Thursday, April 19, 2012

Sekali Sekala Sayang 3

BAB 3

Najmi merenung ke luar bilik pejabatnya. Adillia? Rya? Kedua-dua buah nama itu mengganggu ketenangannya. Tadi terkaku, terpaku dan terkelu Najmi melihat peguam yang dia menjamin adiknya tadi. Kalau inilah peguam yang menggantikan Kusyi yang dia tunggu untuk melaporkan keberadaan adiknya itu. Bukan sekadar minit-minit yang berlalu di dalam perjalanan dari rumahnya ke balai polis ini tadi tapi sudah bertahun dia menanti.
Malah sudah 3 tahun 4 bulan dan 21 hari dia menanti kehadirannya. Dulu Adillia dan kini Rya. Dua nama yang berbeza tapi orang yang sama. Teriak di wajah itu membuktikan segalanya. Walaupun Adillia ataupun Rya seperti di dakwa wanita itu, tapi Najmi tahu gadis itu tenang kerana mengawal riak wajahnya. Pertemuan tadi mengingatkan dia kejadian dulu. Teringat pada baris-baris ayat yang menghantui dirinya dari saat itu hingga kini.

‘Aku tahu kau marah. Tapi aku nak kau ingat yang selama ini aku tak pernah berhutang dengan kau waima segelas air pun. Kalau kau kata aku mempermainkan kau, kau silap. Aku tak pernah ambil kesempatan atas kau. Aku tahu salah aku menutup sikap Nad. Tapi besar sangat ke salah aku sampai kau harus menuntut aku membayar harga sebegini tinggi? Sekarang hutang antara kita dah langsai. Lepas ni aku tak mengenali kau lagi.’
Terniang suara itu di telinga dia yang bernama Raja Najmi. Suara yang penuh sayu menyapa telinganya sebelum gadis itu tertidur didalam pelukkannya. Lama dia mengenang kata-kata itu, sambil matanya memandang calitan warna scarlet di cadar putih itu. Membuktikan dia telah menghancurkan hidup seorang gadis yang suci.
Dia benar tak sangka gadis yang selama ini memanggilnya mangkuk itu masih lagi anak dara sunti sehinggalah kemarahannya malam tadi merampas gelaran itu dari gadis yang dia hanya kenali sebagai Adillia, kakak sepupu kepada Nadirah. Nadirah satu-satunya gadis yang berani mempermainkan dia. Saat itu dia terlalu marahkan Nadirah tapi Adillia yang menjadi mangsanya. Korban keadaan kemarahannya.
Ada benarnya kata Adillia, selama mereka berkenalan tak pernah sekalipun gadis itu makan atau minum dengan duitnya. Keluar saja mereka bersama, gadis itu akan ego membayar makan dan minumannya sendiri. Menyusahkan dia atau meminta apa-apa jauh sekali. Tapi dia pula memaksa gadis itu membayar dengan bayaran yang tinggi sekali.
Betul Najmi tak tahu gadis itu masih suci. Kalau dia tahu pasti dia tak berani nak menyentuh pun gadis itu. Selama ini dia memang jahat malah sudah tak hitung berapa kali dia nikmati tubuh Nadirah dan bekas-bekas kekasihnya yang lain tapi tak sekalipun dia pernah rosakkan anak dara orang. Mereka yang mereka tiduri memang sudah tidak suci lagi. Itu silapnya Najmi kerana menganggap Adillia seperti Nadirah dan yang lain-lain, sebab utama dia berani menyentuh gadis itu sebegitu intim.
Terimbau lagi egonya dia untuk melepaskan Adillia. Padanya Adillia perlu membayar hutang dirinya yang rasa dipermainkan oleh gadis itu. Lalu meronta bagaimanapun si Adillia padanya langsung Najmi tak peduli. Saat dia sedar Adillia masih suci, semuanya telah terlambat. Mahkota gadis itu telah dirampas. Untuk berpatah balik dia sudah tak mampu melawan kehendak nafsu yang menggila.
Akhirnya gadis itu di layan selayaknya gadis yang dia inginkan dan dia kasihi. Penuh kelembutan dan rasa kasih yang semakin mendalam. Malah ketika itu Najmi merasakan itu adalah malam pertamanya bersama seseorang yang benar-benar telah jadi haknya. Sungguh dia merasakan gadis itu hanya untuk dia. Saat dia memiliki gadis itu untuk malam itu, hatinya dengan sendiri rela bersumpah yang hanya dia akan mampu memiliki gadis itu selepas ini dan hanya dia yang akan menyentuh Adillia.
Entah bila dan bagaimana gadis itu menyelusup keluar dari pelukkannya. Sedangkan dia merasakan pelukkannya sudah cukup erat untuk mengikat Adillia hingga ke pagi. Sengaja dia tak melepaskan Adillia walaupun setelah semuanya selesai. Malah di peluknya erat gadis itu hingga dia yakin gadis itu ketiduran sebelum dia sendiri melelapkan mata kerana keletihan.  Dia tak mahu Adillia pergi darinya. Rasanya malam itupun dengan penuh kasih sayang dia menyentuh Adillia.
Tidakkan Adillia merasakan kasih dalam belaiannya? Kerana sedar-sedar saja dia dari tertidur, Adillia sudah tiada di sisinya  tiada didalam pelukannya. Tergesa-gesa dia menyarung boxer lalu keluar mencari Adillia tapi bayangan gadis itu sudah tidak kelihatan. Hingga ke simpang rumahnya, dia mencari kelibat Adillia dengan menaiki kereta tapi tetap bayangan mahupun jejak gadis itu telah hilang.
Vila tempat dia membawa Adillia ini bukannya dekat. Jauh. Hendak ke simpang kalau tak menaiki kereta mahu mengambil masa setengah jam hingga empat puluh kalau hanya dengan berjalan kaki. Jadi kalau di simpang pun Adillia tidak kelihatan, peluangnya untuk menjejaki gadis itu memang sudah hilang. Sangkanya selepas kejadian itu dia akan dapat jejaki langkah gadis itu. Mungkin melalui Nadirah atau kawan-kawan Nadirah. Kalau dah sampai terdesak nanti, dia sanggup mengupah penyiasat persendirian untuk menjejaki gadis itu. Asalkan Adillia dijumpai.
Rancangannya hanya tinggal rancangan apabila Adillia tidak juga dia temui. Bukan sedikit dia laburkan untuk mencari dan menjejaki Adillia. Bukan hanya seorang pegawai penyiasat persendirian dia upah hanya untuk mencari jejak Adillia tapi segalanya hampa. Setiap pencarian itu hanya menemui kegagalan. Semua penyiasat yang dia upah akan menghantar laporan yang serupa iaitu:
 ‘Dia tetap tak dapat kami kesan. Tiada jejak yang dia tinggalkan. Sorry to say bos, sejak malam tu dia macam hilang dari muka bumi. Itu saja laporan kami. Di dalam sampul surat tu ada pengesahannya.’
Berkali-kali laporan sebegitu membuatkan Najmi terduduk. Hilang dari muka bumi? Bunuh diri ke Adillia kerana kekhilafannya? Soalan-soalan itu akan sentiasa menghantuinya. Membuatkan hatinya menderita tapi hakikatnya dia tak percaya Adillia berfikiran sesingkat itu kerana itu dia terus-terusan menanti. Memperbaiki diri menjadi lebih baik untuk kembali semula berhadapan dengan Adillia.
Hari ini terbukti kepercayaannya berhasil. Adillia muncul kembali di hadapannya. Walaupun Adillia itu kini muncul dalam bentuk Rya. Gadis itu memang berubah. Bukankah gadis yang memperkenalkan diri sebagai Rya tadi menyatakan dirinya pembunuh Adillia? Jadi tidak kisahlah Adillia atau Rya asalkan orangnya serupa.
 Hati Najmi sendiri tegas menyatakan Rya atau Adillia, gadis itu tetap miliknya. Kalau Adillia dia ingin menjadi Rya. Satu hari nanti Rya akan menjadi Rya nya. Kalau dulu dia membunuh Adillia hinggakan Rya lahir. Kini dia sendiri akan membangkitkan Adillia bangun semula dari tidurnya dalam diri Rya itu. Walau dengan apa cara sekalipun. Sebentar lagi dia akan berjumpa Kusyi, moga sebentar lagi dia juga akan dapat bertemu dengan Rya.
Kalau hulur salam perdamaiannya di tolak juga oleh Rya sekejap lagi. Makanya gadis itu sendiri tidak memberi dia pilihan selain dari menghulurkan salam peperangan pada Rya. Kerana walau apa cara sekalipun Adillia dalam diri Rya dia perlu miliki. Dia akan miliki. Biarlah dia ber’perang’ dengan Rya kalau hanya itu jalannya dia memiliki Adillia. Jadi sekarang dia inginkan Rya yang perlu membuat pilihan. 

