BAB 8
Suraya senyap dan hanya Qizah
yang sibuk bercerita dengan abangnya sepanjang jalan. Sikap pendiam gadis itu
nampaknya hilang saat bersama dengan Fiqril. Mungkin kerana gadis manja itu
selesa bersama abangnya sendiri. Kali ini Fiqril mengajak mereka makan di Hotel
Legend pula. Nampaknya lelaki itu tidak tahu makan di kedai biasa kot.
“Are you okay?” Apabila Fiqril
melayangkan pertanyaan saat mereka sudah masuk ke dalam lif menuju ke tempat
makan membuatkan Suraya merasakan dirinya sangat kesian.
Tak mampu Suraya menzahirkan
kata-kata menerusi kata-kata membuatkan Suraya hanya mampu mengangguk saja. Dia
tak mahu sesiapa terus-terusan simpati padanya tapi dia tidak bisa
menyembunyikan kedukaan itu dari wajahnya. Sedangkan untuk tersenyum pun dia
sudah tidak mampu.
“Kenapa ni?” Qizah bertanya
pelik.
Tak faham apabila kedua-dua
manusia dihadapannya ini bercerita tentang sesuatu yang sukar dia mengertikan.
Mana tidaknya, tiba-tiba saja angah dia bertanya sama ada Suraya okay tau
tidak. Apa yang okay? Apa yang tidak?
“Tak ada apa-apalah adik.
Sibuk je dia nak tahu.” Fiqril menutup segala keresahan yang ada. Tidak mahu
Suraya bertambah malu.
“Hmm okay” Nasib baik Qizah
tidak banyak membantah kali ini dan hanya bersetuju sahaja dengan abangnya.
Suraya terus-terusan menunduk.
Kali ini dia sangat berterima kasih dengan Fiqril yang faham perasaannya.
Sangat berterima kasih kerana Fiqril tahu menjaga privasinya. Sedikit demi
sedikit pandangannya terhadap Fiqril berubah.
“Kak Tasha tak ada balik ke
sini lagi ke angah? Lama dah adik tak jumpa kak Tasha.” Qizah memulakan
perbicaraan di meja makan.
“Minggu depan dia balik sini
bolehlah adik jumpa dia.” Jawab Fiqril selamba.
“Okay.” Jawapan Qizah itu
nampak menyatakan dia tidak kisah untuk berjumpa atau tidak kekasih angahnya.
“Kak Sue. Kak Sue tahu tak
siapa Kak Tasha. Itulah awek angah dari zaman U lagi. Kak Tasha tu kerja kat
Singapura. Cantik dan baik orangnya.”Qizah mula menyebarkan cerita tentang
hubungan abangnya.
Buat pertama kali Suraya tahu
hal peribadi bosnya itu. Selama ini Fiqril langsung tak menunjukkan yang dia
mempunyai kekasih. Lelaki itu sangat kuat berkerja sehinggakan dia menyangkakan
yang Fiqril itu akan menjadi calon-calon lelaki bujang telajak. Nyata
anggapannya sangat tidak tepat.
“Akak tak tahu.” Lembut
balasan Suraya menunjukkan dia tidak pernah tahu tentang peribadi ketuanya itu.
“Mestilah akak tak tahu. Angah
dengan Kak Tasha buat PJJ. Percintaan jarak jauh. Dari dulu lagi. Tapi dia
orang sweet sangat, walaupun jauh masih romantik tau. Qiz ingat lagi macam mana
angah bagi kejutan kat birthday Kak Tasha tahun lepas...”
“Adik.” Fiqril memberi amaran
awal pada Qizah agar tidak terus bercerita tentang hal romantikanya pada
Suraya. Dia rasa tak selesa.
“Apa? Angah ni betullah adik
cerita. Adik tak mengumpat tau. Adik cakap depan-depan. Alah, lagipun bukan
tahun ni angah dah nak bertunang dengan kak Tasha ke? Angah kan ada perjanjian
dengan bonda.” Bantah Qizah.
