Monday, March 26, 2012

DAH JODOH 19

BAB 19


NUQMAN dan Nasira bersantai menonton di ruang keluarga itu. Hanya tinggal mereka saja yang bersantai-santai malam hari begini. Ibu dan abah dah lama masuk bilik untuk berehat. Adif pula menelaah di dalam biliknya untuk menghadapi SPM yang semakin hampir. Jadi tinggallah Nuqman dan Nasira saja yang masih setia menonton di temankan dengan secawan milo. Nuqman yang memang diketahuinya malas buat air sendiri itu mengepau air Nasira. Nasira pula yang malas berulang-alik ke dapur hanya membiarkan saja.
 Deringan lagu lazy day dari Bruno Mars dar telefon bimbit Nasira yang jenama Samsung itu menganggu konsentrasi mereka. Aduh malasnya Nasira nak bangun mengambil telefonnya yang beberapa langkah darinya. Lantas Nasira menyiku lembut Nuqman yang duduk di sebelahnya. Sikuan lembut itu berjaya menarik perhatian Nuqman.
“Hmm…Kenapa ni?” Terdengar suara Nuqman bertanya pada Nasira walaupun matanya tetap tertumpu di kaca televisyen.
“Tolong ambikkan phone.” Pinta Nasira dengan suara manja. Sengaja disayukan suara itu agar Nuqman tertawan lalu mengikut kehendaknya. Trick biasa dia lakukan kini.
“Pemalasnya dia. Nak ambik phone sendiri pun malas.” Rungut Nuqman sambil pipi Nasira ditarik lembut. Dalam pada si Nuqman ni merungut, dia tetap juga bangun untuk mengambil telefon bimbit Nasira. Ini yang buat Nasira sayang kat Nuqman ni. Tapi sayang bila Nuqman ni tolong jelah.  Bila Nuqman tak nak tolong dia, dia dah tak berapa nak sayang dah.
Dengan Nuqman yang bangun mencapai telefonnya, tumpuan Nasira kembali menonton drama Bones. Mengagumi kekacakkan agent Booth. Auuuwww terpikat dia dibuatnya. Kalau Nasira dapat yang hensem, gagah dan setegap ini. Memang tak keluar bilik dia. Nasira ikat je. Alamak tergatal pula fikiran Nasira. Tapi Nuqman pun tegap juga, kacak juga. Semakin jauh fikiran Nasira merawang.
“Hah kau nak apa terlefon isteri orang malam-malam macam ni?” Tinggi nada Nuqman itu membuatkan Nasira berpaling pada sang suami. Terkejut dia dengar suara Nuqman menjerit. Hilang konsentrasinya pada kekacakkan Booth. Nasira pandang wajah Badak Sumbu Nuqman. Apa kes pula lah mamat ni kali ini? Hatinya tertanya siapa pula yang call dia sampai Nuqman marah sebegitu rupa.
“Sepatutnya au yang patut tanya kau, apa hak kau call isteri aku malam-malam macam ni? Selagi dia isteri aku, dia hanya hak aku dan kau tak ada hak nak ganggu waktu kami. Aku dah pernah cakap kat kau dulukan. Tapi nampaknya kau ni jenis tak faham bahasa. Kali ini anggap ini amaran dari aku, jangan call Sira lagi." Nada keras itu bukan saja menakutkan pemangil di talian tapi juga Nasira yang mendengarnya.
“Apa hal ni? Siapa yang call” Nasira dengan keperihatinan seorang isteri bertanya pada sang suami. Suaranya sedikit mendatar kerana menahan ketakutan.
