BAB 7
Setahun terlalu cepat berlalu.
Suraya mengeluh
lemah. Zarif dirasakan semakin berubah dari masa ke semasa. Terlalu berubah.
Semakin masa berlalu semakin Suraya merasakan antara mereka semakin jauh.
Tipulah kalau Suraya katakan dia tidak menaruh syak yang Zarif mempunyai orang
lain di dalam hidup lelaki itu selainnya kini. Sekarang Suraya hanya bersedia
untuk menghadapi segala yang mungkin terjadi.
Sambil melepaskan sekali lagi keluhan nipis
Suraya ternampak Qizah budak Management Trainee dia berlalu menatang sebuah
dulang. Memandang gadis muda ini, Suraya seperti memandang refleksi dirinya
sendiri. Suraya nampak siapa dia di mata masyarakat melalui Qizah, hingga
timbul kesedaran di dalam dirinya.
"Qiz, Qiz tak perlu ikut
sangat cakap mereka ni. Dulu tak ada tea lady juga tapi boleh je dia orang buat
air sendiri. Kenapa sekarang nak menghamba abdikan Qiz pula. Qiz kena lawan
mereka ni. Jangan ikut sangat." Suraya bersuara pada Qizah yang sedang
menghidang air pada teman-teman sepejabatnya. Lemah lembut saja suaranya.
Acap kali Suraya menasihat
yang pekara yang sama pada gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Qizah.
Menasihat dalam senyap saja. Baru hari ini hatinya terbuka untuk landang
bersuara. Pelik juga dia dengan kedatangan tiba-tiba Qizah yang melaporkan diri
sedangkan tiada sebarang arahan dan maklumat yang di maklumkan pada dia.
Sebagai hamba abdi kepada pengurus besar, tentu saja Suraya perlu tahu.
"Biarlah dia Sue. Lagipun
dia tak kisah. Kau pula nak bising-bising." Terdengar suara Sharmila
menengking dia.
Pekara biasa yang terjadi
padanya. Gadis bernama Sharmila ni memang baget bagus betul. Kalaulah Suraya ni
stok minah yang pandai menjawab, dah lama Sharmila ni kena sambal olehnya.
Selama ni dia dah cukup bersabar dah dengan Sharmila. Dia tak kisah kalau
dirinya di perlakukan begitu tapi bukan Qizah.
"Memang dia tak bising.
Tapi jangan pernah nak layan orang tak sepatutnya Sha. Mentang-mentang Encik
Fiqril tak ada untuk dia melaporkan diri, semua nak melayan dia macam tea lady.
Aku tak rasa ada jawatan itu dalam pejabat ni." Lembut cara Suraya membalas balik.
Lembut tapi pedas. Biar
Sharmila terasa sikit. Jangan nak ikut kepala dia seorang juga. Moga pedasnya
terasalah didalam kehidupan gadis itu. Terasa lega pula dia setelah menjawab
Sharmila. Rasa seronok pula. Macam dia tak perlu menyimpan rasa dah. Buat kali
pertama dia rasa lega dan sungguh lega begitu.
"Ala kalau Fiqril ada pun
dia tak akan marah aku juga. Fiqril kan baik dengan aku. Family dia pun aku
rapat." Lagak Shamila.
Suraya yang mendengar itu hanya
mencebikkan muka tanpa sedar. Reaksi spontan saat telinga dia mendengar satu
perbohongan. Bertambah segram tahi telinganya saat ini. Dosa sungguuh.
‘Rapatlah sangat kan.’ Inilah orang kata berlagak tak kena tempat. Macamlah dia
tak tahu Sharmila ini yang terhegeh-hegeh kat bosnya itu. Kutuk Suraya dalam
hati. Nak kutuk depan-depan, dia tak berani. Kang pecuma je kena penampar free.
Dalam hati jelah.
"Kau kenapa nak buat-buat
muka dengan aku? Tak percaya kata aku ke?" Nak terbang teliga Suraya dengar
suara Shamila yang meninggi.
