My Mr. Right.
“Mak, Ria tak tahu lagi boleh balik
atau tak. Lagipun majlis tunang jer kan anak Pak Ngah tu. Nanti si Siti tu
kahwin, Ria baliklah.” Keluh Khairia lemah sambil matKhairia fokus pada
fail-fail yang berlambak di atas meja.
Khairia
bukan nak melawan cakap mak ke atau apa. Tak terniat pun nak membantah. Dia tahu
berdosa benar kalau membantah cakap mak tapi masalahnya Khairia memang malas
nak balik kampung untuk majlis pertunangan sepupunya itu. Dia malas nak
berkurang ajar dengan orang tua. Lagi-lagi saudara mara mak bapa Khairia. Cuma
itulah masalahnya dia ini bukan penyabar orangnya. Khairia tak boleh nak sabar
dah setiap kali dia menghadap wajah-wajah mak saudaranya dan soalan berbunyi ‘Ria
bila lagi? Tak kan masih belum ada calon?’ Akan ada. Soalan itu yang buat Khairia
malas tu.
Jadi
di sebabkan Khairia dah malas nak bersabar dan malas nak melayan soalan yang
tak tentu hala itu, baik dia jangan menghadap mereka. Lagipun karang kalau Khairia
terlepas cakap macam majlis cukur jambul cucu mak long yang lepas. Mak juga
yang makan hati dengannya. Nak tergelak Khairia setiap kali terkenangkan muka
mak long yang kelat apabila dia katakan dia nak nikah 30 febuari tahun depan.
Mula-mula tak pick up juga mak longnya, namun bila sepupu sepapat dia yang
terdengar itu ketawa, baru mak long tersedar. Lepas majlis tu seminggu telinga Khairia
bernanah kena bebel dengan mak.
“Mak..
Mak.. Mak.. Ria banyak kerja ni. Kejap lagi dah nak masuk meeting. Macam nilah
Ria memang tak janji boleh balik atau tak. Kalau Ria ada masa Ria balik, kalau
tak mak sampaikan salam Ria kat pak ngah jer lah ye... Assalamualaikum mak.
Love you.” Khairia pantas mematikan talian.
Tak
bagi langsung mak sambung membebel. Cukuplah setengah jam dia dengar ceramah
sivik tentang adat hidup berkeluarga. Sememangnya dia akui yang baik keluarga
mak atau ayah memang cukup rapat. Kalau bab-bab majlis ni semua akan turun
padang. Jauh macam mana pun balik gak. Bukan saja kenduri kendara, kalau sakit
masuk hospital pun sama. Memang susah senang bersamalah. Cuma tak bestnya bab
banyak mulutlah. Kalau dah berkumpul tu, macam konvensyen wartawan media
sedunia. Semua saluran pun ada. Satu je doakan dia sekarang semoga dia terlepas
daripada tuntutan mak untuk balik hujung minggu ini.
Khairia
teliti sehelai demi sehelai laporan tiga buah syarikat di atas mejanya buat
kali terakhir. Ingin memastikan analisis dia betul. Kalau tak betul syarikat
ini akan menanggung akibatnya. Mana tidaknya boleh tersilap buat perlaburan
kalau Khairia tersalah mengambil tindakkan. Dan itu pastinya mendatangkan
kerugian buat syarikat. Yang paling penting boleh menggugat kedudukan dia sebagai
anak emas syarikat. Tak boleh... tak boleh...
“Khai.
Meeting.” Panggilan daripada Hana, penolong peribadi dari pintu perjabatnya
membuat dia mengangkat muka. Wajah comel ditayangkan pada Hana yang menunjukkan
dia akan lambat ke meeting.
“Ten
minute Kak Hana.” Ujar Khairia comel setelah Hana tayangkan wajah geram. Pasti
geram kalau dapat bos yang susah nak tepati waktu meeting. Nanti juga yang
payah kena soal siasat oleh bos besar.
“Khai...
Sepuluh minit jer tau.” Akhirnya Hana yang terpaksa mengalah. Terpaksalah dia
memberitahu bos besar yang bos kecilnya ini lambat lagi hari ini.