Suraya hanya membiarkan
kedua-duanya terus bertekak siapa yang betul dan siapa yang salah. Dia? Khusyuk
menikamti makanan dan melayan hati yang di sakiti. Sesekali dia rasa dia
ternampak Fiqril bagai mencari riak di wajahnya tapi Suraya tidak pasti benar
atau tidak apa yang dia rasa itu?
‘Perbincangan’ antara Fiqril
dan Qizah tadi terhenti apabila telefon lelaki itu berbunyi. Apabila Fiqril
menyambung panggilan tersebut dan menyebut nama Tasha, baik Qizah atau Suraya
tahu siapa pemanggilnya. Sebentar kemudian Fiqril meminta diri untuk bercakap
dalam privasi. Ada hal penting sangatlah agaknya tu.
“Angah dengan Kak Tasha memang
pasangan romantis tapi adunan yang kurang sesuailah Kak Sue. Tak tahulah
pendapat orang, itu pendapat Qizah.” Kenyataan yang keluar daripada bibir Qizah
itu membuatkan Suraya tak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya.
“Bukan sebab Qiz tak suka kak
Tasha tapi pada pendapat Qiz, kak Tasha tak ada pengaruh ke atas angah. Dia tak
ada power yang boleh buat angah berubah menjadi orang lain. Kak Sue jangan buat
muka terkejut macam tu.” Qizah cepat-cepat menjelaskan mungkin kerana dia
perasan riak terkejut di wajah Suraya. Makanannya dibiarkan saja buat seketika.
“ Jodoh Qizah. Adakala kita
tak dapat nak tahu apa yang tersurat dan tersirat dalam talian takdir.” Ujar
Suraya. Seperti dia meluahkan rasa hatinya.
“ Betul juga. Sebab tu Qiz
suka kak Sue.” Ujar gadis itu manja sambil menyambung kembali sesi
pemakanannya.
“Dah ke? Kalau sudah kita
gerak dulu. Angah nak pergi ke Singapura ni. Kak Tasha admitted.” Ujar Fiqril
yang tiba-tiba menyertai mereka. Walaupun dia bercakap dengan Qizah, namun
Suraya tetap faham pesanan itu untuknya juga.
“Jomlah.” Suraya menyata
setuju. Tak guna dia terus berada di meja makan kalau perutnya terasa sebu.
Sebu dengan kesakitan.
Ketiga-tiganya berangkat
pergi. Fiqril membayar pesanan mereka dan sementara itu Qizah sempat meminta
diri untuk ke tandas sebentar. Muka kesian anak gadis itu membuatkan baik
Fiqril atau Suraya tidak sampai hati untuk menghampakan Qizah. Jadi dibenarkan
saja Qizah ke bilik air sementara mereka berdua menanti di lobi. Meninggalkan
mereka berdua saja.
“You will be okay. I will be gone for may be two or three
days. In the mean while you concentrate with your work. I want full report about SBS investment on
my table as soon I back to office.” Arahan dari Fiqril menandakan yang dia
faham sangat perasaan Suraya ketika ini.
“Okay bos.” Itu saja yang
mampu Qizah nyatakan buat ketuanya itu.
“The truth Aya. I know you
will survive. Jom Qizah dah sampai tu.” Keyakinan yang Fiqril tunjukkan padanya
sebelum mengajaknya pergi itu membuatkan Suraya terasa sedikit kekuatan di
salurkan padanya. Kekuatan yang di salurkan dari seseorang yang paling tidak
dia jangkakan di dalam hidupnya ini.
“APA yang angah dah buat pada
Kak Sue?” Tanpa salam dan tanpa kata Qizah menyerbu masuk ke pejabat angahnya.
“Apa pula angah dah buat.
Adik, angah baru sampai dari Singapura and for you information within these three
day, angah baru je bersua muka dengan dia tak sampai 15 minit tau.”Ujar Fiqril sambil
buat muka bosan. Dia faham sangat sekarang yang Qizah terlalu kagum pada Suraya.
Adiknya sangat sayangkan Kak Suenya itu. Ikatan yang kuat terjalin dalam masa yang
singkat.
