Tuesday, April 17, 2012

Kita Kahwin {5}

BAB 5

“Encik, kita nak ke mana ni? Kan cafe kat sana.” Tanya Suraya sambil menunjukkan laluan ke cafe sedangkan arah mereka sudah jauh menyimpang.
“Aku tak suka nak makan kat Cafe hospital ni. Kita makan kat luar je. Cepat.” Arahan lelaki itu membuatkan Suraya terkedu.
Sangat lain rasanya jenis arahan yang di berikan oleh bosnya. Sesuka hati lelaki itu saja hendak menariknya begini. Langsung tak kisah kesakitan yang dia rasakan sepertinya macam dia ni sihat benar hendak di heret oleh bosnya itu. Terhincut-hincut dia cuba mengikut langkah pantas bosnya.
“Sakit bos.” Tidak mampu menahan sakit kakinya untuk bergerak lebih pantas, Suraya merintih kesakitan.
Syukur rintihannya di dengari apabila langkah bosnya itu sendiri terhenti. Tanpa maaf dari bibir yang ego itu, Suraya terpaksa menerima belas kasihan lelaki itu untuk memimpinnya kerana dia memang didalam keadaan kesakitan sekarang ini. Hanya rela apabila bosnya memerluk bahunya dan memimpin dia berjalan walau didalam hatinya ingin sekali menangis sekarang ini.
Saat Suraya sudah selesa di sisi Fiqril didalam kereta, telefonnya nyaring berbunyi. Sebaik gajet kecil itu berada di tangannya, nama Aiman berada di skrin kecil itu. Cepat pula Aiman mencarinya. Pantas Suraya menekan butang hijau. Menyambung talian. Kalau benar tugas Aiman sudah selesai, Suraya ingin menumpang Aiman saja pulang nanti.
“Hello Abang Man.” Suara Suraya ceria menjawab panggilan itu. Menggantung harapan pada lelaki itu sekarang ini.
“Aya. Aya kat mana ni? Abang cari Aya kat cafe tak ada pun.” Suara Aiman yang cemas menyapa telinga Suraya.
“Aya kat parking lot dah ni. Abang dah habis kerja ke?” Suraya bertanya pada Abang Aiman dia.
“Dah. Itu yang abang cari Aya tapi Aya tak ada. Aya balik dengan siapa ni? Tak jadi balik dengan abang ke?” Suraya yakin wajah Aiman di hujung talian disana sudah berkerut seribu sekarang ini.
“Nak. Nak balik dengan abang. Abang tunggu Aya. Sekejap lagi Aya jumpa abang kat cafe. Abang tunggu Aya boleh?” Suraya cepat menyatakan kehendaknya. Persetujuannya.
“Yelah. Ini Aya dah boleh jalan ke belum ni? Kalau tak abang je jemput Aya tu. Aya kat parking lot no berapa?” Kendengar sedikit tenang berbanding tadi. Namun kerisauan itu tetap kedengaran.
“Aya kat parking belakang. Tempat Along selalu parking dulu. Tak menyusahkan abang ke ni?” Tanya Suraya dengan rasa serba salahnya.
“Taklah. Tunggu kat situ. Abang pergi kat Aya.” Aiman mengarah lembut pada Suraya.
“Okay. Thanks abang.” Ujar Suraya senang. Dia ingin kembali membuka pintu kereta sebelum lengannya di tahan oleh seseorang daripada dalam. Pastilah seseorang itu adalah bosnya sendiri.
“Nak kemana ni?” Tanya lelaki itu padanya dan membuatkan Suraya mengerutkan wajah sedikit pelik. Biar betul soalan itu yang ditanya bosnya. Tidak dengarkah Fiqril perbualannya dengan Aiman sebentar tadi.
“Saya nak balik dengan abang Aiman bos. Tak nak susahkan bos. Bos baliklah dulu, nanti saya boleh balik dengan abang Aiman.” Ujar Suraya lurus. Apa yang ada dalam fikirannya itulah yang dikeluarkan oleh dua ulas bibirnya.
“Tak perlu. Balik dengan aku je.”  Bertambah berkerut wajah Suraya mendengar arahan itu.
“Tapi saya dah janji dengan Abang Man tadi. Dia pun nak jemput saya kat sini. Kami nak makan sama.” Luah Suraya perlahan. Mohon difahami.
“That not my problem. That your problem. Bila aku cakap kau ikut aku, jadi kau perlu ikut aku. Pasal Abang kau tu, pandai-pandai kau selesai sendiri. Aku lapar ni, aku tak sempat lagi makan. Kau temankan aku.” Keras sekali suara Fiqril membuatkan Suraya terpaksa akur.
Tidak tahu membantah bagaimana dan tidak mahu bergaduh, Suraya mendail kembali nombor telefon Aiman lalu menyatakan kedudukkannya sekarang ini. Tanpa berbohong dia menyatakan yang dia perlu mengikut Fiqril kerana ada urusan. Apakah urusan itu dia tak nyatakan. Tak mampu berbohong.
Sedih dan pedih hatinya apabila terpandangkan kelibat Aiman yang berdiri di antara tiang di perjalan kaki saat kereta Fiqril sudah bergerak laju melalui kawasan itu. Dalam tak sengaja dia telah menyusahkan Aiman. Kesal dia kerana sikap bosnya yang terlalu pentingkan diri sendiri ini.