Nampak reaksi Suraya tadi dah
terkantoi. Itu yang pantas saja minah ni naik angin. Nasib tak terlepas diamengutuk
kalau tak memang bagi jemputan penampar free je. Huhu. Nasib baik. Tengkingan
Sharmila sudah cukup membuatnya kecut seribu.
"Nah ambik balik air kau
ni. Tak sedap. Kau buat yang baru." Sharmila pantas mengambil air yang
belum di usik itu dan di letakkan balik secara kasar di atas dulang di tangan
Qizah.
Dulang itu yang masih
berbaki sebiji mug air. Bergegar dulang dengan hempasannya itu. Makin kesian Suraya
tengok budak Qizah tu kena buli. Nak je suara aku naik menjerit kat Shamila.
Ingat dia tu siapa? Tapi dia tak berani. Yang dia berani hanya memendam rasa
saja.
"Adik." Suara yang
sepupuk angin itu membuatkan semua yang ada di situ berpaling. Pantas mata
Suraya menangkap wajah Fiqril. Terdengar di telinganya ni bunyi barang jatuh.
Tapi agaknya rahang aku ni pun jatuh sama kot. Bala dah nak sampai.
Muncung sedepa wajah Suraya
apabila dimarahi tanpa sebab dan siasatan. Sungguh tidak adil betul Fiqril
dengannya. Namun dia sendiri terkejut yang dia boleh mengadu domba begitu pada
Fiqril. Selalunya kalau Fiqril marahkan dia, dia hanya menunduk saja.
Makin tak puas hati Suraya
apabila Fiqril tidak bertanya keputusannya sendiri saat Qizah mengajak dia
berkerja dibawah anak gadis itu. Rasanya lebih besar dari laut cina selatan
kerelaannya untuk bersetuju berkerja dengan Qizah berbanding dengan Fiqril.
Mengenangkan saat-saat itu Suraya tersenyum sendiri.
Hari ini dia nampak kelemahan
Fiqril. Kelemahan Fiqril adalah adiknya sendiri Qizah. Lelaki yang terlalu
tegas dan kejam dengannya selama ini tewas dengan adiknya sendiri. Cukup dari
mata kasarnya yang Fiqril terlalu sayangkan adiknya itu hinggakan tak sanggup
pun nak meninggikan suara.
“Kak Sue.” Suara Qizah di
hadapan mejanya membuatkan Suraya sedikit terkejut. Hah mengelamun lagi.
“Maafkan Qizah. Sebabkan
Qizah, Kak Sue kena marah dengan angah. Tak sangka pula angah garang macam tu.
Selalunya tak ada pula angah garang macam tu. Sorry ye.” Suratya tersenyum
melihat gadis comel di hadapannya ini.
Inilah adik Fiqril yang
sepatutnya pulang ke Malaysia setahun dulu tapi ingin terus menetap di New York
kerana ingin menimba pengalaman. Gadis ini nampak ringkas pada pandangan mata
Suraya tapi Suraya tahu Qizah seorang gadis yang sangat bijak sebenarnya.
Dengar kata, ibu bapa Fiqril sendiri terpaksa masuk campur untuk memaksa adik
Fiqril yang seorang ini kembali ke pangkuan keluarga.
“Tak apalah, Cik Qizah. Saya
dah biasa.” Ujar Suraya terasa segan pula dengan gadis yang tentunya akan
menjawat jawatan tinggi di dalam syarikat ini nanti.
“Hish apa Kak Sue, bercik-cik
ni. Panggil Qizah macam biasa jelah. Nanti jom lunch dengan Qizah. Qizah nak
makan nasi paprik yang hari tu.” Bertambah lebar senyuman Suraya apabila gadis
manja itu merengek. Tak berubah rupanya Qizah walaupun sudah tahu dia ini akan
berjawatan tinggi.
“Okay. Nanti kita lunch sama.”
Setuju Suraya dengan ceria. Setelah bertahun dia menanti, akhirnya dia mendapat
kawan yang memahami dirinya. Yang serupa dengannya. Yang dia tahu tak akan
mempersoalkan sikap berdiam dirinya.
“Hah, Qizah. Kenapa tercegat
kat situ? Bincang pasal apa tu?” Tiba-tiba saja suara Fiqril mengganggu perbincangan
mereka.