"Selalu ke dia call?" Tanpa menjawab soalannya. Nasira pula ditanya. Terpinga-pinga Nasira dibuatnya. Ape ke peliknya jawapan si Nuqman ini. Nasira tanya dengan soalan dia jawab dengan soalan. Lagi bertambah bilangan soalan dalam kepala Nasira.
“Siapa yang selalu call ni? Tak faham la.” Tanya Nasira dengan muka blurr yang memang tahap keblurran terlampau. Digelengnya kepala menandakan dia memang tak faham.
"Hasni." Hilang nada tinggi Nuqman tadi. Kini lemah saja suara Nuqman menyebut nama itu. Hai lemah benar Nasira dengar, macam orang baru kena langgar lori 10 tan pula. Nasib tak tahap nazak lagi.
“Ohh Hasni. Dulu jarang, sekarang ni je selalu jugalah dia call.” Betapa Nasira jujur menjawab.  Dah tak ada nak corner-corner dah. Lurus saja. Jujur sangat sampai dia tak sedar kepala Nuqman dah macam kepala kereta api di zaman zorro.  Berasap menahan marah.
“Jadi You layan la!” Suara Nuqman kembali naik. Ini bukan setakat tubuh Nasira saja yang terangkat agaknya kalau Nuqman ni gergasi, dengan rumah-rumah ni sekali terangkat kot.
Pertama kali Nasira kena tengking oleh Nuqman begitu. Rasa hendak menangis Nasira dibuatnya. Sedih. Tak pernah-pernah Nuqman menjerit marah padanya begitu. Paling-paling lelaki itu menegur lembut tapi kali ni boleh pekak badak Nasira mendengar jeritan Nuqman. Mahu tak tertusuk hati dibuatnya. Berkaca matanya menahan tangis. Otaknya sudah merancana yang esok dia nak mengadu dengan ibu lah pasal ni.
“Saya cakap dia call. Saya tak cakap saya layan. Saya tak angkat pun call dia. Awak marah saya kenapa?” Sayu suara Nasira menjawab. Getar suaranya jelas menahan tangis.
Benarlah memanglah Hasni menghubunginya tapi tak satupun panggilan Nasira sambut dengan baik. Kalau dia tak membiarkan deringan itu berhenti sendiri, dia akan terus menekan butang merah. Tapi kini tanpa usul periksa Nuqman mahu memarahinya pula. Ini yang buat Nasira betul-betul merajuk. Terasa sungguh hati Nasira dibentak begitu
“Maaf. I tak sengaja. I ingat... Dah sudahlah, janganlah buat muka macam tu. Janganlah merajuk.” Melihat wajah sedih Nasira dan mata yang berkaca itu berjaya membuatkan Nuqman rasa bersalah. Kata-kata maaf dihulurkan itu belum boleh lagi membeli hati Nasira yang sedih. Dia benar-benar merajuk.
“Dahlah malas nak cakap dengan awak. Dah tak ada mood nak tengok Booth. Awaklah rosakkan mood saya dah tak kacak dah saya tengok Booth tu. Esok saya cakap kat ibu awak marahkan saya.” Ujar Nasira yang masih berkecil hati.
Dah tak ada mood dia nak menonton. Booth yang tadi kacak dah jadi tak berapa nak kacak dah. Tak mahu memandang Nuqman, Nasira bangkit naik ke biliknya. Melayan rajuk di biliknya pula. Sesuka hati kepala otak Nuqman je nak marah-marah dia. Ingat Nasira ni apa? Ingat dia ni dinding batu apa.


