Friday, March 16, 2012

Hati berderai

Hati bagai kaca, hari ini aku cuba gilap ia untuk memadam secalit ketidaksenangan tanpa aku sedar kala aku mengilap hatiku, aku tergores hati sendiri. Senyumanku hambar hari ini, tak seceria selalu. Mataku sentiasa panas ingin menitiskan laharnya...

Adakala keinginan menjadi anak yang sempurna, kawan yang baik dan gadis yang matang membebankan jiwa. Terbeban dengan kongkongan perasaan. Keikhlasanku semakin hilang, kejujuranku semakin malap. Semakin aku dewasa, semakin aku banyak belajar dunia yang kelam lebih luas dari cerahnya sinaran suria. Di siang hari, mendung akan nampak jelas. Kelamnya sentiasa kita sedari hingga membuatkan kita rasa malam sebelum waktunya. Tapi kala malam, segelap mana pun mendung awan, sesuram mana pun harinya tidak akan mampu kita nampak kerana ia memangnya gelap. Aku letih menjadi siang yang sentiasa terang dan telus. Aku letih menjadi siang yang sentiasa berkorban waktunya. Aku ingin menjadi malam.

Hatiku berderai hari ini. Pecahannya terlalu halus hingga tak mampu lagi aku kutip. Tak mampu lagi hendak aku cantum. Mungkin hari ini pecahannya harus aku sapu saja. Aku lepaskan. Pecahannya biarlah di terbangkan menjadi debu-debu. Aku sudah tidak mahu hati yang berderai ini. Aku letih menjaga hati yang berderai itu. Aku hendak lepaskan hati yang aku miliki itu. Ingin aku sapu dah aku buang saja hati itu... AKU LEPASKAN KAU PERGI....

5 comments:

Anonymous said...

Enovel baru ke?

PELANGI PETANG said...

BESTLAH KATA KATA INI BOLIH PINJAM TAK KATA KATA INI.....SAYA SENTIASA MENGIKUTI BLONG ANDA..ADAKAH ANDA TERLUKA...

iman said...

Terluka? Pelangi, bila hati dah bederai seperti iman... Iman tak tahu dah hendak katakan terluka atau tidak. Kala ini iman jadi malam yang tak terang dengan rasa sendiri. pinjamlah...

kak ida said...

salam dik..
tiap tiap bait yg dilakarkan ..dalam maksudnya..ada sendu dihujung nya.. apa yg terjadi sebenarnya..well..do share with us...we can lend our ears to you..

Anonymous said...

...honestly sy tercari2 n3 for tis..besides novel..knowing there always a tears..ingt sy je yg keciwa..dlm reality byk yg kecewa..tat y sy bc novel..make me alive n smile..so my dear writer u r very kind person cos make me smile thru ur writing .@ednayu