“Saja angah. Adik nak bincang
dengan Kak Sue pasal hal kerja tadi. Adik pasti Kak Sue nak kerja dengan adik.”
Suraya memerhati saja perbincangan kedua-dua adik beradik itu.
“Adik. I though we done talked
about this. Adik boleh pilih mana-mana pekerja sekalipun tapi bukan Suraya.
Aya, masuk bilik I sekarang. Adik pergi jumpa Adha for your JD.” Saat Fiqril
selesai memberi arahan. Qizah hanya tergelak nakal menyebabkan Suraya pelik
seketika.
“You really into her don’t you
angah? Well I approved her to become my sister in law more than your lovely
Tasha.” Suraya nampak belum sempat Fiqril berkata sesuatu Qizah dulu mencicit
beredar ke bilik Adha. Buat seketika Suraya tidak dapat menangkap apa yang
diperkatakan oleh Qizah itu.
“Jangan dengar sangat cakap
dia tu. Masuk bilik I sekarang juga.” Bila Fiqril memberi arahan tegas
sebegitu, Suraya sudah tiada masa memikirkan soalan yang di bangkitkan oleh
Qizah nanti.
“Apa yang Qizah cakap pada you
Aya?” Fiqril bertanya soalan itu sebaik Suraya sudah berada dihadapannya. Dia
mula memanggil gadis itu dengan ganti nama Aya sejak mendengar kaum kerabat
keluarga Suraya memanggil gadis itu dengan nama ganti Aya.
“Dia ajak pergi lunch.” Balas
Suraya jujur.
“Itu je ke? Bukan nak ajak you
kerja bawah dia.” Pertanyaan itu membuatkan Suraya berfikir sebentar. Apa yang
tak kena sebenarnya ni? Fiqril seperti risaukan sesuatu saja.
“Betul bos. Tu je. Kenapa?”
Suraya beriya-iya menegakkan keadaan. Dalam pada itu dia sempat mempersoalkan
kebimbangan yang dinampak di wajah Fiqril.
“Kalau macam tu baguslah. I nak
warning you, jangan berani-berani you tinggalkan tempat you kat sisi I untuk
kerja dengan orang lain. Kalau tak tahulah nasib you macam mana. Dah you duduk
kat sofa tu buat kerjayou.” Arahan Fiqril memang tidak mampu di terima akal
Suraya.
“Sofa mana? Dalam bilik bos ni
ke?” Suraya bertanya tak percaya.
“Yelah. Kat mana lagi? Buat
kerja you. I nak buat kerja I.” Arah Fiqril tegas. Sengaja bertegas agar Suraya
tidak banyak soal.
Fiqril sendiri hairan dengan
dirinya apabila dia merasakan dirinya sangat takut apabila Qizah meminta Suraya
berkerja dibawah adiknya itu. Macam paranoid pun ada bila ternampak Qizah bercakap-cakap
dengan Suraya. Paranoid hingga ke tahap dia mahu mengawasi tiap gerak geri
Suraya agar adiknya tidak berpeluang menculik Suraya dari kekuasaannya. Fiqril
sedar kalau Suraya berkerja di bawah Qizah, kuasa yang selama ini ada padanya
terhadap Suraya akan terjejas. Tapi kenapa dia takut kekuasaan itu terjejas?
“Nak ke mana tu?” Fiqril
pantas bertanya apabila Suraya dilihatnya bergerak ke arah pintu bukan ke sofa
seperti yang dia arahkan.
“Ambil kerja saya.” Suraya
menjawab lurus.
Fiqril hanya mengangguk
membenarkan. Dari hujung mata Fiqril memandang Suraya keluar dari biliknya.
Wajah kalut Suraya tadi membuatkan dia tersenyum. Sekelip mata gadis yang
berani mengadu domba padanya. Gadis yang berani memuncungkan mulut pagi tadi
kembali ke Suraya yang asal. Suraya yang dia kenali.
Setahun Fiqril kenali Suraya.
