Wednesday, July 14, 2010

I Hate You? Yess...Forever

Aku di heret naik ke tingkat 5, huh ex bos aku ni memang tak tahu malu selamba badak dia je tarik2 aku. Semua orang tengok tau. Memang muka konkrit 18 inci lah dia ni. Sampai aku yg naik malu. Bila dia bercakap dgn seorang wanita di tingkat 5 tu pun tangan aku masih dalam gengamannya.... Hish memang aku rasa nak backhand je dia ni.... Malu aku, tak terangkat muka aku tgk wanita yg bercakap dgn dia tu. Tahu-tahu lepas tu di heret aku lagi masuk ke sebuah bilik... BILIK??? Huarghhhhh mummy tlg angah......


Melangkah je dalam bilik tu aku baru nak buka langkah sembur dia tapi belum sempat api aku keluar, aku dengar dia tegur seseorang. Aku pun secara automatik tengok ke hadapan. Dato tu, Dato Miang Gatal. Tiba-tiba otak aku berfungsi... aku dapat merasakan sesuatu... mesti dia ni nak sambung agenda dia nak jadikan aku anak ayam, Huh, Aku meronta-ronta minta di lepaskan... Aku tak rela di jual oleh bapa ayam ni.


"lepaslah bapa ayam. suka-suka hati nak jual orang. Pergilah reban cari anak ayam lain." Aku meronta sambil membuat semburan naga emas... makin kuat aku meronta makin kuat dia memegangku. Dah rasa tak boleh nak pegang tangan aku, Adakah patut dia peluk aku????

Tubuh aku dengan sendirinya kaku saat tangan dia melingkar di badanku...Dah kira tahap tubuh aku kena kejutan elektrik 1000 volt dah... Aku nak meronta tp tubuh aku tak nak... Agaknya tubuh aku syok kot dalam dakapan dia... baru aku perasan kecilnya tubuh aku berbanding dia... memang versi bapa jin dgn manusia kerdil... 

'Fokus-fokus Hazia, jangan tergoda' Aku cuba mengingatkan diriku namun otak aku tak mampu nak memproses. Akhirnya dalam rela paksa aku biarkan diriku kehilangan pelukkan pertama...


"Berhenti pun. Cuba jgn buat anggapan melulu. Dengar dulu apa yang orang nak cakap." Aku tak perlu meronta dengan sendiri Arman melepaskan pelukannya. Terus kepalaku rasa berat di gantung beban 1000 kg.. Aku tunduk je tak berani nak angkat muka.


Rupanya memang aku yang bersalah. Aku yang tersalah anggap. Menurut Dato Miang tak jadi tu, malam tu sebenarnya dia saja nak test aku, nak tengok betulke khabar angin yang menyatakan ex-bos aku ni gunakan setiausaha dia untuk dapatkan projek. Walaupun aku tak puas hati dengan cara dia yang nak test2 aku macam aku ni tak lulus SPM sampai nak repeat paper julai. Tapi aku solutelah dengan alasan dia.

Dato Miang tak jadi ni kata dia kagum dengan exbos aku tp dia tak boleh berkerja sama dengan orang yang tidak bermoral. jadi bila dia dengar khabar angin tentang kes exbos aku dengan setiausaha terguna itu, dia pun nak siasatlah gosip tu betul ke tidak dengan cara testing aku. Bila tengok aku marah, terus dia yakin semua itu khabar angin. Tambahan lagi lepas aku pergi tu, ex bos aku sendiri tarik diri dari projek itu sebab dia tidak boleh berkerjasama dengan orang yang dah menghina aku.... Wah terharu sekejap aku bila Dato miang tak jadi tu kata ex Bos aku sanggup kehilangan kontrak demi aku... BAIKNYA BOS AKU... I love You Back lah exbos... ngeh3.


Dato tu ajak kita orang lunch sekali dengan dia... masa tu mata aku dah bersinar mcm bintang kejora... Huahuahua Makan, Bestnya... dengan Dato lagi, mesti makan kat hotel.. kenyanglah aku. Tapi tBos aku menolak ajakan itu. SEDIHNYA aku, huh Potong Jalan betullah. I Hate You? Yes Forever Bos...



