Taufiq tekun memandu sambil bibirnya sesekali mengikut rentak lagu yang di mainkan di radio. Hatinya sangat gembira. Tak sia-sia dia tak tidur semalam dan cukup berbaloi-baloi pejalanannya ke kampung Nadilla. Kalau begitu penerimaan keluarga di sebelah pihak Nadilla. Selepas ini lurus lah jalannya untuk masuk ke keluarga itu.
Kalau terkenangkan pejalanannya pagi tadi, dia akan tersenyum sendirian. Belum pun pukul 6 dia sudah ada di atas jalan. Bersembahyang subuh di R & R. Begitu semangat dia ingin menemui Nadilla. Belum pernah lagi dia sesemangat ini. Ingin membuat kejutan dan nyatanya kejutannya menjadi apabila Nadilla hampir saja tersedak ketika melihatnya. Comel saja wajah itu dengan mata berkelip-kelip memandang ke arahnya. Rasa nak saja dia tarik pipi milik Nadilla ketika gadis itu berbuat begitu. Sungguh selepas ini kalau Nadilla buat lagi muka comel tu, pasti dia tarik-tarik pipi si comel Nadilla.
“Happy sangat ke?” Suara Nadilla memecah lamunan Taufiq.
Satu yang Taufiq tak faham tentang Nadilla. Apalah yang Nadilla sakit hati sangat dengan dia. Sejak dia mampir ke rumah keluarga milik gadis itu. Nadilla bagai memendam perasaan dengannya. Kalau perasaan sayang cinta rindu. Tak apalah juga. Ini gadis itu macam tak puas hati je dia datang ke sana.
“Happylah dapat jumpa bakal keluarga.” Jawab Taufiq tanpa rasa soalan itu adalah satu keadaan sinikal yang boleh membuatkan dia memerlukan bantuan klinikal satu hari nanti.
“Eee huh!!!” Nadilla melepas geram. Pantas saja tangannya memukul bahu Taufiq yang memandu. Taufiq terkejut dan hampir saja hilang kawalan. Kekiri ke kanan sebentar kereta Honda Accord barunya itu.
“Kenapa ni? Tiba-tiba je. Nasib baik tak jadi apa-apa.”Ujar Taufiq yang tak puas hati dengan serangan mengejut Nadilla.
“Kenapa? Bos tu yang kenapa dok berani sangat datang rumah saya?” Nadilla bertanya dalam keadaan geram. Memang dia sedang geram. Geram memikirkan usikan abangnya uang entah bila akan berakhir dan geram memikirkan gosip yang mula panas di kampungnya itu.
“Kenalah datang rumah you. Itukan keuarga I juga.” Balas Taufiq dengan selamba. Mendatar saja suaranya. Langsung tak rasa bersalah nampaknya. Tak terkesan pun dengan kata-kata Nadilla yang tak suka akan kehadirannya.
“Bila masa pula keluarga bos? Itu keluarga saya tahu tak. Perasan je lebih.” Sengaja Nadilla cuba mengusik api kemarahan milik Taufiq. Asyik-asyik dia je dapat garisan kedut daripada Taufiq. Biar kali ini Taufiq pula dapat garisan kedut itu.
“Memanglah belum jadi keluarga I tapi akan jadi kan? Lupa ke yang keluarga you dah bagi approval kat kita.” Nadilla yang nak buat taufiq sakit hati. Alih-alih dia yang menderita kegeraman sendiri.
Kalau ikutkan tahap kegeraman yang sudah melepasi tahap bahaya ini, nak je Nadilla terjun dari kereta Taufiq. Dia memang tak ingin pun nak duduk sekali dengan Taufiq di dalam ruangan bergerak ini.
Ini semua sebab abahnya yang beria-ia menyuruh dia mengikuti Taufiq. Tidak mahu menaikan kemarahan abahnya, Nadilla terpaksa menurut walaupun hatinya sakit dengan senyuman penuh usikan daripada abangnya Aril. Teringat kebali perbualan mereka ketika menghantar dia ke kereta tadi. Apabila abahnya bertanyakan pada taufiq sama ada dirinya sudah memaklumkan keputusan keluarga mereka.
“Sebelum pakcik terlupa, pakcik nak tanya Dilla dah ke beritahu kamu tentang keputusan keluarga kami semalam?” Terniang-niang suara abahnya menanyakan pada Taufiq yang sudah bersedia untuk menuju ke kereta.
“Dah pakcik. Semalam lagi Dilla dah maklumkan pada saya. Insya Allah, hujung minggu ni keluarga saya datang ke mari.” Taufiq menjawab penuh keyakinan soalan itu. Tak pernah Taufiq kelihatan sebegitu yakin dan gembira menjawab. Abah hanya mengangguk.
