Tuesday, December 6, 2011

HATI YANG KAU PERGUNAKAN (2)

"I nak jumpa pegawai yang uruskan kes Raja Najmil Raja Nazim. I Raja Najmi abang dia." Najmi memperkenalkan dirinya pada pegawai yang bertugas di kaunter tersebut.


Adiknya itu tidak habis hendak membuat perangai. Sering kali sudah dia terpaksa masuk campur menyelesaikan masalah adiknya. Malam ini bagaikan kemuncak kepada segala masalah. Polis yang menghubunginya kerana adiknya ditahan atas tuduhan cuba menyerang polis ketika serbuan.


"Sekejap ya Encik. Saya panggilkan Puan Lia." Dengan senyuman manis Pegawai yang memakai tag nama Sofea itu memaklukan padanya.


"Maaf ya Encik, Puan Lia tak angkat interkom dia. Agaknya dia keluar sekejap tu. Encik tunggu sekejap ya." Setelah hampir beberapa minit menanti akhirnya Pegawai bernama Sofea itu memaklumkan yang pegawai atasannya masih belum masuk.


Ingin Najmi melengting memarahi pegawai tersebut. Sudahlah lewat malam semalam dia baru balik dari Sarawak. Belumpun sempat dia nyeyak lena, dia dah dibangunkan awal-awal pagi begini dengan berita yang bukan-bukan. Belum pun subuh dia dah terpacak di sini tapi pegawainya pula boleh tak ada. Baru Najmi membuka mulut, kedengaran pegawai tadi memanggil seseorang di berlakangnya.


"Puan Lia." Terdengar beberapa kali suara itu memanggil pegawai atasannya. Raja Najmi berpaling menoleh pada pegawai yang dipanggil Puan itu.


Terkaku, terpaku dan terkelu Najmi melihat pegawai yang dia nantikan tadi. Kalau inilah pegawai yang dia tunggu bukan sekadar minit-minit yang berlalu di balai polis ini tadi tapi sudah bertahun dia menanti. Malah sudah 3 tahun 4 bulan dan 21 hari dia menanti kehadirannya. ADILLIA.








Adillia cepat mengawal riak wajahnya. Dia sudah lama bersedia untuk pertemuan ini, kerana dia tahu dia akan bertemu juga dengan manusia di hadapannya ini. Seseorang yang telah merampas banyak peristiwa dari hidupnya. Bertahun hidup sebagai perlarian mujurlah ada Nadirah yang akhirnya memahami menjadi orang tengah pada kehidupannya. Menjadi orang yang membantu dia memulakan hidup baru.


Adillia tahu adik sepupunya itu rasa bersalah atas apa yang terjadi padanya. Syukur mula malam itu adik sepupunya itu mula tekad berubah. Nadirah mula menghargai kehidupannya dan orang sekelilingnya. Dengan bantuan Nadirah membawa semua keluar sijil pentingnya dari rumah tanpa perlu dia kembali ke rumah yang dia sedari sentiasa di intip oleh orang-orang Najmi membuatkan Adillia mampu untuk mulakan hidup. Bertahun dia jadi perlarian hingga tak mampu balik ke rumahnya sendiri sehinggakan Najmi mengaku kalah dan menarik balik mata-mata yang sentiasa mengawasi rumah sewa dan rumah keluarganya.


"Puan Lia, ini ada yang nak jumpa berkenaan kes serangan tadi." Sofea yang tak sedar keadaan yang berlaku terus memanggil pegawai atasannya itu.


"Inspektor Adillia." Adillia menghulurkan tangannya pada Raja Najmi. Berpura-pura langsung tak mengenali lelaki itu walau hakikatnya sejuta tahunpun dia tak akan lupa siapa Raja Najmi.