"Marah ke?" Arman ni tanya kat aku masa kita orang dalam kereta dia. Aku senyap je sebab aku memang marah dengan dia. Sampai hati dia tak bagi aku makan.
" Kita makan kat rumah jelah, kan senang. Lapar sangat ke?" Dia tanya aku lagi dengan suara memujuk dia. Aku rasa nak mogok tapi tak jadi sebab suara dia best sangat aku dengar jadi aku pun jawab.
"Laparlah." Aku jawab dengan nada merajuk.
"Kalau macam tu masa kita singgah beli barang dapur nanti kita beli pizza sekali. Kita makan pizza dulu petang nanti baru kita makan nasi.
Aku tak jadi nak merajuk bila dia sebut pizza. kalau bab pizza, ajaklah aku ke hotel manapun akan ku tolak kerana aku lebih setia dengan pizza ku. ex bos aku ni macam tahu je ape aku suka.






Aku rasa macam nak pengsan bila tengok rumah bos aku. Nasib baik aku tak jadi pengsan mengenangkan piza di tanganku. Kang kalau aku pengsan tak boleh pula aku nak makan pizza ni. Patutlah masa aku beli barang dapur dengan dia tadi, semua barang dia nak beli. Katanya sebab habis stok.

Sekarang baru aku faham bila tengok rumah yang macam negara tebalik ni. Tengok rumah ni je aku dah boleh bayangkan dapur yang semestinya macam kena langgar dengan lori 8 tan. Mana tak dia cakap habis stok, mesti sebab dia dah tak boleh jumpa stok dalam keadaan perang dunia pertama campur perang dunia kedua itu.

"Sorry, dah lama tak kemas. Mak lang pun, saya suruh cuti masa awak tak ada. Macam pelik je orang lain datang rumah kalau awak tak ada." Jelas ex bos aku... Aduh terbakar telinga aku dengar penjelasan itu. Rasa-rasa macam dah jadi kepala kereta api stim zaman tok kaduk dulu dah telinga aku ni.


"Aduh... pengsan saya macam ni bos. bos pergi jemput mak lang sekarang bos. Sakit jantung aku kalau selalu macam ni." Aku memberi arahan cum membebel.

Pizza aku letakkan di tempat paling selamat sebelum aku memulakan sesi mengemas. Ex bos aku dah siap2 keluar jemput mak lang. Kalau dia tak pergi jemput sah-sah aku cekodok kan dia petang ni. Dahlah sepahkan rumah tak reti kemas lepas tu jangan nak malas bila aku suruh, kalau tak nak kena fire dengan aku.


Aku dah selesai kemas ruang tamu bila Arman balik dengan Mak Lang. Aku pun minta jasa baik mak lang kemaskan dapur sambil aku nak tengok bilik bacaan. Nasib baik bilik bacaan kemas, jadi aku kembali nak tolong mak lang kemas dapur sebelum ex bos aku suruh aku kemaskan bilik tidur dia. first time dia suruh aku kemas bilik tidur dia. Aku malas banyak soal jadi aku pergi juga depan bilik tidur dia. Aku buka je pintu, aku terus terduduk. Memang hebat kerja bos aku ni. Kalau tadi rumah ni macam negara terbalik, bilik dia pula macam negara yang di goncang-goncang baru di terbalikkan... Hebat tak hebat?
"Hazia kenapa?" Dia tanya kenapa aku terduduk.  Kura-kura dalam perahu betullah bos aku ni.
"Tak, saya terharu tgk bilik bos." balasku dengan penuh sindiran sinis. Dia senyap je. Tahulah aku sindir dia tu.






"Bos boleh tak bos jangan suka menyepah. Jangan malas sangat. Sampai bila nak harap kita orang kemas?" Aku membebel sambil tangan aku capai satu keping lagi pizza. Masa tu hanya tinggal kami berdua, mak lang dah balik kena jemput dengan suami dia. Jadi bolehlah aku bebelkan dia. Lagipun mak aku cakap kalau nak marah kena marah waktu makan jadi maklumat tu terproses sekali dengan makanan.