“Patutlah tak cukup tidur. Bergayut ye Dilla. Amboi masa berbincang bukan main lagi nak mengelak tapi bila masuk bilik terus call. Dah tak sabar nak beritahu.” Satu lagi usikan dari Aril yang menyakitkan hati Nadilla. Nadilla yang berdiri di hadapannya itu cepat saja menghantarkan siku buat Aril.
“Kamu ni Dilla. Depan Taufiq pun nak tunjuk lagi perangai keras kamu tu. Tak malu ke?” Geramnya Nadilla sudah sampai tahap merbahaya ketika itu. Dia pula di salahkan. Sedangkan abangnya yang mengeluarkan statement itu terlepas begitu saja.
“Kami pergi dulu” Nasib pantas saja Taufiq memohon diri buat mereka. Kalau tidak mahu di pelangkungnya abang kesayangannya itu.
“Bawa kereta tu elok-elok.” Kali ini ibu pula berpesan. Habis saja Nadilla bersalaman dengan keluarganya. Dia pantas menuju ke kereta Taufiq. Sengaja di menghempas kuat kereta Taufiq tanda melepaskan geram.
“Mengelamun apa?” Suara Taufiq mengejutkan Nadilla. Mengurut dada sebentar Nadilla dibuatnya. Apalah si Taufiq ni ada saja yang dia lakukan untuk membuatkan Nadilla ini pendek umur.
“Terfikir lepas ni apa nak jadi pulak.” Saja Nadilla pinjam ayat dari filem tiga Abdul itu. Biar panas sedikit telinga Taufiq. Namun Taufiq nampaknya tidak peduli. Dia hanya ketawa saja bagai kata-kata Nadilla itu satu gurauan. Lalu tangan ketam Nadilla mencai lengan Taufiq dan di cubitnya geram.
“Auchh. Sakitlah.” Adu Taufiq.
“Padan muka. Siapa suruh.”
“You ni Dilla, manja juga ye. Hmm I nak tanya boleh?”
“Tanyalah?”
“Kenapa panggil Mak Limah tu awek Adi?” Soalan itu mengundang gelak tawa Nadilla. Sekejap saja moodnya kembali seperti sedia kala.
“Sebab dulu, bila Adi balik sekolah, Mak Limah suka belanja dia aiskrim. Jadi saya dan abang terus usik Adi yang Mak Limah tu awek dia. Selagi dia tak menagis selagi tu kami usik dia. Sampai satu ketika dia minta kat abah nak pindah sekolah. Masak juga saya dan abang kena hukum masa tu.” Cerita Nadilla. Terkenang lagi setiap kali Adi balik sekolah membawa aiskrim mesti dia akan di usik sampai menangis. Abangnya lah paling jahat mengusik. Sampai satu ketika Adi memohon minta tukar sekolah supaya tak perlu nak melalui jalan warung Mak Limah ketika pulang sekolah. Masa tu masak dia dan abangnya di hukum oleh abahnya kerana mengusik Adi.
“Nakal juga you kecik-kecik dulu.” Ujar Taufiq.
“Alah nakal budak-budak.” Alasan semata dari Nadilla.
“Hujung minggu ni kita tunang.” Dari soal Adi, sekejap je Taufiq menukar channel ke kisah mereka. Nadilla terus senyap. Tidak terkata apa. Yelah apa nak dia katakan lagi? Keluarganya sudah setuju. Jadi ikutkan sajalah.
*********
Hujung minggu itu sekali lagi rumah mereka di kunjungi. Dengan sebentuk cincin yang di sarungkan ke jari, sahlah Nadilla menjadi tunangan Taufiq. Majlisnya hanya ringkas namun penuh adat dan memori yang akan Nadilla kenang sampai bila-bila. Apatah lagi ketika dia membaca SMS dari Taufiq yang mengucapkan terima kasih di atas kesudian dia menerima pinangan itu. Itulah saatnya hatinya terusik. Taufiq berjaya mengusik hatinya.
Seorang lelaki tidak akan meminang seorang gadis jika tiada rasa yakin di hatinya dan seorang gadis tidak akan menerima pinangan seorang lelaki jika tiada rasa percaya di hatinya. I yakin you yang I cari selama ini dan I percaya yang you percaya pada I seperti mana I yakin pada you. Semoga keyakinan dan kepercayaan ini membuatkan kita lebih menghormati dan saling dekat. Terima kasih Nadilla Binti Mohd Azril kerana sudi menerima keyakinan dan kepercayaan I. I tidak mampu berjanji tapi I mampu berusaha untuk menjaga kepercayaan dan keyakinan you.