Monday, April 2, 2012

DAH JODOH 21

BAB 21


AWAK, Saya dah siap” Kedengaran suara Nasira menegur Nuqman yang bersantai menunggunya di ruang tamu. Nuqman menoleh sambil memberi senyuman padanya. Perlahan-lahan Nuqman bangkit dan berjalan merapati Nasira
“Jom.” Nuqman mengajak Nasira pula.
Sedikit kaget Nasira apabila Nuqman menghulurkan tangannya pada dia. Dengan malu-malu kambing Nasira menyambut huluran itu. Inilah pucuk di cita ulam mendatang. Boleh patah hati kalau menolak. Tahu apa yang Nasira rasa sekarang? Rasa first date je dengan Nuqman. Rasa yang sama setiap kali dia menghabiskan masa berdua dengan Nasira.
“Nak makan burger McD ke burger kampung?” Nuqman pantas bertanya pada Nasira sebaik kereta mereka naiki itu keluar dari pagar rumah.
Nuqman yang kelaparan tapi dia boleh bertanya pada Nasira pula. Siapa yang nak makan sebenarnya ni? Dia atau Nuqman. Tak mahu menjadikan pekara sekecil itu suatu isu. Nasira sudah memikir jawapan yang sesuai. Kali ini kehendak dan kebiasaan Nuqman di utamakan.
“Mc D jelah.” Nasira pantas memberi keputusan sebab dia tahu Nuqman sukakan burger MCD dari burger kampung. Mamat ni bukannya gemar sangat makan makanan tepi jalan macam burger kampung tu.
Bagi yang tak tahu apa itu burger kampong sini Nasira nak terangkan yang burger kampung itu adalah burger yang orang jual tepi jalan. Masa mula-mula dia mengenalkan burger itu dengan nama saintifik nya sebagai 'Burger Kampung' pada Nuqman, hampir saja mereka kemalangan kerana Nuqman tak boleh berhenti gelak. Sempat Nuqman tanya habis tu kenapa tak namakan burger McD tu burger bandar? Dengan selamba kucingnya, Nasira kata kalau dia gelarkan burger McD tu burger bandar nanti burger KFC, burger King dan sewaktu denganya akan cemburu pula jadi bagi mengelakkan perang saudara, baiklah kiranya burger-burger itu di panggil dengan nama jenama mereka tersendiri.
Berbeza daripada selera Nuqman, Nasira lebih gemarkan burger kampong tu dari burger McD. Yelah kalau burger tepi jalan ni boleh minta kautim lagi nak semua lebih, sayur lebih, mayo lebih tapi lebih best bila harga masih murah. Tapi itulah selera masing-masing kan. Susah hendak di kawal dan di atur-atur.


BETUL ni? You kan suka makan burger kampung dari McD?” Mungkin agak terkejut dengan jawapan Nasira, Nuqman bertanya lagi.
 Alah memang nampak dia tak percayalah tu. Mana taknya kalau selalunya soalan itu di utarakan pada Nasira, jawapannya mesti burger kampung tak pernah pun burger McD ke burger king ke. Wajib burger kampong nyer. Tapi sekarang jawapan itu berbeza mana tak terkejut Nuqman. Kebenarannya itulah jawapan Nasira. Burger kampung. Dia kena dulukan Nuqman sekarang ni. Walaupun dia suka burger kampung tapi dia lagi suka Nuqman jadi dia kena dahulukan kehendak Nuqman.
"Awak kan suka McD." Balas Nasira perlahan. Tubuhnya di palingkan pada Nuqman yang memandu. Dalam hatinya berdoa Nuqman tak akan bertanya lagi. Bukan apa takut pendiriannya berubah pula. Bukan senang dia nak kuatkan semangat memilih burger rambut kuning kasut besar tu.
"You kan sangat sukakan burger kampung." Nuqman pula membalas kata-kata Nasira dengan kenyataan yang sama. Ini macam nak menggoda iman Nasira untuk tukar fikiran je.
"Saya memang sukakan burger kampung tapi Saya lagi sukakan awak." Tanpa sedar kenyataan itu keluar dari dua ulas bibir Nasira.
Apabila melihat Nuqman berpaling memandang pada dia. Nasira sudah mengigit bibir bawahnya. Dalam hati dia bertanya samada benarkah dia dah terlepas kata yang dia suka kat Nuqman? Alamak terlepas cakaplah pula. Sedar bibirnya tak sempat brek dan melanggar lampu merah, Nasira palingkan mukanya dari terus menonton senyuman nipis di bibir Nuqman.
“Thanks” Mendengar ucapan Nuqman itu bukan hendak meredakan kekalutan Nasira malah sepatah kata itu mampu membuatkan Nasira rasa nak sorok je muka dia ni di dalam Dashboard di depannya. Malu sangat.


