BAB 4
“Macam I katakan tadi Sofi. I boleh tolong anak guam you untuk dapatkan
belanja selama dia mengandung dan yuran bersalin untuk dia. Anak guam I akan
tanggung anak guam you hingga dia habis pantang. That the best I can do Sofi.
Lebih dari itu, I tak boleh nak tolong.” Sekali lagi Rya memberi tawaran pada
Sofi peguam plantif yang mendakwa anak guamnya.
Memang masalah sosial sekarang. Anak guam Sofi seorang anak gadis yang baru
berumur 23 tahun dan merupakan seorang pelajar mendakwa anak guamnya yang
merupakan anak orang berpangkat tinggi atas dakwaan tidak mahu bertanggungjawab
pada dia yang sedang mengandung anak lelaki itu kononnyalah. Baru 21 tahun tapi
dah berani bersekedudukkan dengan lelaki. Masalahnya dia mengandung anak lelaki
lain tapi mendakwa orang lain. Dunia-dunia. Dah kurang malu rupanya manusia
ini.
“Aku tak nak semua itu. Aku nak dia bertanggungjawab.” Anak guam Sofi
berteriak pada Rya. Nampak sangat marah pada Rya yang tidak mahu berganjak dari
tawarannya.
“Bertanggungjawab seharusnya pada orang yang benar-benar berhak Cik Jasmin.
Kalau you nak klien I bertanggungjawab, nikah dengan you. Apa kata kita buat
DNA test?” Ujar Rya dengan suara yang cukup mendatar. Langsung tak berperasaan.
Apabila Jasmin terdiam membisu. Rya sudah menjangkakan reaksi itu.
“ I cukup faham dan tahu siapa you Cik Jasmin. You nak dakwa anak guam I
rogol you. Well after almost a year both of you tinggal sekali, you rasa
dakwaan tu masih boleh pakai ke?” Sinis suara Rya. Dia tidak jadi yang terbaik
dalam bidang dia kalau dia seorang lembut hati.
“Kau jangan ingat aku boleh lepaskan anak guam kau macam tu je. Dia tak
cerita berapa banyak kami berkongsi sejak kami bersama? Aku bukan sesiapa pun
kalau video tentang kami ni tersebar tapi anak guam kau?” Amboi cantik sungguh
bahasa nak guam Jasmin. Cara Jasmin bercakap sememangnya cara orang terdesak
sehingga melanggar kuasa Sofi untuk berbincang. Itu melebarkan lagi senyuman
Rya.
“I tak nak aibkan you sebenarnya Cik Jasmin. Tapi you paksa I. I’m sorry
Sofi, anak guam you yang paksa I. Baiklah Cik Jasmin.” Dari kedudukan bersandar
dengan santai, Rya tegak pula. Wajahnya berubah dari selamba dan sinis tadi
hingga ke wajah serius yang menakutkan. Penuh keazaman.
“Rya... I...” Sofi jelas tak suka dengan perubahan Rya. Gadis di hadapannya
ini bukan sebarang peguam. Peguam yang mempunyai reputasi sendiri. Buat masa
sekarang gadis ini the best player in industry. Memang silap besar anak guamnya
menaikkan darah Rya. Kini Sofi hanya mampu senyap dan menggelengkan kepala.
“You nak bukti Cik Jasmin, I berikan you bukti. Kondo tempat tinggal you
sekarang hadiah dari boyfriend pertama you sebagai bayaran you menggugurkan
anak dia. I pasti you pun ada drama menarik masa bersama dia bukan.” Rya
melemparkan sebuah fail dan sebuah CD di hadapan Sofi dan anak guamnya.
“Ini pula maklumat tentang dua lagi hartawan terkenal yang pernah menjadi
‘kekasih’ you. CD yang ada itu you pun tahu apa kandungannya kan?” Sekali lagi
sebuah fail berwarna coklat dan dua keping CD di lemparkan ke hadapan pihak
lawan.
“Anak dalam perut you tu bukan anak klien I. Klien I ada di Sarawak waktu
tu dan you pula berfoya-foya dengan boyfriend sama kolej dengan you. I pasti
anak dalam kandungan you itu adalah anak budak lelaki tu kan. Jangan cakap I
tak ada bukti. Ini buktinya. Bukti yang cukup kukuh.” Rya melemparkan lagi
sebuah fail di hadapan Sofi dan anak guamnya.
“Cik Jasmin, mungkin you tak kenal I tapi I the best player in this game.
Klien I tak akan bayar I dengan lumayan kalau I bukan yang terbaik. I ada
reputasi I untuk I jaga. I tak pernah ambil kes yang I tak yakin I boleh
menang. Macam kes you ni. I yakin 99% that I can win. You will never win
against me Jasmin and for your information you just close the door for
negotiation. My offer for you has expired. If you want to continue with law, my
pleasure. Meet you in court then.” Sombong suara Rya. Dia memang bangga dengan
apa yang dia miliki dan bukan mudah untuk dia miliki.