10 comments:

Anonymous said...

Heee..bes2..
Najmi pujuk la rya baik2..jgn perang2..hehehe

Atty Ismail said...

Wah...Hidup Najmi....Mcm tula bila dah kasi susah hidup org kena berani bertanggungjawab...Cik writer bg Najmi ngan Rya sampai sudah ye...

almuzni said...

Iman..best lah cepat sambung ni yg syg lebih ckit kat Najmi nih...

adela said...

Kak.. Boh lmk gilak n3 baru kelak.. Berik pjg kit. Hehehe..

ezzaleya said...

best cte ni...nk lagi2

mizz acu said...

Err.. Nak sokong najmi ke hero lg st ek?? Konpius!

Anonymous said...

nak najmi jd hero leh x?... saya suke bad boy... hehe...

Anonymous said...

sye nak najmi jd hero mesti best nnti...bad boy jd hero...ini yg dinantikan...~hehehe~~

Anonymous said...

Yeah! heheh I like bad boy stlye :p Najmi pujuk Rya lembut2 eh. Tak mau kekerasan hehehe

Tie Tinie said...

Ahlamdulillah... setelah lama menunggu Najmi akhirnya najmi muncul kembali..
kak iman.. x sabra menunggu najmi berusaha untuk mendapatkan adilla semua...
hope adilla maafkan najmi.