Wednesday, April 18, 2012

Skodeng-skodeng DAH JODOH

NASIRA melangkah ke luar menuju ke anjung di taman ibu mertuannya. Ingin melepaskan kegeraman dan rasa malu yang sudah menjadi lemak tepu di dalam dirinya ini. Iyalah, sememangnya dia berhak untuk berasa geram. Geram pada Nuqman yang tak habis-habis membuat dia tertangkap basah oleh keluarga mertuanya. Petang semalam Adif. Malam ini ibu dan abah mertuanya pula. Pasti kedua orang tua itu sudah fikir yang bukan-bukan tentangnya. Kenapalah suaminya suka sangat hendak menyakat. Tak boleh ke dalam satu hari Nuqman nak biarkan dia ni hidup senang sikit?
Betul tak cakap Nasira yang lelaki yang bernama Nuqman ni memang tak boleh biarkan dia hidup aman agaknya. Tengokah, baru je Nasira nak melepak sekejap kat luar ni sorang sorang mencari ketenangan. Tak sampai pun beberapa minit dia sendirian dah nampak banyangan Nuqman menuju ke tempatnya ini dengan senyuman. Sibuk je nak mengekor Nasira ke sana sini. Sakit betul hati Nasira tengok senyuman Nuqman yang melangkah ke tempatnya itu. Bertambah panjang muncung Nasira dengan kehadiran Nuqman.
"Kenapa ni? Panjang je muncung itik you. Muncung itik pun tak sepanjang muncung you tu." Tak bersalam tak ada mukadimah terus saja Nuqman ni datang nak menaikan darah Nasira yang memang tengah tinggi tekanannya ini. Selamba je jari lelaki itu menarik muncung Nasira, pastu buat muka tak tahu malu, boleh pula duduk di tepi Nasira.
"Sakitlah" Marah Nasira sambil menepis tangan Nuqman. Bahu Nuqman dihentamnya sekali lagi dengan pukulan manja. Rasanya Nuqman tak ada apa-apa kot yang sakitnya tangan Nasira memukul bahu Nuqman yang keras itu.
"Siapa suruh muncung? Kan dah kena. Kenapa ni Sira? You tak puas hati sebab apa yang ibu dan abah nampak tadi ke?" Tanya Nuqman lembut sambil menangkap tangan Nasira yang tadinya ligat menghentam bahunya. Memang minyak mencurah ke hati yang panas.
"Yelah. Tahu pula awak ye. Awak tu suka sangat main-mainkan saya. Tengok sekarang apa dah jadi. Entah apa ibu dan abah fikir? Macam manalah saya nak berhadapan dengan mereka nanti? Hish saja nak buat orang malukan." Rajuk Nasira. Dia tolak bahu Nuqman dengan bahunya. Tanda dia memang menyalahkan diri Nuqman atas kemusnahannya.
"Apa yang you nak malu ni? You jawab soalan I ni. I ni siapa pada You? Apa status I dengan you?" Tanya Nuqman mesra. Tangan Nasira sudah dilepaskan. Tubuh Nasira ditarik untuk berhadapan dengan tubuhnya.
"Suami saya lah." Jawab Nasira tanpa ragu. Nasira sedar dan sangat tahu status Nuqman padanya. Sesungguhnya Nasira amat menjaga status itu agar sentiasa berterusan. Biarpun Nuqman belum memberinya nafkah batin tapi secara zahiriah, Nuqman tak pernah lalai. Saban bulan Nuqman memasukkan nafkah dalam akaun banknya, malah pinjaman keretanya pun ditanggung oleh Nuqman sejak bulan kedua dia bergelar isteri Nuqman.
"Kalau I suami you, salah ke I peluk isteri I? Salah ke I kiss isteri I?" Nuqman bertanya lagi. Matanya merenung mata Nasira dengan penuh pengharapan agar jawapan Nasira itu jujur.
"Tak" Jawab Nasira sedikit perlahan. Mula sedar kesilapkan dirinya setelah menilai apa yang dia rasakan. Dimana kedudukkannya dan Nuqman. Terbuka matanya betapa Nuqman banyak bertolak ansur dengan dia selama ini.