Sepuluh
minit kemudian, Khairia mengetuk pintu bilik mesyuarat itu dan membuka pintu
itu perlahan-lahan. Lima pasang mata berpaling melihatnya dan sambil bibir
masing-masing tersenyum manis. Mungkin tahu sangat sikapnya yang tak tepati
waktu mesyuarat itu. Namun dia juga maklum kehadirannya tetap diperlukan. Lima
ahli biasa itu sangat Khaira kenali iaitu Tengku Kamel, bos besarnya. Dato’
Arif dan Encik Daniel orang kanan pada bos besarnya Encik Johan dan Encik
Sofian, peguam syarikat..
Cuma
ahli keenam dalam kumpulan itu saja Khairia tak kenali. Agaknya pembantu
pribadi baru Tengku Kamel kot. Pembantu Peribadi yang memandangnya seperti
hendak makan. Berlagak boslah tu hendak menjeling kerana kelewatannya. Amboi
Tengku pun tak bersuara, dia pula berani tayang muka tak puas hati pada
Khairia. Tapi ada dia kisah. Sorry ini Khairia lah.
“Sorry
as usual.” Ujar Khairia sambil duduk di salah satu kerusi kosong.
“Here
come our princess. No worry dear. Your arrival just in time.” Ujar Tengku Kamel
tidak kisah. Dia tak kisah kerana dia tahu gadis itu cukup layak untuk diberi
pengecualian kerana gadis itu berhak. Gadis yang bernama Khairia ini paling
berharga pada syarikatnya ini sebab itu dia tidak kisah. Lagipun Khairia ada
magic touch pada kawalan kewangan mereka.
“So
Khairia, we waiting for your reseach. How? It is Optima going to be our grand
focus?” Tanya Encik Daniel. Encik Daniel orang yang paling senior antara mereka
yang lain. Orang paling lama berkhidmat dengan Tengku.
“Optima
not worth it. Mr Daniel. That company already having cancer. Not worth for our
time, not say our money. You all may read my report and my court open for
debate.” Khairia menyerahkan fail pada setiap orang.
Khairia
makan tengah hari bersama ahli mesyuaratnya tadi. Kata Tengku Kamel untuk
meraikan kemenangan atas perdebatan yang sengit didalam bilik mesyuarat tadi.
Mulanya Khairia memang terasa hendak menolak tapi bila mengenangkan lelaki yang
ahli baru dalam kumpulan itu membuatkan Khairia bersetuju. Lelaki yang berumur
awal tiga puluhan itu menarik perhatiannya. Sebab lelaki itu bijak. Bijak
memperdebatkan hujah dengannya tadi. Membuatkan perbentangan kali ini mencabar
dirinya.
Sejam
setengah bertarung tentang hasil kajiannya dan kemenangan sekali lagi di
pihaknya. Ahh penat sungguh meeting kali ini selalunya pembentangan dia hanya
perlu paling lama empat puluh minit untuk dia meyakinkan ahli-ahli forumnya
tapi kali ini dia terpaksa berusaha lebih sikit kerana orang baru dalam forumnya.
Entah siapa namanya dia pun tak pasti cuma dia terdengar yang ahli-ahli yang
lain memanggil lelaki itu Airil. Itulah kot namanya. Tak kisah siapa namanya
yang penting pemikirannya panjang dari sesiapa yang dia temui. Sama tahap
dengannya.
“Okay
guys. I got to go. I kena cari lombong emas baru untuk Tengku because I expect
fat pocket by end of this year.” Khairia meminta diri dari sesi lunch itu.
Bukan sesi lunch sangat pun. Lebih kepada perbincangan strategi perniagaan
saja. Sempat juga dia berseloroh tentang bonusnya walaupun dia tahu dia tidak
perlu meminta kerana setiap tahun Tengku tak pernah mengecewakan dia. Kalau
tidak masakan umurnya baru menjangkau 28 tahun tapi sudah berpendapatan belih
kurang 200K setahun.
“Of
course my gold princess. With success of your few project, I think you will be
happy to see the reward. Airil will drop you at the office.” Ujar Tengku Kamel
ramah.
