Tuesday, March 20, 2012

Kita Kahwin {2}


BAB 2


“DUDUK.” Fiqril memberi arahan pada Suraya. Gadis itu hanya menurut saja. Duduk di hujung meja.
“Nah guna. Nangis je.” Fiqril melemparkan sapu tangannya pada Suraya. Membiarkan gadis itu menangis. Sedihnya sapu tangan itu tak di gunakan hanya terbiar di atas meja.
“Guna.” Tinggi suara Fiqril memberi arahan barulah Suraya mengambil sapu tangan itu.
Fiqril tahu gadis itu tak mahu menggunakan sapu tangannya tadi kerana segan tapi apabila suaranya sudah naik, mahu tak mahu terpaksa juga gadis itu mengambil sapu tangannya untuk mengelap pipi. Tak sedar mudah senyumannya tercalit di bibir mengenang gelagat gadis itu. Mencuit hati. Menangis hanya di suruh membentang kerja sendiri. Sangatlah lawak gadis yang polos bertudung biru muda ini.


TERKETAR-KETAR tangan Suraya menggapai sapu tangan apabila di tegaskan begitu. Suara Fiqril yang naik membuatkan dia takut. Menangis salah satu jalan untuk meredakan rasa takutnya. Dia memang gemuruh. Masalahnya yang satu tu memang dia hadapi sejak dulu lagi. Bergaul dengan orang. Membentang depan orang. Di sekolah dulu pun dia ada masalah itu dan di sebabkan cikgunya tahu kelemahannya sudah di tahap kritikal, cikgunya tak pernah memaksanya untuk membentang apa-apa. Begitu juga terjadi di universiti. Dia pernah hampir masuk hospital kerana sesak nafas apabila diminta membentang, sejak dari hari itu kawan-kawan sekuliahnya sentiasa menjaganya dan memberi pengecualian apabila membentang di dalam kelas. Bagi tugasan individu, selalunya dia skip pembentangan. Biarlah markahnya di tolak asalkan dia tak perlu membentang.
Oleh masalahnya yang satu itulah dia sukar mendapatkan pekerjaan walaupun CGPA sangat tinggi. Mendapat pekerjaan sekarang pun atas ehsan salah seorang pesakit papanya yang memberi peluang dia berkerja di sini. Masuk tanpa perlu di temu duga. Mula-mula dulu dia bekerja di bahagian pentadbiran biasa, setelah Encik Wan dapat mengesan bakatnya dalam membuat strategi pemasaran dia di tarik ke jabatan ini. Dua bidang berlawanan sedangkan dia siswazah kelulusan ekonomi.
Sekarang ini dia di paksa membentang pula. Pekara yang paling dia takuti. Hendak bercakap banyak dengan orang pun dia sukar apatah lagi hendak membentang. Sememangnya ketakutan lah jawabnya. Ketakutan yang memaksa dirinya menangis di hadapan sesiapa saja yang berdekatan dengannya. Ingat senang ke nak mengawal perasaan takut yang ada di dalam dadanya. Nasib baik sesak nafasnya tidak datang, kalau tidak makin parah lah jawabnya nanti. Mahu masuk hospital dia sekali lagi.
Sambil mengelap airmata sedaya upaya Suraya cuba menenangkan diri sendiri. Pernah tak terasa, semakin kita cuba bertenang dari tangisan, semakin kuat keinginan kita menangis. Itulah perasaannya sekarang, semakin dia tak mahu menangis semakin sebak perasaan sedih didalam dirinya. Makinlah mengalir airmata itu. Dahlah kena paksa ambil sapu tangan entah sesiapa ni. Tapi wangilah pula sapu tangan yang dia gunakan ni.
Siapalah lelaki di hadapannya ini? Apalah kerjanya? Kenapa dia ada disini? Macam mana lelaki tu tahu kerja yang Intan bentang itu bukan kerja Intan? Sangatlah pelik lelaki dihadapannya ini. Suraya tidak boleh hendak menganggak kenapa lelaki di hadapannya ini meminta yang lain keluar meninggalkannya bersama lelaki ini. Baik pulalah kemudiannya lelaki itu menyuruh dia duduk dan menangis. Sangat pelik tapi baik. Dunia-dunia sangatlah sukar untuk di jangka.
“Dah habis nangis? Jom” Lelaki tadi mengajak Suraya untuk pergi. Jom ke mana?
“Nak... Per...gi... ma..na?”Tergagap-gagap Suraya bertanya pada lelaki itu. Bersuara buat kali pertama dengan orang yang dia belum biasa.
“Jangan banyak tanya. Jom.” Tegas lelaki itu sambil menarik tangan Suraya. Suraya tiada pilihan lain selain mengikut saja.
Suraya nampak wajah-wajah yang ada di jabatannya itu kelihatan terpinga-pinga memandang dia dan lelaki tersebut. Lebih-lebih lagi lelaki tadi selamba memegang tangannya. Macam mana tu? Dengan muka kesian, Suraya memandang Encik Wan. Kemudian kelihatan Encik Wan macam hendak berkata sesuatu dengannya tapi bagai di tahan oleh kawan lelaki yang sedang menggenggam tangannya. Akhirnya tiada siapa yang mampu membantunya.
“Bilik aku.” Lelaki yang memegang tangan Suraya itu berkata sesuatu pada temannya dan lelaki yang menghalang Encik Wan dari bersuara tadi nampak seakan terkejut. Entah siapalah nama kedua-dua lelaki ini? Suraya terlupa untuk ambil perhatian apabila Encik Wan memperkenalkan kedua-duanya tadi. Iyalah tadi dia langsung rasa tak penting untuk dia ingati. Sekarang kan diri sendiri yang susah.