"Dah tu apa nak malu. Percayalah ibu dan abah gembira je tangok kita berdua ni berbaik. Cukuplah selama ni I tak faham kenapa you perlu malu tentang hubungan kita. Tentang kemesraan kita. I rasa I dah cukup bertolak ansur dengan you bila you nak kita tangguh dulu untuk tidur sebilik kerana I hormat keputusan you. Kalau boleh I nak juga you hormatkan apa saja yang I berikan pada you kerana semuanya ikhlas dari hati I." Ujar Nuqman sambil sebelah tangannya memerluk bahu Nasira.
"Thanks" Ujar Nasira lembut pada Nuqman. Tanda dia cukup faham apa yang inginkan oleh Nuqman. Tanda dia cukup menghargai yang setiap kali Nuqman menghormati keputusannya. Tangan Nuqman yang tergantung di bahunya digenggam lembut. Benar kata Nuqman. Perlu apa dia malu dengan kemesraan yang dia dan Nuqman tayangkan pada semua orang. Mereka tak berlaku salah. Hubungan mereka halal di mata Allah dan masyarakat.
"Kadang-kadang I rasa I bukan saja perlu untuk menjaga you dari orang lain malah dari diri you sendiri. You kena yakin pada diri you Sira. Ambil berat perasan orang lain tu memang boleh tapi  jangan sampai abaikan perasaan you. Kecuali kalau you dengan I, perasaan I memang you kena utamakan." Nasihat Nuqman lagi. Nasihat yang cukup berat sebelah pada timbangan Nasira. Nuqman…. Nuqman… Ada sajalah. 
Ingin Nasira membantah sebenarnya, kenapa pula bias? Kenapa dia berlaku tidak adil layanannya pada orang lain dan bila bersama Nuqman? Tapi apabila Nasira berfikir lebih dalam. Memang perlu kerana Nuqman suaminya. Tentu saja dia perlu mengutamakan perasaan Nuqman lebih dari perasaan orang lain. Nasira mengangguk faham. Balasan pada arahan Nuqman. Dia akui sajalah kerana tak mahu mematikan suasana mereka yang semakin romantis ini. Bukan dia tak kenal siapa suaminya.  Memang Nuqman seorang yang cukup ceria namun cuacanya boleh berubah sepantas tukaran angin di tepi pantai. Kalau tersilap boleh lemas di landa tsunami Nasira nanti apabila angin Nuqman mendatang.
"Senyap je kenapa ni?" Tangan Nuqman menggoncang lembut jari Nasira yang berpaut dengan jemarinya membuatkan Nasira sedikit tersedar dari terus leka dilambung kebahagiaan dan terus menoleh pada Nuqman.
"Tak ada apa-apa lah." Ujar Nasira lembut sambil matanya sengaja dikelipkan berkali-kali untuk meyakinkan Nuqman dia tidak apa-apa dan lelaki itu tidak perlu risau. Tanpa Nasira duga satu ciuman ringkas Nuqman hadiahkan ke dahinya.
"Comel sangat buat muka macam tu. I love it. Tapi lain kali jangan berani buat depan orang lain tau." Pesan Nuqman padanya.
 Satu pesanan yang membuat Nasira rasa teruja dan malu dalam masa yang sama. Pertama kali orang puji dia comel macam ni. Lebih-lebih lagi orang itu adalah Nuqman. Seseorang yang sangat penting pada dirinya dan dalam hidupnya.
"Ya Allah. I baru puji sikit, you dah muka teruja macam tu. Baru I cakap you comel you dah macam ni. Kalau I cakap you cantik, entah macam mana rupa you kan?" Usik Nuqman. Memang tak boleh nak pakai betul.
