Thursday, April 26, 2012

Kita Kahwin {8}



BAB 8

Suraya senyap dan hanya Qizah yang sibuk bercerita dengan abangnya sepanjang jalan. Sikap pendiam gadis itu nampaknya hilang saat bersama dengan Fiqril. Mungkin kerana gadis manja itu selesa bersama abangnya sendiri. Kali ini Fiqril mengajak mereka makan di Hotel Legend pula. Nampaknya lelaki itu tidak tahu makan di kedai biasa kot.
“Are you okay?” Apabila Fiqril melayangkan pertanyaan saat mereka sudah masuk ke dalam lif menuju ke tempat makan membuatkan Suraya merasakan dirinya sangat kesian.
Tak mampu Suraya menzahirkan kata-kata menerusi kata-kata membuatkan Suraya hanya mampu mengangguk saja. Dia tak mahu sesiapa terus-terusan simpati padanya tapi dia tidak bisa menyembunyikan kedukaan itu dari wajahnya. Sedangkan untuk tersenyum pun dia sudah tidak mampu.
“Kenapa ni?” Qizah bertanya pelik.
Tak faham apabila kedua-dua manusia dihadapannya ini bercerita tentang sesuatu yang sukar dia mengertikan. Mana tidaknya, tiba-tiba saja angah dia bertanya sama ada Suraya okay tau tidak. Apa yang okay? Apa yang tidak?
“Tak ada apa-apalah adik. Sibuk je dia nak tahu.” Fiqril menutup segala keresahan yang ada. Tidak mahu Suraya bertambah malu.
“Hmm okay” Nasib baik Qizah tidak banyak membantah kali ini dan hanya bersetuju sahaja dengan abangnya.
Suraya terus-terusan menunduk. Kali ini dia sangat berterima kasih dengan Fiqril yang faham perasaannya. Sangat berterima kasih kerana Fiqril tahu menjaga privasinya. Sedikit demi sedikit pandangannya terhadap Fiqril berubah.
“Kak Tasha tak ada balik ke sini lagi ke angah? Lama dah adik tak jumpa kak Tasha.” Qizah memulakan perbicaraan di meja makan.
“Minggu depan dia balik sini bolehlah adik jumpa dia.” Jawab Fiqril selamba.
“Okay.” Jawapan Qizah itu nampak menyatakan dia tidak kisah untuk berjumpa atau tidak kekasih angahnya.
“Kak Sue. Kak Sue tahu tak siapa Kak Tasha. Itulah awek angah dari zaman U lagi. Kak Tasha tu kerja kat Singapura. Cantik dan baik orangnya.”Qizah mula menyebarkan cerita tentang hubungan abangnya.
Buat pertama kali Suraya tahu hal peribadi bosnya itu. Selama ini Fiqril langsung tak menunjukkan yang dia mempunyai kekasih. Lelaki itu sangat kuat berkerja sehinggakan dia menyangkakan yang Fiqril itu akan menjadi calon-calon lelaki bujang telajak. Nyata anggapannya sangat tidak tepat.
“Akak tak tahu.” Lembut balasan Suraya menunjukkan dia tidak pernah tahu tentang peribadi  ketuanya itu.
“Mestilah akak tak tahu. Angah dengan Kak Tasha buat PJJ. Percintaan jarak jauh. Dari dulu lagi. Tapi dia orang sweet sangat, walaupun jauh masih romantik tau. Qiz ingat lagi macam mana angah bagi kejutan kat birthday Kak Tasha tahun lepas...”
“Adik.” Fiqril memberi amaran awal pada Qizah agar tidak terus bercerita tentang hal romantikanya pada Suraya. Dia rasa tak selesa.
“Apa? Angah ni betullah adik cerita. Adik tak mengumpat tau. Adik cakap depan-depan. Alah, lagipun bukan tahun ni angah dah nak bertunang dengan kak Tasha ke? Angah kan ada perjanjian dengan bonda.” Bantah Qizah.
Suraya hanya membiarkan kedua-duanya terus bertekak siapa yang betul dan siapa yang salah. Dia? Khusyuk menikamti makanan dan melayan hati yang di sakiti. Sesekali dia rasa dia ternampak Fiqril bagai mencari riak di wajahnya tapi Suraya tidak pasti benar atau tidak apa yang dia rasa itu?
‘Perbincangan’ antara Fiqril dan Qizah tadi terhenti apabila telefon lelaki itu berbunyi. Apabila Fiqril menyambung panggilan tersebut dan menyebut nama Tasha, baik Qizah atau Suraya tahu siapa pemanggilnya. Sebentar kemudian Fiqril meminta diri untuk bercakap dalam privasi. Ada hal penting sangatlah agaknya tu.
“Angah dengan Kak Tasha memang pasangan romantis tapi adunan yang kurang sesuailah Kak Sue. Tak tahulah pendapat orang, itu pendapat Qizah.” Kenyataan yang keluar daripada bibir Qizah itu membuatkan Suraya tak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya.
“Bukan sebab Qiz tak suka kak Tasha tapi pada pendapat Qiz, kak Tasha tak ada pengaruh ke atas angah. Dia tak ada power yang boleh buat angah berubah menjadi orang lain. Kak Sue jangan buat muka terkejut macam tu.” Qizah cepat-cepat menjelaskan mungkin kerana dia perasan riak terkejut di wajah Suraya. Makanannya dibiarkan saja buat seketika.
“ Jodoh Qizah. Adakala kita tak dapat nak tahu apa yang tersurat dan tersirat dalam talian takdir.” Ujar Suraya. Seperti dia meluahkan rasa hatinya.
“ Betul juga. Sebab tu Qiz suka kak Sue.” Ujar gadis itu manja sambil menyambung kembali sesi pemakanannya.
“Dah ke? Kalau sudah kita gerak dulu. Angah nak pergi ke Singapura ni. Kak Tasha admitted.” Ujar Fiqril yang tiba-tiba menyertai mereka. Walaupun dia bercakap dengan Qizah, namun Suraya tetap faham pesanan itu untuknya juga.
“Jomlah.” Suraya menyata setuju. Tak guna dia terus berada di meja makan kalau perutnya terasa sebu. Sebu dengan kesakitan.
Ketiga-tiganya berangkat pergi. Fiqril membayar pesanan mereka dan sementara itu Qizah sempat meminta diri untuk ke tandas sebentar. Muka kesian anak gadis itu membuatkan baik Fiqril atau Suraya tidak sampai hati untuk menghampakan Qizah. Jadi dibenarkan saja Qizah ke bilik air sementara mereka berdua menanti di lobi. Meninggalkan mereka berdua saja.
“You will be okay. I will be gone for may be two or three days. In the mean while you concentrate with your work. I want full report about SBS investment on my table as soon I back to office.” Arahan dari Fiqril menandakan yang dia faham sangat perasaan Suraya ketika ini.
“Okay bos.” Itu saja yang mampu Qizah nyatakan buat ketuanya itu.
“The truth Aya. I know you will survive. Jom Qizah dah sampai tu.” Keyakinan yang Fiqril tunjukkan padanya sebelum mengajaknya pergi itu membuatkan Suraya terasa sedikit kekuatan di salurkan padanya. Kekuatan yang di salurkan dari seseorang yang paling tidak dia jangkakan di dalam hidupnya ini.