Menitis airmata Suraya sambil dia menunduk menunggu pemandu papa dia sampai untuk menjemputnya pulang. Hari ini dia telah jumpai manusia paling kejam dalam hidupnya. Selama ini dia tak pernah mengganggu sesiapa tapi kenapa, dia di buli sehingga begini oleh Fiqril? Lelaki itu selamba mempelekehkan dia. Membuat dirinya rasa tak berharga.
Tadi Fiqril  memaksanya menemani lelaki itu makan di Shangri La Hotel tanpa memikirkan dia yang perlu menapak jauh dengan kecederaan kakinya hanya untuk menurut perintah lelaki itu. Menahan sakit, menahan malu kerana terus-terusan diperhatikan oleh pengunjung lain Suraya tiada pilihan selain menurut saja kemahuan Fiqril.
Sedangkan sebelum itu dia sudah menyarankan agar bosnya itu menolong untuk menghantarnya balik dahulu tapi lelaki itu berdegil ingin dia menemani. Terpaksa dia terhincut-hincut juga berjalan, menayangkan dirinya yang sakit ini di dalam hotel lima bintang itu. Ingat dia tak malu ke? Hanya tuhan je tahu hatinya saat itu.
Geramnya dia. Belum sempat dia makan ubat setelah usai makan, Fiqril pantas pula mengajaknya balik. Sekali lagi dengan kesakitan itu dia berjalan ke kereta bosnya. Berdenyut-denyut kakinya menahan sakit apabila terpaksa berdiri menunggu sedikit masa untuk bosnya mendapatkan kereta mereka dari salah seorang pertugas di situ.
Tak tahan rasa kesakitan itu, Suraya akhirnya menelan ubat tahan sakit tanpa setitik airpun. Dah tahap terpaksa. Dia perlu lakukan juga kalau tidak pasti dia tak akan mampu berjalan lagi kerana kesakitan itu kian bertambah. Saat itu dia hanya ingin pulang ke rumah dan berehat saja. Namun impian tetap tinggal impian apabila Fiqril tidak memandu ke rumahnya sebaliknya memandu ke pejabat pula. Senang arahan lelaki itu.
“Kaki kau dah okay kan? Dah boleh drive kan? Kau baliklah sendiri. Aku banyak kerja ni.” Tanpa sempat Suraya menyatakan apa-apa bosnya sudah menekan alarm kereta dan berlalu.
Tak tahu nak menyusahkan siapa lagi, nombor telefon Pak Din driver papanya di dial dan dia minta di jemput. Di sebabkan jarak perjabatnya dan keberadaan Pak Din sekarang ini agak jauh, sekali lagi Suraya terpaksa menunggu. Sudah tak mampu berdiri, Suraya bagaikan pengemis duduk di sudut bangunan pejabatnya menahan sakit.
“SURAYA AKILLA.” Mendengar namanya di panggil, Suraya pantas mendongak. Pastinya bukan suara Pak Din pemandu yang mahu menjemputnya tapi dia kenal siapa pemilik suara itu.
Wajah itu membuatkan airmata Suraya menitis semakin laju. Menitis dan menitis. Dia terasa selamat. Dia terasa dirinya diselamatkan dari kekejaman Fiqril. Walau dia sendiri tak dapat membaca kedatangan lelaki dihadapannya ini.

10 comments:

NOR ISNAINI said...

bestnya iman tak sabar nak tunggu sambungannya. kenapalah fiqril buat suraya macam tue dan siapalah yang datang menyelamatkan suraya

Anonymous said...

waaa.. sape yg dtg.. suspen2...

mizz acu said...

Erkss.. Jahatnya fiiqril niii!! Nak kna pelempang br ok sket kott.. Haish! Mesti aiman yg dtg tuuu.. ;)

miss L said...

zalim btol fiqril ni...dah tau suraya sakit kaki bole die tnggalkan je...da la pkse suraya teman die makan...
waahahha..emo lebih..
mesti abg aiman yg dtg tu kan...
hehehe...

Aida Sherry said...

kenapalah kejam sangat si Fiqril tu..... rasa nak lempang aje dia... kesian Suraya....
maybe yg dtg jemput Suraya tu Dr Aiman.... betul tak cik writer...

Tun Teja said...

sbnrnye assistant fiqril tu yang dtg..hehe

Tie Tinie said...

eeeeeeeeeeeeeeee..
jahat nya fiqril.... geramnya...
x berperikemanusiaan langsung...
dah la SURAYA tu sakit kaki..
kalau ye pun jealous... x payah la tunjukkan sangat...

zm said...

hikhikhik klakar la miz acu ni, semua hero novel dia nk lempang....

Syuhaida ♥ said...

wow!
nak lagi ! tapi boleh tak kalau n3 yang sterusnya lagi banyak ?
hehehehe, rasa mcm xpuas bace n3 =='
all the best ! love yr writings

adriana said...

dah jatuh cinta dgn fiqril ganas giler hero kali ini.suke aku.sorang kejam sorang cengeng sesuai sgt tu.sambung lagi ya.