Sekejap dia memuji sekejap lagi dia mengutuk. Dengan geramnya Nasira menolak tangan Nuqman yang melingkar di bahunya. Kan Nasira dah cakap dia ni tak boleh pakai, sekejap je dia nak romantik-romantik. Lepas tu datang lah balik perangai kaki usik Nuqman tu. Lama-lama macam ni boleh keluar berita sensasi metro Nasira macam ni, dengan tajuk 'Isteri Mati Kegeraman Gara Usikan Suaminya'. 
"Gurau sikit pun dah nak merajuk ye. You kena tahan dengan usikkan I, sebab start esok cuma 8 ke 9 jam you jauh dari I. Selebihnya you akan bersama I. Pergi kerja dengan I. Balik kerja dengan I dan mungkin juga lunch dengan I." Suara Nuqman memujuk Nasira je. Dia tengah memujuk dengan caranya yang tersendiri? Sweet lah pula. Tersenyum sendiri Nasira apabila terasa tangannya yang dia tolak tadi mula melingkari pinggangnya pula.
"Kenapa pulak?" Soal Nasira. Saja dia nak jual mahal pada Nuqman kali ini. Jangan asyik setiap kali dia je mengalah dengan usikan Nuqman.
"Kan kereta you rosak. Jadi mula esok I akan hantar dan ambil you dari tempat sampai kita beli kereta baru untuk you nanti dan sehingga kereta baru you sampai." Ujar Nuqman lagi. Membuat Nasira sedikit terkejut mendengarnya. Kereta baru? Kereta siapa?
"Kereta baru? Kereta I? " Tanya Nasira ingin memasti apa yang dia dengar itu benar dan tepat. Tapi dia sedikit hairan, rasanya dia tak ada untuk merancang membeli kereta baru dalam masa terdekat ini. Mana nak cari duit? Nak beli kereta bukannya senang. Bukan murah.
"Kereta baru. Bila besi buruk you nanti kalau siap, kita simpan je kat rumah. I tak benarkan you pandu tukun bergerak tu lagi. I tak nak apa yang terjadi jumaat lepas berulang lagi. Kawan I yang makenik tu kata tukun you tu dah teruk sangat dah. You tak pernah service ke? Jadi selagi kita belum beli kereta baru untuk you dan selagi kereta baru you belum sampai, I akan hantar dan ambil you." Dengan tegas Nuqman membuat keputusan untuk Nasira.
Kali ini setegas mana pun suara Nuqman, Nasira tak rasa gerun pun apatah lagi untuk berasa takut lagi apabila dia tersangat geram pada Nuqman yang memanggil keretanya sebagai besi buruk alias tukun bergerak itu. Sesedap rasa seindah bahasa je Nuqman hendak menggelarkan keretanya sebegtu rupa. Besi buruk ke tukun bergerak ke, kereta tu dah banyak jasanya pada Nasira. Nasira tidak akan benarkan hartanya itu di hina.
"Apa awak cakap? Kereta saya besi buruk? Tukun bergerak ye? Itu kereta saya lah bukan besi buruk. Ingat saya beli pakai air liur ke. Sedap je nak mengutuk kereta orang." Ujar Nasira geram sambil menghadiahkan jutaan cubitan kecil di tubuh Nuqman. Mengeliat Nuqman mengelak dari cubitan-cubitan Nasira itu sehingga Nuqman mampu menangkap kedua-dua belah pegelangan tangan Nasira. Barulah lelaki itu berhenti mengelak. Tahupun sakit.
"Okay… okay… Kereta you bukan besi buruk. Bukan tukun bergerak. " Akui Nuqman dengan nada yang manis membuatkan wajah masam Nasira atas gelaran besi buruk itu hilang. 
Melihat Nuqman senyum turut membuahkan senyuman di wajah Nasira. Seketika terkaku dia apabila senyuman di bibirnya di usap lembut oleh ibu jari Nuqman. Sesuatu yang tak dia sangkakan. Malah Nasira juga tak dapat membaca apabila Nuqman menarik tubuhnya ke dalam pelukkan lelaki itu. Getaran tubuh mereka yang menyatu membuatkan Nasira turut membalas pelukan Nuqman seerat tangan Nuqman memerluknya seerat itu tangan Nasira melingkari tubuh Nuqman. Keselesaan itu Nasira rasakan setiap kali kepalanya berbantalkan bahu Nuqman.
