Friday, April 20, 2012

Kita Kahwin {6}

Wajah tegang Zarif di tenung dengan perasaan bersalah. Suraya tahu kali ini dia sudah melebihi baris kesabaran Zarif, buah hatinya itu. Sepatutnya tadi dia lebih memikirkan tentang hati Zarif. Mendahulukan Zarif dalam semua halnya. Seharusnya apabila dia dalam kesusahan begini, Zarif orang pertama yang dia hubungi memandangankan lelaki itu adalah kekasihnya tapi dia memang tidak mahu menyusahkan Zarif. Bukan dia melupakan Zarif tapi tak mahu Zarif meninggalkan kerjanya hanya kerana dia.
“Kalau Intan tak bagitahu I yang you dok tersadai di situ, I tak akan pernah tahu Sue. You sentiasa membelakangkan I. Adakala I rasa I ni bukan kekasih you pun. You tak pernah nak berkongsi apa pun dengan I.” Akhirnya ketegangan Zarif, di suarakan dengan kata-kata.
“Maafkan saya.” Pinta Suraya perlahan.
“I bukan nak dengar maaf dari you Sue. I nak you sentiasa menegakkan diri you sendiri. You tahu apa rasa I setiap kali dengar you kena buli oleh bos. You tahu apa perasaan I setiap kali dengar orang kutuk you ni bodoh sebab dengar sangat cakap bos? You tahu tak sikap you yang tak nak membela diri ni bukannya di bangga orang tapi orang cakap you tu minah turut. Belajar je tinggi tapi tak boleh nak fikir.” Terluka sungguh hati Suraya mendengar kata-kata Zarif itu. Menitis kembali airmatanya.
Hubungannya dengan Zarif bukan baru lagi sudah lebih setahun. Zarif satu-satunya lelaki yang dia rasakan boleh menerima dirinya yang pendiam dan menurut ini. Lalu apabila Zarif menghulurkan salam kasih setelah setengah tahun bekerja bersama, berteman. Suraya menerima dengan penuh gembira.
Cuma kini sejak Fiqril muncul, hubungan dia dan Zarif dah tak semesra dulu. Dah tak seaman dulu. Bagai ada sumpahan sejak munculnya lelaki bergelar bosnya dalam hidup dia itu, segala hubungan yang berkaitan dengan dirinya terkorban kerana Fiqril. Semua orang menyalahkan dia setiap kali terjadi sesuatu padanya. Menyalahkan dirinya kerana tidak mahu berdiri menegakkan keadaan di hadapan Fiqril.
Dia tahu benar kata-kata Zarif. Dia sendiri mendengar orang mengatakan dirinya bodoh kerana menurut sangat kehendak Fiqril. Tapi mereka sedar tak mereka semua tak ada di tempatnya. Dia tak tahu hendak membantah bagaimana. Dia tidak biasa membantah. Lagipun apa yang dia boleh lakukan setiap kali suara itu meninggi dia sudah menggigil ketakutan.
“Belajar tegakkan diri you Sue. I tak suka kalau buah hati I terlalu lemah hingga boleh kena buli begitu. Kita dah sampai ni. Turunlah.” Kata-kata Zarif itu seperti peringatan awal untuk Suraya.
Perjalanan penuh kemarahan tadi rupanya sudah sampai ke destinasi. Tanpa sedar kereta Toyota Vios Zarif sudah sampai di hadapan rumah Doktor Arif, papa Suraya. Bersama hati yang berat Suraya turun seperti di arahkan oleh Zarif. Wajah Zarif di pandang seketika tapi lelaki itu langsung tak menoleh ke arahnya. Lelaki itu lebih tega memandang jalan di hadapannya. Saat Toyota Vios itu berlalu, hati Suraya terdetik sesuatu, apakah segala ini pertanda pada sesuatu?