SELEPAS kejadian terlepas kata itu, Nasira hanya mampu menunduk sepanjang jalan sehingga dia rasakan kereta yang dia naiki sekarang berhenti. Di dalam hatinya yakin mereka sudah sampai ke destinasi. Namun bila dia memandang keluar lalu matanya hanya nampak stall burger Usop tempat yang dia paling gemar membeli burger kampung. Tak kan Usop burger ni dah jual burger McD kot. Nasira memandang pelik Nuqman di sebelahnya.
“ Jom turun.” Mendengar ajakkan itu makin keliru wajah Nasira memandang Nuqman yang sedia membuka pintu itu.
“Kenapa berhenti kat sini? Awak kan nak makan McD. Rasanya Usop tak jual burger McD lah awak.” Dengan lurus serta bendulnya, Nasira meluahkan pendapatnya yang dirasakan cukup bernas.
“I memang suka burger McD tapi I lagi sayangkan you.”Ujar Nuqman membuatkan mata Nasira membulat tak percaya.
Macam pernah dia dengar pula ayat itu. Membera wajahnya oleh kenyataan Nuqman.  Macam bulan jatuh ke riba rasanya. Mana tidaknya pengakuan berani mati yang Nuqman lakukan untuknya itu memang membuat hatinya rasa hendak melompat. Baru Nasira hendak percaya, terlayar pula senyuman dibibir Nuqman yang membuatkan Nasira ragu. Nuqman ni hendak mengusik dialah tu. Memang kaki usik betullah. Geram pulak Nasira dibuatnya.
“Nak turun ke tunggu kat sini je?” Sekali lagi Nuqman bertanya. Mungkin kerana melihat Nasira tak berganjak lalu dia bertanyakan lagi soalan yang sama itu untuk kepastian..
"Nak turun." Jawab Nasira sambil tangannya pantas membuka pintu dan dia keluar dari pintu kereta lalu berdiri di sebelahnya. Sejuk pula kat luar ni hingga membuatkan Nasira berpeluk tubuh.
"Tunggu sini sekejap. I Ambik sweeter. Sejuk ni." Agaknya Nuqman faham kesejukan yang Nasira alami, pantas dia kembali ke pintu belakang kereta mengambil baju sejuknya.
Nasira memerhatikan saja Nuqman mengambil sweater dari tempat duduk berlakang sebelum menghampiri dia kembali bersama sweater berwarna kelabu itu. Terkejut dia apabila dengan selambanya Nuqman menyarungkan sweater itu ke tubuhnya. Bukan setakat letak kat bahu tau. Tapi siap tarik tangan dia dan memakaikan sweater itu dengan cara betul. Serupa macam ibu-ibu memakaikan baju kemeja kat anak dia.
“Pakai nanti You demam pula macam dulu. Risau I.” Ujar Nuqman sambil memasukkan rambut Nasira kedalam hood sweaternya. Hood di kepala Nasira itu kemudiannya dikemaskan lagi letaknya oleh Nuqman. Takut embun pagi nanti membuatkan Nasira demam.
“Selesa tak?” Nuqman bertanya usai dia puas dengan penampilan Nasira. Pertanyaan Nuqman itu hanya mampu Nasira balas dengan anggukkan saja. Gementar dia bila berhadapan berdua dengan Nuqman sebegini dekat. Wajahnya bertambah membera.
“Merahnya muka.” Usik Nuqman sambil tangannya gatal mencubit lembut pipi Nasira. Tahu gadis itu tengah segan.
Seperti biasa Nasira memesan beef cheese sebagai pilihan dan Nuqman memilih untuk memesan chicken burger. Sempat mereka di usik oleh Usop, pemilik gerai itu. Dari senyuman nakal budak itu Nasira dapat menganggak dan tahu tiada yang baik budak lepasan SPM tu fikirkan. Hish, budak-budak zaman sekarang, ada saja advancenya mereka. Mengalahkan orang dah berkahwin. Gejala sosial sungguh.
 Kena pula  dengan Nuqman yang sememangnya raja mengusik, mendengar usikan nakal si Usop tu bukan nak menafikan malah makin di tariknya Nasira mendekati dia. Nasira sampai dah tak tahu nak berbuat apa bila  tangan Nuqman melingkari pinggangnya. Bagai mengiyakan usikan nakal Usop.
Apa lagi budak Usop tu makin galak lah dia mengusik. Sesibuk tangannya menyiapkan pesanan kami sekecoh itulah mulutnya mengusik. Boleh buat join venture pula dengan si Nuqman merancang nama anak-anak Nuqman dan Nasira konon-kononnya lah. Saat itu Nasira terfikir kenapalah dia boleh kenal dengan kaki usik macam mereka berdua ni? Sabar jelah.


