Monday, May 24, 2010

Dengan Setiap Nafasku 6

            Kalau di tanya pada Zafrul apa perasaannya kini. Zafrul pasti hanya akan mampu menjawab dua patah perkataan saja. Bahagia dan sedih. Bahagia kerana dia tahu kini dia ada zuriat bersama orang yang dia sayangi dan sedih kerana belumpun dia berpeluang melihat zuriatnya, ada bencana lain yang menimpa. Segala rasa sakit hati, marah dan kecewa yang Zafrul rasai ketika dalam perjalanan ke sini tadi hilang begitu saja saat matanya menangkap gambaran Alia yang sedang duduk memeluk lutut di atas sofa.
 Bahu yang terhinjut dan muka yang di letak rapat di atas lutut itu membuatkan Zafrul tidak perlu meneka lagi. Sememangnya Alia sedang menangis kesedihan. Parah hati Zafrul melihat keadaan Alia sebegitu. Pedih hatinya memandang insan kesayangannya sebegitu derita kesedihan. Bagaimanalah dulu dia mamapu bertahan memandang mata itu mengalirkan air mata? Bagaimanalah dulu dia mampu untuk menghadiahkan seribu kesedihan buat Alia?
“ Encik Zafrul. Saya Haikal, peguam Puan Alia.” Haikal menyambut Zafrul yang ralit memandang Alia. Salam yang Haikal hulur di sambut oleh Zafrul lemah.
“Macam mana dengan keadaan sekarang?” Ringan mulut Zafrul bertanya lembut. Hatinya turut berdebar kuat sekarang.
“Sekarang kita masih tunggu hasil siasatan pihak polis. Sekejap tadi mereka maklumkan bahawa ada maklumat yang di terima tentang Ilham dan sekarang mereka tengah mengesahkan maklumat itu. Sementara ini kita tunggu saja panggilan dari penculik.” Terang Haikal. Kesian pula dia melihat wajah serabut Zafrul.
“Hmm... wang tebusan?” Zafrul bertanya lagi. Manalah tahu tidak cukup walaupun tadi dia sudah meminta Iqbal menguruskan segalanya bagi pihak dia.
“Cukup. Alhamdullillah. Cuma Alia je, yang tak berhenti menangis dari tadi. Pergilah pujuk dia.” Dorong Haikal. Zafrul tak teragak-agak untuk melunaskan dorongan itu. Pantas dia menapak ke arah Alia.
Zafrul duduk di sebelah Alia. Dia tahu Alia perasan akan dia tapi wanita itu terus saja hanyut dalam kesedihan yang terlampaunya. Zafrul tak mampu berkata apa. Bukan kerana dia tak mahu tetapi masalahnya kerana otaknya yang tak mampu mencerna apa-apa untuk di ungkapkan pada Alia. Sudahnya dia hanya mengusap rambut Alia dan menarik Alia ke perlukkannya.



