Wednesday, March 28, 2012

Kita Kahwin {4}

BAB 4


SURAYA tak sangka bosnya itu akan masuk sekali ke dalam bilik rawatan bersamanya. Adha dan perempuan seorang tadi sudah menguruskan Kak Jie, malah suami Kak Jie pun sampai tidak beberapa lama selepas mereka tiba di hospital pantai ini tadi. Yang mengejutkan mereka semua apabila Fiqril menawarkan diri untuk menemaninya menerima rawatan. Serba salah Suraya dibuatnya.
Bertambah perasaan serba salah itu apabila doktor yang merawatnya kebetulan adalah teman karib abangnya Ashraf. Habislah dia. Pasti kedatangannya ke sini nanti akan di khabarkan kepada Ashraf. Pasti panjang soal jawab abangnya itu nanti. Memang menyakitkan hati betul bosnya ini.
“Macam mana boleh jatuh ni Aya? Kaki dah bengkak macam bola tennis dah ni. Rehatlah, Abang Man bagi Aya cuti tiga hari.” Doktor yang menggelarnya sebagai Abang Man itu sudah mula memanaskan enjin untuk membebel nampaknya.
Aiman adalah teman baik abangnya sejak sekolah menengah lagi. Malah Aiman dah bagaikan keluarga sendiri memandangkan Aiman ini anak yatim piatu sejak berumur 19 tahun. Setelah orang tua Aiman tiada, setiap kali waktu cuti semester Aiman memang akan balik ke rumah keluarganya dan semejak itu Aiman memegang tanggungjawab sebagai abangnya seperti Abang Ashraf nya juga.
“Alah sikit je ni. Esok lusa surutlah.” Tolak Suraya lembut. Teringat amaran bosnya yang tidak membenarkan dirinya bercuti.
“Tak ada maknanya. Abang Man cakap Aya cuti baik Aya cuti. Sekejap lagi Abang Man habis kerja, kita balik sama-sama. Abang pun nak singgah rumah papa dulu nanti.” Arah doktor muda itu membuatkan Suraya rasa serba salah.
Bagaimanalah dia hendak menurut kalau bosnya ada di sebelahnya? Suraya memandang wajah Fiqril di sebelahnya. Kelihatan sungguh tegang sekali. Pasti bosnya tidak suka dengan arahandari Aiman tadi. Memang tak mungkinlah kalau dia hendak menurut kata-kata abang angkatnya itu. Takut balik bercuti nanti dia menjadi punch bag pula oleh bosnya.
“Tapi Aya banyak kerja.” Suraya masih membantah. Membantah dalam terpaksa.
“Tak kan tak boleh cuti? Ini cuti sakit Aya bukan pergi cuti-cuti Malaysia ke apa. Kalau Aya takut nanti abang sendiri cakap dengan bos Aya. Abang dah tak nak dengar apa-apa. Kejap lagi apa yang abang tahu Aya makan ubat lepas tu tunggu abang. Kita balik sama-sama. Ini teman sekerja Aya ke?” Aiman akhirnya bertanya tentang kehadiran Fiqril padanya.
“Bos Aya.” Pengakuan Suraya itu membuatkan Aiman nampak sedikit kaget sebelum satu senyuman kaku dia berikan pada Fiqril.
“Macam ni encik...?” Suraya terdengar ayat Aiman terhenti di situ sebelum di sambung oleh bosnya.
“Fiqril.” Nasib baik bosnya tidak membawa kepala anginnya tadi terus memperkenalkan diri.
“Macam ni Encik Fiqril. Kaki Suraya ni agak teruk terseliuhnya. Kalau boleh buat masa terdekat ini jangan ada sebarang tekanan pada kakinya itu jadi saya nak minta Encik Fiqril lepaskan dia dari tugas untuk tiga hari.” Aiman tidak lagi berlagak seperti abang tapi seorang doktor yang beretika.
Mendengar permintaan Aiman pada Fiqril membuatkan kepala Suraya terus-terusan menunduk. Resah dan gelisah untuk dia bersuara, pasti sekarang Fiqril menghimpun marah padanya dan menuduh dia menggunakan Aiman untuk dirinya lari dari tugas yang menunggu. Bukankah awal-awal sudah Fiqril menyatakan yang dia tidak boleh bercuti tapi sekarang Aiman terang-terang meminta pada bosnya yang kepala angin itu agar dia di berikan cuti. Serba salah dia. Aiman atau bosnya?
“Kalau alasannya berpatutan. Kenapa tidak Suraya bercuti. Doktor terpaksa keluarkan satu surat sakit yang rasmi untuk tujuan itu. Kalau tidak, saya pun tak boleh nak berbuat apa-apa.” Tegas dan sinis suara Fiqril di telinga Suraya.
Tepatlah jangkaannya yang Fiqril tidak suka akan saranan Aiman. Dari bentuk ayat yang terbit dari bibir Fiqril sudah membuatkan Suraya tahu yang Fiqril sudah bersangka yang tidak-tidak tentang permintaan Aiman. Mungkin bosnya itu menganggap permintaan Aiman itu lebih kepada permintaan seseorang yang mengenali dirinya dan risau akan dirinya berbanding permintaan dari seorang doktor yang beretika.
“Saya akan keluarkan surat tersebut. Aya tunggu sekejap, abang nak ambil ubat. Aya dah lunch kan? Ubat ni kena ambil selepas makan.” Suara Aiman sudah mendatar. Mungkin kerana terasa dengan kesinisan Fiqril tadi.
Geram pula Suraya pada Fiqril. Sesuka hati je nak melayan Aiman bergitu tadi. Fiqril boleh sinis dengannya tapi janganlah tunjuk lagak bos tu pada orang yang tak sepatutnya. Sekarang Aiman kan dah terasa. Selepas ini pasti cerita-cerita tidak enak akan sampai ke telinga papanya dan mungkin akan menyebabkan papanya mendesak dia meletak jawatan. Bukan tak tahu perangai tiga lelaki bergelar yang sangat overprotective dalam hidupnya itu.
“Abang Man, Aya belum makan. Tadi tak lapar. Sekejap lagi Aya pergi makan, baru Aya makan ubat okay.” Suraya cepat-cepat menahan Aiman dari terus bangun mengambil ubat.
“Belum makan? Aya, dah pukul tiga dah ni tau.” Aiman dah macam buka kitab membebelnya kembali.
“Tadi Aya tak lapar. Kejap lagi Aya makanlah.” Suraya bersuara manja. Mengeluh Aiman mendengarnya.
“Dah...dah... sekarang ni Aya pergi makan kat cafe dulu. Pergi kaunter ubat jumpa Kak Siti, minta ubat yang abang list ni. Sekejap lagi abang call kak Siti cakap Aya nak datang. Lepas makan nanti, makan ubat. Dah tu tunggu abang kat situ kita balik sama-sama. Atau Aya nak tunggu abang kat sini je? Kita pergi makan sama-sama lepas abang kemas-kemas ni. Aya bukan boleh dipercaya sangat kalau bab-bab makan ubat ni.” Sempat Aiman mengutuk Suraya. Kehadiran Fiqril sudah tak di hiraukan lagi.
“Never mind, biar I je bawa dia pergi makan.” Fiqril dulu menawarkan diri.
Suraya menggelengkan kepala memberi isyarat dia tidak mahu pada Aiman. Namun gelengannya terhenti sebaik perasan Fiqril memandang gelagatnya teruslah dia menunduk kaku.
“Kalau macam tu, baiklah. Saya terpaksa susahkan Encik Fiqril tapi pastikan dia makan ubat. Dia ni liat sikit kalau bab-bab makan ubat ni.” Pesan Aiman. Dari suara itu yang sudah mesra, Suraya pasti secebis senyuman turut hadir di bibir Aiman.
“Don’t worry. I will take a good care of her.” Mendengar suara yang penuh muslihat dari Fiqril itu membuatkan Suraya rasa hendak membunuh diri dah.
‘Aduhai Abang Aiman, tidakkah abang sedar yang abang dah lepaskan Aya pada naga api ini. Kenapalah abang tak faham isyarat yang Aya berikan. Habislah Aya lepas ni, rentung di sembur hembusan api dari bos Aya yang dah macam dragon dalam cerita shrek ini. Papa, tolong selamatkan Adik. ‘ Rintihan itu hanya bergema dalam hati je pun.
Tak terluah oleh kata-kata rasa hatinya. Malah berat tubuhnya juga apabila Fiqril sudah membantu menampung sebahagian berat badannya untuk berdiri dan memimpinnya keluar bersama slip ubat yang berada di tangan lelaki itu sebagai jaminan. Sekarang dia berserah jelah. Menunggu bala apa yang nak datang pula.