Fiqril memandang jauh ke panorama indah dihadapannya. Petang tadi Fiqril mengeluh lega apabila mendapat maklumat dari pegawai keselamatan pejabatnya yang Suraya pulang dengan Zarif. Rasa bersalah juga dia tadi saat tahu yang Suraya menahan kesakitan menanti di sudut bangunan pejabat mereka menanti dijemput. Tapi apabila mendengar kekasih gadis itu datang membawa Suraya balik, perasaan bersalah itu sedikit kurang kerana Fiqril tahu Zarif lebih layak dan berhak untuk menjaga Suraya lebih daripadanya. Bukankah mereka berdua itu kekasih, satu pejabat pun tahu hubungan kedua-dua orang pekerjanya itu.
Lagipun bukan sengaja Fiqril meninggalkan Suraya begitu tapi semuanya kerana pesanan ringkas tentang berlakunya masalah pada tender yang bernilai jutaan ringgit yang dia terima membuatkan dia tiada masa untuk menghantar Suraya pulang seperti rancangan asalnya tadi. Kesian juga dia melihat Suraya makan ubat tanpa air. Tapi dia betul-betul lupa yang Suraya perlu makan ubat. Lagipun gadis itu sendiri tidak berbunyi hendak meminta air daripadanya. Banyak kesilapannya pada Suraya hari ini. Nantilah kalau ada masa dia akan minta maaf.
Tapi kerana kesalahanya itu menyebabkan dia lebih tahu tentang pembantunya itu. Bukan dia ingin tahu tapi maklumat ini agak berguna untuknya di masa depan suapa dia menjadi orang yang lebih perihatin tentang kebajikan orang lain. Rupanya selama ini gadis itu tidak memandu ke pejabat dan berita dari Adha yang panas hati kerana dia meninggalkan Suraya begitu saja, barulah dia tahu yang Suraya rupanya tidak tahu memandu. Selama ini gadis itu datang dihantar dan di jemput oleh abangnya ataupun pemandu papanya.
Mendengar cerita tentang Suraya, mengingatkan Fiqril pada adik kesayangan mereka. Adiknya Fitri Qizahtul ataupun selesa mereka panggil sebagai Qizah. Qizah seperti Suraya, sangat bijak cuma adiknya itu terlalu pendiam dan penurut orangnya kerana itu dia sentiasa risaukan adiknya. Apabila bertemu Suraya yang seperti jelmaan adiknya, Fiqril tak mampu menahan diri daripada memarahi dan ingin merubah Suraya. Di cabarnya kesabaran Suraya agar Suraya ada niat hendak merubah diri.
Namun tak ada siapa yang sedar yang setiap kali dia memarahi Suraya, hatinya turut terluka. Mana tidaknya setiap kali suaranya naik pada Suraya, dimatanya membayangkan adiknya yang pendiam itu menjadi mangsa seseorang seperti Suraya menjadi mangsanya. Cuma mungkin niatnya pada Suraya itu untuk kebaikan Suraya sendiri walaupun caranya agak kasar. Harap-harap tiadalah adiknya berjumpa dengan manusia yang pembuli. Hah, hanya sebulan saja lagi adiknya akan kembali ke Malaysia. Tak perlulah dia risau sangat rasanya nanti.
Telefon bimbitnya yang berbunyi minta di angkat itu membuatkan renungan Fiqril di beranda Penthouse miliknya itu sedikit beralih. Skrin telefon kecil ditangan yang memaparkan nama ‘Tasha Love’ dan wajah suci buah hatinya itu membuatkan Fiqril tersenyum bahagia.
Dia rindukan Tasha, buah hatinya yang sedang membina kerjaya di kota Singa. Adakah rindunya telah sampai ke gadis itu hinggakan panggilan ini berlaku. Tak berlengah, butang hijau di tekan bahagia.
“Assalamuallaikum sayang.” Fiqril memberi salam lembut pada si buah hati. Kendengaran suara lembut lagi manja menjawab panggilannya itu. Ada pekara yang ingin dia bincangkan.

5 comments:

mizz acu said...

Eerks.. Sapa lak zarif nni.. Adeiii.. Bos da ade galfren la puulakk.. Ummm.. Pape pon sian suraya :(

ezzaleya said...

alahai pendeknya tak puas nak baca...

miss L said...

nak mengaja tp cam kena gaya je...garang sangat...hehe...

Aida Sherry said...

kesian Suraya... dahlah kena buli dgn Fiqril...pastu kena marah dgn Zarif pulak..... ermmmm... makan dalam luka dihatinya.....
tapi ada betul jugak cakap si bf tu dan betul jugak tindakan bosnya..... kenalah melawan jgn duk mengalah je..... confirmlah kena buli dek org.....

Harga Trica Jus said...

adduuu ga ngarti dah