DAH tak tahu nak kata apa dah Suraya. Tadi dia di tarik keluar dari tingkat lima tempat jabatannya bermukim, puas dia meronta tapi tiada hasilnya. Dia di tarik juga menaiki lif ke tingkat 7 yang di ketahui milik jabatan pentadbiran. Jabatan yang dulu pernah dia sertai. Buat kali pertama dia di tarik masuk ke dalam bilik pengurus besar. Kak Jie, setia usaha pengurus besar itu cuba menghalang tapi dia pula di halang oleh kawan lelaki ini. Sangatlah menakutkan Suraya. Di dalam hatinya berdoa a agar dia tak di apa-apakan.
“Duduk.” Lelaki itu memberi arahan tapi dalam mulutnya bercakap itu sempat dia menghempaskan tubuh Suraya ke sofa. Nasib baik menghempas secara terhormat. Hempasan lembut-lembut manja.
“En... cik Sia...pa? Na..ma En..cik?” Suraya sudah hendak menangis semula. Matanya mula berair.
“Tak habis-habis menangis. Jangan nak mulakan.” Tinggi suara lelaki itu membuatkan Suraya terkaku. Langsung tak jadi menangis. Terbantut kelenjar tangisnya mengeluarkan produk masin itu.
“Aku Fiqril...” Lembut pula suara lelaki tadi memperkenalkan diri. Tanganya membuka butang kot membiarkan kot di tubuh tergantung begitu saja.
“Fiq?” Lelaki yang sedari temannya Fiqril masuk ke bilik itu secara mengejut. Suraya terpinga-pinga melihat kedua-duanya. Begitu juga kawan Fiqril terpinga-pinga melihat mereka. Rasanya hanya Fiqril seorang yang masih lagi tenang dalam bilik ini.
“Itu Adha, sahabat aku dan pembantu aku.” Suraya merakam terus nama kedua-dua lelaki itu. Payah nanti kalau dia terlupa lagi.
“Ad, aku nak fail perbadi dia. Tolong uruskan. Lima belas minit.” Kalaulah arahan itu diberikan pada Suraya, mahu dia terpinga-pinga memikirkannya. Tapi Adha hanya tersenyum.
“Give me five minutes bro.” Ujar Adha sungguh effisen sekali. Cepat saja lelaki itu kabur dari padangan mereka berdua.
“Kau duduk situ senyap-senyap dan jangan nak menangis lagi.” Arahan itu sangat tegas di telinga Suraya. Peliknya airmatanya seperti faham dengan arahan itu, lalu langsung tak memaksakan dirinya untuk keluar walaupun setitik.