Sesungguhnya
gadis di hadapannya ini sudah dianggap seperti anak sendiri. Bukan saja dia
berkenan tapi isterinya juga sudah lama terpikat. Sikap jujur dan tulus gadis
ini memikatnya. Kebijaksanaan gadis ini juga menjadi kaguman dirinya dan
isteri. Namun yang paling dia dan isterinya puji adalah sikap rendah diri dan
hormatkan orang tua dalam diri gadis itu. Khairia dilihatnya memang tegas dan
berani dalam urusan kerja tapi diluar gadis itu tetap gadis biasa yang menjadi
idaman kepada semua mertua.
“Tengku, I just survive war, I don’t think waiting for
cab will kill me. Khai rasa Khai balik sendirilah Tengku. Bye uncles.” Tolak
Khairia dengan lembut. Dia segera bangun.
Di
luar dia memang memanggil mereka begitu memandangkan umur masing-masing sudah
layak bergelar uncle padanya. Jadi maaflah Airil yer... terpaksa termasuk dalam
panggilan ‘uncle’ tu walaupun masih muda belia. Hahahaha.
“
I hantar you.” Nada yang bernada arahan itu membuatkan langkah Khairia yang
baru dua tiga langkah ke hadapan terhenti sendiri. Suara Airil. Amboi berani
mamat ni nak mengarah-arah dia. Khairia berpaling dengan wajah tak
berperasaannya memandang pada Airil yang dilihatnya sudah berdiri. Kini semua
mata memandang mereka.
“Thanks
but no thanks Encik Airil.” Tolak Khairia dengan nada tegas. Lalu dia sambung
melangkah. Dia tak suka di arah apatah lagi oleh orang yang dia tak kenali.
“Khairia.”
Sekali lagi namanya di panggil oleh lelaki itu. Kali ini lengannya rasa
ditarik. Terdorong setapak dua kebelakang dia dibuatnya. Segera dia berpaling
ke arah pemilik tangan yang berani menyentuhnya itu. Wajah tidak senang
dilemparkan.
“What
the...” Khairia hanya lima saat beza dari menyumpah lelaki itu apabila dia
terdengar namanya dipanggil seseorang membuatkan dia kembali memandang
kehadapan.
Kecil
sungguh dunia ini. Boleh pula dia terserempak dengan sepupunya disini. Dengan
senyuman manis Khairia menyambut kedatanga abang Amil itu. Sepupu yang pernah
handak dijodohkan dengannya tapi dia menolak kerana waktu itu dia masih belajar
dan sekarang abang Amil sendiri sudah bahagia dengan pilihan sendiri.
“Abang
Amil. Sihat?” Tegur Khairia perlahan. Cuba ceria walaupun dia sangat tidak
selesa dengan kehadiran lelaki itu.
“Sihat.
Ria Sihat? Dah lunch? Kalau belum jomlah sekali.” Pelawa abang Amil mesra. Makhluk
dihadapannya ini memang mesra alam malah paling baik yang pernah dia kenal
antara sepupu sepapatnya.
“Alhamdulillah,
sihat. Ria baru je lepas lunch bang. Abang sorang je ke?” Tanya Khairia lagi.
Nak je dia tinggal begitu saja tapi takut orang kata dia sombong pulak.
“Tak
abang dengan Kak Lin. Dia mengidam nak makan salad. Ini dia pergi ladies kejap,
biasalah pregnant.” Beritahu Abang Amil.
Amboi
Kak Lin, mengidam makan salad pun kena makan kat Hotel Hilton ke? High maintenance
betul anak abang Amil ini. Sedetik rasa cemburu terbit di hati Khairia. Cemburu
bukan sebab dia sayangkan abang Amil tapi lebih kepada cemburu kerana Kak Lin
dapat lelaki sebaik abang Amil. Terfiki Khairia, bagaimana pula bahagiannya
nanti? Sebaik Amil ke pendampingnya?
“Ria
balik untuk majlis tunang Siti?” Abang Amil bertanya. Dah sudah topik yang
paling dia hendak mengelak kini ditanya terus padanya.