"Alah awak kan ada. Apa masalahnya?" Dia selamba je cakap macam aku ni akan sentiasa ada. 

" Amboi bos, lupa ke saya dah letak jawatan? Saya dah bayar pun company dan saya dah dapat kerja kat tempat kawan bos tu. Dari saya kerja dengan bos, baik saya kerja dengan kawan bos. Kacak lagi menawan. Tercapai hasrat saya dapat bos hensem. Untung2 adalah jodoh saya dengan dia nanti." Jawabku sambil buat muka gatal. Tebayang wajah puteraku. Aku tengok muka dia berubah. Dia letak balik pizza yang dia tak habis makan. wah rezeki aku ni harap-harap dia dah tak nak.

" Jangan nak menggatal boleh tak?" Dia marah aku sambil terus berlalu pergi. 

Aku tak kisah kena marah janji tiga keping last pizza ni (termasuk pizza dia tadi) dah jadi milik aku. Aku pun makan dengan lahapnya. Tak baik membazir. Bos merajuk? huh biarlah dia, siapa aje nak pujuk dia tu. Tak hingin.


Tengah aku nak menghabiskan kepingan terakhir, bos aku datang balik ke meja makan. Tak jadi merajuk agaknya, tapi sorrylah bos pizza tak ada lagi.


" Saya call anuar tadi, Saya dah bagitahu dia awak kerja dengan saya balik dan saya dah call company supaya pulangkan duit awak. jadi janganlah awak berangan nak dapat bos hensem." Rupanya dia kembali dengan berita sadis buatku. tersedak pizza aku di buatnya.


"Mana boleh macam tu." Persoal aku bila tekakku dah kurang peritnya.


"Kenapa pula tak boleh. By one call I can change everything. Lepas ni dia tak akan ambik awak lagi. Tengoklah. Dah tak ada orang nak ambik awakm lagi kecuali saya." Selamba je bos aku ni. Tambah sakit hati aku bila dia ambik pizza yang separuh kat tangan aku pastu bedal pizza aku tu.


"Bos ngelat. Menipu." Tuduhku marah.


"Bukan menipu tapi strategi." Arman memang berani mati menjawab begitu.


" Ahhh... I Hate you!! Penipu..." Luah ku marah. Itu je termampu ku luahkan dengan otak yang dah kena skru ketat2 dengan dia.


"I Hate You?" Arman kembalikan ayat itu dalam nada pertanyaan.


"Yess Forever." Jawabku dengan kegeraman.


Aku pantas mengambil beg tanganku. Sebelum aku keluar dari pintu aku dengar dia menjerit suruh aku pergi kerja esok kalau tak nak kena saman. Huh... Lagilah hati aku parah tahap gaban tera giga...Aku nak balik. Aku nak nangis aku nak tidur. Aku geram, sebabkan ex bos aku, AKu tak dapat bos hensem. Sekarang Ex Boss aku jd My Boss and My Future boss is Boss tak jadi aku ( terlupa word tu dalam english.. ape erk perkataan tu?) Aku geram!!!!! Geram!!! Tahu tak geramm!!! Yess I hate you forever boss....



10 comments:

hana_aniz said...

sweet la ex-bos tu.

Nomie Aziz said...

ada sambungan lagi tak?

anajoe said...

pe kate wat smbungan jadik novel?
hehehe...mst bes..

bella87 said...

a'ah iman..smbg pjng pn xpe ceta ni...

Anonymous said...

comel comellll../.
hahahaaa...bila dorg fight jerk sure bibir ni ayik senyum jerk...

ag2.

>>niCk<<

raNt|ng pUtEh said...

pnjg lgi mesty besttt...

Anonymous said...

olololooo tomeinyerr...tp boss dia dah ada tunang kan...iskkk

MaY_LiN said...

sengalla bos ni..
ckp jela suke kt hazia

~(*v*)~ily~(^v^)~ said...

aaa besh2...ada smbgn x hehe...

nursya said...

lawak la si arman nie...
nmpk sgt dia suka kat si hazia tu...
so aper jd ngn tunang si arman tu??
biler masa putus lak nie???

mmg lawakz gilezzzz aarr..