“Thanks Rya. Uncle tahu you the best in field.” Ujar Dato Hairi apabila Rya
bejaya menyelesaikan kes anaknya dan Jasmin tadi. Keangkuhan gadis itu itu
memang ada benarnya dan ada sebabnya.
“You might not thank me when you see the bill uncle.” Rya bergurau dengan
Dato Hairi. Kehadiran seseorang dia rasai.
“Ad, I rasa dah masanya you fikir dengan otak bukan kepala lutut. Next time
if this kind of thing happen again, you better cari peguam lain. Rya minta diri
dulu uncle.” Rya selamba menempelak anak guamnya di hadapan bapa lelaki itu
sendiri sebelum meminta diri.
Beberapa langkah dia bertapak, hatinya terasa ingin berpaling pada bilik
Kusyi. Saat dia memandang menerusi dinding kaca itu, wajah Najmi terpamer di
anak matanya. Pandangan mereka bersambung. Seketika mereka merentasi jambatan
ego untuk saling berpandangan sebelum Rya menoleh kerana ada seseorang
memanggil namanya.
“Ya Cik Jasmin.” Rya berhadapan lagi dengan gadis yang keadaannya sekarang
nampak sangat sedang marah.
“Kau memang sial....” Serentak itu satu tamparan melekat di pipi Rya.
Keadaan sunyi seketika menghimpit suasana. Terasa panas pipinya sebentar.
Tepi bibirnya sedikit pecah kerana terkena impak giginya. Rya mengusap lembut
darah yang setitik dua itu. Wajahnya masih tenang setenangnya.
“You tahu Cik Jasmin. You dah buat silap paling besar dalam hidup you.”
Tenang Rya menuturkannya.
“Kau yang tak ada perasaan. Sepatutnya kau bela kaum sendiri bukan...”
Mungkin Jasmin ingin berhujah tapi silapnya memilih lawan.
“I tak hadaplah nak bela orang macam you. Fikirlah sendiri sama ada you
patut di bela atau tidak?” Suara Rya tenang dan sinis.
Jasmin nampaknya tidak mampu menahan rasa sekali lagi, kini ingin
melayangkan tamparan kedua. Rya mengangkat tangan untuk menahan tapi ada tangan
lain yang lebih pantas. Rya dapat merasakan bahang tubuh insan yang
menghulurkan tangan menahar tangan Jasmin. Dia tahu orang itu hanya di sisinya
tapi Rya tak ingin menoleh kerana dari wangian itu dia tahu siapa gerangannya.
Kenapa? Kenapa setelah sebegini lama, bahang itu masih dia kenali. Wangian itu
masih tersemat di fikirannya.
“You memang silap besar. I akan hancurkan hidup you and I will tear you to pieces. Then I will screw you piece
and piece until you not recognize your own identity Jasmin. Then you will learn
you mess with wrong person. Wait and see.” Rya bukan mengugut kosong. Wajahnya cukup ganas dan
serius menandakan dia tidak main-main dengan kata-katanya.
“Thanks but no thanks Raja Najmi. I cukup mampu untuk lindungi diri I
sendiri.” Seketika Rya menoleh pada Najmi yang di sisinya. Pandangan mereka
bersambung lagi. Satu ingin dia sampaikan pada lelaki tersebut dia bukan gadis
yang lemah seperti dulu.
“Today such a black Monday.” Omel Rya
pada dirinya sendiri sambil berlalu pergi.
“Selalu ke pekara tu terjadi pada dia tu?” Najmi bertanya pada Kusyi setelah
mereka kembali di meja perbincangan. Tadi dia menyerbu keluar sebaik ternampak
Adillia atau Rya di serang. Hatinya gelisah.
“Kalau terjadi pada aku, jaranglah. Kalau kau tanya terjadi pada Rya, itu
pekara biasa. Aku rasa dalam empat bulan ni aja dah kali ke lima tu. Bulan
lepas tak silap aku, kereta dia kena pecah. She too aggresive. Terlalu
outspoken.” Ujar Kusyi. Dari riak wajah anak guamnya itu, dia seperti dapat
membaca garis risau setelah dia berkata begitu. Raja Najmi dihadapannya ini
kenal Rya kah?
“Don’t worry Naj. Orang yang bijak pandai dan
matang akan cukup tahu untuk tidak terlibat dengan Rya. She the best player in
this field. No body want to mess with her. Kalau dulu bolehlah tapi sejak
tiga-empat tahun, may be no. She not the same girl from back then.” Mahu tidak
mahu Najmi mengakui,-
6 comments:
Alahai Najmi....La ni kalau di suruh jadi bodyguard Rya pun sanggup...Mesti xkan ada sapa2 yg boleh nak apa2kan Rya kan....Comel sungguh...Thumb up cik writer
waaa...najmi da stat protect rya nampaknye....hehehe...
sungguh tinggi ego cik rya kite...hehehe...i like...bia najmi usaha sket...
cepat la sambg.. plezzzz
YA LA..CEPAT LAH SAMBONG..BEST NI
fuh.. ganasnya rya.. huhuhuhu...
bila nak samb iman...cite ni bestla...
Post a Comment