“APA yang angah dah buat pada Kak Sue?” Tanpa salam dan tanpa kata Qizah menyerbu masuk ke pejabat angahnya.
“Apa pula angah dah buat. Adik, angah baru sampai dari Singapura and for you information within these three day, angah baru je bersua muka dengan dia tak sampai 15 minit tau.”Ujar Fiqril sambil buat muka bosan. Dia faham sangat sekarang yang Qizah terlalu kagum pada Suraya. Adiknya sangat sayangkan Kak Suenya itu. Ikatan yang kuat terjalin dalam masa yang singkat.
“Habis kalau bukan angah. Siapa pula yang buat kak Sue menangis? Angah je yang selalu marah Kak Sue.” Walaupun kata-kata Qizah itu bernada tuduhan namun langsung tak meninggalkan kesan pada Fiqril. Kenyataan Qizah tentang Suraya menangis yang menarik perhatiannya. Tegak tubuhnya yang selesa bersandar tadi.
“Suraya menangis?” Sekali lagi Fiqril bertanya kepastian. Wajahnya berubah jelas. Nampak sangat risau.
“Haah. Tadi adik nampak Kak Sue nangis. Lepas tu Kak Jie pun cakap Kak Sue dah ambik half day hari ni.” Terang Qizah. Wajah terkejut dan risau abangnya menarik perhatian. Segaris senyuman lembut hadir di bibirnya. Nampaknya makin kuat bukti pada sangkaannya. Suraya memang mempunyai impak pada angahnya itu.
“What?” Fiqril nyata terkejut. Macam tak dapat nak menerima pun kenyataan dari mulut adiknya.
Dengan pantas dia bangkit daripada tempat duduknya. Rasanya sudah terlalu lama dia tidak melihat Suraya menangis. Memang gadis itu cengeng di awal pertemuan mereka tapi seiring masa berlalu, Suraya berubah cekal. Setiap tengkingan dan cabarannya di sambut dengan senyap dan menunduk saja tanpa setitis air mata. Tapi hari ini?
“Angah nak pergi mana?” Qizah bertanya pada Fiqril yang sudah tergesa-gesa mengambil wallet dan telefon bimbitnya. Sepertinya lelaki itu tergesa-gesa hendak keluar.
“Nak pergi jumpa Suraya.” Itu saja jawapan dari bibir Fiqril sebelum menyerbu keluar dan hilang dari pandangan Qizah meninggalkan aura kebimbangan yang tinggi.