Semakin dia kenali dia semakin selesa. Agaknya kerana dia selesa, dia tak ingin
Suraya jauh dari jangkauannya. Tapi benarkah kata Qizah tadi? Benarkah yang dia
sangat terpengaruh dengan kehadiran Suraya? Ah tidak, dia sudah miliki Tasha
yang memang gadis yang sesuai untuk dia dan kerjayanya.
“Jom lunch dengan I?” Fiqril
mengajak Suraya yang leka dari tadi bersila di atas sofa dalam biliknya membuat
kerja. Sepanjang tiga jam mereka sebilik begitu, Fiqril merasakan kelainan.
Rasa macam terlalu biasa dengan kehadiran Suraya berhampiran dengannya.
“Saya janji dengan Qizah.”
Jawab Suraya perlahan. Matanya masih melihat lagi baris-baris angka untuk
projek terbarunya. Kadang-kadang Suraya terfikir berapa banyaklah wang yang di
miliki oleh Fiqril dan syarikat ini kerana cara Fiqril membuat pelaburan sangat
agresif.
“Kita makan sama.” Tegas
Fiqril yang kebetulan juga perbincangan mereka di sertai oleh Qizah yang
tiba-tiba menyerbu ke bilik abangnya itu.
“Akak jom makan.” Qizah terus
merapati Suraya tanpa menghiraukan kehadiran Fiqril. Sebentar lagi dia ingin
mengetawakan Fiqril kerana abangnya itu sanggup mengurung Suraya di dalam bilik
kerja semata-mata tidak mahu dia menganggu Suraya.
“Jom. Tunggu Kak Sue ambil beg
sekejap.” Suraya bangun untuk mengambil begnya.
“Kita makan sama. Angah ikut
adik.” Fiqril menegaskan kehendaknya. Tanpa sempat Suraya berkata apa, Qizah dulu
yang bersetuju.
Dari dalam kereta Fiqril yang bergerak
perlahan cuba melawan kesesakan jalan raya, Suraya nampak pasangan yang berpimpin
tangan di bahu jalan. Zarif dan Intan. Terpaku, terkelu dan malu rasanya apabila
Suraya melihat apa yang ada dihadapan matanya kini. Kesakitan terasa di hatinya
saat eratnya genggaman tangan pasangan itu menghiasi matanya. Setitis air mata jatuh
di pipinya. Saat dia memandang ke hadapan dia terperasan Fiqril memandangannya dari
cermin kereta. Seketika dia dan Fiqril berlawan pandang melalui cermin yang tergantung
di tengah-tengah cermin hadapan kereta itu sebelum dia menunduk dan tertunduk bisu.
p/s FCB fully booked.. yeyeyeye.. Onshore... enjoice
p/s FCB fully booked.. yeyeyeye.. Onshore... enjoice
8 comments:
Alahaiiii.. Sian sue.. :(
Fiqril2.. Da suke ngaku je yer.. Hehe.. Smpai kurung dlm bilik tu.. Kahkahkah
kantoi sudah zarif bgi lah Aya happy ngn Fiqril hehehe
ermmmm..... fiqril dah jatuh cinta pada suraya dlm diam cuma dia masih belum sedar.....
kesian suraya... zafril dah mengkhianati hubungan mereka... tapi lebih baik begitu dari terus dicurangi.....
pergh..kesiannya suraya..kalo akak jadi dirinya..akak akan rakamkan keintiman intan dan zaf pakai kamera phone..dan ngan bukti ni..akak akan bersemuka ngan zaf..dan berlalu pergi..tak payah nak gaduh atau mendgr apa apa alasan dari intan mau pun suraya..sebagi ada bukti..dan akak berharap dgn peristiwa ni..akan merubah perangai suraya kepada wanita yg cekal dan berani bersuara dan menjadi seorg yg dominant..
bestlah iman...nak lagi dan lagi...teruskan...saya nak tahu apa kesuadahannya ?....
pergi blah ngn zafril tuu..tak pa suraya awak ada fiqril hehhehe..cik writer nk smbungan!!
curang kau zarif...sapa intan 2..suraya kenal ke..
salam kak :)
nak tanya , benci itu cinta..
akak mmg x sambung ke? :(
Post a Comment