Sunday, February 22, 2009

Jodoh atau Cinta 16

Iman membantu Mak Timah menyediakan hidangan di atas meja. Sesekali terdengar suara mertuanya dan keluarga Mak Long Danish ketawa. Iman langsung tiada hati untuk menyertai mereka kalau hanya dia akan menjadi bahan sindiran mak long Danish.
“ Mana pula si Maya ni. Hmm tadi dia juga tak sabar-sabar nak ke sini. Kamu tahu Hajar sampai-sampai je Maya tu ke sini terus nak jumpa kamu. Yelah mesti rindu kat Danish.” Puan Hartimah sengaja bersuara kuat agar dapat di dengari oleh Iman. Biar Iman tahu kedudukannya di mana.
“Eh Maya dah balik ke kak long?” Tanya Datin Hajar berbasa basi.
“Yelah. Katanya tak seronok tinggal kat sana sorang-sorang. Lagipun Danish kan dah balik sini. Hmm... kalau tak kerana hal dulu tu agaknya Danish dan Maya tu dah lama selamat. Dah bercucu kita ni. Tapi macam mana nak buat ubat guna-gua perempuan tu kuat sangat. Macam tu maknya macam tu anaknya. Mak dia dulu bukan tak tahu macam tu juga. Kahwin tak sampai berberapa tahun dah bercerai.” Nyaring suara Puan Hartimah menyindir.
Iman yang tahu dirinya tersindir rasa terhina. Terlepas gelas di tangan ketika mendengar ibunya turut di kaitkan. Ini semua kerana Danish. Hatinya terguris sangat apabila ibunya di kait bersama. Kalau hanya dia di hina, dia tak kisah. Tapi ibunya. Dia tak boleh hendak menrima.
Danish ingin menjawab kata-kata hinaan itu. Hatinya turut sakit apabila isterinya di hina. Seolah olah maruahnya turut di pijak. Namun baru di membuka mulut, lantas terdengar bunyi kaca yang jatuh pecah. Dia pantas berpaling. Wajah Iman yang sedikit pucat itu di sambar mata. Danish baru tersedar Iman telah mendengar semuanya. Pasti Iman terluka. Danish pantas bangkit lalu berjalan menghampiri Iman.
“Maaf tangan Iman licin.” Iman dengan tergagap menjelaskan apabila semua mata di situ memandangnya. Iman duduk mencangkung Ingin mengutip kaca yang pecah. Nasib bukan jenis kaca yang jatuh berderai.
“Biar Danish yang buat.” Danish sudah duduk mencangkung di sisi Iman. Tangannya memegang pegelangan tangan Iman yang sibuk mengutip kaca.
“Tak payah. I boleh buat sendiri. You pergilah berbual dengan keluarga you.” Iman menolak pertolongan itu. Suaranya tanpa perasaan memang amat menakutkan Danish. Mereka baru sahaja nak berbaik dah ada halangannya.
“Tak apa biar I tolong you. Nanti you luka.” Danish masih berdegil ingin membantu. Tangannya ingin mengambil kaca di tangan Iman.
“I kata tak payah. Tak payahlah.” Iman tegas. Sambil melarikan tangannya berisi kaca itu dari Danish. Tanpa dia sedari salah satu kaca itu sudah tersusuk di tapak tangannya. Pedih. Namun dia diamkan sahaja. Iman bangun di ikuti Danish
“Iman...” Danish bersuara geram.
Kemudian terdengar suara manja Maya memberi salam. Iman hanya menoleh ke arah Maya sebentar. Gadis itu ramah bersalaman dengan mertuanya.
“I nak pergi dapur. Dah siap ni. Lagipun kekasih you dah sampai tu.” Iman pantas menghilangkan diri ke dapur. Danish ingin mengikuti Iman namun suara Maya dulu menyapa telinganya.
“Danish...” Dari pintu dapur Iman mendengar suara Maya menjerit girang nama Danish. Tanpa peduli Iman mengenggam kuat kaca yang pecah di tangannya. Bertambah dalam luka tadi Baru tadi dia di peluk sekarang sudah ada perempuan lain yang menjerit gembira nama suaminya itu. Inikah lelaki yang harus dia percaya? Lelaki yang tak akan berhenti melukakannya.

“Kenapa ini Iman?” Mak Timah terkejut melihat Iman mencampakkan kaca yang pecah ke dalam tong sampah. Kaca-kaca itu di cemari darah.
“Iman terpecahkan gelah Mak Timah. Mak Timah tolong kemaskan luar tu boleh. Tinggal lap je lagi.” Pinta Iman lembut. Dia tak mahu Mak Timah menyedari matany a yang sudah berkaca itu.
“Yelah. Nanti Mak Timah kemaskan kat luar tu. Tapi tangan Iman ni?” Mak Timah sedikit risau. Mak Timah memang sayangkan menantu Datin Hajar ini. Pada Mak Timah Iman memang gadis yang abik dan pandai mengambil hati tuanya.
“Sikit je ni Mak Timah. Iman ubatkan sendiri.” Iman pantas ke sinki. Paip di buka seluasnya pantas luka tadi di tadah di bawah pacuran air. Sederas air pais yang mengalir di cemari darah itu, setitis air mata Iman jatuh. Takkan hati Iman maafkan Danish. Kerana perkahwinan ini ibunya di hina. Kerana Danish.

