Afaf Shafiya
"Afaf?" Dengan pandangan kosong aku melihat Amril masuk. Amril, insan yang menghulurkan tangan melindungi aku saat diri ini hilang tempat bergantung. Insan yang langsung tak menilai sebesar mana perut aku. Insan yang langsung tidak kisah seberat mana caci maki yang aku tanggung di bahuku. Dia tetap ada. Tetap menghulurkan tangan padaku.
"Afaf." Sekali lagi namaku di panggil dan sekali lagi aku tak mampu membalas. Aku sebak. Aku ingin menangis tapi tak tertangis nasibku. Akhirnya hanya mata yang kosong mampu memberinya jawapan.
"Afaf. Tolongla, I merayu pada you. Menangisla. Lepaskan kesedihan. Jangan takutkan I macam ni Afaf. Bersedihlah." Aku dengar suara Amril merayu. Sayu hatiku mendengar rayuannya. Namun tak masih tak boleh melepaskan perasaanku. Anak aku sudah tiada. Anak aku sudah tinggalkan aku. Anak aku sudah mati. Mati di bunuh oleh ayahnya sendiri.
"Afaf, dah tiga hari baby tak ada. Tapi you langsung tak menangis. I tahu you sedih. I tahu you terluka tapi you langsung tak lepaskannya. You langsung tak menangis. I risau. I tahu ini salah I. Kalau I yang ada bersama you waktu itu, I tak akan tandatangan surat tu. I tak akan biarkan Zafri tandatangan surat itu, sebab I tahu kalau apa-apa terjadi pada baby, you akan sama turut mati." Aku mendengar luahan Amril. Bertapa saat ini aku ingin menangis. Lebih-lebih melihat airmata setitis menitis di pipi Amril. Lekas-lekas aku usap airmata itu pergi dari pipinya. Aku dah tak sanggup nak terhutang budi Amril. Cukuplah selama ini aku terhutang tenaga dan perhatian darinya, jangan pula kali ini menambah dengan terhutang airmatanya.
"Afaf sakit Am. Afaf sakit. Afaf nak menangis tapi Afaf tak mampu. Hati Afaf sakit. Jiwa Afaf pedih tapi Afaf tak mampu bersedih. Zafri Aqhar, kenapa dia terlalu kejam Am? Kenapa dia benci sangat dengan Afaf. Tak kisah dia benci Afaf tapi kenapa dia bunuh baby Afaf? Afaf benci dia Am. Afaf benci dia. Afaf dendam dengan dia." Kataku tanpa perasaan. Di wajah Amril aku dapat melihat kerisauannya bertambah. Aku dapat melihat kepelikkannya berjuang. Mungkin kerana ini kali pertama aku kata aku membenci dan orang yang aku benci itu adalah orang yang pernah menjadi paling aku cintai.
"Afaf." Amril memanggil aku penuh kebimbangan.
"Ya Afaf benci Zafri Aqhar. Afaf dendam dengan Zafri Aqhar." Aku sekali lagi menegaskannya dan saat itu pintu wad aku di buka. Aku pasti manusia di pintu itu mendengar kata-kata aku. Wajah Zafri Aqhar muncul di pintu.
"Fiya?" Aku dengan suara yang begitu jelik dan menyakitkan hati itu. Wajahnya terkejut melihat ku mungkin kerana apa yang dia dengar dariku tadi.
"Ya. Aku benci kau Zafri Aqhar. Aku dendam pada kau. Ini kali ketiga aku katakan aku benci pada kau. Aku nak kau pergi dari hidup aku." Ujarku tanpa perasaan. Matanya aku tentang. Aku lihat matanya yang pada mulanya ragu semakin lama semakin yakin. Namun Zafri Aqhar tetap Zafri Aqhar, dia tidak akan mengalah selagi tak yakin seyakinnya. Aku nampak dia ingin melangkah mendekatiku.
"Aku kata aku tak nak tengok muka kau Zafri Aqhar. Sekali lagi kau melangkah aku akan bunuh seluruh keturunan kau dan percayalah aku mampu buat macam itu. Bukan kau saja yang boleh menghapuskan keturunan aku." Kali ini tiada lagi perasaan belas di hati aku. Tiada lagi perasaan sedih. Aku dah hilang rasa. Yang aku rasa ada keinginan untuk memusnahkan orang tanpa rasa kasihan dan keinginan itu masih kekal walaupun aku melihat Zafri Aqhar tidak lagi jadi melangkah padaku malah keluar meninggalkan aku. Aku lihat wajah Amril penuh persoalan.
"Terimalah Am, ini Afaf yang baru." Ujarku sambil terus merenungnya. Aku lihat wajah kecewa Amril. Aku tahu dia kecewa. Tapi aku dah tiada rasa untuk simpati.
p/s bila sedih Iman sentiasa ingin menulis tentang kesedihan. Adakala senyuman itu tidak cukup untuk mengubat hati yang bersedih.
4 comments:
sgt best.. sambung la cepat2 k...:)
best sangat... cepat sambung yaa
ala iman...
naper sedey2 nie...
hu hu hu..
Mcm geleman lak tgk nm sendiri kt cerita ni
Post a Comment