Thursday, March 22, 2012

Kita Kahwin {3}

BAB 3


SURAYA menyerahkan laporan yang telah dia buat pada Kak Jie, setiausaha Fiqril. Rancangannya untuk meletakkan jawatan tidak berjaya setelah lelaki bernama Fiqril itu mengugut kalau dia meletak jawatan, Fiqril akan menjejakinya hingga ke lubang cacing dan membawanya balik semula ke sini. Fiqril juga selamba mengungkit kelemahannya yang tidak boleh membentang itu. Kata Fiqril, lelaki itu yakin juga kalau dia berhenti di sini pasti tiada syarikat lain mahu mengambilnya kerja. Sikap dia yang lurus bendul itu membuatkan Suraya tiada pilihan lain selain percaya.
“Sue ni tahu je, selalu datang masa Encik Fiq tak ada. Ini ada lagi satu laporan yang Encik Fiq nak Sue siapkan.  Pagi tadi Encik Fiq emailkan kat akak, akak lupa pula nak bagi Sue. Yang ni dia kata kena buat slow and steady. Dia nak every detail as possible.” Kak Jie menyerahkan fail biru kepada Suraya. Suraya menyambutnya dengan senyuman.
 Rasa bertuah pula dia menerima jawatan ni dahulu. Sekarang dia hanya perlu berhadapan dengan Fiqril, Adha, dan Kak Jie saja. Kalau nasibnya baik, dan dia pandai mencari waktu dia hanya perlu berurusan dengan Kak Jie dan Adha saja. Tugasnya senang, membuat kajian dan menyiapkan laporan tentang projek-projek yang ingin Fiqril laksanakan. Tapi kata Kak Jie, laporannya ini penting kerana ianya menentukan masa depan syarikat. Ada juga Kak Jie mengusiknya, katanya dia orang paling penting dalam syarikat ini kerana laporannya adalah keputusan Fiqril. Entah betul entah tidak Suraya tak tahulah.
“Sue, Kak Jie nak minta tolong.” Lembut suara Kak Jie meminta daripadanya. Suraya memandang Kak Jie dengan penuh rasa rendah diri. Kak Jie antara insan yang paling baik padanya jadi dia tidak akan berkira kalau bakal ibu anak kedua itu meminta tolong daripadanya.
“Apa Kak Jie?” Suraya memberi kesediaan awal untuk membantu.
“Start bulan depan Kak Jie dah cuti. Maklumlah Kak Jie dah mula tunggu hari dah hujung bulan ni. Jadi kalau boleh Kak Jie nak minta tolong Sue, tolong gantikan Kak Jie semasa Kak Jie tak ada ni. Mulanya Kak Jie nak minta tolong Sharmila tapi Encik Fiq tak nak.  Encik Fiq kat minta tolong Sue je. Boleh?” Tanya Kak Jie penuh harap. Kesian pula Suraya mendengarnya tapi mana boleh dia ganti Kak Jie, dahlah kak Jie ni setiausaha, manalah Suraya reti nak angkat call segala.
“Kak Jie, Sue bukan tak nak tolong. Kak Jie tahu ka Sue tak biasa nak angkat call orang. Jumpa orang.” Lirih suara Suraya mengakui kelemahan diri.
“Kak Jie tahu tu Sue, tapi Encik Fiq kata Sue hanya buat kerja-kerja kerani je. Yang atur jadual dia, dia boleh uruskan sendiri. Sue tolong akak ye. Kesian pula nanti kat Encik Fiq. Boleh ye?” Kak Jie merayu lagi. Macam manalah Suraya nak menolak ni.
“Tapi Kak?” Suraya masih keberatan. Namun tak sempat dia meluahkan berapa berat keberatan dia, telefon di meja Kak Jie dah berbunyi minta di angkat.
Seketika Kak Jie berbual dengan pemanggilnya. Dari cara Kak Jie berbual, Suraya tahu pemanggilnya adalah Encik Fiqril bos mereka. Sekali sekala nama Suraya turut masuk dalam perbualan itu membuatkan Suraya yang berdiri di hadapan Kak Jie resah sendiri. Apabila Kak Jie dah menekan butang pembesar suara, Suraya pucat sendiri menunggu habuannya.
“Suraya. Awak akan ganti Jie selama dia bercuti. Faham?” Tak ada salam. Tak ada tanya berita, terusan saja Suraya di tembak begitu. Aduhai dah tak boleh nak langkah seribulah Suraya dibuatnya.
“Faham bos.” Jawab Suraya dengar tak dengar.
“Faham tak?” Suara dari pembesar suara itu melengking kuat.
Agaknya orang di sebelah sana tak dengar jawapan Suraya tadi. Bukan hanya Suraya yang terkejut malah Kak Jie juga mengurut dada dihadapannya. Agaknya kalau Kak Jie ni memang dah sarat benar hendak melahirkan dah boleh bersalin kerana mendengar suara Fiqril yang tinggi itu.
“Faham bos.” Suaraya menjawab tegas. Suaranya tak dapat menyembunyikan rasa marahnya pada  Fiqril.
“Kalau macam tu selesai. Jie, I nak hanya Suraya yang uruskan kerja-kerja You selepas ini. Ajar dia elok-elok.” Lembut pula suara Fiqril memberi arahan pada Kak Jie. Memang pilih kasih betul.
“Baik Encik Fiq.” Kak Jie menjawab lembut sebelum memutuskan talian setelah bertukar salam.
Kak Jie memandang Suraya dengan wajah kesian bercampur sedikit perisa bersalah. Berkerut-kerut wajahnya memandang Suraya yang kelihatan tenang saja walau selepas menerima herdikkan daripada ketua mereka.
“Kak Jie minta maaf Sue. Kak Jie tak sangka pula bos garang benar dengan Sue macam ni sekali.” Ujar Kak Jie denga wajah bersalah.
“Tak apa Kak Jie. Sue dah biasa dah.” Ujar Suraya dengan senyuman nipis untuk mengurangkan rasa bersalah Kak Jie.
Dia tak ambil hati pun pada Kak Jie. Dia dah biasa dimarahi. Memang dia dah biasa dimarahi oleh Fiqril sejak dia mula kerja dibawah Fiqril sebulan lalu. Beberapa kali sudah dia di herdik oleh Fiqril. Naik lali dia dengan herdikan dan tengkingan Fiqril.
Pernah Adha menasihatkan dia agar tegas membantah Fiqril jika lelaki itu marah-marah begitu. Kata Adha, ketua mereka sengaja marahkan dia agar dia belajar tegas dengan orang lain walaupun cara bos mereka salah. Tapi nak buat macam mana? Bukan perangai dia hendak membantah orang. Bukan tabiat dia hendak melawan kata. Akhirnya dia akur dimarah walau salahnya sekecil hama.
“Tak sangka Kak Jie, bos boleh garang macam tu kat Sue. Dengan Kak Jie, tak ada pula dia nak marah-marah.” Ujar Kak Jie dengan persoalan besar di atas kepalanya.
Mana tidaknya, selama ini imej Fiqril di mata pekerja lain adalah seorang ketua yang perihatin, bertimbang rasa dan penuh aura ketua yang sangat dihormati. Rasanya Suraya ini je selalu menjadi mangsa herdikkan di pejabat ini. Orang lain rasanya belum pernah lagi menerima herdikkan setara dengan apa yang Suraya terima. Istimewakan layanan yang Suraya terima.
“Biasalah Kak Jie, siapalah Sue orang nak berbaik dengan Sue. Tak apalah. Bila Kak Jie nak mula ajar Sue?” Tanya Suraya dalam pada dia meluahkan rasa sebak yang mendatang itu. Lambat dia belajar kang kena lagi dia sebiji dengan Fiqril. Hati dia juga yang sakit.
“Petang nantilah. Nantilah Kak Jie panggilkan Sue.” Kak Jie membuat keputusan, petang sajalah dia mengajar Suraya. Mahu memberi sedikit masa untuk Suraya bertenang terlebih dulu. Kesian pula dia melihat gadis itu.
“Baiklah Kak Jie. Petang nanti Kak Jie panggil je Sue ye. Kalau macam tu Sue minta diri dululah Kak Jie.” Cepat saja Suraya meminta diri.