Dua jam berlalu, posisi demi posisi bertukar di dalam bilik itu. Keadaan semakin hangat dan panas. Angka sudah melebihi jam 8 malam namun tidak satu pun panggilan telefon di terima. Sudah penat Alia mengemukakan rasa risaunya. Sudah penat untuk dia terus menangis. Zafrul sudah tidak betah duduk. Bahang hatinya mula hilang sabar itu cuba di tenteramkan.
Tiba-tiba lagu Better Man kedengaran dari telefon bimbit Haikal. Semua mata memandang ke arahnya. Haikal jadi kelam kabut untuk menjawab. Mendengar panggilan itu bukan dari penculik, masing-masing kembali pada mood sedih dan gusar membiarkan Haikal sendirian melayan panggilan.
“Alia, Zafrul. I ada hadiah untuk you all. Mari.” Haikal mengajak keduanya menuju ke pintu pejabat itu.
“Awak ini bukan masa…” Belum sempat Sarah menghabiskan kata-katanya, Haikal dulu memberi tanda agar Sarah senyap. Sarah menurut dengan keterpaksaan.
“Hadiah buat korang.” Haikal membuka pintu. Kelihatan seorang pegawai polis berdiri di hadapan mereka sambil mendukung seorang kanak-kanak.
“Ilham.” Tak perlu di perkenalkan Alia tahu anak kecil itu adalah Ilham anaknya. Tubuh dan baju itu milik Ilham. Ilham yang mendengar namanya di seru terus berpaling. Terpandang saja wajah ibunya, Ilham pantas menjerit minta ibunya mendukungnya.
“Ibu.” Tangis Ilham. Alia meluru mengambil Ilham dan mencium anaknya berkali-kali. Zafrul mendekati kedua-dua orang kesayangannya itu, lalu memerluk erat tubuh mereka.
“Encik Zafrul ke?” Pegawai polis itu bertanya pada Zafrul. Zafrul hanya mengangguk tersenyum pada penyelamat anaknya itu. Sungguh dia berterima kasih pada pihak polis.
“Kami minta kalau boleh Encik Zafrul dan Puan Alia, ke balai untuk membuat laporan selanjutnya. Mungkin selepas ini kalau boleh.” Tertib sopan dan berkarisma pegawai itu menyusun kata.
“Kami akan ke sana. Terima kasih Tuan. Terima kasih.” Putus Zafrul penuh kesyukuran. Dia melepaskan pelukkannya dan bersalaman dengan pegawai itu sebelum pegawai itu.
Zafrul kembali merapati Alia selepas menghantar pegawai itu di pintu. Niatnya ingin merasakan kembali tubuh isteri dan anaknya di dalam pelukkannya. Namun semakin dia menghampiri, semakin jauh Alia mengundur diri. Alia mengelak daripadanya. Ilham pula kukuh dalam pelukkan Alia. Sungguh Zafrul merasakan dirinya kerdil ketika itu.
“Jangn dekat. Cukup, I tak nak you sentuh I dan Ilham lagi. Haikal tolong pulangkan duit Encik Zafrul dan selepas ini I nak buat tuntutan fasakh.” Satu kenyataan yang mengejutkan dari Alia. Setelah empat tahun, hari ini wanita itu menuntut haknya.
“Alia. Kau biar betul? Kau...” Jujurnya Sarah tidak mampu berkata apa bila mata Alia merenungnya tajam. Segala kelukaan gadis itu selama ini terpampang di hamparan matanya. Sarah tahu Alia nekad.
“Aku nekad Sarah. Aku nekad.”
“Alia, I rasa you jangan buat keputusan dulu. Kita selesai masalah Ilham dulu. Sekarang kita pergi balai polis dan balik rehat. Esok atau lusa mungkin you dan Zafrul boleh berbincang tentang hal ini. Ilham lebih penting kan?” Haikal cuba menjernihkan suasana.
 Alia tidak mengangguk tidak berkata apa terus menonong ke pintu. Hatinya mengakui, sekarang bukan masa berbincang. Selepas ini dia akan berbincang panjang dengan Zafrul. Fasakh akan dia tuntut dan cek sejuta yang pernah di berikan padanya dulu akan menjadi bukti untuk dia memiliki hak penjagaan Ilham nanti. Kali ini tiada lagi timbangrasanya. Peristiwa hari ini membuatkan dia lebih sedar untuk menghargai dirinya sendiri. 

6 comments:

epy elina said...

hoohoohh...
x nak alia ngn zafrul brcerai...
alia, brilah pluang kpada zafrul....

keSENGALan teserlah.. said...

alaaa..
tanak dorang cerai..
zarul da blaja dari kesalahan..
huhu.alia pun masih sayangkan zarul kan..
sian ilham..baru nk rasa ada ayah..
nk lagik...!

aqilah said...

alia....alia......selepas berthn selama 4 thn, kenpa baru skrg ni nak minta fasakh?????? apapun, akak follow...................

Miss Kira said...

ala.. asal bru skrg nk mntk fasakh??

MaY_LiN said...

alia ni..
tamau gopoh wat keputusan..

nursya said...

ala...
naper alia nk cerai lak nie...
cian kat zafrul...

tu la si zafrul nie pn ego sgt...
hohohoho...