Mata tua Mak Timah melirik ke ruang tamu. Patutlah Iman sedih rupanya ada Maya. Mak Timah kenal Maya lebih lama dari dia mengenali Iman namun hatinya lebih menyukai Iman dari Maya. Entah kenapa dia merasakan Maya itu gadis yang bepura-pura. Geli dia melihat Maya berkepit dengan Danish. Tak sanggup berlama-lama di situ Mak Timah pantas bangkit sebaik selesai tugasnya.
“Hisy cik Maya tu tak habis-habis nak menggoda Tuan Danish. Iman kamu pergilah ke luar temankan Tuan Danish. Kamu tak takut ke nanti Tuan Danish tu?” Omel Mak Timah sebaik masuk ke dapur. Cuma kali ini omelannya tak panjang apabila menyedari Iman mengelap air mata di pipi.
“ Iman kamu kenapa? Iman menangis ke?” Mak Timah pantas mendekati Iman. Berlakang gadis itu di usap lembut.
“Taklah Mak Timah.” Iman menggelengkan kepala. Segaris senyuman sayu di hadiahkan pada Mak Timah.
“Tak usah nak bohong dengan Mak Timan, Iman. Mak Timah tahu kamu menangis. Mak Timah tersalah cakap ke?” Cuak juga hati tua itu kalau-kalau Iman menangis kerananya.
“Hisy tak adalah Mak Timah. Tangan ni pedih sangat. Lagipun Mak Timah, saya tak kisah Danish dengan Maya tu. Biarkan mereka. Nak kahwin pun tak apa.” Ujar Iman lembut. Danish bukan untuknya dan bukan yang boleh dia sandarkan hati ini. Wajahnya di maniskan.
“Hisy kamu ini Iman. Tak sayang laki apa. Dahlah jangan nak mengarut. Mak Timah nak siapkan meja tu dulu. Dah lambat dah ni.” Mak Timah pantas menyambung kerjanya. Menganggap kata-kata Iman itu sekadar perasaan cemburu.
“Dia yang tak pernah sayangkan saya Mak Timah.” Perlahan kata-kata itu terluah dengan setitis lagi air mata. Hanya dia mampu mendengar. Sedihnya hati dia.

13 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

ngeeeeee...
apehal sengal sgt mklong dye nieh??
eeeeeii..geram2..
cian kat iman...
si maya nieh pon 1,,tataw ker yg si danish uh laki orng...
arrghhhhh...geramnyer....
smbung2 cpat2..

Anonymous said...

jahatla danish nie..
babap nnti br tau..
cian iman..
jgnla nangis..
maya nie nak kena..

aqua_apple said...

adeh..br je nk berbaik...
mintak2 la danish dengar ape yg iman ckp kat mak cik tu, yg dia danish pernah sayangkan iman..huhhu,...

Anonymous said...

ala.. sedihnya
nak ag

misz nana said...

hailoh.. datang lak si maya yg gedik tu..
iman, be strong k!
pompuan cam maya tu x ke mananya..

Hafia Hana said...

nehhh...saje kasi gue panas rrr..
danish x salah,tp maya la pulak interframe~
tolong laahh jgn jadi pompuan gedik MAYA~

bulan bintang capricorn said...

adey..
danish.!! g pujuk bini ko 2 cpt..dier da majuk blik 2..
danish nie pown 1,layan je si maya 2..
mne 1 yg danish nk nie..maya ke iman???

Anonymous said...

adoyai....

danish ni kna la yakinkan iman...
jgn la pg layan maya tu..

cuba la tetapkn hati skit...

huhu emo2....

~rina~

Anonymous said...

adoyai...

danish ni kna la yakinkan iman...
jgn la dia pg lyn si maya tu...

danish kna la tetapkn hati,
bru la iman tu pcaya...

huhuhu emo sgt2 ni....
geram nya kt mklong danish tu...

mak danish pon xthu ke nk jwb ape, biar je mklong tu hina iman...

~rina~

Miss A said...

ermmm..
danish nie xde pndirian pnya suami!!!.
da kata nk kn iman jgn la layan si maya tw lagi!!..
emo da den nie..

EL_putrihumaira said...

smbg ar cite nih... best lak! x sbr nk th ksudahannyer... iman, smbg cpt yer...

arakida_imaizumi said...

Ah..... cepatlah sambung.... x sabar nak baca nie.... kacau lah maya nie.... potong tul....

Hafia Hana said...

sala...kak iman,
next n3 please~
keep ur promise k

~01 CELCOM~