            NASIRA tersedar dalam pukul 2 pagi. Terasa laparlah pula dia. Ini yang dia lemah ni. Perut dia ni memang tak kira waktu kalau nak lapar pun. Malas benar Nasira nak turun pergi dapur tapi macam mana nak buat? Bilik dia ni bukannya ada dapur. Jadi terpaksalah dia turun ke bawah juga. Dalam otaknya dah terbayang maggie sup. Wah sedapnya. Slurrrppp.
Tak menghiraukan muka sememeh dan rambut mengerbang ala puntianak baru melepas mengilai, Nasira selambanya keluar dari bilik untuk menuju ke dapur. Ala kalau dah masa macam ni. Manalah ada orang nak tengok. Kalau Nasira keluar dengan bikini pun tak apa rasanya. Tengah malam macam ni mana ada lagi orang nak tengok dia. Tak cantik pun tak kisahlah. Tak ada yang nak tengok.
 Di sebabkan dia dah hafal sangat rumah ini susun atur rumah ni dan kerana tahap kemalasan yang melebihi batas manusia sanggup dia berjalan sambil menutup mata. Ini secara saintifiknya dia member nama berjalan sambil tidur. Siapa kata tak boleh berjalan sambil tutup mata? Nasira okay je. Dia dah selalu buat pun. Tengok dah siap Nasira dah boleh melangkah keluar bilik dengan selamat lagi tanpa kemalangan kecil mahupun besar. Bangga sekejap dengan kejayaan yang tak semegah mana ni.
“Ohh mak ko.” Latahnya seayat sebelum Nasira sendiri terdengar bunyi tubuhnya jatuh ke lantai.
Aduhai. Sakit segala sendi-sendi Nasira jatuh. Nasira lantas menoleh. Apalah yang dia langgar tadi? Nasira kecilkan anak matanya untuk fokus. Dia macam ternampak orang je yang tengah berbaring meringkuk di tengah jalan itu. Siapalah pula yang tidur di hadapan biliknya sendiri? Dah tak ada bilik sendiri ke?
Nasira mengesot sedikit kearah manusia itu walaupun didalam hatinya berdoa yang dia lihat itu betul-betullah manusia. Dibuatnya bukan manusia, sah-sah esok juga Nasira checkout dari rumah ini. Antara takut ala-ala berani itu, Nasira mengintai kaki manusia itu. Alhamdulillah, ada kaki. Kalau ada kaki ni, sah-sahlah manusia kan. Sebab mak Nasira kata kalau hantu dia tak ada kaki. Lepas mengintai kaki. Nasira beranilah mengintai pula wajahnya. Nuqman!!! Alamak Nasira langgar Nuqman rupanya tadi? Aduhai hidup lagi ke anak orang ni?
Tiba-tiba Nasira terasa takut kalau-kalau dia dah mencederakan Nuqman dengan tidak sengaja. kalau betul terjadi apa-apa pada Nuqman apa dia nak jawab pada ibu dan abah mertuanya . Nasira pantas menelentangkan tubuh Nuqman yang tadinya mengiring ke kanan itu. Agak keras aksinya namun Nuqman masih tiada reaksi. Nasira cuba mengoncangkan tubuh tegap itu pula. Keputusannya masih sama. Tubuh itu masih kaku.
Nasira cuma boleh terfikir satu cara je lagi. CPR... Nasira bukanya tak tahu pun macam mana nak membuat pernafasan mulut ke mulut ni. Entah format mana dia guna dia sendiri tak tahu. Janji ada dari mulut ke mulut dan dia menekan dada Nuqman. Tapi penat je Nasira tekan dada Nuqman ni, sikit pun tak ada balasan.
Tanpa dia sendiri sangka, dia dah ditakdirkan menjadi pembunuh rupanya malam ni. Membunuh suaminya sendiri tanpa sedar. Nasira meraung dan meraung nyaring mengalahkan puntianak di musim mengilai sehingga menyedarkan lena penghuni rumah yang lain yang sudah keluar menghidupkan lampu di koridor bilik mereka itu lalu menyaksikan pembunuhan tragis. Mungkin esok keluar berita yang bertajuk ‘Isteri  membunuh suami tanpa niat kerana semangkuk Maggie’. Sadis sungguh.