            SEKEMBALINYA mereka rumah dengan plastik berisi dua biji burger di tangan, mereka di sambut oleh kehadiran Adif yang khusyuk menonton bola. Baru Nasira teringat dia terlupa hendak mengejutkan Adif bangun study. Kena sebijik dia dengan si budak kecil tu. Selamba Adif menyindir Nasira yang terlupa nak kejutkan dia bangun study. Tapi ini tak ada pula Nasira tengok Adif ni study, menonton bola adalah. Nasira meletakkan plastik burger atas meja dan duduk di sebelah Adif yang menonton.
"Kata nak study? Ini study bola." Usik Nasira pada adik iparnya itu. Nuqman sudah berlalu ke dapur mengambil air. Agaknya sedar kesilapan sendiri Adif hanya tersengih memandangnya. Sengih je kemudiannya budak kecik ni godek-godek plastik burger kami yang di letakkan di atas meja.
“Dua je? Adif nyer mana?” Tanya Adif tanpa perasaan bersalah pada Nasira. Macamlah dia memesan sama tadi kan.
"Manalah ada. Dah Adif tak pesan tadi. Kak long tak belikanlah" Ujar Nasira serba salah. Kesian pula dia pada Adif tu tapi sungguh dia tak tahu pun Adif nak makan.
“ Alah Kak long ni teruk lah.” Rajuk Adif.
Aduh ini yang buat Nasira lemah ni. Naluri kakaknya tersentuh dengan muka Adif yang dah berharga 5 sen tu. Kesian betul adik iparnya seorang ini. Salah dia dan Nuqman juga, terlupa akan budak seorang ni. Tapi manalah dia tahu Adif masih lagi segar dan kelaparan.
“ Dah tak yah nak merajuk. Ni ambik kak long nyer, kak long share dengan Along je nanti." Nasira hulurkan beef cheesenya pada Adif. Tersenyum lebar budak tu memandang Nasira dengan wajah berseri-seri. Hai dah tak jadi merajuk pula budak ni.
"Terima kasih." Ujar Adif pada kakak iparnya itu.
"Hai, Adif makan burger siapa pulak ni?" Nuqman menegur Adif yang tengah berusaha memasukkan burger ke dalam mulutnya itu. Tak di hiraunya teguran along nya itu, dia terus mengunyah.
"Burger saya lah awak. Burger awak kat atas meja tu. Tak apalah, dia tengah lapar. Kesian pula." Jawab Nasira lembut.
"Dia ni memang. Tong sampah. Semua nak di lahapnya. Dah turun bawah, along nak duduk kat sini." Ujar Nuqman sambil menolak tubuh Adif agar bergerak ke bawah.
“Along ni tak boleh nak berenggang dengan kak long betullah. Nak juga menyelit kat sini.” Bebel Adif sambil beralih duduk di permaidani sambil Nuqman sudah mengambil tempat duduk di sebelah Nasira.
Akhirnya Nasira dan Nuqman sekali terjebak menonton bola bersama Adif sambil berkongsi burger ayam dan milo panas. Buat pertama kali, tekak Nasira mampu menerima burger ayam dalam hidup ini sedangkan selama ini dia memang anti burger ayam ni. Tapi bersama Nuqman semuanya berubah.