“Tak
kot bang. Ria ada hal lah.” Elak Khairia. Namun dia tahu pasti abang Amil mempu
meneka alasanya.
“Mengelaklah
tu. Sampai bila nak mengelak Ria? Ria carilah calon.” Nasihat abang Amil yang
lebih kepada nasihat seorang abang pada adiknya.
“Calon?
Ini calonnya.” Selamba Khairia menunjukkan ke arah Airil. Bukan betulpun tapi
sengaja hendak berseloroh dengan abang Amil.
Dia
tahu sekejap lagi pasti Abang Amil tayang wajah tak percaya dan masa itu dia
boleh terangkan pada Abang Amil. Dalam pada itu boleh dia balas dendam pada
Airil dengan membuatkan lelaki itu mengelabah kerana pengakuannya.
“Khairil.”
Tenang lelaki disebelahnya memperkenalkan diri.
Khairia
melopong apabila lelaki sebelahnya ini memperkenalkan diri pada sepupunya. Sejak
bila nama lelaki disebelahnya ini bernama Khairil? Meleset rancangannya apabila
tenang lelaki itu memperkenalkan diri pada abang Amil. Aduh wajah terkejut
abang Amil dengan pengakuannya tadi bertukar menjadi wajah ceria yang manis.
“Khairil
and Kharia. Nama pun dekat-dekat. Saya Amil, sepupu Khairia. Calon?” Abang Amil
turut memperkenalkan diri..
“Begitulah
agaknya. Dah orang sebelah ni kata macam tu.” Selamba pula lelaki itu menjawab
soalang abang Amil.
Kini
Khairia tersepit dalam permainan sendiri. Tak ada ruang nak menafikan. Masa itu
Khairia rasa macam nak hentak je kepala ke dinding. Sekarang dia dah tempah
masalah. Ini orang kata tak ada masalah cari masalah.
“Abang
pergi dulu Ria. Nanti tercari-cari pula Kak Lin kamu. Bawalah balik kampung
majlis Siti nanti. Buat apa nak sorok-sorok.” Khaira hanya mengangguk hambar
pada Abang Amil yang sudah meminta diri.
“That
not funny okay. Mulut tempayang betul.” Omel Khairia pada Airil. Wajah menyampah
dan rolling eyes ditayangkan pada Airil.
“
Sorry Tengku, and thanks for lend me your big mouth assistant.” Ujar Khairia
pada korum yang hanya selang beberapa langkah dari tempatnya berdiri. Malu dia
pada kumpulan cerdik pandai itu yang pastinya mendengar perbualannya tadi.
“Don’t
be dear. I be glad if he the choosen one for you. It will be the biggest
present for me ever.” Balas Tengku Kamel dengan senyuman.
Entah
apa yang dimaksudkan oleh Tengku Kamel itu pun Khairia tak faham, tapi tetap
bibirnya mesra membalas senyuman. Sebelum meminta diri. Kehadiran lelaki
bernama Khairil itu malas dia ambil kisah. Menyampah.
p/s enjoye\ my new mini novel. Will have up to 15 episode. Nak tengok tahap penulisan Iman.
7 comments:
ahha...airil ank tg. kamel ke
Salam, wow so cute, dah tentulah si Airil tu Tengku Khairil mana taknya Tengku Kamel senyum gembira....
hehehe...comel...dah stuck plak ngn airil...
anak tg kamel...?? ptt la la tg kamel kata hadiah besauuuu.. ehhehe.. like!
Very seldom do I like any novels after reading the 1st chapter. Yours is one of them...
Saya sukakan paparan wanita yg berdikari, tegas, berjaya, berusaha, berdaya saing dan bijak... Tak suka cerita wanita yg lemah, lembik dan lemau. Sungguh menjatuhkan maruah kaum wanita.... And I love your version of the woman's image.
hehe mukadimah pun dah best sangat dek n hope ria n airil be a couple...cepat sambung dek sungguh menguja kan!!!!!!
waah! mula2 pun dah menarik..
sapa airil ni ek..hurmm..brhati2 ria jgn terperangkap ngan permainan sendiri nnt..hihi
deabak! iman ;)
Post a Comment