KENAPA ni Sira? Kenapa menangis ni?” Kedengaran suara Encik Nasir bertanya pada Nasira. Mahu tak dia bertanya apabila dengan mata kepalanya sendiri dia nampak menantunya sendang menangis di sisi anaknya yang terbaring kaku. Mengigau ke buat tabiat budak-budak ni tengah malam macam ni bikin onar.
“Sira tak sengaja abah. Sungguh Sira tak sengaja. Tadi Sira lapar, Sira bangun nak makan maggie. Sira betul tak tahu Nuqman duduk kat depan pintu Sira. Sira tak sengaja langgar dia. Sira tak sengaja nak bunuh dia.” Tangis Nasira semakin sayu. Dia betul-betul tak sengaja.
“Kamu langgar dia? Takkan sampai kamu membunuh dia kot. Dia tidur je tu.” Puan Hadiyah mendekati Nasira sambil memujuk menantunya itu. Di dakapnya tubuh comel yang bergetar menangis.
“Dia tak sedar bu. Macam-macam cara Sira nak kejutkan dia. CPR pun Sira buat tapi dia langsung tak bergerak. Sira dah terbunuh dia bu.” Nasira menangis sambil memeluk ibu mertuanya itu. Dia sangkal apa yang ibu mertuanya katakan. Kalau benar Nuqman tidur tak kan tak sedar apabila dia bangunkan lelaki itu tadi.
“Ya Allah itu rupanya ceritanya. Sudah Sira jangan menangis lagi. Adif, pergi ambik air.” Mengucap panjang Encik Nasir dibuatnya.
Ada-ada saja hal anak menantunya ini. Nuqman ni kenapa pula pandai tidur kat depan ni? Dah tak ada bilik apa budak ni. Nasira pula boleh berjalan tutup mata. Akhirnya dia jga terpaksa bangun campur tangan. Encik Nasir memberi arahan pada Adif yang tersandar di dinding. Tapi anak bongsunya itu langsung tak bergerak. Bila di amati baru dia perasan yang anaknya itu tidur berdiri. Ini lagi seorang boleh darah tinggi dibuatnya.
“Adif!” Seru Encik Nasir dengan nada yang kuat untuk membangunkan anaknya itu. Kali ini berjaya. Kelihatan Adif sedikit terkejut sudah mula membuka mata dan bergerak.
“Apa-apa?” Tanya Adif dengan wajah terpinga-pinga. Mahu hilang semangatnya di kejut begitu sekali.
“Pergi ambil air segayung untuk kejutkan along kamu ni.” Arah ibu dengan nada yang lembut pula. Dalam pada itu kesian pula Nasira tengok adik nya seorang itu pergi mengambil air dengan wajah mamai. Ini semua salahnya. Kerana dia malam ini tidur lena penghuni rumah ini terganggu.
“Nuqman ni. Tak berubah-ubah lagi rupanya. Kalau dah tidur, jangankan bom meletup, bumi ni kiamat pun agaknya dia tak sedar. Ini ubatnya.” Omel Encik Nasir sambil tangannya menyimbahkan air yang diambil oleh Adif tadi ke arah Nuqman.
Segayung air itu di curahan ke tubuh kaku itu. Dari kaki hingga ke paras dagu Nuqman. Dah macam mandikan mayat pun ada Nasira tengok. Betul pula kata abah mertuanya. Sebaik air itu membasahi tubuh Nuqman, mata itu terus terbuka. Bertapa Nasira lega melihat tubuh itu bergerak dan mata itu terbuka.
“Awak hidup lagi.” Ujar Nasira sambil melepaskan tubuhnya dari dakapan Puan Hadiyah dan terus memerluk Nuqman yang masih cuba mengangkat tubuhnya dari terus terbaring.
“Memanglah along hidup lagi. Along tidur je tadi. Kak long ni kecohlah malam-malam macam ni. Adif nak tidur baliklah." Adif terus melangkah masuk ke biliknya.
“Kamu kenapa tidur kat sini Nuqman? Dah tak ada bilik ke apa kamu ni." Tanya Encik Nasir keras dengan sindiran. Nasira dengar tapi sedikit pun tak peduli. Tetap peluk Nuqman yang kini duduk membuktkan dirinya bukan pembunuh.
“Semalam Man tunggu Sira. Nak memujuk orang yang merajuk kiranya abah. Tak sangka boleh tertidur. Ini apa dah jadi ni abah?" Nuqman sedikit terkejut dari ketiduran tadi bertanya pada orang tuanya. Keadaan mereka sekarang macam ada kes berat saja. Nuqman menarik tubuh lembut Nasira menjauhi tubuhnya sedikit. Tidak selesa berbual dengan orang tuanya dalam keadaan dia di perluk oleh Nasira.
“ Itu kamu tanyalah Sira sendiri. Abah dan ibu nak sambung tidur ni. Kamu berdua pula lepas ni pergi tidur dalam bilik. Jangan nak buat hal lagi. Jom Yah.” Malas masuk campur lebih lama, Encik Nasir biarkan pasangan itu sendiri bercakap dari hati ke hati. Sempat dia mengajak manja isterinya masuk sekali bersamanya.