APABILA Kak Jie memanggil Suraya petang itu, Suraya sudah bersedia untuk belajar menjadi pelajar yang baik. Namun hanya setengah jam saja sesi pembelajarannya bermula sebelum wajah Kak Jie berkerut-kerut seperti menahan kesakitan. Suraya mula perasan keadaan Kak Jie yang sedang sakit itu. Hendak melahirkan ke?
“Kak Jie, kenapa ni?” Cemas Suraya bertanya pada Kak Jie. Wajahnya mula pucat. Dia tak tahu nak buat apa kalau betul Kak Jie sakit nak bersalin.
“Sakit. Kak Jie rasa dah sampai masa ni. Boleh tak Sue tolong hantar Kak Jie pergi hospital?” Pinta Kak Jie semakin lemah. Membuatkan Suraya bertambah cemas.
“Sue tak reti nak drive. Nanti Sue panggilkan Adha.” Suraya cemas hendak memanggil Adha.
 Tanpa sengaja dia terlanggar sisi meja lalu terpelecok jatuh tersungkur. Suraya tetap Suraya. Kental menempuh dugaan. Di tahan sakit di kakinya terus melangkah ke bilik Adha yang berdekatan. Tak di hirau mata yang memandang dan mulut yang menggelakkan dirinya. Kita kan warga Malaysia yang penyayang. Sentiasa tolong tengok dan tolong gelak.
“Ad.” Tanpa mengetuk pintu Suraya mendapatkan Adha. Bunyi pintu yang dia buka secara tiba-tiba itu membuatkan ahli-ahli di dalam bilik Ad terkejut besar. Ada Bos besar mereka juga di situ.
“Kenapa masuk tiba-tiba? Dah tak reti nak ketuk dulu.” Suara Fiqril melenting kuat membuatkan Suraya hampir terduduk di hadapan pintu itu.
“Kak Jie nak bersalin. Ad tolong....” Suara Suraya yang tertahan-tahan keluar menunjukkan betapa takutnya dia. Malunya dia.
“Hah?” Suara Adha terkejut besar.
“Kita bawa Kak Jie pergi klinik dulu, Ad. Angah jom.” Fiqril bersuara. Cepat betul dia dapat menangkap apa yang di perkatakan oleh Suraya.
Adha dan seorang perempuan yang dari tadi berbincang dengan bos dan Adha, sudah meluru keluar. Suraya berjalan perlahan di belakang mereka sambil menahan sakit yang amat sangat. Tak di hirau dia, Fiqril yang dia tahu sedang memerhati jalannya dari belakang. Kakinya terlalu sakit sangat untuk dia bergerak pantas seperti yang Fiqril inginkan.
“Kenapa kaki tu?” Suara Fiqril kedengaran bertanya pada Suraya. Suraya tak teringin hendak menjawab. Rasa malunya di herdik tadi masih terasa.
“Jatuh.” Jawab Suraya dengan lemah sekali. Dia memang tak pandai melawan. Memang tak reti mempertahankan diri bila di herdik dan di tengking. Tapi tak bermakna dia suka untuk di herdik dan di tengking. Dia pun ada maruah, ada rasa malu bila di tengking oleh Fiqril di hadapan orang lain. Kalau hadapan Adha dan Kak Jie, mereka sudah biasa mendengar, ini ada orang lain lagi tadi bersama mereka. Malulah dia.
“Cuai sangat kenapa?”Kedengaran kutukan penuh sinis itu keluar dari bibir Fiqril. Memang tiada perasaan kesian agaknya dalam hati seorang lelaki bernama Fiqril. Dia yang sakit-sakit begini pun masih hendak di kutuk-kutuk lagi. Malas Suraya hendak melayan.
“Mari aku tolong.” Terkedu Suraya dengan huluran pertolongan daripada Fiqril. Tangan lelaki itu mula memimpinnya dengan memegang lengannya.
“Tak perlu bos.” Tolak Suraya segan.
“Jangan nak membantah. Kau tak boleh sakit. Mula esok kau kena ganti Kak Jie.” Sudah, Fiqril mula mengeluarkan kuasa vetonya. Sekarang hendak sakit pun dia perlu minta kebenaran Fiqril juga ke?  
Tak menghiraukan tolakkan Suraya,bosnya itu sudah memerluk bahunya dan memimpin dia berjalan. Macam dia pula yang hendak bersalin. Tapi semua itu ada maksudnya. Suraya tahu Fiqril tidak mahu dia sakit kerana kalau dia sakit, lelaki itu juga yang susah nanti apabila tiada siapa hendak mengganti Kak Jie. Dia hanya kapsul kesenangan lelaki itu saja. Suraya tahu itu. Sedihnya dapat bos begini