KELULUSAN EKONOMI?” Nada Fiqril seolah-olah bertanya dengannya itu membuatkan Suraya mengangguk saja. Seperti pada janjinya, hanya lima minit Adha perlukan untuk mengemukakan fail peribadinya pada Fiqril. Sepuluh minit kemudian Suraya sendiri resah menunggu Fiqril yang membaca fail peribadinya. Lelaki itu hendak memecat dia kah? Ada ke kuasa lelaki itu hendak memecatnya? Semua berlegar-legar dalam kepalanya.
“Kau kelulusan ekonomi tapi kerja di bahagiaan pentadbiran kemudian pemasaran. Kau ini betul-betul peliklah.” Ayat yang keluar dari bibir Fiqril itu nyata hanya satu kenyataan yang berupa kutukan tapi Suraya tak kisah. Dah sudah terbiasa di kutuk.
“Tak ada di temu duga. Di rekomen oleh tuan milik syarikat. Hebat. Anak bongsu dari dua beradik. Keluarga doktor. Not bad.” Satu demi satu, Suraya dengar maklumat demi maklumat tentang dirinya di sebut keluar oleh Fiqril. Tapi dia hanya senyap. Pekara yang dia sudah tahu. Tak ada masa nak beri wajah teruja.
“Mula hari ini kau jadi pembantu aku. Kau akan berkerja terus dibawah aku seperti Adha. Adha akan bantu kau dan kau kena ikut cakap Adha.” Arahan yang di keluarkan oleh lelaki bernama Fiqril membuatkan Suraya hampir kena serangan jantung.
Mudahnya lelaki itu menukar-nukar jawatan kerjanya. Amboi sesedap mee goreng je Fiqril membuat keputusan tanpa bertanya dia setuju atau tak. Kalau lelaki itu tanya tentu saja Suraya tidak akan bersetuju dan akan membantah habis-habisan. Tapi masalahnya sekarang lelaki itu tidak bertanya, macam mana Suraya hendak bersetuju. Jika tadi Suraya takut di pecat, sekarang hanya jalan berhenti kerja yang dapat dia lihat dengan terang supaya dia tidak perlu beralih jawatan.

9 comments:

zm said...

klakar giler.... cumel la pula duk nagis2 ni... ahaks, thanxs cik writer

mizz acu said...

Ahaks..! Chumell la suraya ni.. Hehe

Anonymous said...

Best cerita ni...hope ada entry everyday

ryana said...

makin menarik citer ni...
mesti best kan waktu diorg bekerja nanti..
nak entry stp hari blh...

aiRiNa_aiNuN said...

alololo. cute nye si suraya nie.
tp kan ad jgak ea pnyakit mcm suraya nie. hehe. cpt2 smbg cik penulis..=)

Anonymous said...

next entry plizzz... ^_^

Lieynaim mohd noor said...

uittt..terkejuk..senang ye tukar jawatan..eheheheh

Wilma said...

Best...tak sabar nak tunggu next entry...

kak ida said...

salam dik..akak suka cara fiq buat..pada suraya...dia guna reverse psikologi kat minah poyo ni..
adakah suraya akan berhenti sebab tak setuju ngan cara mamat tu memberi arahan..kat dia..dan adakah fiq..akan menerima lame excuses dari suraya yg dia takut utk dibuat perbentangan..kenapa ek..famili suraya tidak menghantar anaknya ke Dr psikologi untuk buat treatment to overcome masalah darah gemuruh ini..akak rasa masalah ni ..boleh sembuh..kalo famili dia bertegas..
Teruja nak tahu..what happens next..E3