p/s lewat petang semalam iman nak post. Tapi malangnya hard disk iman tertinggal kat office. jadi tak boleh nak postkan entry. Enjoice for this entry... Sorry.

10 comments:

hasnah said...

ok, nampaknya saingan sudah muncul..saingan ke? k,cannot wait for the next entry!!

miss L said...

hehe...bgus aya dpt mc, tak bole la fiqril mara2 die lg...

Anonymous said...

best ni... mesti jelesh la tu

Aida Sherry said...

alahai.... siannya suraya... asyik kena buli jelah.....
fiqril.... ada rasa cinta ke kat suraya tu.... kalau tak ada... takkanlah jeles kat dr aiman....

Anor said...

alahai Iman apesal pendeknya n3
kali ni rasa tak puaslah baca...
tapi ape pun mmg best dn harap cpt
sambung ye dn lagi elok kalau dpt
kedua dua sekali cite sekali Iman
post ye... sayang Iman...

AniLufias said...

dah ada saingan nie...suka suka

PELANGI PETANG said...

tq iman atas sambungan kedua dua entry ne...seronokkk dan best

kak ida said...

pergh iman..akak really happy ngan E3 ni..terasa bahang jeles Fiq tu..bila aiman memberi sepenuh perhatian kat minah tu..
apa ek terjadi bila mereka berdua duan antara perjalanan dari bilik arman ke cafe..adakah mamat sengal fiq akan betui betui menjadi dragon mengeluarkan ayat ayat power yg menyebabkan minah tu menangis sedih..atau menjadi rentung..selepas tu..
wah tak sabar rasanya nak tunggu E3 baru ni dik..

Anonymous said...

Yuhuuuuu.. Besh2! Aiman vs fiqril.. Ehehe.. Ape agaknya bapak singa ni nak wat at su.. Jgn r marah2.. Sian su kan sakitt.. ;) be niice pls bos!
~mizz acu~

adriana said...

alamak jatuh cinta plak dgn cite ni.semua cite kat sini best2 lah.suke dgn aya n fiqril.sesuai je.