“ I Love You Sira. Nuqman Hafiz cintakan awak Nur Nasira.” Luahan Nuqman itu membuatkan jantung Nasira berhenti berdegup. Akhirnya ayat yang dia tunggu-tunggu terluah di bibir Nuqman. Membuatkan dia terkaku seketika.
“I really really in love with you Nasira. Saya Nuqman Hafiz ingin melamar awak malam ini. Sudikah awak, Nur Nasira membalas cinta saya dan menjadi isteri saya sepanjang hayat ini?” Nasira nampak kejujuran dari pemintaan, dari lamaran Nuqman itu apabila Nuqman menjarakkan tubuh mereka dan bila mereka berbalas pandang. Nasira mengangguk perlahan. Senyuman hadir di bibir Nasira.
“Saya sudi. Apa yang awak rasakan itulah yang saya rasakan setiap kali di samping awak. Saya….” Bergenang air mata gembira di bibir mata Nasira. Dia terharu.
" Hishhh… Jangan menangis. Saya tak boleh janjikan yang saya membuatkan awak sentiasa bahagia dengan saya. Tapi apa saya boeh janji selagi Allah mengurniakan cinta dan rindu saya milik awak, saya akan sentiasa bahagiakan awak. Mula hari ini saya tak nak dengar awak malu-malu nak tunjukkan kemesraan kita. Awak isteri saya dan saya suami awak sayang.” Semanis bicara itu membuatkan Nasira tak mampu menahan airmata yang menitis kini.
“One more thing Sira, I really mean what I mention you earlier. Jangan sesekali awak buat muka comel awak di hadapan lelaki lain. Nope not just guys but also ladies. Your smile, your blinkers eyes is mine. Only and exclusively for me baby." Kali ini Nuqman benar-benar serius lagaknya.
Malam ini malam yang gembira buat Nasira. Pintu bahagia yang dia ketuk selama ini terbuka luas untuknya. Mampu membuatkan dia menitiskan air mata bahagia yang dia cari-cari di dalam hidupnya. Membuatkan dia menangis dalam senyum. Senyum dengan bahagia dan lapang dada. Walau berkali-kali Nuqman cuba menghapuskan air mata bahagia nya. Malah saat mereka bertingkah memilih nama manja masing-masing pun, titisan airmata itu masih belum mahu berhenti. Seolah-olah masih belum mahu melepaskan dari meraikan detik-detik bahagia mereka. Akhirnya penat mengusap pipi Nasira yang masih belum pulih dari hujan airmata itu, Nuqman hanya ketawa membiarkan dia menangis kegembiraan. 

P/S : Tak tahulah romantik ke tak luahan Nuqman pada Nasira ini... Antara bab-bab di dalam Dah Jodoh.. Bab yang mana satu? Hmmm...... Entah.. Yang pasti masih jauh lagi perjalanan mereka untuk ke garisan penamat.

11 comments:

Aishas Sufiah said...

mesti byk lagi yg best ttg nvl nie...
tahniah..iman

miss L said...

sweet gile...
hehehe...bess...

mizz acu said...

Suwittt ;)

zm said...

lovey dovey....

Lieynaim mohd noor said...

terlepas rindu..haahha romantik betul nuqman nie kkdg kan

ezzaleya said...

terlerai rindu sikit kat Nuqman n Sira...

ciknie said...

suke nyew...rmntik plak..

NukSe said...

best!!! tak sabar nak tunggu novel..

Aida Sherry said...

so sweet.....

laila said...

best cite nitapi makesure ejaan nya betul ya byk silap bukan apa kalau baca novel yg byk silap ejaan mengganggu pembacaanlah.ok ya sekadar menegur.

Anonymous said...

chiyeh. so swee maah.haahhahahaa