13 comments:

Lieynaim mohd noor said...

ala cian syraya..jahat sggh zarif nie

Anonymous said...

sonok2!!!x sabar nak tunggu netx post.....

MzaMuhd said...
This comment has been removed by the author.
MzaMuhd said...

hehehehe.... tu la, buat sueraya nangis lg... kan da cuak. :P sweet je entry kali ni. x sabar nak tunggu enext entry. :)

mizz acu said...

Huh! Zarif punya keja la niii.. Sian suraya.. Tp tlg la jgn nangisss.. Be strong n kasik pengajaran sket kt zarif tuu.. Intan tu sama opis ke? Hermm. Blasah dia sekali..

mizz acu said...

Tp part yg besh tu.. Fiqrill.. Cuak nampak?? Baru dgr sue nangess.. Hehe

ezzaleya said...

kesian kat suraya....fiqril boleh pujuk lepas ni..ehhheheh

Aida Sherry said...

kesian suraya.... mungkinkah zarif dah berterus terang tentang hubungan sulit dia dgn intan.....
fiqril..... awat risau sgt tentang suraya tu ...kalau benar tiada apa2perasaan pada suraya.... mungkinkah cinta telah berputik tanpa disedari....

Anonymous said...

apa pun best watak suraya saya suka memang ada pompuan yang cengeng walupun umur dah 25 sikit2 nangis macm kawan baik saya ya Allah kena marah sikit di bos dah meleleh airmata dia.last2 kawin dgn bos tu sbab bos tu suka tengok dia manje je kata bos skarang anak dah 2 nak masuk 3.best cite ni iman.

Anonymous said...

best....harap dapat dibukukan :)

Anor said...

kesian dgn Sue ye...ni mesti pasal Zarif, tak ape Sue kalau Zarif dh
ada yg lain mana tau Fiqril masih tak sedar yg dia dh jatuh cinta
pada Sue tu sebab bila dgr Sue
nangis dia risau sgtkan?

Unknown said...

dek lama nye akak tungu kita kawin,tp nape tak sambung g???tk sabar akak nak tau kat Sue yang kuat nangis tu.kalu bleh biar lah Fiqril tu terjatuh ati kat Sue,tak suke lah kat Tasya tu.....cepat sambung ye dek!

kak ida said...

adakah mamat poyo tu mmg dah jatuh hati kat Suraya tanpa dia sedari..kalo tak..tak kan ada reaksi yg terkejut macam tu sekali bila adiknya tanya pada dia pasal Suraya yg menangis dan mengambil cuti secara mengejut..
Akak pun berharap agar Fiqril akan bersama ngan Suraya..