NUQMAN memerhati wajah Nasira yang tertidur di bahunya. Rambut gadis itu di usap lembut. Gadis itu hanya bertahan sampai separuh masa pertama saja sebelum lentok di bahunya. Tak tahan menanggung rindu yang menggebu menyebabkan dia rela memandu jauh malam semata-mata ingin melihat wajah itu. Mahu terbabas imannya bila melihat Nasira memakai singlet dan seluar pendek seperti tadi. Tak tahu selama mana dia akan bertahan kalau terus di goda sebegitu.
Semakin lama semakin sukar untuk Nuqman menahan rasa hatinya tapi untuk berterus terang tapi dia takut kalau Nasira belum bersedia. Takut Nasira jatuh sakit macam dulu. Akhirnya mereka masih seperti teman tapi mesra. Bukan sekali dua dia terfikir sampai bila harus hubungan mereka begini, apa kan daya dia masih belum mahu menanggung risiko di tolak oleh Nasira. Mungkin sikit masa lagi dia akan berterus-terang. Untuk masa ini biarlah mereka menjadi teman tapi mesra. Yang pasti apa pun status perhubungan mereka saat ini. Nuqman tak akan sesekali melepaskan Nasira pada lelaki lain. Nasira tetap akan jadi miliknya  sehingga akhir hayat.
“ Sira tetap akan jadi milik Man sampai bila-bila. Bahagia menjadi milik Man.” Bisik Nuqman lembut di rerambut Nasira seolah-olah isterinya itu mendengar luahan hatinya.
Rindu sangat dia pada Nasira. Esok dia akan bercuti untuk menghabiskan masa bersama isterinya itu. Menggantikan balik waktu-waktu mereka yang berjauhan kerana tuntutan tugasnya. Esok juga dia akan meyakinkan Nasira untuk bercuti sekali dengannya. Moga gadis kesayangannya itu mahu menuruti.
“Along ni kenapa tengok kak long macam tu?” Pertanyaan Adif menyedarkan Nuqman ke alam sebenar. Terdengar keluhan di bibirnya.
“Huh. Along hantar kak long naik dululah.” Nuqman tak menjawab soalan Adif. Sebaliknya bangkit mengcempung Nasira naik ke tingkat atas. Adif memandang pelik alongnya. Kata tak cinta tapi romantik semacam. Susah betul jadi orang dewasa ni.

13 comments:

aiRiNa_aiNuN said...

kak iman mcm tw2 je kan kite ad seru nasira n nuqman. thanxs akak. xsbr nak bace dlm versi cetak plak. =)

iman said...

agaknya sebab Airina serulah.. hati akak kuat sangat signal sampai sanggup curi-curi masa mengupdate hari ni

miss L said...

hehehe...paling suke part beli burger tu...

Anonymous said...

Alahaiii.. Swweet sungguh!
Nuqman ni dok tunggu apa lg.. Tu kn sira da terrr lepas ckp pasal iisi hati diaa.. Adehh!
Act fast nuqman!
~mizz acu~

Anonymous said...

Aduhaiiii...tolong..dah nak tercabut jantung den ni haa...sweetttnyaaa..Nuqman n Nasira..cik writer tahniah bcause citer ni dah nk dibukukan...tak sabar nak tunggu versi cetak...

Anor said...

hai keseian dgn Nuqman ye dh mula
sayang dkt Sira.. berterus trglh
kalau dh cinta x usah tunggu lama-lama....

ciknie said...

bek la gtw jew dorg da suke sme suke nti xde la sorg ke kann sorg ke kiri

Lieynaim mohd noor said...

heheheheheh...melepas rindu..so sweet la ..dah la dapat adik ipar giler2..hehehehe

Aida Sherry said...

so sweet..... bilalah pasangan ini nak berterus terang tentang perasaan masing2 yg sebenarnya saling tertarik dan mencintai satu sama lain....

me said...

wahhh... bestnyer.. suke..suke... x sabar nk tunggu publish...

Zass said...

walawehh.. best gilerrr!!!!!!!

nursya said...

iman...
naper rasa mcm ade missing plot jer..
rasa mcm ader jumping2...
huhuhu...

agak2nyer bila edisi bercetak nk kuar yek..

iman said...

Nursya,

Boleh bagi tahu iman tak rasa jumping2 tu kat mana? nak juga iman perbaiki... komen seperti sya akan membina kemahiran Iman. Thanks