"Jangan buat pekara bodoh kat sini mangkuk. Sini kawasan aku. Hutang kita dah lama selesai." Adillia membisikkan kata-kata itu hanya untuk mereka berdua saja apabila selambanya Najmi menyambut huluran tangannya dan terasa tangannya itu di tarik merapati diri lelaki itu. Tapi nampaknya amaran itu langsung tak di ambil kira, Najmi langsung tidak mahu melepaskan tangannya. Malah makin erat tangannya di genggam. Adillia mahu saja menjerit minta di lepaskan tapi dia takut nanti terpecah pekung di dada. Lalu hanya termampu untuknya meronta dalam diam.


"Lia," Suara garau asing membuatkan eratnya genggaman itu terlepas. Kelihatan seorang lelaki yang juga berpakaian kasual seperti Adillia namun gaya lelaki itu sama yang di tunjukkan oleh Adillia telah menyatakan imej seorang pegawai atasan polis.


"Im. Ada apa? " Suara tegas Adillia tadi bertukar menjadi suara yang cukup lembut. Nada yang tak pernah digunakan untuk Najmi walaupun ketika sejarah belum mengukir nama dalam hidup mereka.


"Ni, Im belikan Lia breakfast. Lia tak makan lagi kan? Makan dulu sebelum makan ubat tu." Lelaki yang di panggil Im itu menghulurkan satu bungkus makanan dan minuman pada Adillia. Adillia menyambutnya dengan senang dan ceria. Berbulu mata Najmi memandang gelagat mereka.


"Hai Tuan Imran, untuk Puan je ke? Kami tak ada?" Terdengar usik-usik memenuhi balai tersebut. Nampaknya memang jelas perhubungan antara dua pegawai itu bukan lagi rahsia.


"Ehem..." Adillia berdehem. Imran hanya tersenyum. Najmi sudah tak mampu nak bersuara. Kelu dia, adakah selama bertahun ini dia setia pada yang tak sudi?


"Nanti Lia balik dengan Im ke? Im balik lepas subuh lah." Imran bertanya lagi. Di biarnya usikan senyuman dari pegawai-pegawainya yang lain.


"Taklah. Lia balik sendirilah Im. Lia drive. Thanks ya Im. Lia minta diri dulu, ada kerja sikit. Kes tadi." Adillia pantas meminta diri. Imran mengangguk faham dan turut meminta diri berlalu pergi.


"Come Encik ....?" Adillia sengaja buat tak kenal manusia di hadapannya ini. Sengaja berpura-pura langsung tidak pernah ada sejarah antara mereka.


"Raja Najmi Puan." Sofea pula yang menyampuk memperkenalkan diri lelaki itu sementelah lelaki itu terlalu ego untuk bermain tarik tali dengan Adillia.


"Encik Raja Najmi, mari kita berbincang di sudut sana." Adillia membawa perbincangan mereka di meja aduan di sudut terbuka balai itu. Berharap dengan caranya itu Najmi akan lebih tertib dan sopan padanya walaupun 99% Adillia menganggap pekara itu mustahil terjadi.








Raja Najmi menanti ketibaan kereta Adillia di hadapan rumah sewa gadis itu. Tadi dia sudah memberi peluang pada Adillia untuk menyelesaikan masalah tentang adiknya tanpa sedikitpun memberi ruang untuk dia bertanya tentang kehilangan Adillia. Tak memberi peluang untuk dia mendapat penjelasan tentang keadaan mereka. Tak memberi peluang untuk dia bertanya tentang siapa Imran? Sekarang giliran dia lagi untuk menyelesaikan masalah antara mereka. 


Tidak sukar untuk dia menjejaki gadis itu jika sudah dia tahu di mana harus dia mula menjejak. Hanya dengan satu panggilan, Najmi sudah mampu mengesan lokasi Adillia. Sudah tahu dimana kedudukan Adillia. Itu memang mudah bagi dia, tapi Najmi tahu yang sukarnya nanti untuk berbincang dengan Adillia. Oleh itu dia sudah menyiapkan rancangan yang cukup baik untuk dia dan Adillia berbincang dalam keadaan tenang. Najmi dah tak kisah walaupun cara itu cukup kotor untuk reputasinya. 


