menentang hebat mata Zafrul. Ada tekad di mata itu. Ada nekad di sinar kejora itu.
“Alia, please, kita masih boleh berbincang. Tolonglah kesiankan abang. Abang baru tahu abang ada Ilham. Tolonglah jangan pisahkan kami. Abang tak nak berpisah dengan Alia dan Ilham” Rayu Zafrul. Zafrul sudah menggenggam jari jemari Alia. Memujuk hati itu.
“ Empat tahun sudah I buang waktu I. I rasa dah cukup empat tahun ini I menunggu. Apa yang terjadi tadi sudah cukup menyedarkan I yang I perlu kejar kebahagiaan I sendiri. Tolonglah ini buat kali pertama I minta pada you, lepaskan I. I tak halang you jumpa Ilham cuma I minta rampas Ilham dari I.” Pohon Alia. Genggamannya Zafrul di lepas. Tangannya di tarik dari lingungan kehangatan tangan Zafrul.
“Abang juga ada hak pada Ilham.” Zafrul juga tahu haknya. Kalau Alia terlalu tegas tentang itu, dia juga perlu tegas tentang haknya.
“I tak pernah nafikan hak you pada Ilham. Cuma I nak ingatkan you, kalau you berani mencuba untuk rampas Ilham dari I. I akan tuntut penjagaan sepenuhnya terhadap Ilham. I ada  bukti yang kukuh Zafrul. Cek sejuta yang you pernah ‘hadiahkan’ pada I dulu akan jadi bukti I lebih layak buat Ilham. Lagipun mahkamah tidak akan serahkan Ilham pada lelaki yang menganggap kelahiran Ilham satu kesilapan.” Tegas suara Alia. Nampak sangat dia terlalu tekad.
“Abang tidak pernah menyatakan Ilham itu satu kesilapan. Silap abang  hanya satu dulu iaitu lepaskan Alia jauh dari abang. Jadi Alia dah betul nekad untuk berpisah dengan abang?” Suara Zafrul seperti menyerah. Sememangnya dia sudah menyerah. Zafrul sedar, Alia sudah terlalu jauh untuk di gapainya.
“ Ya. I dah nekad. I akan minta Haikal untuk jumpa peguam you nanti.” Jawab Alia penuh keyakinan. Langsung tidak memberi peluang buat Zafrul.
“Kalau itu kemahuan Alia, abang akan cuba tunaikan. Abang pinta berikan abang masa untuk abang bersedia. Rasanya sudah tidak perlu lagi abang di sini. Biarlah abang balik dulu.” Zafrul memberi salam. Dia berjalan perlahan ke muka pintu. Kakinya bagai tiada tenaga untuk meneruskan pejalanan malah tubuhnya selesu dedaun di musim luruh untuk meneruskan kehidupan.  Zafrul telah hilang sesuatu yang paling berharga dalam hidupnya. Benarlah kata orang sampai satu saat tiada peluang kedua buat hati yang merindu. Mungkin perpisahan terbaik buat mereka.
Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan


p/s ini pengakhir buat Zafrul dan Alia... mungkin sementara atau mingkin selamanya...huhu lama nak cari titik penghujung ni... Thanks to pencipta lirik lagu shahir yang memberi ilham... Pada sesiapa yang sudah membaca JAC... sila berikan komen ye... huhuhu.. insya Allah akan ada mini novel lain yang akan menggantikan Dengan Setiap Nafasku.

14 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

waaaaaaaa..
macam sedih pulak..
huhu..

tanak smbung kee??

lagu shahir mmg kene dgn zafrul n alia..huhu..

Anonymous said...

nk happy endinghuhu

shana said...

laaa... kenapa ending ni cam tergantung erk??? nak alia ngan zafrul...

aNYsa said...

uwaa.. memang sedehlah la lau bace sambil dgr lagu shahir ni...

putut89 said...

i think zafrul cpat sgt mengalah.he doesnt even gv a try to convince alia bout his feelings.tp,gud job writer!!!!akhirnya abis gak cte nih~

Bluefanatics said...

smbungla lgi huk huk huk :'( sadhnyer tk puas aty ne

bella87 said...

4 thn alia dpt tggu nk bg peluag kat zafrul...knp ble zafrul dh mngaku silap die..peluang tu hilang..ciannnn kat ilham die pn nk rase kasih syng papa...nk lg....

Anonymous said...

alaaa...sambung la lg....
mcm tergantung...zafrul pun tak convince dan cuba pujuk alia tu...berterus terang la zafrul...apapun...sambungla lg cite ni....ok?

Anonymous said...

gini ke penamatnye...sedihnya. tak nk smbg dh ke...mesti ada cara nk pujuk balik Alia...zafrul pujuk la lg si Alia tu...hehehe

iVoRyGiNGeR said...

Alahai Iman, napa ceta ni laguni.xmau la ending mcm ni. Samb lg story ni, rs tgantung ja. xsyok la. huhuhu.... ;)

nursya said...

iman...
xcukup la...
citer dia tgantung nie...
klw zafrul pujuk alia lg musti blh baik blk...
lgpn alia xtau pn slama nie si zafrul tu dok giler bayang kat dia...

sambung la...sambung la...
huhuhu...

Anonymous said...

k.imannnn......
sambung laaaaaaaa.....
x best la tergntung cmni...
zfrul x berusaha punnnnn

>>niCk<<

ida.yu17 said...

rasanya....
cerita dengan setiap nafasmu ni xabis lgai.....
tolong abis kan je lah....
saya nak baca kesudahannya......
nak tahu betul ke alia dgan zafrul bercerai....
harap2 x lah....
saya harap kan diorng bloh bersatu kembali....

funz03 said...

kenapa ending dye mcm ni...
sepatutnya diorang berbaik la smula..
baru best ending kalau mcm tu..
zafrul sepatutnya berusaha keras la nak dptkan hati alia balik..
tp x pe la..jln citer ni menarik n memukau pembaca..
gud job kak iman..