9 comments:

mizz acu said...

Alahaiii.. Kesiannya surraya.. Dah la xsmpt nak blajar.. Ada hrpn nak kna mrh lg la nti tu.. Haishhh
Fiq ni xreti nak ckp elok2 kaa.. Keja nak jerkkah jaaaa

Anonymous said...

garang sangt fiq ni..kesian su...marah2 sayang lah tu...x nak bagi sakit sebab takut tanggung rindu..hihi

zm said...

sye tumpang sedih bgi pihak suraya.... tq kak iman, besh bangat

miss L said...

perghhh..garang gile fiq ni...
sian suraya...

kak ida said...

suraya tetap suraya kan..seorg gadis yg cemerkap dan kelam kabut orgnya. Kesian pulak kehidupannya dibuat of fiq sebegitu..layanan double standard yg amat ketara sekali..!
Akak terfikir juga..adakah ngan cara ini fiq cuba menarik perhatian suraya kerana dia telah pun jatuh hati ngan minah poyo ni dan dia cuba untuk menafikan perasaan yg semakin hari semakin menebal dan tak secara langsung cuba mengajar dan menyembuhkan penyakit gemuruhnya..

aiRiNa_aiNuN said...

alahai kesian plak ngn suraya nie. asyik kene bambu je ngn fiqril. bile la dorg nak aman damai ye...

Lieynaim mohd noor said...

alahai .asyik tersenyum j bila baca n3 nie..heheheheh

Anor said...

dh baca keseluruhan cite ni bestlh
Iman..cepat sambung ye...
kesian dgn Sue asyik jelh kena
marah dgn Fiq.. tak patut sungguh
Fik ni buat macam tu buatnya Sue
nk berhenti padan dgn muka Fik...

Anonymous said...

hai suraya.. bukan main rapat lagi tue.. kalau encik dukung macamana erk.. tangkap lentok habis.. huhu