Senyuman Najmi melebar tanda penantiannya berakhir apabila kereta My Vi milik Adillia masuk di perkarangan tempat pakir Apartment gadis itu. Najmi  menunggu Adillia selamat memakirkan keretanya dan keluar dari besi bergerak itu sebelum dia merapati gadis tersebut. Adillia yang sibuk mengeluarkan barang dari bonet kereta itu nyata tidak menyedari kehadirannya.


"3 tahun 4 bulan dan 21 hari kau menghilang. Kau ke mana?" Itu mukadimah Najmi yang membuatkan Adillia tersentak. Kepala nya terhantuk pada bonet kereta kerana terkejut mendengar suara itu. Lama Adillia membatukan diri sebelum dia kembali meneruskan tugasnya bagaikan Najmi bukan bercakap dengannya.


"Siapa Imran?" Tanya Najmi lagi. 


Kali ini Adillia menutup bonet keretanya dan menoleh. Dia menoleh bukan kerana dia ingin menjawab soalan Najmi tetapi kerana tugasnya sudah habis. Tangannya penuh dengan beg kerja dan beg pakaiannya. Adillia berjalan ke arah Najmi yang kini berdiri bertentang mata dengannya. Dia berjalan ke sisi lelaki itu sebelum dia berhenti dan membuatkan kedudukan mereka sebaris.


"Hutang kita dah lama selesai Najmi. Antara kau dan aku, kita sudah tiada sejarah pun. Kita adalah orang asing yang saling tak mengenali. Jangan buat aku kembali kenali kau mangkuk kerana kalau saat itu berlaku, kau akan jadi musuh aku yang paling utama. " Ujar Adillia tegas dan sombong sebelum dia melangkah. 


Najmi hanya tersenyum nipis sebelum tangannya di layangkan ke udara bagaikan memberi isyarat pada seseorang. Tanpa menoleh memandang Adillia, Saat dia mendengar bunyi kotak gadis itu jantuk menyembah bumi, Najmi tahu rancangnya pada Adillia sudah terlaksana. Sudah berjaya.


"Kau yang minta ini Adillia. Dan aku lebih rela menjadi musuh kau dari terus membiarkan kau jauh dari aku. Kau tak akan mampu lagi berjalan pun dari kehidupan aku. Biar kita sama-sama menjadi musuh." Ujar Najmi pada hembusan angin yang menyapa.


p/s entri sebelum tamat. mungkin ada satu atau dua episod lagi.

13 comments:

eija said...

rsa mcm nk mjerit jer... Hehe..dh lama tgu n3 nie taw.. Iman cpt sbg...

hasnah said...

ye! ada sudah sambungan...nak lg iman..sikit sangat lah..cite dia mcm agak menarik..keep up writting..cannot wait for the next chapter!

Anonymous said...

hehe..best la kak.cepat2 la sambung ek :D.x sabar nak tau kisah dorang.

Anonymous said...

akak best la citer nie..cepat lah sambung yer...xsbr tggu n3 seterusnya...

Anonymous said...

wah...excited giler ni...ape jd selepas ni?? x sabar nye..gooojob!!!

lala lalilu said...

i pun nak menjerittt!! best sngattt!! cepat2lah smbunggg xD

zura asyfar said...

pergh!! best gila..hehe...sambung2...saspen tu :D

Anonymous said...

nak sambung lagi!!!

Anonymous said...

aik!!! xkan pendek sgt. dah nak abis ke???>. sayang citer best klu tak sambung lagi. :)

Anonymous said...

cepat cepat cepat sambung!!! tak tau nak sokong lia ngan raja mangkuk or im ngan lia.

wAnNor said...

excited pepagi buta ni baca entry baru. cepat smbg ye..

Anonymous said...

sorry to said, rasa nk cekik je raja najmi tu. huh...btw, nice story.

Anonymous said...

iman, citer ok tp tajuk tu cm x kena la...