“Habis kalau bukan angah. Siapa
pula yang buat kak Sue menangis? Angah je yang selalu marah Kak Sue.” Walaupun kata-kata
Qizah itu bernada tuduhan namun langsung tak meninggalkan kesan pada Fiqril. Kenyataan
Qizah tentang Suraya menangis yang menarik perhatiannya. Tegak tubuhnya yang selesa
bersandar tadi.
“Suraya menangis?” Sekali lagi
Fiqril bertanya kepastian. Wajahnya berubah jelas. Nampak sangat risau.
“Haah. Tadi adik nampak Kak Sue
nangis. Lepas tu Kak Jie pun cakap Kak Sue dah ambik half day hari ni.” Terang Qizah.
Wajah terkejut dan risau abangnya menarik perhatian. Segaris senyuman lembut hadir
di bibirnya. Nampaknya makin kuat bukti pada sangkaannya. Suraya memang mempunyai
impak pada angahnya itu.
“What?” Fiqril nyata terkejut.
Macam tak dapat nak menerima pun kenyataan dari mulut adiknya.
Dengan pantas dia bangkit daripada
tempat duduknya. Rasanya sudah terlalu lama dia tidak melihat Suraya menangis. Memang
gadis itu cengeng di awal pertemuan mereka tapi seiring masa berlalu, Suraya berubah
cekal. Setiap tengkingan dan cabarannya di sambut dengan senyap dan menunduk saja
tanpa setitis air mata. Tapi hari ini?
“Angah nak pergi mana?” Qizah bertanya
pada Fiqril yang sudah tergesa-gesa mengambil wallet dan telefon bimbitnya. Sepertinya
lelaki itu tergesa-gesa hendak keluar.
“Nak pergi jumpa Suraya.” Itu saja
jawapan dari bibir Fiqril sebelum menyerbu keluar dan hilang dari pandangan Qizah
meninggalkan aura kebimbangan yang tinggi.
13 comments:
ala cian syraya..jahat sggh zarif nie
sonok2!!!x sabar nak tunggu netx post.....
hehehehe.... tu la, buat sueraya nangis lg... kan da cuak. :P sweet je entry kali ni. x sabar nak tunggu enext entry. :)
Huh! Zarif punya keja la niii.. Sian suraya.. Tp tlg la jgn nangisss.. Be strong n kasik pengajaran sket kt zarif tuu.. Intan tu sama opis ke? Hermm. Blasah dia sekali..
Tp part yg besh tu.. Fiqrill.. Cuak nampak?? Baru dgr sue nangess.. Hehe
kesian kat suraya....fiqril boleh pujuk lepas ni..ehhheheh
kesian suraya.... mungkinkah zarif dah berterus terang tentang hubungan sulit dia dgn intan.....
fiqril..... awat risau sgt tentang suraya tu ...kalau benar tiada apa2perasaan pada suraya.... mungkinkah cinta telah berputik tanpa disedari....
apa pun best watak suraya saya suka memang ada pompuan yang cengeng walupun umur dah 25 sikit2 nangis macm kawan baik saya ya Allah kena marah sikit di bos dah meleleh airmata dia.last2 kawin dgn bos tu sbab bos tu suka tengok dia manje je kata bos skarang anak dah 2 nak masuk 3.best cite ni iman.
best....harap dapat dibukukan :)
kesian dgn Sue ye...ni mesti pasal Zarif, tak ape Sue kalau Zarif dh
ada yg lain mana tau Fiqril masih tak sedar yg dia dh jatuh cinta
pada Sue tu sebab bila dgr Sue
nangis dia risau sgtkan?
dek lama nye akak tungu kita kawin,tp nape tak sambung g???tk sabar akak nak tau kat Sue yang kuat nangis tu.kalu bleh biar lah Fiqril tu terjatuh ati kat Sue,tak suke lah kat Tasya tu.....cepat sambung ye dek!
adakah mamat poyo tu mmg dah jatuh hati kat Suraya tanpa dia sedari..kalo tak..tak kan ada reaksi yg terkejut macam tu sekali bila adiknya tanya pada dia pasal Suraya yg menangis dan mengambil cuti secara mengejut..
Akak pun berharap agar Fiqril akan bersama ngan Suraya..
Post a Comment