TINGGALLAH Nuqman yang masih duduk berhadapan dengan Nasira. Nuqman mengatur sedikit letak tubuhnya untuk duduk lebih selesa lagi. Wajah isterinya yang nampak sangat dengan kesan tangis itu dipandang penuh keliru. Apa dah terjadi ni? Hati Nuqman ingin tahu.
“Apa dah jadi ni?” Tanya Nuqman lembut. Wajah mulus itu diusap perlahan untuk menghapuskan kesan airmata di pipi itu.
 Dia hanya mendengar Nasira bercerita dengan penuh lega. Di perhatikan gadis itu menerangkan apa dah terjadi padanya. Tapi dia tahu tak semua Nasira ceritakan padanya kerana gadis itu hampir terlepas bercerita namun kemudiannya senyap dan kelihatan malu-malu. Entah apa yang disorokkan.
“YA ALLAH. Nasira, tak adanya you langgar sampai boleh membunuh orang. You jatuh tadi, sakit tak kat mana-mana?” Tanya Nuqman pada Nasira usai gadis itu bercerita. Dia membelek-beleknya tubuh comel. Ala macamlah nampak Nasira sakit kat mana  kan.
Nasira yang baru teringat dirinya terjatuh dan merasakan kembali sengal-sengal di tubuhnya. Betul kata orang lebih baik kita tak tahu kita sakit dari kita tahu kita sakit kerana kesakitan itu cuma terasa bila kita menyedarinya.
"Sikit je." Jawab Nasira lembut. Terasa sesuatu pula apabila tangan Nuqman hinggap di tubuhnya untuk membelek lukanya. Takut tewas oleh perasaan apabila di belek begitu, lantas Nasira berdiri. Nuqman turut berdiri serentak dengannya.
Saat mereka bertentangan begitu, terkedu Nasira dibuatnya apabila Nuqman memerluknya dengan tiba-tiba sebaik dia dan Nuqman sudah tegak dan stabil berdiri secara berhadapan. Tiba-tiba Nasira juga jadi malu dalam perlukkan Nuqman. Perasaan itu berbeza sangat dengan rasa hatinya ketika memerluk Nuqman tadi tadi. Perlukan kali ini lebih indah mungkin kerana ianya berbalas kot.
“I minta maaf sebab marahkan you tadi.” Sayup suara Nuqman kedengaran di celah-celah rambutnya. Kali ini tak mampu marah lebih lama, hati Nasira sedia memaafkan Nuqman yang penuh ikhlas mengakui silapnya itu.
Terfikir Nasira, adakah ini sebabnya Nuqman tidur di hadapan biliknya? Untuk meminta maaf? Terharunya Nasira. Walaupun Nasira belum pasti itulah sebab sebenarnya, tapi Nasira tetap menganggap juga tidurnya Nuqman di situ malam ini adalah kerana Nuqman menantinya untuk memohon maaf pada dirinya. Sebab lelaki ambil berat tentangnya dan kerana Nuqman ingin memujuknya. Tak mahu bergaduh lama dengannya. Romantis kan sebab itu. Seorang lelaki sanggup buat apa saja untuk berbaik dengannya.

10 comments:

aiRiNa_aiNuN said...

best. pagi2 dah ad n3. hehe. alahai comelnye sira nie. sweet la dorg nie. huhu.

mizz acu said...

Ahaks.. Apa lawak sgt sira ni.. Hahahaa.. Jgn ar grg sgt nuqman pon.. Ni bila nak msk mode cinta dlm ati nii

miss L said...

comel je...bole pulak sira egt nuqman mati sebab dia terlanggar je...hehe

zm said...

aii like, cumel la sira ni, n3 kali ni klakar la

Anonymous said...

swettt sngat hehhee

Anor said...

best nak lagi... cepat sambung ye...

Anonymous said...

Alahaiii...comelnya nuqman nak pujuk nasira sampai tertidur kat depan pintu...kelakar pun ada...cik writer nak lagi...best i like...

aisyah said...

iman..
macam dah penah baca la bab ni b4 ni, awal2 dulu....

nursya said...

iman...
akhirnya ade gak smbg citer nie...
da lama kot tggu n3 br..
sedey tau...

Anonymous said...

ngee~ sweet! tp mmg haru la nuqman tu...adek die pon sama. haha.